Wednesday, April 20, 2011

Perbezaan Gender dari aspek psikomotor dalam Pendidikan Jasmani


Menurut pandangan beberapa ahli psikologi, individu mengalami usia remaja ketika berumur 12 tahun dan berakhir pada umur 21 tahun. Crain (1996) menyatakan tempoh remaja melibatkan pelbagai perubahan terutama dalam aspek fizikal, sosial, emosi dan pemikiran. Menurut Suppiah et al. (2009) perubahan fizikal berlaku agak ketara dengan ketinggian dan berat badan alan meningkat secara aktif. Perbezaan dari aspek perkembangan psikomotor remaja perempuan pula akan lebih aktif dan pesat pada peringkat umur 13 hingga 14 tahun. Selepas daripada umur ini, kemahiran pergerakan remaja perempuan semakin berkurangan dan mereka lebih menunjukkan sifat kewanitaan yang lebih.  Remaja lelaki pula lebih menunjukkan minat dan kesanggupan melakukan pergerakan secara terus menerus dalam aspek pembentukan pergerakan dan pembinaan kemahiran
            Faktor pengaruh budaya dan persekitaran memberi kesan terhadap penglibatan dalam sukan dan aktivti fizikal di mana  pelajar lelaki lebih cenderung menyertai sukan seperti tinju, hoki ais, baseball, bola sepak, bola baling, ragbi, angkat berat, seni mempertahankan diri serta American Football manakala pelajar perempuan lebih dominan kepada sukan berestetika tinggi seperti tarian, ballet, tenis, badminton menunggang kuda, luncur ais dan aerobik  Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar perempuan memperoleh skor yang lebih rendah berbanding lelaki dalam penilaian konsep kendiri berkaitan aktiviti fizikal (Klomsten, Skaalvik, & Espnes, 2004). Pelajar perempuan  didapati mendapatkan skor yang lebih rendah dan signifikan berdasarkan sembilan sub-domain dalam penampilan, lemak tubuh, kemahiran, aktiviti fizikal, daya tahan, kekuatan, koordinasi, dan kesihatan berbanding pelajar lelaki namun tidak ada perbezaan gender ditemui pada dimensi fleksibiliti.
            Weaver-Hightower, (2003) mendapati secara purata, rangka lelaki adalah 10 peratus lebih tinggi daripada wanita. Dari segi berat tubuh orang dewasa, lelaki lebih berat lebih kurang 11 kg dan ini disebabkan oleh perbezaan struktur tulang lelaki yang lebih besar dan juga dari segi otot yang lebih pada tubuh lelaki. Walau bagaimanapun, wanita mempunyai kelebihan dari segi saiz tubuh yang lebih kecil dan lebih rendah. Ini ada kaitannya dengan kedudukan pusat graviti yang lebih rendah dan tumpuan berat adalah di bahagian bawah tubuh. Dengan itu, wanita pada keseluruhannya mempunyai kestabilan yang lebih baik. Salah satu kesan perbezaan fizikal ini ialah wanita berkemungkinan banyak mengalami masalah lutut semasa berlari, melompat serta menukar arah dengan tiba-tiba. Mereka juga mungkin akan menghadapi masalah semasa bermain badminton, tenis, bola jaring dan sukan lain yang memerlukan penukaran arah pergerakan dengan tiba-tiba. Tangan wanita adalah lebih pendek dan bersudut keluar dari tubuh di bahagian siku untuk mengelak pelvis yang lebih luas. Tangan yang pendek akan menghasilkan daya tuil yang kurang berkesan, sendi pada siku wanita yang bersudut juga bermaksud teknik menggunakan alatan seperti raket badminton adalah berlainan daripada kaum lelaki. Manakala lelaki mempunyai tangan yang lebih lurus dan oleh itu mempunyi fungsi tuas yang lebih cekap.
            Anne, Herb & Einar (2005) telah menjalankan kajian berkaitan gender yang bertajuk ‘Adolescents’ perceptions of masculine and feminine value in sport and physical education: a study of gender differences’ melibatkan 357 subjek berumur 14 tahun di Norway. Soal selidik bertajuk ‘Gender Values Scale’ (GVS) telah digunakan bagi mengenal pasti kepentingan ciri-ciri feminin dan maskulin dalam sukan dan Pendidikan Jasmani. Terdapat 10 item yang dinilai iaitu penampilan perwatakan, penampilan tubuh badan, penampilan ramping, penampilan kekuatan, daya tahan, kekuatan otot, fleksibiliti, kecekapan sukan, ciri-ciri umum maskulin dan ciri-ciri umum feminin. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan gender yang nyata berdasarkan lapan daripada  10 ciri-ciri kajian. Pelajar lelaki dilihat lebih tinggi dan signifikan berbanding perempuan berdasarkan ciri-ciri seperti penampilan kekuatan, kecekapan sukan, daya tahan, kekuatan otot dan maskulin manakala pelajar perempuan pula lebih tinggi dan signifikan berdasarkan ciri-ciri  seperti penampilan perwatakan, penampilan ramping dan feminin. Penglibatan pelajar lelaki lebih kepada kegiatan sukan yang mempunyai ciri maskulin seperti bola sepak, hoki ais, tinju, seni bela diri, dan permotoran manakala pelajar perempuan cenderung kepada aktiviti  sukan feminin seperti tarian, gimnastik, menunggang kuda, luncur ais dan aerobik. Dapatan juga menunjukkan penglibatan pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki dalam permainan bola baling walaupun ia dianggap sebagai  sukan maskulin. Ini adalah disebabkan perbezaan budaya dan persekitaran di mana permainan bola baling telah dimainkan oleh pelajar perempuan semenjak tahun 1930-an lagi di Norway.
