Monday, February 14, 2011

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN BATERI UJIAN KECERGASAN MOTOR

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN BATERI UJIAN KECERGASAN MOTOR




NORKHALID BIN SALIMIN




KSS 6006 KERTAS PROJEK DIKEMUKAKAN BAGI
MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN





FAKULTI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2005

ABSTRACT

This research is to see the value of reliability and validity batteries of motor fitness test of 14 years old students. For reliability batteries of motor fitness test the population is form two student aged 14 of Sek Men Keb Redang Panjang, Batu Kurau, Perak. 100 subjects involved which include 50 boys and 50 girls. The subjects underwent motor fitness test procedures twice which is the pre test and post test. There are six types of test in the batteries of motor fitness test which are the 50 yard speed test, basketball throw test, bass stick test (crosswise), shuttle run,  Nelson choice-response movement test and standing broad jump test. Using co-relation of Pearson product moment, the finding shows that there are highly positive relation and significant difference between the pre test score and the post test score for the boys (r = 0.813, p 0.000, p < 0.05). The girls also show the same finding  (r = 0.836, p 0.000, p < 0.05). This shows that there is a significant relation of motor fitness test score between boys and the girls for both pre test and post test of the students of 14 years old. As for validity batteries of motor fitness test, the population is 60 students with 15 boys and 15 girls from Sekolah Sukan Bukit Jalil and 15 boys and 15 girls from Sek Men Keb Redang Panjang. Each subjects underwent motor fitness test procedures. There are six types of test which are the 50 yard speed test, basketball throw test, bass stick test (crosswise), shuttle run,  Nelson choice-response movement test and standing broad jump test. Independent sample t-test is used to compare mean score of the motor fitness test between students of Sekolah Sukan Bukit Jalil and students of Sek Men Keb Redang Panjang. The test shows that the t value (58)=.030, p=0.98 is not significant. This shows that there is no significant relation of motor fitness test score of Sekolah Sukan Bukit Jalil and Sek Men Keb Redang Panjang.


              BAB 1

 

 

 

