Tuesday, January 31, 2012

Kemahiran Asas Pergerakan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah


Terdapat tiga perkara yang difokuskan dalam artikel ini. Fokus yang pertama ialah menyatakan kepentingan asas pergerakan motor di antara program pendidikan jasmani k-12. Kedua, perbincangan tentang isu dan kesukaran yang tidak dapat dielakkan semasa ujian persembahan pendidikan jasmani bagi sekolah rendah. Dan yang ketiga ialah menyediakan jalan penyelesaian bagi mengendalikan ujian yang lebih berkualiti dalam pendidikan jasmani.
             Secara umumnya, istilah ”Asas Pergerakan Motor” merujuk kepada satu set kemahiran yang berikut iaitu: kemahiran lokomotor, kemahiran berjalan, berlari, melompat secara melintang, galoop, berjengkek, skipping, dan ke atas ke bawah serta beberapa kemahiran membaling (bawah atau atas tangan), menangkap, menggelecek, menyerang, memukul dan meletak. Seseorang itu perlu pandangan ”Bergerak ke Masa Hadapan: Standard Kebangsaan Pendidikan Jasmani ((NASPE, 1995) untuk menyedari kepentingan penguasaan pergerakan asas motor kepada kanak-kanak. Dua daripada tujuh standard yang menyatakan bahawa guru pendidikan jasmani secara peribadinya terlibat dalam pergerakan asas motor. Standard yang pertama ialah meminta guru pendidikan jasmani [mendemonstrasi] kebolehan yang banyak dalam pergerakan manakala standard kedua pula meminta guru pendidikan jasmani [mempraktikkan] konsep pergerakan dalam pergerakan kepada pembelajaran juga membina kemahiran motor” (NASPE, 1995, P.1).
            Asas pergerakan motor menyediakan asas yang luas kepada kebolehan pergerakan di mana banyak kemahiran yang susah dapat dibina. Jika profesiensi (yang boleh dibaca sebagai pergerakan yang sempurna atau ilmu pengetahuan lanjutan kemahiran motor) untuk membina beberapa jenis pergerakan (standard pertama), barulah persaingan sebenar dalam paten asas pergerakan ditentukan. Kanak-kanak yang asas pergerakan motornya tidak dibina dengan betul tidak akan memperoleh asas bagi membina sesuatu pergerakan.
            Standard yang kedua menyatakan bahawa guru pendidikan jasmani boleh mengaplikasikan konsep pergerakan dan prinsipnya untuk pembinaan, tambahan kemahiran dan asas pergerakan motor. Secara tidak langsung prinsip pergerakan didapati apabila pembinaan asas kemahiran motor digunakan secara berterusan oleh guru pendidikan jasmani di sekolah rendah. Dengan membantu pelajar menguasai kemahiran ini dalam usia yang muda akan dapat memastikan mereka belajar untuk menyukai dan menghargai pergerakan dalam kehidupan.
            Colvin, Markos, and Walker (2000) mengemukakan bahawa guru pendidikan jasmani mesti melakukan lebih daripada hanya keseronokan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah. Setiap aktiviti harus ada tujuan. Bagi mencapai tahap ini di sekolah rendah, guru pendidikan jasmani mesti memantau dan menguasai pergerakan asas dan belajar akan perkembangan yang sesuai dengan konsep kecergasan. Colvin menekankan kanak-kanak boleh menguasai pergerakan asas dengan penuh kebebasan sepanjang persekolahan daripada sebahagian hidup mereka yang lain. Jika kanak-kanak terlepas peluang  untuk membina kemahiran motor, mereka cenderung untuk tidak menyertai aktiviti rekreasi dan sukan pada masa akan datang (Seefeldt, 1979).
            Sebahagian daripada yang diperlukan untuk kelas, pelajar perlulah mendemonstrasi kompetensi di dalam corak asas pergerakan. Seseorang akan menganggap bahawa pelajar kolej akan mencapai profisiensi dalam pergerakan asas. Pelajar melakukan dan saya menyuruh mereka mendemonstrasikan dalam aktiviti seperti berlari, melunjur dan lompatan menegak mereka ketawa. Ketika ujian bermula, mereka sedar mereka mengalami kesukaran dalam membuat kebanyakan pergerakan asas. Ujian ini talah mendedahkan 1/3 lelaki melompat dengan cara yang salah dan peratusan besar lelaki dan perempuan  tidak mampu menghasilkan kuasa yang bersesuaian pada bahagian bawah tubuh badan dalam pergerakan lompatan secara horizontal atau vertikal. Dianggarkan 70% perempuan tidak mencapai kematangan corak pergerakan dalam balingan atas tangan. Dan ini semua adalah major penddikan jasmani. Lagi sekali kesederhanaan cora pergerakan asas sepatutnya tidak mustahil bagi mereka untuk diajar dengan betul dan diuji.
            Tujuan utama contoh hujah diatas bukan untuk mengkritik guru sekolah rendah atau program mereka tetapi untuk menggambarkan ramalan yang kita buat tentang Asas Pergerakan Motor. Kita mempunyai keupayaan untuk meramal bahawa umur 8 hingga 9 tahun, corak pergerakan asas adalah mudah diperolehi dan dikuasai melalui proses peng normal. Kebenaran bahawa sesetengah asas pergerakan motor (seperti berjalan) secara semula jadinya akan dibina untuk menerima paras profesiensi untuk kebanyakan kanak-kanak melalui proses perkembangan, majoriti pergerakan asas estilah di ajar, ditekan dan diuji untuk memastikan semua kanak-kanak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk pergerakan yang betul pada masa akan datang.
            Ujian ialah aspek kritikal dalam memastikan perubahan kanak-kanak melalui proses perkembangan yang efektif. Ujian asas dalam kemahiran motor adalah penting. Kanak-kanak menguasai kemahiran sebelum dihantar kepada pergerakan yang lebih susah dalam program di sekolah menengah seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah untuk meramal bahawa kemahiran yang ada dikuasai kerana pengajar pendidikan jasmani menyediakan pengalaman pegerakan yang merangkumi kemahiran asas pergerakan motor satu cara untuk memastikan kemahiran ini dikuasai ialah dengan ujian. Ini juga akan menyediakan pengajaran pendidikan jasmani dengan informasi penting berkaitan dengan keberkesanan program.
            Jika ujian ini sangat kritikal, kenapa ia tidak dilakukan selalu? Pertama, isu utama yang dihadapi oleh guru pendidikan jasmani ialah masa yang tidak mencukupi di kebanyakan negeri, guru pendidikan jasmani sekolah rendah terhad untuk melihat pelajarnya sekali seminggu, selalunya kurang daripada 20 minit 1 sesi. Pertama, pihak yang bertanggungjawab dalam situasi ini sepatutnya mengajar pihak pentadbir akan kepentingan kualiti harian pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah. Sudah tentu perubahan magnitud kurikulum memerlukan masa yang mencabar dan usaha luar daripada skop artikel ini. Oleh itu, fokus utama ialah penyelesaian secara praktikal yang boleh diimplemen apabila guru pendidkan jasmani berhadapan dengan jadual kelas yang padat.

