Tujuan ujian dijalankan adalah bagi menguji tahap kecergasan murid. Banyak kaedah yang digunakan untuk membuat penilaian bagi tujuan mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-murid. Setiap ujian yang dijalankan akan diberi gred untuk menentukan tahap kecergasan murid. Gred-gred ini akan dinilai berdasarkan kebolehan dan kemampuan seseorang pelajar.
Sistem penggredan diwujudkan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pengajaran dalam PJ perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini bukan saja dapat memberi maklum balas terhadap pembelajaran dan kecergasan murid, tetapi ia juga dapat menentukan keberkesanan pengajaran guru PJ.
Menurut Borhan et. al., 2008, Gred adalah satu simbol yang melambangkan perkembangan dan kemajuan, di mana ia bertindak sebagai satu rekod kekal bagi menunjukkan pencapaian pelajar. Proses pengukuran dan penilaian akan lebih bermakna jika gred mencapai matlamat yang diingini. Sebagai guru, kita mesti mengaitkan objektif pembelajaran dengan gred yang akan diberi. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menentukan gred, dan pilihan ada di tangan guru itu sendiri. Guru hendaklah konsisten dan adil dalam memberi gred kepada pelajar.
Dalam Gred bertujuan mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Gred penilaian dapat digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
- Kepentingan Penggredan
Dalam bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberi laporan tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi informasi kepada beberapa kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibu bapa. Selain daripada itu, kepentingan penggredan adalah seperti berikut:
i. Pelajar
Gred memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sesetengah pelajar menganggap bahawa melalui gred, mereka akan lebih berusaha dan bekerja keras untuk mencapai markah yang terbaik dan tertinggi. Ini merupakan satu cara untuk memotivasi palajar untuk lebih berdaya saing.
ii. Ibubapa
Gred itu sendiri memberi maklumat kepada ibubapa tentang pencapaian anak mereka di sekolah. Dengan ini, masalah pembelajaran anak-anak dapat dipantau oleh ibubapa di rumah. Ibubapa juga dapat mengenalpasti punca kemerosotan anak-anak mereka dalam matapelajaran tersebut. Melalui gred juga, ibubapa dapat membuat rancangan untuk pendidikan anak-anak mereka di masa harapan.
iii. Guru
Guru haruslah menentukan gred penilaian kepada pelajar. Dengan membuat penilaian, guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan seseorang pelajar itu. Ia juga boleh menilai tahap pengajaran guru itu sendiri, sama ada ianya efektif dan program pembelajaran adalah efisien. Perubahan dapat dilakukan jika terdapat banyak pelajar yang gagal mendapat gred yang baik. Apa yang perlu diingat ialah pemahaman murid dalam satu-satu matapelajaran melambangkan keberkesanan guru mengajar.
iv. Pentadbir
Pihak pentadbir menggunakan gred untuk menentukan sama ada pelajar telah memenuhi kehendak objektif pembelajaran yang dibuat. Ia juga dapat digunakan sebagai rujukan untuk melihat rekod pelajar. Dengan ini, penganugerahan dapat diberi kepada pelajar yang telah berjaya mendapat gred yang baik.
0 comments:
Post a Comment