Tujuan : Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor lompatan ke hadapan.
Peringkat Umur: Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan : r = 0.81 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan : r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti : r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian : Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan : Pita pengukur, pita penanda dan kapur penanda.
Prosedur :
i. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
ii. Persediaan melompat, subjek menghayunkan kedua-dua belah tangan ke belakang dan lutut bengkok.
iii. Melakukan lompatan dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke hadapan dan lutut diluruskan. Lompat ke hadapan seberapa jauh yang mungkin dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.
iv. DUA percubaan di beri. Lompatan paling jauh adalah dikira sebagai skor ujian.
Kiraan Skor:
i. Ukuran dibuat dari garisan permulaan kepada mana-mana bahagian anggota badan yang mendarat paling hampir dengan garisan permulaan.
ii. Ukuran dalam kiraan sentimeter yang terhampir.
Norm Skor Mentah Ujian Lompat Jauh Berdiri bagi
pelajar berumur 14 tahun
| Ujian Lompat Jauh Berdiri | |
| Lelaki | (dalam sentimeter ) |
| Cemerlang Sangat Baik Baik Sederhana Lemah | 226.00 ke atas 201.90 – 225.90 201.80 – 177.60 177.50 – 153.50 153.40 ke bawah |
| Perempuan | (dalam sentimeter ) |
| Cemerlang Sangat Baik Baik Sederhana Lemah | 184.60 ke atas 160.00 – 184.50 159.90 – 135.30 135.20 – 110.70 110.60 ke bawah |
Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)
boleh saya tahu siapa pengasas lompat jauh berdiri?
ReplyDelete