Tuesday, January 31, 2012

Kemahiran Asas Pergerakan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah


Terdapat tiga perkara yang difokuskan dalam artikel ini. Fokus yang pertama ialah menyatakan kepentingan asas pergerakan motor di antara program pendidikan jasmani k-12. Kedua, perbincangan tentang isu dan kesukaran yang tidak dapat dielakkan semasa ujian persembahan pendidikan jasmani bagi sekolah rendah. Dan yang ketiga ialah menyediakan jalan penyelesaian bagi mengendalikan ujian yang lebih berkualiti dalam pendidikan jasmani.
             Secara umumnya, istilah ”Asas Pergerakan Motor” merujuk kepada satu set kemahiran yang berikut iaitu: kemahiran lokomotor, kemahiran berjalan, berlari, melompat secara melintang, galoop, berjengkek, skipping, dan ke atas ke bawah serta beberapa kemahiran membaling (bawah atau atas tangan), menangkap, menggelecek, menyerang, memukul dan meletak. Seseorang itu perlu pandangan ”Bergerak ke Masa Hadapan: Standard Kebangsaan Pendidikan Jasmani ((NASPE, 1995) untuk menyedari kepentingan penguasaan pergerakan asas motor kepada kanak-kanak. Dua daripada tujuh standard yang menyatakan bahawa guru pendidikan jasmani secara peribadinya terlibat dalam pergerakan asas motor. Standard yang pertama ialah meminta guru pendidikan jasmani [mendemonstrasi] kebolehan yang banyak dalam pergerakan manakala standard kedua pula meminta guru pendidikan jasmani [mempraktikkan] konsep pergerakan dalam pergerakan kepada pembelajaran juga membina kemahiran motor” (NASPE, 1995, P.1).
            Asas pergerakan motor menyediakan asas yang luas kepada kebolehan pergerakan di mana banyak kemahiran yang susah dapat dibina. Jika profesiensi (yang boleh dibaca sebagai pergerakan yang sempurna atau ilmu pengetahuan lanjutan kemahiran motor) untuk membina beberapa jenis pergerakan (standard pertama), barulah persaingan sebenar dalam paten asas pergerakan ditentukan. Kanak-kanak yang asas pergerakan motornya tidak dibina dengan betul tidak akan memperoleh asas bagi membina sesuatu pergerakan.
            Standard yang kedua menyatakan bahawa guru pendidikan jasmani boleh mengaplikasikan konsep pergerakan dan prinsipnya untuk pembinaan, tambahan kemahiran dan asas pergerakan motor. Secara tidak langsung prinsip pergerakan didapati apabila pembinaan asas kemahiran motor digunakan secara berterusan oleh guru pendidikan jasmani di sekolah rendah. Dengan membantu pelajar menguasai kemahiran ini dalam usia yang muda akan dapat memastikan mereka belajar untuk menyukai dan menghargai pergerakan dalam kehidupan.
            Colvin, Markos, and Walker (2000) mengemukakan bahawa guru pendidikan jasmani mesti melakukan lebih daripada hanya keseronokan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah. Setiap aktiviti harus ada tujuan. Bagi mencapai tahap ini di sekolah rendah, guru pendidikan jasmani mesti memantau dan menguasai pergerakan asas dan belajar akan perkembangan yang sesuai dengan konsep kecergasan. Colvin menekankan kanak-kanak boleh menguasai pergerakan asas dengan penuh kebebasan sepanjang persekolahan daripada sebahagian hidup mereka yang lain. Jika kanak-kanak terlepas peluang  untuk membina kemahiran motor, mereka cenderung untuk tidak menyertai aktiviti rekreasi dan sukan pada masa akan datang (Seefeldt, 1979).
            Sebahagian daripada yang diperlukan untuk kelas, pelajar perlulah mendemonstrasi kompetensi di dalam corak asas pergerakan. Seseorang akan menganggap bahawa pelajar kolej akan mencapai profisiensi dalam pergerakan asas. Pelajar melakukan dan saya menyuruh mereka mendemonstrasikan dalam aktiviti seperti berlari, melunjur dan lompatan menegak mereka ketawa. Ketika ujian bermula, mereka sedar mereka mengalami kesukaran dalam membuat kebanyakan pergerakan asas. Ujian ini talah mendedahkan 1/3 lelaki melompat dengan cara yang salah dan peratusan besar lelaki dan perempuan  tidak mampu menghasilkan kuasa yang bersesuaian pada bahagian bawah tubuh badan dalam pergerakan lompatan secara horizontal atau vertikal. Dianggarkan 70% perempuan tidak mencapai kematangan corak pergerakan dalam balingan atas tangan. Dan ini semua adalah major penddikan jasmani. Lagi sekali kesederhanaan cora pergerakan asas sepatutnya tidak mustahil bagi mereka untuk diajar dengan betul dan diuji.
            Tujuan utama contoh hujah diatas bukan untuk mengkritik guru sekolah rendah atau program mereka tetapi untuk menggambarkan ramalan yang kita buat tentang Asas Pergerakan Motor. Kita mempunyai keupayaan untuk meramal bahawa umur 8 hingga 9 tahun, corak pergerakan asas adalah mudah diperolehi dan dikuasai melalui proses peng normal. Kebenaran bahawa sesetengah asas pergerakan motor (seperti berjalan) secara semula jadinya akan dibina untuk menerima paras profesiensi untuk kebanyakan kanak-kanak melalui proses perkembangan, majoriti pergerakan asas estilah di ajar, ditekan dan diuji untuk memastikan semua kanak-kanak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk pergerakan yang betul pada masa akan datang.
            Ujian ialah aspek kritikal dalam memastikan perubahan kanak-kanak melalui proses perkembangan yang efektif. Ujian asas dalam kemahiran motor adalah penting. Kanak-kanak menguasai kemahiran sebelum dihantar kepada pergerakan yang lebih susah dalam program di sekolah menengah seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah untuk meramal bahawa kemahiran yang ada dikuasai kerana pengajar pendidikan jasmani menyediakan pengalaman pegerakan yang merangkumi kemahiran asas pergerakan motor satu cara untuk memastikan kemahiran ini dikuasai ialah dengan ujian. Ini juga akan menyediakan pengajaran pendidikan jasmani dengan informasi penting berkaitan dengan keberkesanan program.
            Jika ujian ini sangat kritikal, kenapa ia tidak dilakukan selalu? Pertama, isu utama yang dihadapi oleh guru pendidikan jasmani ialah masa yang tidak mencukupi di kebanyakan negeri, guru pendidikan jasmani sekolah rendah terhad untuk melihat pelajarnya sekali seminggu, selalunya kurang daripada 20 minit 1 sesi. Pertama, pihak yang bertanggungjawab dalam situasi ini sepatutnya mengajar pihak pentadbir akan kepentingan kualiti harian pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah. Sudah tentu perubahan magnitud kurikulum memerlukan masa yang mencabar dan usaha luar daripada skop artikel ini. Oleh itu, fokus utama ialah penyelesaian secara praktikal yang boleh diimplemen apabila guru pendidkan jasmani berhadapan dengan jadual kelas yang padat.