Mengatasi Masalah Kekurangan Masa.

Penyelesaian pertama: Mengendalikan ujian ketika waktu formatif
Penyelasaian pertama memerlukan perhatian bagaimana ujian mesti dilakukan. Ujian tradisional telah dikonsepkan sebagai individu, ujian sumatif. Dalam senario ini diakhir unit 2 atau 3 minggu, guru pendidikan jasmani mesti melakukan ujian kepada individu, mempunyai individu seterusnya atau dua yang bersedia untuk ujian, mengajar pelajar yang lain di dalam kelas aktiviti yang berbeza bagi memasikan semua orang bergerak dan juga diselia. Secara terang-terangan, lagi menjayakan pengendalian ujian ini di dalam satu bentuk ia memerlukan dua tenaga pelajar yang profesinal dan penyelaras yang bagus dari segi personal pelajar dan aktiviti- bukan senario yang realistik bagi kebanyakan guru pendidikan jasmani sekolah rendah.
            Maka apakah cara lain untuk menguji konsep? Pertama ia boleh berlaku ketika waktu tradisonal yang dikenali sebagai waktu formatif, iaitu ketika pelajar terlibat di dalam aktiviti pergerakan dalam kumpulan besar. Ini adalah peluang terbaik bagi guru pendidikan jasmani untuk terlibat dengan ujian. Salah satu contoh ialah mengendalikan ujian permainan yang melibatkan kemahiran motor asas larian. Guru mengarah kepada seluruh kelas untuk terlibat dalam kemahiran asas motor yang tertentu ketika terlibat dalam permainan larian. Ketika ini guru pendidikan jasmani boleh membuat ujian ulangan kepada beberapa pelajar. Ujian integrasi di dalam beberapa bahagian aktiviti dalam kelas akan membawa beberapa keputusan yang baik:

Ø      Guru yang bagus boleh mengambil kebaikan daripada masa yang terhad. Sebagai permulaan awal, banyak, jika tidak selalunya guru pendidikan jasmani menghadapi tekanan yang terlalu tinggi. Apabila pelajar hanya boleh bersemuka sekali seminggu untuk 20 hingga 30 minit, apa isi kandungan pengajaran semasa ujian kualiti pengalaman pergerakan menjadi sangat penting. Guru mesti membina tingkah laku di dalam melakukan ujian. Ia mestilah diintegrasi melalui seluruh program pendidikan jasmani, walau bagaimanapun ini akan memaksa guru pendidikan jasmani untuk menghalusi perancangan dan bersedia. Skor Rubrik mestilah teratur dan bersedia. Guru juga patut membuat beberapa ”ujian larian” bagi memastikan setiap proses berkesan dan cekap serta mengesan beberapa masalah yang tidak dapat dilihat.
Ø      Semua pelajar kekal aktif semasa pengajian. Malangnya realiti semasa pengujian, murid terpaksa beratur untuk menunggu giliran diuji dan kurang terikat dengan apa-apa aktivti bermakna. Semasa mengendalikan ujian, murid-murid dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti yang berfaedah dalam masa yang terhad.
Ø      Guru secara aktifnya memantau tingkah laku pelajar ketika melakukan ujian. Ketika ujian dijalankan ke atas individu, guru selalu memaksa pelajarnya mengubah perhatian daripada kelas yang lain. Kekurangan pemantauan secara mudahnya akan menyebabkan tingkah laku pelajar sukar dikawal dan lebih teruk keputusannya sekiranya sikap guru cuai seandainya kemalangan terhadap pelajar berlaku. Dengan mengendalikan ujian dalam kumpulan yang besar, guru bolehlah sesekali memantau kelakuan pelajar. Oleh itu kelakuan pelajar boleh dikawal dalam ujian.
Ø      Pelajar yang biasanya mengalami kegelisahan akan mempersembahkan persembahan yang kurang memuaskan tetapi ia mungkin memberi persembahan dalam keadaan yang lebih tenang sekiranya ujian dilakukan sacara berkumpulan. Ini kerana pelajar tidak sedar bahawa mereka sedang diuji dan ini sebenarnya mengurangkan potensi kegelisahan dan membenarkan pelajar memberi persembahan yang terbaik.
Ø      Ujian mestilah dilakukan dalam situasi yang natural. Walaupun ujian ini agak sukar untuk distruktur, tetapi aktiviti sebenar dalam kehidupan dapat membantu terutamanya dalam kemahiran motor. Guru akan lebih mudah untuk mengendalikan ujian secara berkesan dengan melakukan ujian yang melibatkan aktiviti harian sepanjang penilaian. Keadaan ini akan membenarkan pelajar memberi persembahan dalam keadaan terkawal dan memberi laluan kepada guru pendidikan jasmani untuk menilai pelajar dan keadaan natural.

