Tuesday, March 15, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Kajian Berkaitan Kecergasan Lakuan Motor 2


Nelson, Thomas & Nelson (1991) telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur kira-kira sembilan tahun untuk melihat perubahan longtitudinal dalam lakuan balingan. Subjek tersebut merupakan sampel asas yang pernah diuji dalam aspek yang sama pada tahuan 1985. hasil dapatan menunjukkan bahawa selepas tiga tahun, kanak-kanak lelaki menunjukkan purata peningkatan sebanyak 23.9 cm dalam ketinggian, 9.1 kg dalam berat badan dan tiada perubahan yang ketara dalam indeks jisim badan. Kanak-kanak perempuan pula menunjukkan purata peningkatan sebanyak 22.4 cm dalam ketinggian, 11.4 kg dalam berat badan dan 1.1 unit dalam indeks jisim badan. Dalam lakuan balingan, kanak-kanak lelaki menunjukkan kemajuan sebanyak 11 meter sedangkan kanak-kanak perempuan hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 4.6 meter sahaja.
Selain itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mempunyai otot lengan yang lebih kuat (aspek biologi) dan yang merupakan ‘ male adult in the home’ ciri-ciri persekitaran menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang lain. Namun demikian, prestasi kanak-kanak perempuan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor biologikal yang lain seperti berat badan, komposisi badan dan diameter sendi.
  Loko, Aule, Sikkut, Ereline & Viru (2003) telah membuat kajian terhadap perbezaan umur dalam pembesaran dan keupayaan motor terhadap pelajar berumur 10 hingga 17 tahun yang terlatih dan tidak terlatih. Ujian keupayaan fizikal yang digunakan adalah 30 meter pecut, lompat jauh berdiri, melontar bola medicine dan standing quintuplet jump, isometrick strength of back extensor muscles dan one minute ergocycling.
Dapatan kajian berkaitan tumbesaran menunjukkan semua tahap umur memperolehi pencapaian yang tinggi   (p<0.05-0.0001) kecuali yang berumur 17 tahun  bila mana saiz tubuh badan mereka meningkat (p>0.05). Dapatan berkaitan keupayaan fizikal pula  menunjukkan pelajar perempuan yang terlatih mempunyai keupayaan fizikal yang baik dalam semua tahap umur dan terdapat perbezaan yang signifikan dalam prestasi (p<0.05-0.0001). Perbezaan skor min yang kecil atau penurunan yang signifikan dari segi keupayaan motor terhadap pelajar perempuan yang tidak aktif  berumur 13 hingga 14 tahun tetapi lebih signifikan terhadap pelajar perempuan yang aktif. Kesimpulan daripada dapatan di atas menunujukkan bahawa pelajar perempuan yang terlatih mempunyai keupayaan motor yang lebih tinggi berbanding yang tidak terlatih.

0 comments:

Post a Comment