Dobbins, Garron & Rarick (1981), telah membuat kajian untuk melihat perbezaan prestasi lakuan motor antara kanak-kanak lelaki yang cacat mental dengan kanak-kanak lelaki normal. Mereka dikehendaki menjalankan ujian antropometrik iaitu ketinggian, berat badan, komposisi badan dan kelebaran badan. 12 jenis ujian lakuan motor iaitu lari pecut 30 ela, lari pecut 150 ela, Tire run, scramble, lompat jauh berdiri, knee flexion strenght, grip strengh right and left, knee strenght dan bangkit tubi.
Dengan ketinggian dan berat badan yang kurang serta lapisan lemak yang tinggi maka kanak-kanak yang cacat mental adalah kurang kuat dan tidak cekap dalam melakukan aktiviti yang memerlukan kekuatan dan kuasa.
Hensley, East & Stillwell (1979) telah menjalankan kajian ke atas ke atas kumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan sekolah rendah untuk mengenalpasti hubungan antara ujian prestasi fizikal dengan kandungan lemak badan. Aspek umur, ketinggian, berat badan dan komposisi badan diambilkira dalam ujian ini. Ujian fizikal yang dijalankan meliputi ujian lompat menegak, ujian lompat jauh berdiri, ujian mendagu yang diubahsuai, ujian lari pecut 40 ela dan ujian lari 400 ela.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam kesemua jenis ujian fizikal yang telah dijalankan. Kanak-kanak lelaki adalah lebih tinggi, lebih berat dan menunjukkan prestasi fizikal yang lebih baik berbanding perempuan. Akan tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam komposisi badan di mana ia merupakan alasan yang baik bagi menerangkan perbezaan prestasi lakuan motor antara lelaki atau perempuan.
AAHPERD (1976), telah memperkenalkan ‘Youth Fitness Test‘ untuk mengenalpasti beberapa ujian terdahulu yang perlu diperbaiki atau digugurkan. Dalam kajian tersebut, ujian asas membaling bola softball telah digugurkan. Ujian bangkit tubi digantikan dengan ujian bangkit tubi lutut bengkok manakala ujian gayut siku bengkok diperkenalkan untuk pelajar perempuan dan cara pegangan palang diubah dari kedudukan supinasi kepada pronasi. Pilihan diberi bagi ujian lari / berjalan 600 ela samada berlari satu batu atau (9 minit) bagi pelajar berumur 10 hingga 12 tahun atau lari / berjalan 1.5 batu bagi pelajar berumur 13 tahun ke atas. Penyelidikan yang dilakukan oleh AAHPERD ini telah menghasilkan norma ujian kemahiran motor dan kecergasan fizikal bagi pelajar-pelajar berumur 10 hingga 17 tahun. Item ujian yang diperkenalkan ini mendorong penyelidik lain membuat kajian perbandingan tentang item yang sama atau mengubahsuai item tersebut
0 comments:
Post a Comment