Penyelesaian kedua: Menggunakan penilaian Rakan Sebaya

Penyelesaian kedua untuk mengatasi kekangan masa adalah dengan menggunakan penilaian rakan sebaya. Walaupun guru-guru tidak sepatutnya menggunakan rakan sebaya untuk memberikan markah, mereka boleh menggunakan data penilaian rakan sebaya untuk mengenalpasti masalah dan kekurangan pengajaran yang dihadapi pelajar secara individu. Tambahan, pelajar yang menjalankan penilaian tersebut akan mendapat manfaat yang banyak dengan menguasai elemen-eleme signifikan kemahiran tersebut.
            Kunci utama kepada penilaian yang efektif yang dikendalikan rakan sebaya ialah menggunakan rubrik yang jelas dan mudah. Rubrik ini harus dibina menggunakan terminologi mudah persembahan bergambar yang sesuai dengan elemen kemahiran serta langkah yang jelas untuk menilai prestasi kemahiran yang boleh diterima pakai. Colvin, Markos, dan Walker (2000) telah membina rubrik yang cemerlang untuk penilaian rakan sebaya dalam buku mereka, Teaching the Nuts and Bolts of Physical Education.
            Jika guru pendidikan jasmani kekurangan akses kepada rubrik yang sedia ada, mereka boleh membina dengan mudah. Rubrik yang efektif memerlukan pemahaman setiap peringkat perkembangan yang kanak-kanak akan tempuhi untuk mencapai kecekapan pergerakan yang tepat. Klasifikasi dan bimbingan yang diperoleh dan perkembangan motor terbaru yang menerangkan setiap peringkat kemahiran asas dan mengenalpasti karekteristik pergerakan ini (Gabbard,2000; Gallahue & Ozmun, 1998) yang mungkin digunakan untuk membina rubrik penilaian. Pelajar perlu memahami bahasa terminologi dan persembahan bergambar yang disediakan.

Penyelesaian ketiga: Pengedaran Maklumat Penilaian

Penyelesaian ketiga ialah untuk mencipta pemahaman mengenai bila penilaian patut diadakan untuk kemahiran motor asas yang berlainan. Tidak semua kemahiran memerlukan penilaian yang formal dan sumatif. Walau bagaimanapun, pertimbangan kekangan masa yang ekstrim yang dihadapi oleh kebanyakan guru pendidikan jasmani, suatu pembahagian penilaian kemahiran asas untuk setiap tahap menyediakan alternatif yang realistik dan masih mengekalkan tahap kualiti yang tinggi. Garis waktu yang mana asas kemahiran motor perlu dikuasai disediakan dalam jadual 1. (Franket et al; 1992)
            Penilaian tidak formal terhadap kemahiran ini patut berlaku secara kerap. Di samping itu, dengan mempersembahkan penilain sumatif yang berkualiti dan menyebarkannya kepada setiap tahap, guru-guru dapat mengumpul data pergerakan yang diperlukan tanpa mengubah beban kurikulum yang sedia ada. Dan seperti yang ditekankan daripada awal, penilaian sumatif yang formal boleh dijalankan dalam bentuk aktiviti berkumpulan.

Penyelesaian keempat: Menggunakan Teknologi

Penyelesaian keempat untuk mengatasi masalah kekangan masa ialah dengan menggunakan teknologi. Bagaimana teknologi boleh membantu dalam menjalankan penilaian asas kemahiran motor? Penggunaan komputer contohnya, sangat membantu para guru pendidikan jasmani. Meskipun harga kos bagi sebuah komputer adalah sangat mahal, namun ia adalah satu pelaburan yang berbaloi. Salah satu kelebihan komputer ialah membenarkan guru pendididkan jasmani menyimpan data-data dalam jumlah yang besar. Percubaan menyimpan rubrik secara tersusun bagi sebuah kelas yang di penuhi pelajar adalah sudah mencukupi untuk membuatkan guru-guru mengelak dari melakukan penilaian. Dengan menggunakan teknologi, rubrik boleh dibina dengan mudah menggunakan program seperti mikrosof Excel atau SPSS dalam desktop komputer dan kemudiannya dipindahkan daripada satu komputer ke komputer yang lain. Dengan cara ini, pelbagai rubrik boleh di akses dengan mudah dan data penilaian pelajar boleh dimasukkan. Dengan menggunakan rubrik melalui komputer, guru boleh menyimpa data yang dikumpul malah data tersebut sentiasa tersedia untuk dianalisis. Sekali data penilaian dimasukkan, perisian program boleh berperanan sebagai bahan rujukan bagi guru, menjimatkan masa guru dalam proses penggredan. Tambahan, pakej statistik seperti excel atau spss membolehkan graf, carta dan paparan boleh dibina dengan mudah secara ”drag and drop”. Maklumat ini boleh digunakan semasa membincangkan perkembangan prestasi pelajar dengan pihak pentadbiran, ibu bapa atau ahli lembaga. Pada masa hadapan, jika guru pendidikan jasmani terus mengumpul data asas kemahiran motor, norma-norma boleh dibina dimana ia tidak diperlukan dalam penilaian keberkesanan program.
            Penggunaan komputer dapat menjimatkan ruang guru pendidikan jasmani kerana ianya mudah untuk dibawa dan membolehkan pengurusan rubrik menjadi lebih mudah. Guru juga boleh membawa kesemua borang-borang maklumat ke padang termasuklah RPH (Williams 2002). Juniu (2002) memberikan gambaran yang lengkap tentang penggunaan komputer dalam pendidikan jasmani.

