Friday, February 17, 2012

MEMOTIVASIKAN PELAJAR MELALUI PENILAIAN


Recent educational reform movements , both outside physical education (e.g., U.S. Department of Education, 1991) dan within (Franck et al., 1991; NASPE, 1995) telah memberi penekanan serius terhadap keperluan penilaian kepada para pelajar. Sesetengah reformis menyusulkan  cadangan pertambahan ujian yang berbentuk standard, manakala pendapat yang lain mencadangkan penilaian yang lebih asli dan telus serta berbentuk objektif. Walau bagaimanapun, tujuan mana-mana pembaharuan terhadap struktur penilaian dilakukan adalah untuk meningkatkan kepertanggungjawaban pelajar selari dengan pertambahan penilaian serta membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka.

Walaupun sering dipandang ringan oleh semua, penilaian juga memainkan peranan penting dalam aspek motivasi kepada pelajar, sama ada ke arah yang positif mahupun negatif. Apabila pelajar mengalami kegagalan, tahap motivasi diri mereka kebiasaannya akan menurun kerana mereka dinilai berdasarkan material yang belum mereka kuasai sepenuhnya (Deci & Ryan, 1985). Penilaian sepatutnya dapat dijadikan satu pengaruh positif ke atas kelakuan diri pelajar. Artikel ini antara lain akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai strategi-strategi spesifik yang boleh digunakan oleh para guru dalam usaha untuk merangka jenis penilaian yang bersifat positif dan memotivasikan diri kepada para pelajar. Segala strategi serta cadangan yang ditawarkan berasaskan teori ‘goal-orientation’ (Duda, 1992) dan teori ‘cognitive-evaluation’ (Deci & Ryan, 1985).


SIGNIFIKANSI

Aktiviti penilaian serta tugasan perlu mengandungi unsur-unsur yang mempromosikan signifikansi. Menurut Papaioannou dan Goudas (1999), tugasan-tugasan menjadi signifikan jika ianya berbentuk novel atau variasi serta mengandungi unsur hiburan dan permainan. Sebagai contoh, apabila para pelajar menjalani aktiviti kursus larian merentas desa dalam jarak setengah batu berserta dengan halangan (e.g berlari di atas bangku) dan stesen (e.g push-ups) ia akan mengalakkan inovasi. Dengan menggunakan aktiviti kursus yang sama untuk penilaian berterusan akan memastikan para pelajar mendapat maklum balas yang tepat.

Signifikansi juga dapat ditonjolkan apabila guru mengguna pakai teks-teks original yang membuatkan pelajar merasai signifikansinya serta memahami relevan isi kandungan situasi yang menguji mereka. Pelajar-pelajar perlu melihat hubungkait antara apa yang mereka lakukan di dalam kelas, permainan yang mereka gemarii serta format penilaian. Ujian kemahiran formal yang kekurangan teks seringkali dijalankan dan kesannya, para pelajar kurang  merasai signifikansinya. Sebagai contoh, pelajar jarang melakukan ‘forearm pass’ sesama mereka sendiri selama satu minit semasa permainan bola tampar dijalankan. Sejauh mana kebolehpercayaan penilaian terhadap kebolehan pelajar memerlukan mereka menggunakan ‘forearm pass’ di dalam permainan kecil.


PERKEMBANGAN

Perkembangan para pelajar dalam banyak aktiviti bergantung kepada daya usaha dan latihan yang berasaskan kehendak diri pelajar. Oleh itu, maklum balas daripada pelajar perlu dijadikan rujukan diri dan sentiasa dinilai dengan pencapaian yang sebelumnya (Papaionannou & Gourdas, 1999). Sebagai contoh,  membandingkan masa yang dicatatkan dalam aktiviti larian dalam jarak setengah batu dengan prestasi  sebelumnya. Sebarang pengaruh tidak terkawal yang akan melambatkan larian sesetengah pelari seperti cuaca berguruh dan sebagainya perlu di ambil sebagai faktor dalam aktiviti tersebut.  Hal ini kerana para pelajar tidak mempunyai kawalan terhadap kebolehan rakan-rakan yang lain dan prestasi setiap pelajar juga tidak seharusnya dinilai berdasarkan prestasi rakan-rakan yang lain. Oleh itu, membandingkan prestasi pelajar dalam aktiviti larian yang direkodkan masanya tidak sepatutnya dibandingkan dengan prestasi rakan-rakan yang lain (Papaionannou & Gourdas, 1999).

