Friday, January 13, 2012

Pengaruh kursus kaedah PJ terhadap pengetahuan asas kemahiran pergerakan


Pengaruh Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani Terhadap Pengetahuan Asas kemahiran Pergerakan Di Kalangan Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah
Abstrak
            Berikutan semakin meningkatnya kesedaran terhadap masalah obesity di kalangan kanak-kanak, ramai individu dan organisasi telah menekankan kepentingan Pendidikan Jasmani yang berkualiti. Keperluan terhadap Pendidikan Jasmani yang berkualiti pada peringkat rendah ini adalah sangat penting di mana terdapat kajian yang menunjukkan hubungan di antara prestasi kemahiran pergerakan asas dengan berat badan kanak-kanak. Namun begitu, pengajaran yang berkualiti memerlukan asas pengetahuan dalam bidang subjek berkenaan. Di peringkat rendah, sesetengah daerah membenarkan guru-guru kelas untuk menyediakan arahan-arahan Pendidikan Jasmani kepada para pelajar dan ramai di kalangan guru-guru ini kurang pengetahuan dalam asas Pendidikan Jasmani. Tujuan kajian ini dijalankan ialah memantau pengaruh Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani terhadap pengetahuan guru-guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dalam bidang kemahiran asas pergerakan. Dapatan diperolehi dengan menggunakan soal selidik untuk menilai pengetahuan pelajar-pelajar dengan meminta mereka menyenaraikan kemahiran-kemahiran pergerakan asas sebelum dan selepas mengikuti satu kursus keadah Pendidikan Jasmani sekolah rendah. Keputusan yang diperolehi menunujukkan pengaruh yang positif terhadap pengetahuan kemahiran asas pergerakan di kalangan guru sekolah rendah setelah mengikuti kursus tersebut.

            Peratusan kanak-kanak yang obes di United State adalah pada kadar yang sentiasa tinggi dan peratusan ini dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Dengan peningkatan kesedran terhadap obesity di kalangan kanak-kanak, ramai individu dan organisasi mula menekankan kepentingan Pendidikan Jasmani yang berkualiti (AAHPERD, 2004). Keperluan ke atas Pendidikan Jasmani yang berkualiti di peringkat sekolah rendah adalah sangat penting seperti yang telah ditunjukkan oleh kajian di mana terdapatnya hubungan di antara prestasi kemahiran asas pergerakan dengan berat badan golongan remaja (Booth, Chey & Southall, 2002), aktiviti fizikal (Okely, Booth & Patterson, 2001a) dan ketahanan kardiovaskular (Okley, Booth & Patterson, 2001b). Dalam kajian yang dijalankan Wall dan rakan-rakan (Wall, Rudisill, Goodway & Parish, 2004), disimpulkan bahawa kanak-kanak memerlukan arahan yang berkualiti, bukan sahaja pendedahan kepada alatan dan peluang latihan untuk melakukan kemahiran asas pergerakan yang sesuai.

            Proses pengajaran dan penilaian kemahiran asas pergerakan adalah sangat penting untuk perkembangan motor kanak-kanak dan memastikan mereka kekal aktif dalam kegiatan fizikal (Okley et al.,2001a; Wall et al.,2004). Payne dan Isaac (2002) telah menyarankan bahawa kemahiran pergerakan asas adalah ‘building blocks’ kepada kemahiran berasaskan sukan yang lebih spesifik. Tahap perkembangan dan penguasaan kemahiran asas pergerakan ini sepatutnya sudah dikuasai sejak tahap Prasekolah Dan sekolah rendah lagi (Gabbard, 2000). Tanpa penguasaan kemahiran asas pergerakan, kanak-kanak akan hilang minat dan seterusnya akan menjauhkan diri dari kebanyakan aktiviti fizikal (Eckert, 1987). Clark dan Metcalfe (2002) merumuskan tentang kepentingan kemahiran asas pergerakan dalam kenyataan di bawah:
Indeed, these fundamental motor patterns form a base camp to which the individual may always return as he attempts to climb the various peaks (Skills) on the mountain of motor development. (p.178)

Jika kanak-kanak mempunyai asas yang kuat dalam kemahiran asas pergerakan, mereka akan lebih seronok untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan lebih bersedia untuk mencuba kemahiran-kemahiran dan aktiviti-aktiviti baru (Okley et al.,2001a). Attribusi ini sangat diperlukan untuk memastikan penglibatan dalam aktiviti fizikal sepanjang hayat.