Kesimpulan

            Artikel ini cuba memberikan pandangan realistik terhadap sesetengah halangan yang menghalang pendidikan jasmani di sekolah rendah daripada menjalankan penilaian yang efektif. Isu yang penting adalah tekanan masa yang melampau. Dengan mengimplementasikan satu atau lebih penyelesaian yang disediakan, adalah diharapkan kualiti penilaian lebih meningkat. Menjalankan penilaian formatif, menggunakan penilaian rakan sebaya menyebarkan penilaian merentas kurikulum, dan mengintegrasikan teknologi ke dalam penilaian, kesemuanya adalah penilaian realistik ke arah penyelesaian masalah tekanan masa. Implementasi ini seharusnya menjurus ke arah memperteguhkan program pendidikan sekolah rendah yang merupakan struktur asas dalam pembinaan keseluruhan kurikulum k-12.
            Menerusi proses ini pelajar akan memperoleh sesuatu yang manfaat. Menyediakan penilaian asas kemahian motor yang berkualiti membolehkan pelajar memperoleh asas untuk menikmati pengalaman pergerakan yang baik sepanjang hayat. Adakah dengan mengimplimentasikan penilaian berkualiti memerlukan guru pendidikan jasmani untuk berfikir dengan inovatif? Ya. Adakah ia memerlukan guru pendidikan jasmani untuk mencuba strategi baru? Ya. Adakah ia akan mengambil masa dan tenaga? Ya. Tetapi, melalui perspektif keuntungan yang diperoleh oleh pelajar, keputusannya akan menjadi sangat berbaloi dari aspek masa dan usaha.  

Friday, January 13, 2012

Pengaruh kursus kaedah PJ terhadap pengetahuan asas kemahiran pergerakan


Pengaruh Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani Terhadap Pengetahuan Asas kemahiran Pergerakan Di Kalangan Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah
Abstrak
            Berikutan semakin meningkatnya kesedaran terhadap masalah obesity di kalangan kanak-kanak, ramai individu dan organisasi telah menekankan kepentingan Pendidikan Jasmani yang berkualiti. Keperluan terhadap Pendidikan Jasmani yang berkualiti pada peringkat rendah ini adalah sangat penting di mana terdapat kajian yang menunjukkan hubungan di antara prestasi kemahiran pergerakan asas dengan berat badan kanak-kanak. Namun begitu, pengajaran yang berkualiti memerlukan asas pengetahuan dalam bidang subjek berkenaan. Di peringkat rendah, sesetengah daerah membenarkan guru-guru kelas untuk menyediakan arahan-arahan Pendidikan Jasmani kepada para pelajar dan ramai di kalangan guru-guru ini kurang pengetahuan dalam asas Pendidikan Jasmani. Tujuan kajian ini dijalankan ialah memantau pengaruh Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani terhadap pengetahuan guru-guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dalam bidang kemahiran asas pergerakan. Dapatan diperolehi dengan menggunakan soal selidik untuk menilai pengetahuan pelajar-pelajar dengan meminta mereka menyenaraikan kemahiran-kemahiran pergerakan asas sebelum dan selepas mengikuti satu kursus keadah Pendidikan Jasmani sekolah rendah. Keputusan yang diperolehi menunujukkan pengaruh yang positif terhadap pengetahuan kemahiran asas pergerakan di kalangan guru sekolah rendah setelah mengikuti kursus tersebut.

            Peratusan kanak-kanak yang obes di United State adalah pada kadar yang sentiasa tinggi dan peratusan ini dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Dengan peningkatan kesedran terhadap obesity di kalangan kanak-kanak, ramai individu dan organisasi mula menekankan kepentingan Pendidikan Jasmani yang berkualiti (AAHPERD, 2004). Keperluan ke atas Pendidikan Jasmani yang berkualiti di peringkat sekolah rendah adalah sangat penting seperti yang telah ditunjukkan oleh kajian di mana terdapatnya hubungan di antara prestasi kemahiran asas pergerakan dengan berat badan golongan remaja (Booth, Chey & Southall, 2002), aktiviti fizikal (Okely, Booth & Patterson, 2001a) dan ketahanan kardiovaskular (Okley, Booth & Patterson, 2001b). Dalam kajian yang dijalankan Wall dan rakan-rakan (Wall, Rudisill, Goodway & Parish, 2004), disimpulkan bahawa kanak-kanak memerlukan arahan yang berkualiti, bukan sahaja pendedahan kepada alatan dan peluang latihan untuk melakukan kemahiran asas pergerakan yang sesuai.

