PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF BERBANDING
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH
MENENGAH DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2
NORKHALID
BIN SALIMIN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS
2012
PENTAKSIRAN
KOMPREHENSIF BERBANDING PENILAIAN
KENDALIAN SEKOLAH MENENGAH
DALAM MATA
PELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2
NORKHALID BIN SALIMIN
TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK
MEMPEROLEHI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2012
|
|
PENGAKUAN
Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Julai 2012
NORKHALID BIN SALIMIN
P20082000468
|
PENGHARGAAN
Saya berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
terhasillah tesis bertajuk “Pentaksiran Komprehensif Berbanding Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2” sebagai memenuhi syarat memperoleh
ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Sains Sukan.
Jutaan terima kasih ditujukan khas buat pensyarah penyelia yang sangat saya
kagumi dan hormati, Profesor Madya Dr. Hajah Julismah Jani di atas kesediaan
untuk meluangkan masa serta tidak pernah jemu dalam memberikan teguran,
panduan, bimbingan, tunjuk ajar, motivasi serta cadangan yang membina kepada
saya sepanjang proses penulisan tesis ini. Jasamu dikenang.
Ucapan terima kasih juga kepada Bahagian Tajaan, Kementerian Pelajaran
Malaysia kerana menganugerahkan saya Hadiah Latihan Persekutuan bagi membolehkan
saya mendapat cuti belajar dan menjalankan kajian ini dengan lebih efektif dan
bermotivasi.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah terpilih kerana sudi mengambil bahagian dalam kajian ini. Tidak lupa
juga kepada pelajar-pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang
sepenuhnya. Ucapan terima kasih juga kepada semua pengetua di sekolah menengah
yang dikaji kerana memberikan kerjasama serta membenarkan kajian ini dijalankan
di sekolah mereka. Kepada Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
saya juga mengucapkan terima kasih kerana meluluskan permohonan menjalankan kajian
ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada keluarga yang
tercinta serta individu-individu yang telah membantu secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses pelaksanaan kajian ini, saya mengucapkan terima kasih
di atas sokongan anda semua. Doa restu kepada semua yang terlibat dalam kajian
ini semoga diberkati Allah yang maha Esa.
Wassallam.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap
dan aras pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar bagi
permainan bola baling dan badminton dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Tingkatan 2 melalui Pentaksiran Komprehensif (PK). Analisis perbandingan antara
PK dengan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) terhadap pencapaian
pembelajaran pelajar turut dikaji. Sehubungan itu, penggunaan PK dan PKSM
ditentukan keberkesanannya melalui soal selidik persetujuan guru. Reka bentuk kajian
berupa deskriptif dan praeksperimen - kajian kes sekali. Tempat kajian adalah
di sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam negeri Perak. Sampel
terdiri daripada 17 orang guru Pendidikan Jasmani dan 1010 orang pelajar
Tingkatan 2. Nilai kesahan kandungan instrumen PK bagi bola baling adalah r = .82 dan kebolehpercayaan berdasarkan
domain kognitif, psikomotor dan afektif adalah r = .78, r = .90 dan r = .83. Nilai kesahan kandungan
instrumen PK bagi badminton adalah r =
.79 dan kebolehpercayaan berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif
adalah r = .75, r = .83 dan r = .81. Kebolehpercayaan
instrumen soal selidik persetujuan guru terhadap penggunaan PK dan PKSM adalah α = .87. Keputusan kajian melalui PK
mendapati pembelajaran kognitif pelajar bagi bola baling dan badminton adalah
pada tahap baik (M = 67.35, SD = 11.75) dan (M = 73.90, SD = 14.15).
Pembelajaran psikomotor semasa sesi latihan adalah pada aras manipulasi (M = 2.22, SD = .47); (M = 2.23, SD = .43), dan semasa sesi permainan
pada aras menghubung kait (M = 3.48, SD = .77); (M = 3.43, SD = .78).
Pencapaian pembelajaran afektif bagi bola baling adalah pada aras membina
perwatakan (M = 4.35, SD = .77) dan bagi badminton adalah aras
mengorganisasi (M = 4.11, SD = .76). Hasil kajian turut
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p = .001) di antara PK dengan PKSM terhadap pencapaian pembelajaran
domain kognitif dan psikomotor pelajar tetapi tidak terdapat perbezaan yang
signifikan (p = .57) bagi domain
afektif dalam bola baling manakala bagi permainan badminton pula, terdapat
perbezaan yang signifikan (p = .001)
terhadap kesemua domain pembelajaran pelajar. Terdapat juga perbezaan yang
signifikan (p = .001) tahap
persetujuan guru terhadap penggunaan PK dengan PKSM yang mana 100 peratus guru
bersetuju bahawa penggunaan PK berada dalam sela sangat baik dan baik. Dengan
ini disimpulkan bahawa PK lebih sesuai sebagai instrumen yang standard untuk
menentukan aras domain pembelajaran pelajar bagi permainan bola baling dan
badminton dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2.
