Stephen J., Toni Jefferies, dan Wendy Mustain
Seorang guru sepatutnya mampu menunjukkan apa yang telah pelajarnya pelajari dalam pendidikan jasmani. Keadaan ini bukan sesuatu yang baru bagi kita. Walhal, kebanyakan guru yang mengajar pendidikan jasmani adalah lebih mengetahui apa yang diajarkan dan jangkaan yang berbeza haruslah dihargai.
Pertama sekali, nyatakan apa yang akan diajar (contohnya, bola keranjang). Kita seharusnya boleh menjawab apa-apa soalan yang ditanya oleh ibu bapa atau lebih tepat lagi apa objektif sesuatu pembelajaran yang diajar kepada anak mereka untuk menjawab soalan-soalan berikut, ia memerlukan pengetahuan yang luas tetapi kebayakan daripada kita tidak mampu menjawab akibat pengetahuan yang lemah.
Kaedah Penilaian Yang Berbeza
Kebanyakan ujian penilaian yang digunakan dalam pendidikan jasmani adalah ujian kecergasan. Dengan semua ujian yang telah diberi, pencapaian pelajar dibandingkan dengan jadual kebiasaan dan diberi kedudukan. Ini adalah satu contoh kelaziman dan kuantiti penilaian. Anda mungkin tahu bahawa penilaian ini mungkin sama dengan permainan tenis berseorangan, iaitu bila seorang pelajar masih tidak mampu bermain tenis, peningkatan ini akan jelas terbukti. Bagi pengajar jasmani, satu ukuran pengajaran dan pembelajaran akan digunakan.
Dengan kemahiran yang lebih kompleks atau apabila pelajar diperkenalkan dengan kemahiran yang baru, pembelajaran akan jadi lebih perlahan dan hasil seluruh kemahiran itu adalah bukan ukuran yang baik dalam pembelajaran dan peningkatan. Dalam keadaan seperti ini, adalah lebih baik menggunakan ujian yang bersesuaian yang berlandaskan kualitatif. Dalam ujian kualitatif, kita lebih memfokuskan kepada perubahan yang berlaku daripad hasil yang diperolehi.
Contohnya, bagi pemain yang baru bermula, ia akan mengambil masa yang lama untuk mahir dalam permainan tenis. Menilai pelajar dalam masa satu minit adalah tidak cukup dan belum betul-betul memahami apa yang dipelajari. Cara yang lebih baik ialah meminta pelajar membuat demonstrasi apa yang telah dipelajari.
Banyak cara untuk menilai pengetahuan pelajar tentang kemahiran motor. Tambahan pula, untuk menunjukkan kemahiran mereka, pelajar berinteraksi tentang kemahiran kognitif dalam pelbagai cara. Ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami konsep kemahiran pendidikan jasmani dan terus mengasah kemahiran dengan menggunakan konsep luar daripada pendidikan jasmani contohnya:
Contoh 1: Artikel Majalah Sekolah
Pelajar secara berkumpulan 2 atau 3 orang menghasilkan artikel untuk majalah sekolah tentang kemahiran motor. Pelajar boleh mencari sumber-sumber luar, gambar-gambar untuk membantu menghasilkan artikel tersebut.
Contoh 2: Mencipta Penilaian Untuk Kemahiran Motor
Pelajar boleh menghasikan borang untuk mengenal pasti komponen penting dalam kemahiran motor. Pelajar akan menerangkan apa kegunaan penilaian itu.
Faedah Penilaian Kognitif:
· Pelajar menyelesaikan apa yang mereka tahu tentang kemahiran motor dengan kemampuan sendiri.
· Menggalakkan penggunaan kepelbagaian sumber secara meluas.
· Hasil penilaian adalah berpotensi dan lebih berguna daripada menjawab kertas bertulis.
· Penilaian akan menghasilkan peluang untuk menghasilkan projek untuk menghubungkaitkan akademik sekaligus menggambarkan kerja sebenar sebagai seorang guru.
Kaedah Penilaian Lain:
· Menghasilkan rakaman berarahan selama 3 minit tentang kemahiran atau konsep.
