Tujuan : Mengukur keupayaan bertindak dan bergerak pantas dan tepat berdasarkan rangsangan yang diberikan.
Peringkat Umur: Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan : r = 0.98 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan : r = 0.89 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti : r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian : Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan : Jam randek, pita pengukur dan pita penanda .
Prosedur :
i. Satu garisan lurus ditandakan 14 meter panjang dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kiri (7 meter) dan kanan (7 meter) serta ditandakan satu garisan melintang di atas garisan lurus tempat subjek memulakan ujian.
ii. Subjek berdiri mengadap penguji di tempat yang disediakan.
iii. Penguji memegang jam randek dan mengangkat tangan ke atas supaya mudah dilihat oleh subjek.
iv. Subjek akan bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh penguji dengan menurunkan tangan ke arah kiri atau kanan. Dalam masa yang sama penguji akan mengambil masa.
v. Subjek dikehendaki membuat tindak balas segera kepada isyarat tangan penguji dengan berlari sepantas yang mungkin hingga ke garisan penamat (7 meter).
vi. Jam akan diberhentikan apabila subjek berjaya melintas garisan tepi yang betul, jika subjek memulakan pergerakan ke arah yang berlainan, masa akan dikira sehinggalah subjek berpatah balik dan berlari ke arah garisan tepi yang betul.
vii. Sepuluh percubaan diberi secara rawak dengan masing-masing lima percubaan ke kanan dan ke kiri. Rehat 20 saat antara percubaan diberikan kepada subjek.
Kiraan Skor:
i. Masa setiap percubaan dicatatkan kepada 0.1 saat.
ii. Purata masa (dalam saat) keseluruhan daripada sepuluh percubaan diambil sebagai skor ujian.
Norm Skor Mentah bagi Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson pelajar berumur 14 tahun
Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson | |
Lelaki | (dalam saat ) |
Cemerlang Sangat Baik Baik Sederhana Lemah | 1.18 – ke bawah 1.89 – 1.19 2.62 – 1.90 3.34 – 2.63 3.35 – ke atas |
Perempuan | (dalam saat ) |
Cemerlang Sangat Baik Baik Sederhana Lemah | 1.27 – ke bawah 2.07 – 1.28 2.89 – 2.08 3.70 -.2.90 3.71 – ke atas |
Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)
cikgu, saya nak copy ya
ReplyDelete