            Proses pengajaran dan penilaian kemahiran asas pergerakan adalah sangat penting untuk perkembangan motor kanak-kanak dan memastikan mereka kekal aktif dalam kegiatan fizikal (Okley et al.,2001a; Wall et al.,2004). Payne dan Isaac (2002) telah menyarankan bahawa kemahiran pergerakan asas adalah ‘building blocks’ kepada kemahiran berasaskan sukan yang lebih spesifik. Tahap perkembangan dan penguasaan kemahiran asas pergerakan ini sepatutnya sudah dikuasai sejak tahap Prasekolah Dan sekolah rendah lagi (Gabbard, 2000). Tanpa penguasaan kemahiran asas pergerakan, kanak-kanak akan hilang minat dan seterusnya akan menjauhkan diri dari kebanyakan aktiviti fizikal (Eckert, 1987). Clark dan Metcalfe (2002) merumuskan tentang kepentingan kemahiran asas pergerakan dalam kenyataan di bawah:
Indeed, these fundamental motor patterns form a base camp to which the individual may always return as he attempts to climb the various peaks (Skills) on the mountain of motor development. (p.178)

Jika kanak-kanak mempunyai asas yang kuat dalam kemahiran asas pergerakan, mereka akan lebih seronok untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan lebih bersedia untuk mencuba kemahiran-kemahiran dan aktiviti-aktiviti baru (Okley et al.,2001a). Attribusi ini sangat diperlukan untuk memastikan penglibatan dalam aktiviti fizikal sepanjang hayat.

            “The National Association for Sport and Physical Education (NASPE) telah menyarankan Jabatan Pendidikan di peringkat daerah dan negeri untuk meningkatkan usaha mereka dalam memperbaiki kualiti dan kesediaan Pendidikan Jasmani di seluruh Negara.” (NASPE, 1998, p.3) Salah satu cara untuk memastikan ‘Pendidikan Jasmani yang berkualiti’ ialah dengan menyediakan jurulatih Pendidikan Jasmani yang berkemahiran dan cekap. Namun begitu, pada peringkat sekolah rendah, hanya 4 daerah sahaja yang memerlukan arahan Pendidikan Jasmani dari jurulatih PJ yang diiktiraf (NASPE, 2002). Di daerah yang lain, kebanyakan guru kelas sekolah rendah adalah diharapkan dapat memberikan sendiri arahan Pendidikan Jasmani kepada pelajar mereka. Namun, tidak semua guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah perlu mengikuti Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani ini (Humphries & Ashy, 2002). Dari 134 orang responden dalam kajian Humphries dan Ashy, 92 orang responden memerlukan kursus manakala 16 orang lagi hanya mengambil kursus ini sebagai elektif sahaja. Dapatan ini menunjukkan 30% responden tidak memerlukan kursus dan hampir 20% tidak menawarkan langsung kursus ini. Kebanyakan institusi yang menawarkan kursus seperti ini memerlukan pengalaman amali di padang yang sebenar. Namun, sebelum individu boleh mengikuti amali di padang, dia perlu memiliki kandungan ilmu yang menjadi asas kepada amali tersebut (Faucette & Patterson, 1990).

            Kajian menunjukkan guru yang efektif harus memiliki pengetahuan yang kuat dalam subjek yang diajar (lihat Allen, 2003 untuk rujukan). Oleh itu, adalah sangat genting untuk individu yang mengajar Pendidikan Jasmani kepada kanak-kanak untuk memiliki pengetahuan yang luas tentang Pendidikan Jasmani, terutama kemahiran asas pergerakan, memiliki pengetahuan yang berhubung kait dengan domain kecergasan berasaskan kesihatan dan psikomotor (Lacy & Douglas, 2003) membenarkan guru memilih aktiviti dan strategi arahan yang membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran asas pergerakan (Faucette, Mckenzie & Patterson, 1990) dan juga aspek-aspek Pendidikan Jasmani yang lain. Namun, tidak banyak yang diketahui tentang pengaruh Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani ke atas pengetahuan guru Pendidikan Jasmani sekolah Rendah. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengaruh kursus kaedah Pendidikan Jasmani terhadap pengetahuan asas kemahiran pergerakan di kalangan guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah.


Metodologi
Sampel
           
Sampel dari dua kumpulan peserta Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani, peserta kursus sepenuh masa (N=20) dan peserta kursus separuh masa (N=45) yang bertindak sebagai kumpulan rawatan. Peserta Kursus Kaedah Kesihatan (N=33) bertindak sebagai kumpulan kawalan. Kesemua sampel telah menandatangani surat persetujuan dan tidak mengetahui tujuan kajian ini dijalankan.

Prosedur
            Pada hari pertama interaksi, pelajar-pelajar dalam setiap kursus diminta menjawab satu soal selidik terbuka. Soal selidik ini meminta pelajar menyenaraikan sebanyak mungkin kemahiran asas pergerakan, dan menjelaskan kenapa kemahiran asas pergerakan ini penting. Langkah pertama untuk meningkatkan pengetahuan ialah dengan mengenalpasti konsep dan memahami kepentingan konsep tersebut. Secara tambahan, maklumat berkaitan dengan tahap kemajuan ke arah pelengkapan program ini boleh diperolehi. Kesahihan soal selidik ini ditentukan oleh beberapa orang panel pakar. Kebolehpercayaan juga ditentukan dengan menggunakan kaedah test-retest. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.79. Dengan menjawab soal selidik tersebut, responden-responden telah melengkapkan syarat untuk setiap interaksi. Komponen pengetahuan responden kursus kaedah Pendidikan Jasmani (sepenuh dan separuh masa) adalah sama. Pelajar sepenuh masa mempunyai pengalaman amali di padang yang lebih dari pelajar separuh masa. Pelajar Kursus Kaedah Kesihatan tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan Pendidikan Jasmani. Pada hari terakhir interaksi, pelajar setiap kursus dikehendaki menjawab soal selidik (sama seperti soal selidik pra-pengajaran.)
Analisa
            Untuk menganalisa dapatan kemahiran asas pergerakan, soal selidik pra-pengajaran telah dijadualkan dahulu. Jumlah kemahiran yang disenaraikan dan jumlah kemahiran yanag betul direkodkan. Dari kedua-dua nilai ini, satu nisbah terdiri daripada bilangan kemahiran yang betul dan bilangan kemahiran yang disenaraikan oleh setiap individu akan dikira. Prosedur ini diulang semula untuk menilai soal selidik pos pengajaran.

