Tuesday, March 15, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Satu Definisi


         Pettifor (1999)- PJ menyediakan kanak-kanak mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Ia membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara seluruhnya dari aspek afektif, kognitif dan psikomotor.

         Dauer (1995) – PJ adalah sebahagian daripada program pendidikan menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalaman pergerakan.

         Capel (2000) – PJ adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta untuk menggalakkan kecekapan fizikal.

         Freeman (1997) – PJ merupakan aktiviti fizikal bermatlamat pendidikan.

         Jenny, 1961;Lumpkin,1990;William,1964 – PJ bukan sahaja memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal tetapi ia melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal iaitu perkembangan mental dan sosial.

         Wuest & Bucher,2009 – PJ membantu individu menguasai kemahiran kecergasan, pengetahuan, sikap dan kesejahteraan.

         Gallahue,1996;model Thomas, Lee & Thomas (1988) & model Siedentop(1994) – PJ meluangkan sebahagian daripada hari persekolahan untuk aktiviti otot-otot besar yang mendorong dan membangun ‘belajar untuk bergerak’ dan ‘belajar melalui pergerakan’.

         Gaggard, LeBlanc & Lowy (1994) – PJ membantu kanak-kanak membangunkan sepenuhnya (total child) melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang membangun tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

         Teng Boon Tong, 2001 - PJ adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fi zikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi

         Asiah Abu Samah, 1993 - PJ merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor dan afektif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif

         Raddick (1982) - PJ  adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. 

         Ia lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Oleh itu, PJ berbeza dengan bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang PJ memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. 

         Ini adalah selaras dengan FPK yang menegaskan eleman JERIS dalam membangunkan potensi individu.

0 comments:

Post a Comment