            William (1995) menyatakan semakin tinggi tahap kecergasan seseorang individu itu, maka semakin baik tahap konsentrasi, daya pemikiran semakin cergas dan baik serta tahap keefisyenan kerjanya lebih positif. Latihan jasmani dapat menenangkan serta mengelakkan stres terhadap kerja. Cheah (1996) telah mengkaji sekumpulan murid-murid dari sebuah sekolah swasta di Selangor. Sekolah ini dipilih kerana kebanyakan pelajar mempunyai kemampuan akademik yang jauh lebih tinggi dari kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Satu tanda kebolehan luar biasa mereka ialah sungguh pun kebanyakan subjek kajian ini terdiri daripada pelajar darjah lima namun mereka berupaya mengikuti sukatan pelajaran tingkatan satu. Kajian ini meliputi 21 orang kanak-kanak yang berumur enam hingga sepuluh tahun. Kesemua pelajar ini menyatakan bahawa mereka suka bermain kecuali seorang kanak-kanak perempuan. Hasil kajian membuktikan bahawa kesan latih tubi yang ditentukan oleh penglibatan dalam aktiviti sukan akan menentukan kebolehan kanak-kanak untuk mempelajari dan menguasai kemahiran asas pergerakan.
            Prestasi lakuan motor boleh dipengaruhi oleh perubahan biologi yang berbeza pada pelajar (Thomas & French 1985). Pengaruh persekitaran yang berbeza di antara pelajar lelaki dan perempuan juga boleh mempengaruhi prestasi dalam perlakuan motor. Mereka juga telah mendapati terdapat perbezaan dalam pelakuan motor antara lelaki dan perempuan mengikut umur. Dalam hasil kajian yang mereka lakukan, mereka tidak bersetuju bahawa wanita tidak boleh mempunyai kemahiran yang tinggi dalam beberapa jenis sukan, apa yang penting ialah pemilihan mereka dalam jenis sukan yang hendak disertai yang mana ianya melibatkan perbezaan dari segi faktor biologi.
            Bentuk alatan, jenis permainan dan kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat juga boleh membezakan perlakuan motor di antara pelajar lelaki dan perempuan (Morris, 1981). Pelajar lelaki mempunyai otot lengan yang lebih kuat berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Faktor-faktor biologikal seperti berat badan, komposisi badan dan diameter sendi mempengaruhi prestasi pelajar perempuan. Dalam balingan pula, pelajar perempuan tidak dapat membuat balingan sejauh pelajar lelaki kerana tahap perkembangan dan corak pergerakan mereka kurang diberi galakan dalam latihan.
            Achuldheisz dan Mars (2001) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti perhubungan antara penyeliaan aktif guru dengan tahap aktiviti pelajar. Beliau telah melakukan kajian ke atas lapan orang pelajar dari sekolah menengah rendah yang dipilih secara rawak menjalani ujian selama dua minggu. Aktiviti yang dipilih adalah kemahiran dalam permainan bola keranjang. Kajian mendapati, peningkatan tahap aktif pelajar daripada 60% kepada 76% pada hari ke empat dan ke lima penyeliaan aktif guru. Manakala pada hari ke enam, penurunan tahap aktif pelajar berlaku daripada 76% kepada 46% apabila guru melakukan penyeliaan yang pasif. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan bahawa penyeliaan aktif berupaya meningkatkan penguasaan dan penglibatan aktif pelajar dalam kemahiran berkaitan dengan aktiviti fizikal.
            Prestasi lakuan motor boleh dipengaruhi oleh perubahan biologi yang berbeza pada pelajar (Thomas & French 1985). Pengaruh persekitaran yang berbeza di antara pelajar lelaki dan perempuan juga boleh mempengaruhi prestasi dalam perlakuan motor. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan dalam pelakuan motor antara lelaki dan perempuan mengikut umur dan mereka tidak bersetuju bahawa wanita tidak boleh mempunyai kemahiran yang tinggi dalam beberapa jenis sukan, apa yang penting ialah pemilihan mereka dalam jenis sukan yang hendak disertai yang mana ianya melibatkan perbezaan dari segi faktor biologi.
            Kajian yang telah dijalankan oleh Blomqvist & Luhtanen (2000) bagi mengenal pasti perbezaan dari aspek kemahiran, prestasi dan pengetahuan semasa pertandingan pemain ‘expert’ dengan pemain ’novice’ berumur 14 tahun dalam permainan badminton. Subjek diuji dalam ujian kemahiran (servis, pukulan dan drop), ujian pengetahuan semasa pertandingan (rakaman video aksi simulasi) dan ujian permainan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek ‘expert’ adalah lebih baik dan signifikan dalam aspek kemahiran, prestasi dan tahap pengetahuan semasa pertandingan berbanding  subjek ’novice’. Ini menunjukkan bahawa kualiti permaian mestilah ditekankan oleh guru bagi meningkatkan minat, keseronokan dan keupayaan pelajar bersaing dalam permainan badminton.
            Banyak kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati corak pencapaian psikomotor yang lebih memihak kepada pelajar lelaki. Sebagai contoh, lelaki lebih tangkas dalam masa reaksi berbanding perempuan (Adam et al., 1999; Dane & Erzurumlugoglu, 2003; Der & Deary, 2006; Spierer et al.,2010). Kajian Adam et al. (1999) melaporkan lelaki  menggunakan strategi dalam permainan yang lebih kompleks berbanding perempuan.

0 comments:

Post a Comment