PENDAHULUAN




1.1              Pengenalan

Kemahiran motor asas merupakan aspek penting yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap individu untuk mempertingkatkan prestasi lakuan motor. Kebolehan dalam menguasai kemahiran asas motor bermula daripada keupayaan semulajadi yang ada pada diri individu. Dengan kata lain, penguasaan kemahiran motor bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan sehinggalah dewasa. Kadar pembelajaran kemahiran asas motor turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran selain pengaruh semulajadi dan bakat yang sedia ada.
Kemahiran motor pada dasarnya melibatkan perkembangan ‘neuromuscular’ dan mempunyai implikasi yang tersendiri terhadap kemahiran sukan. Semakin kompleks kemahiran yang dikuasai, semakin banyak masa yang diperlukan untuk penguasaan kemahiran tersebut.
Kemahiran asas bagi mengukur prestasi kemahiran motor dalam Pendidikan Jasmani boleh dinilai setelah mengenal pasti ujian. Kecergasan  motor ini terbahagi kepada  tiga komponen di mana kemampuan seseorang individu yang ditunjukkan melalui prestasi kemahiran asas lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif atau potensi kecekapan pergerakan seseorang. Apabila ketiga-tiga komponen ini telah dikuasai maka keupayaan seseorang individu menguasai kemahiran motor terarah kepada yang lebih kompleks di mana ia melibatkan komponen seperti koordinasi, keseimbangan, ketangkasan, kuasa, masa reaksi dan kepantasan.
Persepsi dan pergerakan  yang melibatkan koordinasi sangat penting bagi setiap kanak-kanak kerana pada pertumbuhan selanjutnya, kemahiran motor asas akan menjadi program motor. Dalam pembelajaran kemahiran motor, penekanan pada rangsangan dan galakan harus diberi. Ansur maju sesuatu kemahiran harus dititikberatkan dari peringkat kemahiran asas supaya kanak-kanak boleh membuat latih tubi yang sesuai dengan keupayaan generik. Oleh itu dalam melahirkan ahli sukan yang bertaraf olimpik dan dunia maka kemahiran asas motor merupakan elemen yang perlu diberikan perhatian serius pada peringkat awal.
Menurut Barrow dan McGee (1979) lakuan motor adalah suatu pencapaian dan kebolehan  semulajadi yang melibatkan aktiviti kemahiran tahap tinggi. Walau bagaimanapun lakuan motor amat berkait rapat dengan keupayaan pembelajaran dan kemahiran motor. Peringkat pembelajaran, kepelbagaian serta frekuensi latihan yang dijalankan dalam jangkamasa yang tertentu mempengaruhi peningkatan sesuatu kemahiran motor. Prestasi motor pula dapat ditingkatkan apabila sesuatu kemahiran telah dikuasai secara berterusan yang mana pembelajaran adalah merupakan proses perubahan tingkahlaku yang dapat dilihat.
Menurut Magill (1993), kemahiran motor merupakan satu aksi atau tugasan yang mempunyai matlamat dan memerlukan pergerakan voluntari anggota badan untuk mencapai matlamat  tersebut. Satu ciri kemahiran motor yang penting dari perspektif pembelajaran dan kawalan motor ialah kemahiran mempunyai maksud yang sama dengan aksi kerana aksi dilihat sebagai respon yang berdasarkan matlamat yang melibatkan pergerakan badan atau anggota badan. Kemahiran motor merupakan petunjuk kepada lakuan yang kualitatif. Ini bermakna kemahiran boleh dinilai secara kualitatif dengan merujuk kepada darjah kecekapan dan tahap konsistensi lakuan. Individu yang berkemahiran tinggi dalam lakuan motor mempunyai ciri-ciri berikut :
i.    ketepatan dari segi lakuan dan masa.
ii.    kepantasan.
iii.   keseimbangan semasa perlaksanaan lakuan dan ketika perubahan dalam aktiviti fisiologi dan mental.
iv.   adaptasi.
Kemahiran  motor mempunyai hubungan yang rapat dengan keupayaan, pembelajaran dan perlakuan motor. Peningkatan dalam sesuatu kemahiran motor adalah dipengaruhi oleh tahap pembelajaran. Kepelbagaian serta frekuensi latihan yang dijalankan dalam jangkamasa tertentu. Untuk meningkatakan prestasi pula, kemahiran hendaklah dikuasai secara berterusan di mana pembelajaran merupakan faktor perubahan tingkahlaku.
Keupayaan atau kebolehan sering digunakan dalam perlakuan kemahiran motor. Pakar Pendidikan Jasmani, Fleishman  telah memberi sumbangan yang besar dalam kefahaman tentang hubungan antara keupayaan manusia dengan perlakuan kemahiran motor. Beliau mendefinisikan keupayaan sebagai kapisiti am seseorang individu yang dikaitkan dengan perlakuan pelbagai kemahiran atau tugasan, misalnya dalam konteks sukan, keupayaan kelajuan pergerakan dilihat sebagai satu komponen penting dalam memperlakukan  pelbagai kemahiran dalam sukan hoki, sepaktakraw, tenis, olahraga dan sebagainya. Oleh itu, keupayaan motor adalah satu tret am atau kapisiti seseorang individu yang dikaitkan dengan perlakuan pelbagai kemahiran motor.
Perlakuan merupakan tingkahlaku yang boleh diperhatikan. Dari segi kemahiran motor, perlakuan adalah apa yang dilihat semasa individu itu cuba melakukan sesuatu kemahiran. Setiap percubaan untuk melakukan sebarang kemahiran adalah satu perlakuan. Sebaliknya pembelajaran merupakan fenomena dalaman yang tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran hanya boleh dibuktikan melalui pemerhatian ke atas perlakuan seseorang individu. Pembelajaran berlaku apabila terdapat perlakuan yang menunjukkan kepada ciri-ciri berikut :
i.    kemajuan yang berterusan dalam perlakuan.
ii.    perlakuan menjadi semakin konsisten.
Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, pembelajaran boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam kapisiti seseorang individu untuk melakukan sesuatu kemahiran yang disimpulkan daripada kemajuan yang kekal dalam perlakuan hasil daripada praktis dan pengalaman.
Menurut Bernstein (1969), perlakuan motor adalah kecekapan hasil daripada interaksi sistem biologi dengan keupayaan organisme dalam mengadaptasi ciri-ciri persekitaran kemahiran motor untuk menghasilkan pergerakan serta mengawal kestabilan yang dipengaruhi oleh daya ekstrinsik yang bersifat dinamik serta daya graviti, inersia dan geseran.
Pada lewat tahun 1950an dan 1960an satu perubahan dramatik terhadap pengukuran kecergasan motor telah dicetuskan oleh Henry. Beliau mencadangkan satu teori pembelajaran dan perlakuan motor yang dipanggil teori gelendong ingatan memory-drum theory. Teori ini menjelaskan bahawa kecergasan motor adalah spesifik kepada sesuatu perlakuan berbanding dengan perlakuan umum dalam kebanyakan aktiviti kecergasan motor. Dengan kata lain, prestasi seseorang individu dalam sesuatu kemahiran motor tidak boleh digunakan bagi menjangkakan prestasi ke atas lakuan motor yang lain. Berdasarkan teori ini, bilangan kecergasan motor adalah terlalu banyak dan pengamal teori ini percaya bahawa kecergasan motor bersifat tidak bersandar. Mengikut teori tersebut, setiap lakuan atau kemahiran motor yang dipersembahkan adalah bergantung kepada sejumlah besar bilangan keupayaan yang dimiliki. Apabila lakuan bertukar, maka keupayaan yang dimiliki bagi menyokong lakuan tersebut sudah semestinya bertukar menurut permintaan lakuan motor yang baru.
Barrow & McGee (1979) mentarifkan perlakuan motor sebagai suatu pencapaian dan keupayaan semulajadi seseorang individu. Keupayaan yang dimaksudkan adalah kemahiran motor am yang tidak melibatkan aktiviti motor tahap tinggi.
Corbin & Lindsey (1994), pengukuran kecergasan motor melibatkan pengukuran ujian kepantasan, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan masa reaksi.

0 comments:

Post a Comment