Mengatasi Masalah Kekurangan Masa.

Penyelesaian pertama: Mengendalikan ujian ketika waktu formatif
Penyelasaian pertama memerlukan perhatian bagaimana ujian mesti dilakukan. Ujian tradisional telah dikonsepkan sebagai individu, ujian sumatif. Dalam senario ini diakhir unit 2 atau 3 minggu, guru pendidikan jasmani mesti melakukan ujian kepada individu, mempunyai individu seterusnya atau dua yang bersedia untuk ujian, mengajar pelajar yang lain di dalam kelas aktiviti yang berbeza bagi memasikan semua orang bergerak dan juga diselia. Secara terang-terangan, lagi menjayakan pengendalian ujian ini di dalam satu bentuk ia memerlukan dua tenaga pelajar yang profesinal dan penyelaras yang bagus dari segi personal pelajar dan aktiviti- bukan senario yang realistik bagi kebanyakan guru pendidikan jasmani sekolah rendah.
            Maka apakah cara lain untuk menguji konsep? Pertama ia boleh berlaku ketika waktu tradisonal yang dikenali sebagai waktu formatif, iaitu ketika pelajar terlibat di dalam aktiviti pergerakan dalam kumpulan besar. Ini adalah peluang terbaik bagi guru pendidikan jasmani untuk terlibat dengan ujian. Salah satu contoh ialah mengendalikan ujian permainan yang melibatkan kemahiran motor asas larian. Guru mengarah kepada seluruh kelas untuk terlibat dalam kemahiran asas motor yang tertentu ketika terlibat dalam permainan larian. Ketika ini guru pendidikan jasmani boleh membuat ujian ulangan kepada beberapa pelajar. Ujian integrasi di dalam beberapa bahagian aktiviti dalam kelas akan membawa beberapa keputusan yang baik:

Ø      Guru yang bagus boleh mengambil kebaikan daripada masa yang terhad. Sebagai permulaan awal, banyak, jika tidak selalunya guru pendidikan jasmani menghadapi tekanan yang terlalu tinggi. Apabila pelajar hanya boleh bersemuka sekali seminggu untuk 20 hingga 30 minit, apa isi kandungan pengajaran semasa ujian kualiti pengalaman pergerakan menjadi sangat penting. Guru mesti membina tingkah laku di dalam melakukan ujian. Ia mestilah diintegrasi melalui seluruh program pendidikan jasmani, walau bagaimanapun ini akan memaksa guru pendidikan jasmani untuk menghalusi perancangan dan bersedia. Skor Rubrik mestilah teratur dan bersedia. Guru juga patut membuat beberapa ”ujian larian” bagi memastikan setiap proses berkesan dan cekap serta mengesan beberapa masalah yang tidak dapat dilihat.
Ø      Semua pelajar kekal aktif semasa pengajian. Malangnya realiti semasa pengujian, murid terpaksa beratur untuk menunggu giliran diuji dan kurang terikat dengan apa-apa aktivti bermakna. Semasa mengendalikan ujian, murid-murid dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti yang berfaedah dalam masa yang terhad.
Ø      Guru secara aktifnya memantau tingkah laku pelajar ketika melakukan ujian. Ketika ujian dijalankan ke atas individu, guru selalu memaksa pelajarnya mengubah perhatian daripada kelas yang lain. Kekurangan pemantauan secara mudahnya akan menyebabkan tingkah laku pelajar sukar dikawal dan lebih teruk keputusannya sekiranya sikap guru cuai seandainya kemalangan terhadap pelajar berlaku. Dengan mengendalikan ujian dalam kumpulan yang besar, guru bolehlah sesekali memantau kelakuan pelajar. Oleh itu kelakuan pelajar boleh dikawal dalam ujian.
Ø      Pelajar yang biasanya mengalami kegelisahan akan mempersembahkan persembahan yang kurang memuaskan tetapi ia mungkin memberi persembahan dalam keadaan yang lebih tenang sekiranya ujian dilakukan sacara berkumpulan. Ini kerana pelajar tidak sedar bahawa mereka sedang diuji dan ini sebenarnya mengurangkan potensi kegelisahan dan membenarkan pelajar memberi persembahan yang terbaik.
Ø      Ujian mestilah dilakukan dalam situasi yang natural. Walaupun ujian ini agak sukar untuk distruktur, tetapi aktiviti sebenar dalam kehidupan dapat membantu terutamanya dalam kemahiran motor. Guru akan lebih mudah untuk mengendalikan ujian secara berkesan dengan melakukan ujian yang melibatkan aktiviti harian sepanjang penilaian. Keadaan ini akan membenarkan pelajar memberi persembahan dalam keadaan terkawal dan memberi laluan kepada guru pendidikan jasmani untuk menilai pelajar dan keadaan natural.

Penyelesaian kedua: Menggunakan penilaian Rakan Sebaya

Penyelesaian kedua untuk mengatasi kekangan masa adalah dengan menggunakan penilaian rakan sebaya. Walaupun guru-guru tidak sepatutnya menggunakan rakan sebaya untuk memberikan markah, mereka boleh menggunakan data penilaian rakan sebaya untuk mengenalpasti masalah dan kekurangan pengajaran yang dihadapi pelajar secara individu. Tambahan, pelajar yang menjalankan penilaian tersebut akan mendapat manfaat yang banyak dengan menguasai elemen-eleme signifikan kemahiran tersebut.
            Kunci utama kepada penilaian yang efektif yang dikendalikan rakan sebaya ialah menggunakan rubrik yang jelas dan mudah. Rubrik ini harus dibina menggunakan terminologi mudah persembahan bergambar yang sesuai dengan elemen kemahiran serta langkah yang jelas untuk menilai prestasi kemahiran yang boleh diterima pakai. Colvin, Markos, dan Walker (2000) telah membina rubrik yang cemerlang untuk penilaian rakan sebaya dalam buku mereka, Teaching the Nuts and Bolts of Physical Education.
            Jika guru pendidikan jasmani kekurangan akses kepada rubrik yang sedia ada, mereka boleh membina dengan mudah. Rubrik yang efektif memerlukan pemahaman setiap peringkat perkembangan yang kanak-kanak akan tempuhi untuk mencapai kecekapan pergerakan yang tepat. Klasifikasi dan bimbingan yang diperoleh dan perkembangan motor terbaru yang menerangkan setiap peringkat kemahiran asas dan mengenalpasti karekteristik pergerakan ini (Gabbard,2000; Gallahue & Ozmun, 1998) yang mungkin digunakan untuk membina rubrik penilaian. Pelajar perlu memahami bahasa terminologi dan persembahan bergambar yang disediakan.