            “The National Association for Sport and Physical Education (NASPE) telah menyarankan Jabatan Pendidikan di peringkat daerah dan negeri untuk meningkatkan usaha mereka dalam memperbaiki kualiti dan kesediaan Pendidikan Jasmani di seluruh Negara.” (NASPE, 1998, p.3) Salah satu cara untuk memastikan ‘Pendidikan Jasmani yang berkualiti’ ialah dengan menyediakan jurulatih Pendidikan Jasmani yang berkemahiran dan cekap. Namun begitu, pada peringkat sekolah rendah, hanya 4 daerah sahaja yang memerlukan arahan Pendidikan Jasmani dari jurulatih PJ yang diiktiraf (NASPE, 2002). Di daerah yang lain, kebanyakan guru kelas sekolah rendah adalah diharapkan dapat memberikan sendiri arahan Pendidikan Jasmani kepada pelajar mereka. Namun, tidak semua guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah perlu mengikuti Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani ini (Humphries & Ashy, 2002). Dari 134 orang responden dalam kajian Humphries dan Ashy, 92 orang responden memerlukan kursus manakala 16 orang lagi hanya mengambil kursus ini sebagai elektif sahaja. Dapatan ini menunjukkan 30% responden tidak memerlukan kursus dan hampir 20% tidak menawarkan langsung kursus ini. Kebanyakan institusi yang menawarkan kursus seperti ini memerlukan pengalaman amali di padang yang sebenar. Namun, sebelum individu boleh mengikuti amali di padang, dia perlu memiliki kandungan ilmu yang menjadi asas kepada amali tersebut (Faucette & Patterson, 1990).

            Kajian menunjukkan guru yang efektif harus memiliki pengetahuan yang kuat dalam subjek yang diajar (lihat Allen, 2003 untuk rujukan). Oleh itu, adalah sangat genting untuk individu yang mengajar Pendidikan Jasmani kepada kanak-kanak untuk memiliki pengetahuan yang luas tentang Pendidikan Jasmani, terutama kemahiran asas pergerakan, memiliki pengetahuan yang berhubung kait dengan domain kecergasan berasaskan kesihatan dan psikomotor (Lacy & Douglas, 2003) membenarkan guru memilih aktiviti dan strategi arahan yang membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran asas pergerakan (Faucette, Mckenzie & Patterson, 1990) dan juga aspek-aspek Pendidikan Jasmani yang lain. Namun, tidak banyak yang diketahui tentang pengaruh Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani ke atas pengetahuan guru Pendidikan Jasmani sekolah Rendah. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengaruh kursus kaedah Pendidikan Jasmani terhadap pengetahuan asas kemahiran pergerakan di kalangan guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah.


Metodologi
Sampel
           
Sampel dari dua kumpulan peserta Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani, peserta kursus sepenuh masa (N=20) dan peserta kursus separuh masa (N=45) yang bertindak sebagai kumpulan rawatan. Peserta Kursus Kaedah Kesihatan (N=33) bertindak sebagai kumpulan kawalan. Kesemua sampel telah menandatangani surat persetujuan dan tidak mengetahui tujuan kajian ini dijalankan.

Prosedur
            Pada hari pertama interaksi, pelajar-pelajar dalam setiap kursus diminta menjawab satu soal selidik terbuka. Soal selidik ini meminta pelajar menyenaraikan sebanyak mungkin kemahiran asas pergerakan, dan menjelaskan kenapa kemahiran asas pergerakan ini penting. Langkah pertama untuk meningkatkan pengetahuan ialah dengan mengenalpasti konsep dan memahami kepentingan konsep tersebut. Secara tambahan, maklumat berkaitan dengan tahap kemajuan ke arah pelengkapan program ini boleh diperolehi. Kesahihan soal selidik ini ditentukan oleh beberapa orang panel pakar. Kebolehpercayaan juga ditentukan dengan menggunakan kaedah test-retest. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.79. Dengan menjawab soal selidik tersebut, responden-responden telah melengkapkan syarat untuk setiap interaksi. Komponen pengetahuan responden kursus kaedah Pendidikan Jasmani (sepenuh dan separuh masa) adalah sama. Pelajar sepenuh masa mempunyai pengalaman amali di padang yang lebih dari pelajar separuh masa. Pelajar Kursus Kaedah Kesihatan tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan Pendidikan Jasmani. Pada hari terakhir interaksi, pelajar setiap kursus dikehendaki menjawab soal selidik (sama seperti soal selidik pra-pengajaran.)
Analisa
            Untuk menganalisa dapatan kemahiran asas pergerakan, soal selidik pra-pengajaran telah dijadualkan dahulu. Jumlah kemahiran yang disenaraikan dan jumlah kemahiran yanag betul direkodkan. Dari kedua-dua nilai ini, satu nisbah terdiri daripada bilangan kemahiran yang betul dan bilangan kemahiran yang disenaraikan oleh setiap individu akan dikira. Prosedur ini diulang semula untuk menilai soal selidik pos pengajaran.

