Monday, March 7, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Latar belakang Ujian Kecergasan Motor


Di Amerika Syarikat, sejajar dengan perkembangan  pengukuran dalam Pendidikan Jasmani berkembangan selari dengan pertumbuhan dan kemajuan dalam kajian yang berkaitan serta peningkatan ke taraf yang lebih dihormati serta penerimaan masyarakat terhadap bidang ini dari segi spektrum pendidikan. Berbagai ujian lakuan motor diperkenalkan bagi mengukur keupayaan atlet am, keupayaan motor am, kapisiti motor, keupayaan pembelajaran  motor dan kecergasan motor yang melibatkan komponen kuasa, ketangkasan, kepantasan dan imbangan  (Johnson & Nelson, 1986).
Pada tahun 1889, Dudley Alen telah menjadi perintis pengukuran dalam aspek keupayaan motor umum. Beliau mengakui kepentingan keupayaan pencapaian berbanding dengan bidang pengukuran saiz dan simetrik. Disebabkan perkembangan yang mendadak dalam  bidang sukan dan permainan, pada tahun 1913, Sargent  mengalihkan penekanan daripada antropometrik kepada kekuatan dan seterusnya kepada ujian keupayaan fizikal. Sargent telah membuat ujian dengan dinamometer dan mereka satu ujian kekuatan yang meliputi pengukuran kaki, belakang, genggaman tangan dan bahu.
Ujian yang dibina hanya tertumpu kepada lelaki. Walau bagaimanapun ujian keupayaan motor untuk wanita bermula pada tahun 1923. Ujian tersebut telah dibina oleh Garfiel. Pada tahun 1927, teknik McCall T-Scoring telah digunakan buat kali pertama dan ujian saintifik ini telah dibina oleh McCloy. Sebelum ini kerja-kerja pengukuran adalah tidak saintifik dan tidak berdasarkan bukti empirikal. Teknik statistik yang baru disediakan untuk ujian yang lebih saintifik. Kesahan dan kebolehpercayaan ujian dipertingkatkan dengan penghasilan data permarkahan yang lebih baik.
Pada tahun 1927, Brace telah membentuk ‘Ujian Keupayaan Motor Brace’ bagi mengklasifikasikan dan mengukur pencapaian. Ujian tersebut mengkaji mengenai kebolehan motor, keupayaan motor dan pembelajaran motor, tetapi McCloy mengesyorkan ujian tersebut adalah untuk ujian pembelajaran motor sahaja. McCloy  telah menyemak semula Ujian Brace dengan tujuan meningkatkan kesahannya sebagai satu pengukuran bagi pembelajaran motor. Semakan tersebut dikenali sebagai ‘Lowa Brace Test’. Ia mengandungi ujian pencapaian, ujian keupayaan motor, ujian kapisiti motor dan ujian keupayaan pembelajaran motor.
Pada tahun 1960, Henry & Rogers telah membuat kajian berkaitan Memory-drum Theory of Neuromotor Reaction, di mana aktiviti khusus untuk sesuatu kemahiran tidak boleh digunakan untuk menguji kemahiran  motor yang lain. Beliau menganggap pelajar yang memperolehi skor yang tertinggi dalam ujian lakuan motor am mempunyai bakat semulajadi dalam lakuan motor spesifik, manakala pelajar yang mempunyai skor yang rendah mempunyai corak koordinasi neuromotor yang terhad dalam Memory-drum.

0 comments:

Post a Comment