Dapatan
Kepentingan Jawapan Kemahiran Asas Pergerakan

            Jawapan kepada soal selidik pra-pengajaran kenapa kemahiran asas pergerakan penting adalah hampir sama bagi semua kumpulan. Jawapan kepada soal selidik pos pengajaran adalah hampir sama dengan soal selidik pra pengajaran kumpulan kawalan. Namun, majoriti jawapan dalam soal selidik pos pengajran untuk kedua-dua kumpulan eksperimen menyatakan kemahiran asas pergerakan adalah penting dalam membina asas pergerakan (e.g. basics of other skills, building blocks, etc).

Perbincangan
            Tujuan kajian ini ialah untuk menilai tahap pengetahuan kemahiran asas pergerakan di kalangan guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menilai pengaruh Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani terhadap pengetahuan guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah berkaitan kemahiran asas pergerakan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kursus tersebut telah meningkatkan penegtahuan guru-guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah. Kedua-dua kumpulan eksperimen menunujukkan peningkatan nisbah jawapan yang betul. Tambahan lagi, dalam sola selidik pra-pengajaran untuk semua kumpulan dan sola selidik pos pengajaran untuk kumpulan kawalan, pelbagai kemahiran asas pergerakan telah disenaraikan (cth sikat rambut, gosok gigi, bercakap, bersukan, makan dll). Kemahiran-kemahiran ini tidak ditulis dengan kerap dalam soal selidik pos pengajaran kumpulan rawatan. Ini menunjukkan pengetahuan pelajar dalam bidang kemahiran asas pergerakan telah berubah hasil Kursus Kaedah Pendidikan Jasmani.
            Satu dapatan yang menarik ialah sebanyak (80%) jawapan kepada soal selidik yang diberikan menyenaraikan kemahiran lokomotor dan diikuti kemahiran manipulatif, begitu juga dalam soal selidik pos pengajaran. Ini adalah menarik kerana kesemua kemahiran-kemahiran ditekankan secara sama rata dalam interaksi pengajaran bagi kumpulan eksperimen. Namun begitu, kemahiran lokomotor diajar terlebih dahulu untuk membolehkan pelajar menguasainya sepenuhnya kemudian baru diikuti kemahiran manipulatif.
            NASPE mempunyai matlamat ke arah pendidikan jasmani yang berkualiti bagi semua kanak-kanak. Matlamat ini sangat diberi perhatian berikutan kadar obesiti yang semakin meningkat di kalangan pelajar sekolah (AAPERD, 2004; CDC, 2004). Pendidikan berkualiti (Allen, 2003;Darling-Hammond &Youngs, 2002) terutamanya pendidikan Jasmani yang berkualiti memerlukan jurulatih yang memiliki pengetahuan dalam bidang yang diajar (Faucette & Patterson, 1990; NASPE, 1998; 2002; Wall et al.,2004). Keputusan kajian membuktikan bahawa pengetahuan  kemahiran asas pergerakan guru sekolah rendah telah meningkat setelah mengikuti kursus Kemahiran asas pergerakan yang dijalankan. Oleh itu, adalah disarankan untuk guru-guru sekolah rendah mengikuti kursus tersebut seperti yang dikatakan oleh beberapa kajian (Faucette & Patterson, 1990;Humphries & Ashy, 2002). Dengan menyediakan skop pengetahuan bersama dengan pengajaran pendidikan jasmani, guru tersebut akan mempunyai asas yang kukuh untuk menentukan dan memilih sendiri aktiviti yang ingin dijalankan serta memberikan respon yang bersesuaian (Faucette et al, 1990). Pengajaran kemahiran asas pergerakan yang sesuai pada peringkat awal adalah penting untuk mempertahankan berat badan individu (Booth et al., 2002), aktiviti fizikal (Okley et al., 2001a) dan ketahanan kardiorespiratori (Okley et al., 2001b). Kajian-kajian selepas ini seharusnya menilai keupayaan guru-guru sekolah rendah dalam menggunakan pengetahuan asas di peringkat pemikiran yang lebih tinggi (e.g., aplikasi, analisis, sintasis). Kajian yang lebih banyak patut dijalankan untuk mengenalpasti kandungan yang spesifik yang boleh digunakan dalam kursus Kaedah Pendidikan Jasmani untuk memaksimumkan pengalaman guru-guru sekolah rendah dan untuk kepentingan pelajar mereka di masa akan datang.


Sunday, January 1, 2012

MENGAPA PENILAIAN DIJALANKAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI?



Stephen J., Toni Jefferies, dan Wendy Mustain

Seorang guru sepatutnya mampu menunjukkan apa yang telah pelajarnya pelajari dalam pendidikan jasmani. Keadaan ini bukan sesuatu yang baru bagi kita. Walhal, kebanyakan guru yang mengajar pendidikan jasmani adalah lebih mengetahui apa yang diajarkan dan jangkaan yang berbeza haruslah dihargai.

Pertama sekali, nyatakan apa yang akan diajar (contohnya, bola keranjang). Kita seharusnya boleh menjawab apa-apa soalan yang ditanya oleh ibu bapa atau lebih tepat lagi apa objektif sesuatu pembelajaran yang diajar kepada anak mereka untuk menjawab soalan-soalan berikut, ia memerlukan pengetahuan yang luas tetapi kebayakan daripada kita tidak mampu menjawab akibat pengetahuan yang lemah.