· Tulis dan lukis brosur tentang kemahiran atau konsep.
· Tulis surat atau rakaman kepada ibu bapa tentang apa yang telah dipelajari.
· Cipta kaedah mengingat untuk mengingati isi penting tentang kemahiran.
· Mengajar kemahiran atau konsep menggunakan kaedah visual untuk menerangkan maklumat.
· Mencipta permainan sendiri berdasarkan kemahiran, konsep atau strategi.
Apa yang mungkin kita fikir tentang penilaian-penilaian ini adalah mereka mengarahkan pelajar menunjukkan apa yang telah mereka pelajari lebih daripada hanya memberikan respons dalam kelas dan menerima maklumat yang telah diberikan oleh guru. Cara ini adalah cara lama dalam penilaian. Kesan dalam proses penilaian ini adalah satu faedah yang berguna.
Bila Sepatutnya Saya Perlu Menilai?
Pembelajaran penilaian adalah untuk sesuatu penilaian. Malangnya, ia terlambat untuk membuat perubahan arahan yang mungkin melibatkan pembelajaran yang lebih besar. Tiada jalan lain untuk menunjukkan kelakuan pelajar adalah kesan langsung dari arahan yang diberi. Ujian pra dan post meningkat sedikit sahaja dalam proses ini tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan perubahan dalam kelakuan semasa pembelajaran. Penambahan penilaian di pertengahan pembelajaran menghasilkan banyak masa untuk perubahan tetapi ia mungkin menyebabkan pembaziran masa.
Kemungkinan jalan terbaik untuk penilaian adalah dengan membuat ia berterusan di mana pelajar sentiasa peka apa yang telah dipelajari dan apa yang belum mereka pelajari. Guru yang efektif selalu memberi atau membuat penilaian secara berterusan. Guru ini membuat pemerhatian kelakuan pelajar dan membuat perubahan dalam pelajaran. Perbezaan ketara yang akan muncul ialah seorang guru perlu lebih praktikal daripada hanya memikirkannya.
Laporan Penilaian
Tiada cara yang lebih efektif utuk merekod atau melapor pembelajaran pelajar. Banyak kaedah dan kita mesti memilih yang mana paling berkesan untuk kita dan apa yang kita pelajari. Sesetengah guru gemar untuk menggunakan carta penilaian yang mereka hasilkan dan digunakan ketika dalam pembelajaran. Bila pelajar telah mahir dalam satu-satu kaedah, mereka akan diberikan pelekat. Ramai guru dan pelajar beranggapan cara ini sangat merangsang dan menaikkan semangat mereka. Tetapi cabaran kaedah ini adalah membahagikan kemahiran kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya pelajar mampu merekod proses pembelajaran mereka.
Kesan Pembelajaran
Arahan pendidikan jasmani sepatutnya diuji secara individu. Arahan adalah berdasarkan individu yang menegaskan keperluan perbezaan strategi pembelajaran seperti apa yang telah dipelajari. Pengajaran menawarkan satu altenatif tetapi mesti diingat bahawa kaedah ini memerlukan banyak organisasi, carta dan peralatan. Ia juga adalah kerja kepada guru yang berkemahiran mengurus kelas.
PIAWAIAN KEBANGSAAN UNTUK PENDIDIKAN JASMANI
Mengapa Perlu Diajar Pendidikan Jasmani di Sekolah?
Pendidikan Jasmani adalah satu bahagian yang wajib diajar dalam masyarakat. Kualiti pendidikan jasmani adalah keperluan untuk meningkatkan kekuatan fizikal, kecerdasan kendiri dan sebagainya. Pelajar mesti diberi peluang untuk belajar kemahiran yang diperlukan untuk diadaptasi dalam kehidupan. Pendidikan Jasmani diajar dengan pelbagai cara untuk diadaptasi dalam kehidupan pelajar.
Nilai Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal meningkatkan daya ketahanan otot, stamina, fleksibiliti, ketahanan jantung dan sebagainya. Ia juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi, kanser kolon dan diabetis.
Apa yang sepatutnya pelajar yang telah mempelajari pendidikan jasmani harus tahu?