Membantu pelajar menyelia perkembangan diri sendiri dalam aktiviti asas yang sama dapat memberi motivasi kepada mereka. Guru-guru boleh menyediakan pelajar dengan carta, kontrak, dan pelbagai statistik peribadi dan berkumpulan yang lain untuk pelajar melihat sendiri hasil usaha keras mereka yang akan membuahkan peningkatan diri. Penilaian yang memberi ganjaran kepada peningkatan para pelajar khususnya dalam kualiti jenis dan hasil sangat membantu apabila mendemonstrasikan perkembangan kepada pelajar.


OPTIMISMA DAN KEYAKINAN

Guru-guru berupaya untuk mengalakkan optimisma dan keyakinan dalam kalangan pelajar dengan menekankan peranan utama usaha, latihan dan permainan persisten yang memerlukan kemahiran dan kecergasan dimana ia sebaliknya dizahirkan melalui penilaian. Guru, pada masa yang sama perlu meminimakan fungsi kebolehan, genetik dan unsur rigid yang lain sebagai penentu kejayaan. Dengan menyokong pendapat bahawa kejayaan bergantung kepada kualiti yang seringkali dianggap kekal selalunya mendorong pelajar yang kurang berpengalaman dan kurang kemahiran menganggap diri mereka tidak berupaya untuk menjalani aktiviti fizikal dengan cemerlang mahupun menyerlahkan potensi dalam ujian penilaian. Matlamat sebenar adalah untuk membantu pelajar mencapai peningkatan dan kejayaan hasil usaha keras dan persistensi mereka, sebagai untuk menolak unsur-unsur kejayaan yang lain seperti nasib baik, tugasan senang mahupun latar belakang yang cemerlang. Kanak-kanak serta orang dewasa yang yakin akan keupayaan diri mereka untuk mencapai peningkatan melalui latihan lebih menikmati aktiviti yang berbentuk fizikal dan bersifat persisten dalam menjalani aktiviti yang berisiko untuk menemui kegagalan. Pelajar yang yakin diri akan berpendapat bahawa penilaian adalah suatu peluang baik untuk mereka menonjolkan kompetensi dan peningkatan diri mereka.

Membantu pelajar meletakkan gol yang realistik dan seringkali meningkatkan pengetahuan mereka dalam masteri dengan dalam kepayahan meningkatkan matlamat akan membantu pelajar menjadi lebih yakin dengan kebolehan mereka sendiri untuk mencapai suatu kejayaan pada satu tahap yang mencabar. Dengan menggunakan format penilaian yang berbeza-beza yang dapat menghasilkan persembahan yang berlainan (e.g. kelajuan, ketepatan, pengetahuan kognitif) dapat juga membantu pelajar untuk menjadi lebih yakin dengan kemampuan diri masing-masing (Valentini, Rudisill, & Goodway, 1999).


REGULASI DIRI

Matlamat utama bagi kebanyakan guru ialah untuk membantu pelajar mereka mengembangkan potensi regulasi diri mereka (e.g., kawalan diri) supaya mereka menjadi pemikir yang lebih berdikari dan ejen aktif dalam hidup mereka. Pelajar yang meregulasi diri biasanya antara mereka yang mempunyai motivasi diri, bertanggungjawab, berdisiplin dan berupaya untuk menahan kepuasan diri segera untuk kepentingan jangka panjang. Ladda, Demas dan Adams (1999) menggariskan keperluan untuk menilai kualiti emosional dan mencadangkan penilaian diri atas kemahiran peribadi hidup seperti kejujuran, kepemimpinan dan sifat tidak mementingkan diri sendiri.

Guru-guru boleh merangka aktiviti penilaian yang menggalakkan regulasi diri dan perkembangan kemahiran hidup kepada pelajar. Penilaian semasa melalui maklum balas daripada guru akan meransang kepada tugasan yang baru. Guru-guru perlu mengaplikasikan sistem penilaian di mana para pelajar diberi peluang untuk memilih daripada variasi aktiviti penilaian, menguji diri sendiri, menilai, dan merekodkan keputusan mereka, merancang strategi untuk meningkatkan diri mereka dengan bimbingan guru, serta merancang matlamat berasaskan penguasaan diri yang mencabar dan realistik (Papaioannou & Gourdas, 1999). Sebagai contoh, menyelesaikan nombor berlingkar yang diperkenalkan oleh Piawai Kriteria Rujukan Kesihatan (i.e. tahap paling minimum untuk mencapai manfaat kesihatan), atau mencapai matlamat dalam sesuatu masa yang menunjukkan perkembangan kendiri (berbanding dengan masa yang telah ditetapkan), adalah sebahagian contoh pencapaian masteri.