Kaedah Penilaian Yang Berbeza

Kebanyakan ujian penilaian yang digunakan dalam pendidikan jasmani adalah ujian kecergasan. Dengan semua ujian yang telah diberi, pencapaian pelajar dibandingkan dengan jadual kebiasaan dan diberi kedudukan. Ini adalah satu contoh kelaziman dan kuantiti penilaian. Anda mungkin tahu bahawa penilaian ini mungkin sama dengan permainan tenis berseorangan, iaitu bila seorang pelajar masih tidak mampu bermain tenis, peningkatan ini akan jelas terbukti. Bagi pengajar jasmani, satu ukuran pengajaran dan pembelajaran akan digunakan.

Dengan kemahiran yang lebih kompleks atau apabila pelajar diperkenalkan dengan kemahiran yang baru, pembelajaran akan jadi lebih perlahan dan hasil seluruh kemahiran itu adalah bukan ukuran yang baik dalam pembelajaran dan peningkatan. Dalam keadaan seperti ini, adalah lebih baik menggunakan ujian yang bersesuaian yang berlandaskan kualitatif. Dalam ujian kualitatif, kita lebih memfokuskan kepada perubahan yang berlaku daripad hasil yang diperolehi.
Contohnya, bagi pemain yang baru bermula, ia akan mengambil masa yang lama untuk mahir dalam permainan tenis. Menilai pelajar dalam masa satu minit adalah tidak cukup dan belum betul-betul memahami apa yang dipelajari. Cara yang lebih baik ialah meminta pelajar membuat demonstrasi apa yang telah dipelajari.

Banyak cara untuk menilai pengetahuan pelajar tentang kemahiran motor. Tambahan pula, untuk menunjukkan kemahiran mereka, pelajar berinteraksi tentang kemahiran kognitif dalam pelbagai cara. Ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami konsep kemahiran pendidikan jasmani dan terus mengasah kemahiran dengan menggunakan konsep luar daripada pendidikan jasmani contohnya:

Contoh 1: Artikel Majalah Sekolah
Pelajar secara berkumpulan 2 atau 3 orang menghasilkan artikel untuk majalah sekolah tentang kemahiran motor. Pelajar boleh mencari sumber-sumber luar, gambar-gambar untuk membantu menghasilkan artikel tersebut.

Contoh 2: Mencipta Penilaian Untuk Kemahiran Motor
Pelajar boleh menghasikan borang untuk mengenal pasti komponen penting dalam kemahiran motor. Pelajar akan menerangkan apa kegunaan penilaian itu.

Faedah Penilaian Kognitif:
·        Pelajar menyelesaikan apa yang mereka tahu tentang kemahiran motor dengan kemampuan sendiri.
·        Menggalakkan penggunaan kepelbagaian sumber secara meluas.
·        Hasil penilaian adalah berpotensi dan lebih berguna daripada menjawab kertas bertulis.
·        Penilaian akan menghasilkan peluang untuk menghasilkan projek untuk menghubungkaitkan akademik sekaligus menggambarkan kerja sebenar sebagai seorang guru.


Kaedah Penilaian Lain:
·        Menghasilkan rakaman berarahan selama 3 minit tentang kemahiran atau konsep.
·        Tulis dan lukis brosur tentang kemahiran atau konsep.
·        Tulis surat atau rakaman kepada ibu bapa tentang apa yang telah dipelajari.
·        Cipta kaedah mengingat untuk mengingati isi penting tentang kemahiran.
·        Mengajar kemahiran atau konsep menggunakan kaedah visual untuk menerangkan maklumat.
·        Mencipta permainan sendiri berdasarkan kemahiran, konsep atau strategi.

Apa yang mungkin kita fikir tentang penilaian-penilaian ini adalah mereka mengarahkan pelajar menunjukkan apa yang telah mereka pelajari lebih daripada hanya memberikan respons dalam kelas dan menerima maklumat yang telah diberikan oleh guru. Cara ini adalah cara lama dalam penilaian. Kesan dalam proses penilaian ini adalah satu faedah yang berguna.

Bila Sepatutnya Saya Perlu Menilai?

Pembelajaran penilaian adalah untuk sesuatu penilaian. Malangnya, ia terlambat untuk membuat perubahan arahan yang mungkin melibatkan pembelajaran yang lebih besar. Tiada jalan lain untuk menunjukkan kelakuan pelajar adalah kesan langsung dari arahan yang diberi. Ujian pra dan post meningkat sedikit sahaja dalam proses ini tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan perubahan dalam kelakuan semasa pembelajaran. Penambahan penilaian di pertengahan pembelajaran menghasilkan banyak masa untuk perubahan tetapi ia mungkin menyebabkan pembaziran masa.

Kemungkinan jalan terbaik untuk penilaian adalah dengan membuat ia berterusan di mana pelajar sentiasa peka apa yang telah dipelajari dan apa yang belum mereka pelajari. Guru yang efektif selalu memberi atau membuat penilaian secara berterusan. Guru ini membuat pemerhatian kelakuan pelajar dan membuat perubahan dalam pelajaran. Perbezaan ketara yang akan muncul ialah seorang guru perlu lebih praktikal daripada hanya memikirkannya.
Laporan Penilaian

Tiada cara yang lebih efektif utuk merekod atau melapor pembelajaran pelajar. Banyak kaedah dan kita mesti memilih yang mana paling berkesan untuk kita dan apa yang kita pelajari. Sesetengah guru gemar untuk menggunakan carta penilaian yang mereka hasilkan dan digunakan ketika dalam pembelajaran. Bila pelajar telah mahir dalam satu-satu kaedah, mereka akan diberikan pelekat. Ramai guru dan pelajar beranggapan cara ini sangat merangsang dan menaikkan semangat mereka. Tetapi cabaran kaedah ini adalah membahagikan kemahiran kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya pelajar mampu merekod proses pembelajaran mereka.