A COMPARATIVE ANALYSIS BETWEEN COMPREHENSIVE
ASSESSMENT AND SECONDARY SCHOOL BASED EVALUATION FOR FORM 2 PHYSICAL EDUCATION SUBJECT
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify students’ learning level in the cognitive, psychomotor and affective domains in handball and badminton in the Form 2 Physical Education subject through Comprehensive Assessment (CA). A comparative analysis between CA and Secondary School Based Evaluation (SSBE) of the students’ learning achievement was also studied. The efficacy of the used of CA and SSBE was determined through a survey of teachers’ agreement. The research methodology is descriptive and pre-experimental – one-shot case study. The study was carried out in secondary schools in the Larut, Matang and Selama district in the state of Perak. The sampling consisted of 17 Physical Education teachers and 1010 Form 2 students. The content validity of the CA instrument for handball was r = .82 and reliability based on the cognitive, psychomotor and affective domains, was r = .78, r = .90 and r = .83 respectively. The content validity of the CA instrument for badminton was r = .79 and reliability based on cognitive, psychomotor and affective domains is r = .75, r = .83 and r = .81 respectively. The reliability of the teachers’ agreement questionnaire on the use of CA and SSBE was α = .87. The study of CA found that students’ cognitive learning for handball and badminton was at a good level (M = 67.35, SD = 11.75) and (M = 73.90, SD = 14.15). Psychomotor learning during training was at manipulation level (M = 2.22, SD = .47); (M = 2.23, SD = .43) and during game session it was at articulation level (M = 3.48, SD = .77); (M = 3.43, SD = .78). The performance for affective learning for handball was at characterisation level (M = 4.35, SD = .77) and for badminton it was at organisation level (M = 4.11, SD = .76). The result of the study also suggested that was a significant difference (p = .001) between CA and SSBE in students’ performance in the cognitive and psychomotor domains, but no significant difference (p = .57) in the affective domain in handball whereas in badminton, there was a significant difference (p = .001) in all the students’ learning domains. A significant difference (p = .001) was also found between the level of teachers’ agreement to the use of CA and SSBE where 100 percents of them agreed that the CA was very good and good. Therefore, it is concluded that CA is more suitable as standard measuring instrument to determine the level of students’ learning domain for handball and badminton in the subject of Form 2 Physical Education.
KANDUNGAN
|
|
Muka Surat
|
PENGAKUAN
|
ii
|
|
PENGHARGAAN
|
iii
|
|
ABSTRAK
|
iv
|
|
ABSTRACT
|
v
|
|
KANDUNGAN
|
vi
|
|
SENARAI JADUAL
|
xii
|
|
SENARAI RAJAH
|
xvi
|
|
SENARAI LAMPIRAN
|
xvii
|
|
|
|
|
BAB 1
|
PENGENALAN
|
1
|
1.1
|
Pendahuluan
|
1
|
1.2
|
Latar Belakang
Masalah
|
12
|
|
1.2.1
Penyataan
Masalah
|
18
|
1.3
|
Objektif Kajian
|
19
|
1.4
|
Persoalan
Kajian
|
20
|
1.5
|
Kepentingan
Kajian
|
21
|
1.6
|
Limitasi Kajian
|
23
|
1.7
|
Definisi Operasional
|
25
|
|
1.7.1
Pentaksiran
Komprehensif
|
25
|
|
1.7.2
Pendidikan
Jasmani Tingkatan 2
|
26
|
|
1.7.3
Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah Negeri
Perak
|
27
|
BAB 2
|
TINJAUAN LITERATUR
|
29
|
2.1
|
Teori Kajian
|
29
|
|
2.1.1 Domain Kognitif
|
30
|
|
2.1.2 Domain Psikomotor
|
39
|
|
2.1.3 Domain Afektif
|
45
|
2.2
|
Pentaksiran dan
Penilaian
|
54
|
2.3
|
Kerangka
Teoretikal Kajian
|
59
|
2.4
|
Kajian-Kajian Berkaitan
|
69
|
|
2.4.1 Kajian Berkaitan Isu dan Masalah
Pendidikan Jasmani
|
69
|
|
2.4.2 Kajian
Berkaitan Kepentingan Pentaksiran dan
Penilaian
|
73
|
|
2.4.3 Kajian
Berkaitan Penilaian Kognitif
|
76
|
|
2.4.4 Kajian
Berkaitan Penilaian Psikomotor
|
82
|
|
2.4.5 Kajian
Berkaitan Penilaian Afektif
|
89
|
|
Ulasan
|
92
|
BAB 3
|
METODOLOGI
|
94
|
3.1
|
Reka Bentuk
Kajian
|
94
|
3.2
|
Kerangka Konseptual Kajian
|
97
|
3.3
|
Tempat Kajian
|
100
|
3.4
|
Populasi dan
Sampel Kajian
|
101
|
3.5
|
Instrumentasi
Kajian
|
106
|
3.6
|
Kesahan dan
Kebolehpercayaan Instrumen
|
117
|
3.7
|
Prosedur
Pengumpulan Data