Dapatan
Kepentingan Jawapan Kemahiran Asas Pergerakan

            Jawapan kepada soal selidik pra-pengajaran kenapa kemahiran asas pergerakan penting adalah hampir sama bagi semua kumpulan. Jawapan kepada soal selidik pos pengajaran adalah hampir sama dengan soal selidik pra pengajaran kumpulan kawalan. Namun, majoriti jawapan dalam soal selidik pos pengajran untuk kedua-dua kumpulan eksperimen menyatakan kemahiran asas pergerakan adalah penting dalam membina asas pergerakan (e.g. basics of other skills, building blocks, etc).

Perbincangan
            Tujuan kajian ini ialah untuk menilai tahap pengetahuan kemahiran asas pergerakan di kalangan guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menilai pengaruh Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani terhadap pengetahuan guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah berkaitan kemahiran asas pergerakan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kursus tersebut telah meningkatkan penegtahuan guru-guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah. Kedua-dua kumpulan eksperimen menunujukkan peningkatan nisbah jawapan yang betul. Tambahan lagi, dalam sola selidik pra-pengajaran untuk semua kumpulan dan sola selidik pos pengajaran untuk kumpulan kawalan, pelbagai kemahiran asas pergerakan telah disenaraikan (cth sikat rambut, gosok gigi, bercakap, bersukan, makan dll). Kemahiran-kemahiran ini tidak ditulis dengan kerap dalam soal selidik pos pengajaran kumpulan rawatan. Ini menunjukkan pengetahuan pelajar dalam bidang kemahiran asas pergerakan telah berubah hasil Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani.
            Satu dapatan yang menarik ialah sebanyak (80%) jawapan kepada soal selidik yang diberikan menyenaraikan kemahiran lokomotor dan diikuti kemahiran manipulatif, begitu juga dalam soal selidik pos pengajaran. Ini adalah menarik kerana kesemua kemahiran-kemahiran ditekankan secara sama rata dalam interaksi pengajaran bagi kumpulan eksperimen. Namun begitu, kemahiran lokomotor diajar terlebih dahulu untuk membolehkan pelajar menguasainya sepenuhnya kemudian baru diikuti kemahiran manipulatif.
            NASPE mempunyai matlamat ke arah pendidikan jasmani yang berkualiti bagi semua kanak-kanak. Matlamat ini sangat diberi perhatian berikutan kadar obesiti yang semakin meningkat di kalangan pelajar sekolah (AAPERD, 2004; CDC, 2004). Pendidikan berkualiti (Allen, 2003;Darling-Hammond &Youngs, 2002) terutamanya pendidikan Jasmani yang berkualiti memerlukan jurulatih yang memiliki pengetahuan dalam bidang yang diajar (Faucette & Patterson, 1990; NASPE, 1998; 2002; Wall et al.,2004). Keputusan kajian membuktikan bahawa pengetahuan  kemahiran asas pergerakan guru sekolah rendah telah meningkat setelah mengikuti kursus Kemahiran asas pergerakan yang dijalankan. Oleh itu, adalah disarankan untuk guru-guru sekolah rendah mengikuti kursus tersebut seperti yang dikatakan oleh beberapa kajian (Faucette & Patterson, 1990;Humphries & Ashy, 2002). Dengan menyediakan skop pengetahuan bersama dengan pengajaran pendidikan jasmani, guru tersebut akan mempunyai asas yang kukuh untuk menentukan dan memilih sendiri aktiviti yang ingin dijalankan serta memberikan respon yang bersesuaian (Faucette et al, 1990). Pengajaran kemahiran asas pergerakan yang sesuai pada peringkat awal adalah penting untuk mempertahankan berat badan individu (Booth et al., 2002), aktiviti fizikal (Okley et al., 2001a) dan ketahanan kardiorespiratori (Okley et al., 2001b). Kajian-kajian selepas ini seharusnya menilai keupayaan guru-guru sekolah rendah dalam menggunakan pengetahuan asas di peringkat pemikiran yang lebih tinggi (e.g., aplikasi, analisis, sintasis). Kajian yang lebih banyak patut dijalankan untuk mengenalpasti kandungan yang spesifik yang boleh digunakan dalam kursus Kaedah Pendidikan Jasmani untuk memaksimumkan pengalaman guru-guru sekolah rendah dan untuk kepentingan pelajar mereka di masa akan datang.


0 comments:

Post a Comment