Kesan Pembelajaran

Arahan pendidikan jasmani  sepatutnya diuji secara individu. Arahan adalah berdasarkan individu yang menegaskan keperluan perbezaan strategi pembelajaran seperti apa yang telah dipelajari. Pengajaran menawarkan satu altenatif tetapi mesti diingat bahawa kaedah ini memerlukan banyak organisasi, carta dan peralatan. Ia juga adalah kerja kepada guru yang berkemahiran mengurus kelas.













PIAWAIAN KEBANGSAAN UNTUK PENDIDIKAN JASMANI

Mengapa Perlu Diajar Pendidikan Jasmani di Sekolah?

Pendidikan Jasmani adalah satu bahagian yang wajib diajar dalam masyarakat. Kualiti pendidikan jasmani adalah keperluan untuk meningkatkan kekuatan fizikal, kecerdasan kendiri dan sebagainya. Pelajar mesti diberi peluang untuk belajar kemahiran yang diperlukan untuk diadaptasi dalam kehidupan. Pendidikan Jasmani diajar dengan pelbagai cara untuk diadaptasi dalam kehidupan pelajar.

Nilai Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal meningkatkan daya ketahanan otot, stamina, fleksibiliti, ketahanan jantung dan sebagainya. Ia juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi, kanser kolon dan diabetis.

Apa yang sepatutnya pelajar yang telah mempelajari pendidikan jasmani harus tahu?
·        telah mempelajari kemahiran-kemahiran yang sepatutnya untuk melakukan kepelbagaian aktiviti fizikal.
·        secara fizikalnya telah cergas dan cerdas.
·        telah biasa melakukan aktiviti fizikal.
·        tahu kesan-kesan atau faedah terlibat dalam aktiviti fizikal.
·        nilai aktiviti fizikal itu dan sumbangannya terhadap tahap kesihatan gaya hidup kita.

Penetapan pengisian yang selaras dan alat-alat yang harus digunakan dalam penilaian iaitu:
·        untuk memperkuatkan lagi pengisian selaras untuk program pendidikan jasmani sekolah berkaitan dengan apa yang sepatutnya pelajar tahu dan mampu lakukan dalam aktiviti fizikal.
·        untuk mengukuhkan lagi dasar guru-mesra untuk panduan penilaian selaras dengan peranan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Pelajar pendidikan jasmani:

1.      Menunjukkan kemampuan dalam pelbagai gerakan.
2.      Menggunakan konsep dan prinsip yang terlibat dalam pembelajaran dan dalam meningkatkan kemahiran motor.
3.      Pamer cara hidup yang sihat dan aktif.
4.      Mencapai dan mengekalkan tahap perkembangan kesihatan fizikal.
5.      Menunjukkan tanggungjawab dan hubungan sosial dalam aktiviti fizikal.
6.      Menunjukkan pemahaman dan hormat terhadap perbezaan manusia dalam aktiviti fizikal.
7.      Faham tentang aktiviti fizikal yang akan menghasilkan peluang untuk keseronokan, cabaran dan menunjukkan siapa diri kita yang sebenar dan juga meningkatkan hubungan sosial.

Sejak 1850, bermulanya latihan fizikal pelajar, penekanan dalam pendidikan jasmani sekolah telah diperbesarkan merangkumi latihan fizikal, persembahan kesihatan dan kemahiran bersukan. Sekarang, pendidikan jasmani lebih berfokus kepada latihan kesihatan dan kelakuan serta kemahiran motor diperlukan untuk kesihatan berpanjangan dan kepuasan aktiviti fizikal.

Kualiti pendidikan jasmani termasuklah:
·        Kemampuan dalam kemahiran asas dan kemahiran motor yang berkaitan dengan aktiviti fizikal supaya setiap orang boleh membuat keputusan positif tentang pemilihan aktivit fizikal.
·        Pengalaman yang menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya, menganalisis, meneliti dan berinteraksi serta mampu melakukan konsep kognitif tentang kemahiran motor dan aktiviti fizikal.
·        Peluang untuk mengukuhkan kemahiran sosial dan kerjasama dan memperoleh penghormatan dan penghargaan.
·        Pendidikan Jasmani untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kesihatan fizikal sambil berseronok.
Kesan untuk arahan dan program sokongan:

·        Untuk mengembangkan peluang untuk mempelajari pendidikan jasmani dan sebab-sebabnya haruslah disertakan.
·        Ia melibatkan jadual, saiz kelas yang berpatutan dan kelengkapan yang mencukupi, jadual kokurikulum yang tersusun, langkah penilaian yang sesuai, guru yang berkelayakan dan sokongan yang positif.
·        Guru memainkan peranan yang penting untuk menentukan kejayaan dalam pendidikan jasmani dan keutamaan haruslah diberikan untuk pembelajaran pelajar di tahap rendah menengah untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar.
·        Kualiti pendidikan jasmani adalah berterusan dan sesuai mengikut arahan kepada kanak-kanak yang spesifik.
·        Pelajar kini haruslah menggunakan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesihatan dan kemahiran atau konsep.
·        Guru yang berkemahiran dalam teknologi diperlukan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.

Rumusan

Kualiti pendidikan jasmani memainkan peranan penting dalam mempromosi kepentingan kesihatan kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Piawaian Pendidikan Jasmani Kebangsaan telah menghasilkan rangka kerja untuk penstrukturan semula yang akan membangunkan pendidikan jasmani untuk membangunkan kesihatan kanak-kanak dan membantu mencapai matlamat bagi kanak-kanak dan orang dewasa.