Friday, March 2, 2012

Model Teaching Games for Understanding (TGfU)

Model TGfU merupakan pendekatan pengajaran permainan yang mengubah corak dan pengajaran struktur yang berdasarkan kandungan (structured lesson) atau skill based kepada pendekatan pelajar (student-based approach). Model TGfU juga dikenali dengan nama model permainan taktikal atau Game Sense yang disebut di Australia).

Model TGfU dikembangkan dengan  hasil usaha Rod Thorpe dan David Bunker di Universiti Lougborough pada tahun 1970-an dan 1980-an atas kelemahan model teknikal  atau skill based. Kelemahan yang wujud dalam model teknikal pemain-pemain tidak dapat memindahkan kemahiran yang dipelajari secara khusus digunakan dalam situasi permainan yang sebenar dan pemain-pemain lemah dalam membuat keputusan dalam situasi permainan.

Model TGfU mengklasifikasikan permainan kepada empat bentuk  iaitu (i) penyerangan (invasion) (ii) jaring/tembok (net/wall game) (iii) pukulan tepat/memadang (striking/fielding)  dan, (iv) sasaran (target)  seperti dalam Jadual: 1  (Bunker & Thorpe, 1986).
                                               Jadual 1: Klasifikasi Permainan
PENYERANGAN
JARING/DINDING
PUKULAN TEPAT/MEMADANG
SASARAN
-          Bola baling
-  Bola Keranjang
-          Bola Jaring
-          Bola Sepak
-          Hoki
-          Polo air
-          Ragbi
-          Badminton
-          Tenis
-          Ping pong
-          Bola Tampar
-          Skuasy
-          Besbol
-          Sofbol
-          Rounders
-          Kriket
-          Golf
-Boling Padang
-          Snooker
-          Billard


Kerangka model permainan TGfU, yang diasaskan oleh Bunker dan Thorpe diajar melalui enam langkah seperti rajah 1. Murid-murid merupakan tumpuan utama model ini. Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada taktikal kepada murid-murid untuk membuat keputusan penggunaan taktik dan kemahiran yang sesuai dalam situasi permainan.

Berikut adalah enam langkah pengajaran dalam model TGfU yang disesuaikan untuk mengajar unit-unit pelajaran permainan
(i).        Langkah pertama ialah usaha yang perlu dilakukan oleh guru untuk  memperkenalkan bentuk permainan kepada murid-murid supaya mereka  memahami tentang bentuk dan konsep permainan. Pada peringkat ini, perlu wujudkan permainan yang diubahsuai dengan objektif yang tertentu supaya murid-murid dapat memahami konsep permainan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jenis kategori permainan. Terdapat empat jenis kategori permainan yang boleh diubahsuai dengan menggunakan pendekatan TGfU  iaitu (a) permainan sasaran (target game), (b) permainan jaring dan dinding (net/wall game), (c) permainan pukulan tepat dan memadang (striking/fielding game) dan (d) permainan penyerangan (invasion).
(ii).       Langkah kedua menghargai permainan (game appreciation). Murid-murid harus menghargai undang-undang permainan, bentuk permainan dan kepentingannya, serta mengetahui cara menggunakan undang-undang dan kemahiran dalam permainan.
(iii).      Langkah ketiga dalam model ini, ialah menyedari elemen taktikal (tactical awareness) seperti mencipta ruang untuk menyerang dan mempertahankan ruang. Dengan menyertai situasi permainan, murid-murid perlu menyedari kepentingan taktik, penggunaannya dalam gerakan menyerang (offensive) dan pertahanan (defensive) dalam situasi permainan. Murid-murid perlu mengetahui kepentingan dan amalan  taktik pada tempat dan masa yang sesuai yang dapat membantu ketika berdepan pasukan musuh.
(iv).     Langkah keempat murid-murid perlu membuat keputusan (decision making) berdasarkan pengetahuan deklaratif dan prosedural dalam situasi permainan. Pengetahuan ini dibina melalui menghargai permainan, kesedaran taktikal (pemikiran strategi) tentang ‘bila’ dan ‘bagaimana’  taktik boleh digunakan dalam permainan.
(v).  Langkah kelima murid-murid perlu menyedari tentang kepentingan untuk menggunakan kemahiran yang sesuai seiring dengan pemilihan taktik
(vi).   Langkah yang terakhir dalam model ini, menggunakan semua langkah-langkah yang disebutkan di atas dalam permainan dan seterusnya  berusaha meningkatkan prestasi dalam situasi permainan. harus menghargai undang-undang permainan, bentuk permainan dan kepentingannya, serta mengetahui cara menggunakan undang-undang dan kemahiran dalam permainan.
(iii).      Langkah ketiga dalam model ini, ialah menyedari elemen taktikal (tactical awareness) seperti mencipta ruang untuk menyerang dan mempertahankan ruang. Dengan menyertai situasi permainan, murid-murid perlu menyedari kepentingan taktik, penggunaannya dalam gerakan menyerang (offensive) dan pertahanan (defensive) dalam situasi permainan. Murid-murid perlu mengetahui kepentingan dan amalan  taktik pada tempat dan masa yang sesuai yang dapat membantu ketika berdepan pasukan musuh.
(iv).    Langkah keempat murid-murid perlu membuat keputusan (decision making) berdasarkan pengetahuan deklaratif dan prosedural dalam situasi permainan. Pengetahuan ini dibina melalui menghargai permainan, kesedaran taktikal (pemikiran strategi) tentang ‘bila’ dan ‘bagaimana’  taktik boleh digunakan dalam permainan.
(v).  Langkah kelima murid-murid perlu menyedari tentang kepentingan untuk menggunakan kemahiran yang sesuai seiring dengan pemilihan taktik
(vi).   Langkah yang terakhir dalam model ini, menggunakan semua langkah-langkah yang disebutkan di atas dalam permainan dan seterusnya  berusaha meningkatkan prestasi dalam situasi permainan.
 

Dalam model TGfU, murid-murid dikehendaki terlebih dahulu memahami dan mengenali serta menyedari masalah taktikal dalam permainan. Berdasarkan masalah taktikal dalam permainan, murid-murid diajar cara-cara taktikal dengan menggabungkan kemahiran-kemahiran (skill execution) yang sesuai untuk menyelesaikan masalah taktikal. Sebagai contoh, dalam permainan kategori penyerangan seperti bola sepak masalah-masalah taktikal yang wujud ialah cara untuk (i) menjaring (scoring); (ii) mengelakkan pasukan musuh daripada menjaring (prevention of scoring) dan (iii) memulakan semula permainan (restarting play).

Cara-cara menyelesaikan masalah taktikal menjaring, mengelakkan jaringan dan memulakan semula permainan harus dilakukan oleh pemain-pemain yang bergerak dengan bola (on the ball) dan pemain tanpa bola (off the ball).  Bagi menyelesaikan masalah menjaring, mengelakkan jaringan dan memulakan permainan adalah seperti contoh berdasarkan Jadual 2 menunjukkan kerangka elemen taktik dalam bola sepak.

           
        
             

3 comments:

  1. Terima kasih Dr. Kerana blog ini membantu saya mendapatkan idea untuk menyiapkan assignment yang Dr. berikan.Izikan saya untuk mengambil sedikit idea yang Dr.berikan di dalam blog ini.Sekian terima kasih.

    ReplyDelete