Portfolio para pelajar dapat menjadi bahan penilaian yang terbaik untuk membantu pelajar mengembangkan regulasi diri. Menyediakan pelajar dengan peluang untuk memilih daripada variasi bentuk penilaian sebagai tambahan dalam portfolio mereka akan menaikkan motivasi diri dan membantu kepada pengawalan diri pelajar. Pelajar boleh memilih dan membuat latihan sama ada bangkit tubi yang dimanipulasi, tekan tubi standard, atau ‘flexed-arm hang’. Ketidakpuasan dalam diri pelajar dan tiada hubung kait selalunya disebabkan oleh kekurangan fungsi dalam pelajaran mereka. Menyediakan variasi pilihan boleh mencambahkan minat (contohnya motivasi). Para pelajar yang lebih berusia juga boleh merancang aktiviti penilaian mereka sendiri dengan bimbingan dan input daripada guru apabila perlu. Papaioannou dan Gourdas (1999) berpendapat bahawa aktiviti penilaian merupakan enjin yang menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan rakan sekelas dan disarankan untuk para guru memberi galakan kepada pelajar mereka untuk membantu antara satu sama lain. Mereka juga mencadangkan bahawa stail mengajar dua hala Mosston dan Ashoworth (1986) adalah berguna bagi tujuan ini, kerana ia membolehkan pelajar memainkan peranan sebagai guru dan menyediakan maklum balas yang membina. Tinjauan literatur berkaitan dengan persekitaran pembelajaran koperatif menghasilkan manfaat psikologi yang berbeza-beza (e.g. meningkatkan keyakinan kendiri) dan menunjukkan peningkatan apabila dibandingkan dengan situasi pembelajaran yang sudah terancang (Johnson & Johnson, 1992).

Para pelajar juga boleh mebuat perkiraan dan membentangkan hasil kerja dan keputusan yang mereka perolehi kepada ibubapa semasa perbincangan guru dengan ibubapa dilaksanakan, selain dapat mengeratkan hubungan ibubapa dengan pihak sekolah. Akhirnya, guru boleh terus membina semangat kendiri pelajarnya dan mempertingkatkan tentang kelebihan dalam penilaian pelajar dengan “penilaian yang boleh dipercayai”. Sebagai contoh, guru boleh bertanyakan kepada murid yang lebih tua untuk mengakses, mencipta, membina dan menjalankan program kecergasan keluarga (Melgrano, 1999).


MENGUASAI KEADAAN

Guru-guru perlu berusaha untuk mengaplikasikan penilaian  dalam situasi keadaan yang dipanggil ‘situasi penguasaan’. Mengaplikasikan sesuatu situasi penguasaan dalam penilaian mungkin agak payah kerana kebanyakan pelajar menganggap penilaian adalah penghakiman kepada kemahiran fizikal dan harga diri mereka. Pelajar lelaki khususnya mungkin lebih cemas untuk dinilai kerana mereka terikat dengan status tinggi yang berkait rapat dengan kebolehan fizikal yang melambangkan kemaskulinan dan implikasi. Walau bagaimanapun, kedua-dua pelajar perempuan dan lelaki mungkin mempunyai tahap keyakinan yang kurang jika mereka tidak mempunyai pengalaman terdahulu terhadap setiap aktiviti yang mereka lakukan.

                Guru-guru boleh mengurangkan kebimbangan dalam diri pelajar untuk dinilai dengan membantu mereka merancang matlamat yang berasaskan keupayaan diri dan bersifat realistik yang mendorong mereka menjadi ke arah keyakinan dan penguasaan kebimbangan.  Penglibatan pelajar dalam aktiviti yang hampir serupa dengan penilaian sebenar mempu membantu mengurangkan perasaan tidak yakin dalam diri pelajar terutamanya semasa melaksanakan tugasan yang baru bagi mereka. Penilaian  dalam area seperti pengetahuan isi kandunagn (e.g mengapa regangan itu penting), pengetahuan kemahiran (e.g mengenal pasti petanda kepada lontaran bawah tangan) dan kualiti sosial personal (e.g. apakah itu kerja kumpulan?) adalah penting. Ujian kecergasan contohnya, perlu dirangka terlebih dahulu bagi member peluang kepada pelajar mendapat peluang untuk berlatih dengan cukup sebelum mereka dinilai dan hasil penilaian tersebut direkodkan sebagai sulit. Walentini, Rudisill, dan Goodway (1999) menyusulkan bahawa guru-guru boleh membantu pelajar menilai diri sendiri dengan mengajar kata kunci yang menfokuskan kepada proses aktiviti tersebut. Mereka mengatakan bahawa kejayaan sesuatu sesi itu bergantung kepada pengunaan kata-kata kunci seperti ‘langkah’ dan ‘baling’ yang digunakan untuk menfokuskan kepada proces membaling berbanding jarak balingan pelajar.

0 comments:

Post a Comment