Penyelesaian ketiga: Pengedaran Maklumat Penilaian

Penyelesaian ketiga ialah untuk mencipta pemahaman mengenai bila penilaian patut diadakan untuk kemahiran motor asas yang berlainan. Tidak semua kemahiran memerlukan penilaian yang formal dan sumatif. Walau bagaimanapun, pertimbangan kekangan masa yang ekstrim yang dihadapi oleh kebanyakan guru pendidikan jasmani, suatu pembahagian penilaian kemahiran asas untuk setiap tahap menyediakan alternatif yang realistik dan masih mengekalkan tahap kualiti yang tinggi. Garis waktu yang mana asas kemahiran motor perlu dikuasai disediakan dalam jadual 1. (Franket et al; 1992)
            Penilaian tidak formal terhadap kemahiran ini patut berlaku secara kerap. Di samping itu, dengan mempersembahkan penilain sumatif yang berkualiti dan menyebarkannya kepada setiap tahap, guru-guru dapat mengumpul data pergerakan yang diperlukan tanpa mengubah beban kurikulum yang sedia ada. Dan seperti yang ditekankan daripada awal, penilaian sumatif yang formal boleh dijalankan dalam bentuk aktiviti berkumpulan.

Penyelesaian keempat: Menggunakan Teknologi

Penyelesaian keempat untuk mengatasi masalah kekangan masa ialah dengan menggunakan teknologi. Bagaimana teknologi boleh membantu dalam menjalankan penilaian asas kemahiran motor? Penggunaan komputer contohnya, sangat membantu para guru pendidikan jasmani. Meskipun harga kos bagi sebuah komputer adalah sangat mahal, namun ia adalah satu pelaburan yang berbaloi. Salah satu kelebihan komputer ialah membenarkan guru pendididkan jasmani menyimpan data-data dalam jumlah yang besar. Percubaan menyimpan rubrik secara tersusun bagi sebuah kelas yang di penuhi pelajar adalah sudah mencukupi untuk membuatkan guru-guru mengelak dari melakukan penilaian. Dengan menggunakan teknologi, rubrik boleh dibina dengan mudah menggunakan program seperti mikrosof Excel atau SPSS dalam desktop komputer dan kemudiannya dipindahkan daripada satu komputer ke komputer yang lain. Dengan cara ini, pelbagai rubrik boleh di akses dengan mudah dan data penilaian pelajar boleh dimasukkan. Dengan menggunakan rubrik melalui komputer, guru boleh menyimpa data yang dikumpul malah data tersebut sentiasa tersedia untuk dianalisis. Sekali data penilaian dimasukkan, perisian program boleh berperanan sebagai bahan rujukan bagi guru, menjimatkan masa guru dalam proses penggredan. Tambahan, pakej statistik seperti excel atau spss membolehkan graf, carta dan paparan boleh dibina dengan mudah secara ”drag and drop”. Maklumat ini boleh digunakan semasa membincangkan perkembangan prestasi pelajar dengan pihak pentadbiran, ibu bapa atau ahli lembaga. Pada masa hadapan, jika guru pendidikan jasmani terus mengumpul data asas kemahiran motor, norma-norma boleh dibina dimana ia tidak diperlukan dalam penilaian keberkesanan program.
            Penggunaan komputer dapat menjimatkan ruang guru pendidikan jasmani kerana ianya mudah untuk dibawa dan membolehkan pengurusan rubrik menjadi lebih mudah. Guru juga boleh membawa kesemua borang-borang maklumat ke padang termasuklah RPH (Williams 2002). Juniu (2002) memberikan gambaran yang lengkap tentang penggunaan komputer dalam pendidikan jasmani.

Kesimpulan

            Artikel ini cuba memberikan pandangan realistik terhadap sesetengah halangan yang menghalang pendidikan jasmani di sekolah rendah daripada menjalankan penilaian yang efektif. Isu yang penting adalah tekanan masa yang melampau. Dengan mengimplementasikan satu atau lebih penyelesaian yang disediakan, adalah diharapkan kualiti penilaian lebih meningkat. Menjalankan penilaian formatif, menggunakan penilaian rakan sebaya menyebarkan penilaian merentas kurikulum, dan mengintegrasikan teknologi ke dalam penilaian, kesemuanya adalah penilaian realistik ke arah penyelesaian masalah tekanan masa. Implementasi ini seharusnya menjurus ke arah memperteguhkan program pendidikan sekolah rendah yang merupakan struktur asas dalam pembinaan keseluruhan kurikulum k-12.
            Menerusi proses ini pelajar akan memperoleh sesuatu yang manfaat. Menyediakan penilaian asas kemahian motor yang berkualiti membolehkan pelajar memperoleh asas untuk menikmati pengalaman pergerakan yang baik sepanjang hayat. Adakah dengan mengimplimentasikan penilaian berkualiti memerlukan guru pendidikan jasmani untuk berfikir dengan inovatif? Ya. Adakah ia memerlukan guru pendidikan jasmani untuk mencuba strategi baru? Ya. Adakah ia akan mengambil masa dan tenaga? Ya. Tetapi, melalui perspektif keuntungan yang diperoleh oleh pelajar, keputusannya akan menjadi sangat berbaloi dari aspek masa dan usaha.  

0 comments:

Post a Comment