· telah mempelajari kemahiran-kemahiran yang sepatutnya untuk melakukan kepelbagaian aktiviti fizikal.
· secara fizikalnya telah cergas dan cerdas.
· telah biasa melakukan aktiviti fizikal.
· tahu kesan-kesan atau faedah terlibat dalam aktiviti fizikal.
· nilai aktiviti fizikal itu dan sumbangannya terhadap tahap kesihatan gaya hidup kita.
Penetapan pengisian yang selaras dan alat-alat yang harus digunakan dalam penilaian iaitu:
· untuk memperkuatkan lagi pengisian selaras untuk program pendidikan jasmani sekolah berkaitan dengan apa yang sepatutnya pelajar tahu dan mampu lakukan dalam aktiviti fizikal.
· untuk mengukuhkan lagi dasar guru-mesra untuk panduan penilaian selaras dengan peranan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar pendidikan jasmani:
1. Menunjukkan kemampuan dalam pelbagai gerakan.
2. Menggunakan konsep dan prinsip yang terlibat dalam pembelajaran dan dalam meningkatkan kemahiran motor.
3. Pamer cara hidup yang sihat dan aktif.
4. Mencapai dan mengekalkan tahap perkembangan kesihatan fizikal.
5. Menunjukkan tanggungjawab dan hubungan sosial dalam aktiviti fizikal.
6. Menunjukkan pemahaman dan hormat terhadap perbezaan manusia dalam aktiviti fizikal.
7. Faham tentang aktiviti fizikal yang akan menghasilkan peluang untuk keseronokan, cabaran dan menunjukkan siapa diri kita yang sebenar dan juga meningkatkan hubungan sosial.
Sejak 1850, bermulanya latihan fizikal pelajar, penekanan dalam pendidikan jasmani sekolah telah diperbesarkan merangkumi latihan fizikal, persembahan kesihatan dan kemahiran bersukan. Sekarang, pendidikan jasmani lebih berfokus kepada latihan kesihatan dan kelakuan serta kemahiran motor diperlukan untuk kesihatan berpanjangan dan kepuasan aktiviti fizikal.
Kualiti pendidikan jasmani termasuklah:
· Kemampuan dalam kemahiran asas dan kemahiran motor yang berkaitan dengan aktiviti fizikal supaya setiap orang boleh membuat keputusan positif tentang pemilihan aktivit fizikal.
· Pengalaman yang menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya, menganalisis, meneliti dan berinteraksi serta mampu melakukan konsep kognitif tentang kemahiran motor dan aktiviti fizikal.
· Peluang untuk mengukuhkan kemahiran sosial dan kerjasama dan memperoleh penghormatan dan penghargaan.
· Pendidikan Jasmani untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kesihatan fizikal sambil berseronok.
Kesan untuk arahan dan program sokongan:
· Untuk mengembangkan peluang untuk mempelajari pendidikan jasmani dan sebab-sebabnya haruslah disertakan.
· Ia melibatkan jadual, saiz kelas yang berpatutan dan kelengkapan yang mencukupi, jadual kokurikulum yang tersusun, langkah penilaian yang sesuai, guru yang berkelayakan dan sokongan yang positif.
· Guru memainkan peranan yang penting untuk menentukan kejayaan dalam pendidikan jasmani dan keutamaan haruslah diberikan untuk pembelajaran pelajar di tahap rendah menengah untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar.
· Kualiti pendidikan jasmani adalah berterusan dan sesuai mengikut arahan kepada kanak-kanak yang spesifik.
· Pelajar kini haruslah menggunakan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesihatan dan kemahiran atau konsep.
· Guru yang berkemahiran dalam teknologi diperlukan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.
Rumusan
Kualiti pendidikan jasmani memainkan peranan penting dalam mempromosi kepentingan kesihatan kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Piawaian Pendidikan Jasmani Kebangsaan telah menghasilkan rangka kerja untuk penstrukturan semula yang akan membangunkan pendidikan jasmani untuk membangunkan kesihatan kanak-kanak dan membantu mencapai matlamat bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
0 comments:
Post a Comment