Ujian Kayu Bass Melintang
Tujuan : Mengukur keupayaan keseimbangan badan dalam
keadaan statik dengan sokongan bebola kaki di atas permukaan sempit.
Peringkat Umur: Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan : r = 0.85 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan : r = 0.98 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti : r = 0.95 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian : Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan : Jam randek, beberapa batang kayu berukuran 1 inci (lebar), 1 inci (tinggi) dan 12 inci (panjang) serta pita penanda.
Prosedur :
i. Batang kayu ujian berukuran 1 inci x 1 inci x 12 inci di letakkan di atas permukaan simen secara melintang dan diletakkan dengan pita supaya tidak mudah bergerak.
ii. Subjek berdiri dalam satu garisan; pembantu penguji berdiri di garisan yang bertentangan dengan subjek.
iii. Subjek meletakkan bebola kaki yang dominan di atas permukaan kayu tersebut secara melintang.
iv. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada subjek untuk subjek memulakan ujian dengan mengangkat sebelah lagi kaki supaya tidak menyentuh permukaan lantai simen.
v. Subjek dikehendaki mengekalkan keadaan keseimbangan tersebut selama yang mungkin sehingga tempoh maksimum 60 saat. Dikira gagal setelah mana-mana bahagian kaki menyentuh lantai.
vi. Subjek diberikan sebanyak EMPAT kali percubaan; DUA dengan kaki kanan dan DUA dengan kaki kiri.
Kiraan Skor:
i. Jumlah masa dalam saat diambil untuk keempat-empat percubaan.
ii. Skor ujian dikira berdasarkan hasil jumlah masa dalam saat untuk
keempat-empat percubaan.
Norm Skor Mentah bagi Ujian Kayu Bass Melintang pelajar berumur 14 tahun
Ujian Kayu Bass Melintang | |
Lelaki | (dalam saat) |
Sangat Baik Baik Sederhana Lemah | 135.26 ke atas 79.37 – 135.25 79.38 – 23.52 23.51 ke bawah |
Perempuan | (dalam saat) |
Sangat Baik Baik Sederhana Lemah | 68.44 ke atas 41.73 – 68.43 41.72 – 15.01 15.00 ke bawah |
Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)
0 comments:
Post a Comment