|
135
|
3.8
|
Penganalisisan Data Statistik
|
138
|
BAB 4
|
DAPATAN KAJIAN
|
142
|
4.1
|
Aras dan Tahap Pencapaian Pembelajaran Pelajar dalam Domain Kognitif, Psikomotor
dan Afektif bagi Permainan Bola Baling
Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif
|
143
|
|
4.1.1 Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam Kognitif
bagi Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif
|
143
|
|
4.1.2 Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam
Psikomotor bagi Permainan Bola
Baling Berdasarkan
Pentaksiran Komprehensif
|
144
|
|
4.1.3 Aras dan
Tahap Pencapaian Pelajar dalam Afektif
bagi Permainan Bola Baling
Berdasarkan Pentaksiran
Komprehensif
|
146
|
|
4.1.4 Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam
Kognitif
bagi Permainan Badminton Berdasarkan
Pentaksiran
Komprehensif
|
147
|
|
4.1.5 Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam
Psikomotor bagi Permainan Badminton
Berdasarkan Pentaksiran
Komprehensif
|
148
|
|
4.1.6 Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam
Afektif
bagi Permainan Badminton
Berdasarkan Pentaksiran
Komprehensif
|
150
|
4.2
|
Tahap Pencapaian Pelajar dalam Kognitif,
Psikomotor dan
Afektif bagi Permainan Bola Baling dan
Badminton
Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
151
|
|
4.2.1 Tahap
Pencapaian Pelajar dalam Kognitif bagi
Permainan Bola Baling Berdasarkan
Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah
|
151
|
|
4.2.2 Tahap Pencapaian Pelajar dalam Psikomotor
bagi
Permainan Bola Baling Berdasarkan Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah
|
152
|
|
4.2.3 Tahap Pencapaian Pelajar dalam Afektif
bagi
Permainan Bola Baling Berdasarkan Penilaian
Kendalian
Sekolah Menengah
|
153
|
|
4.2.4 Tahap Pencapaian Pelajar dalam Kognitif
bagi
Permainan Badminton Berdasarkan
Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah
|
154
|
|
4.2.5 Tahap Pencapaian Pelajar dalam Psikomotor
bagi Permainan Badminton Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
154
|
|
4.2.6 Tahap Pencapaian Pelajar dalam Afektif bagi
Permainan Badminton Berdasarkan
Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah
|
155
|
4.3
|
Perbandingan
Tahap Pencapaian Kognitif, Psikomotor dan Afektif Pelajar dalam Kumpulan
Pentaksiran Komprehensif dengan Kumpulan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
bagi Permainan Bola Baling dan Badminton
|
156
|
|
4.3.1 Perbandingan Tahap Pencapaian Kognitif
Pelajar
Kumpulan Pentaksiran Komprehensif dengan
Pelajar dalam Kumpulan Penilaian
Kendalian
Sekolah Menengah bagi Permainan
Bola Baling
|
157
|
|
4.3.2 Perbandingan Tahap Pencapaian Psikomotor
Pelajar
Kumpulan Pentaksiran Komprehensif dengan Pelajar
dalam Kumpulan Penilaian Kendalian
Sekolah
Menengah bagi Permainan Bola Baling
|
158
|
|
4.3.3 Perbandingan Tahap Pencapaian Afektif
Pelajar
Kumpulan Pentaksiran Komprehensif dengan
Pelajar dalam Kumpulan Penilaian
Kendalian
Sekolah Menengah bagi Permainan
Bola Baling
|
160
|
|
4.3.4 Perbandingan Tahap Pencapaian Kognitif
Pelajar
Kumpulan Pentaksiran
Komprehensif dengan
Pelajar dalam Kumpulan Penilaian
Kendalian
Sekolah Menengah bagi Permainan Badminton
|
161
|
|
4.3.5 Perbandingan Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar
Kumpulan Pentaksiran Komprehensif
dengan
Pelajar dalam Kumpulan Penilaian
Kendalian
Sekolah Menengah bagi Permainan Badminton
|
162
|
|
4.3.6 Perbandingan Tahap Pencapaian Afektif Pelajar
Kumpulan Pentaksiran
Komprehensif dengan
Pelajar dalam Kumpulan Penilaian
Kendalian
Sekolah Menengah bagi Permainan Badminton
|
164
|
4.4
|
Persetujuan
Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian
Sekolah Menengah bagi Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2
|
165
|
|
4.4.1 Peratus Persetujuan Guru Terhadap
Penggunaan
Pentaksiran Komprehensif bagi
Permainan Bola
Baling dan Badminton Tingkatan 2
|
167
|
|
4.4.2 Peratus Persetujuan Guru Terhadap
Penggunaan
Penilaian Kendalian Sekolah
Menengah bagi
Permainan Bola Baling dan Badminton
Tingkatan 2
|
168
|
|
4.4.3 Analisis Soalan Komen Terbuka Persetujuan
Guru
Terhadap Penggunaan Pentaksiran
Komprehensif dan
Penilaian Kendalian Sekolah
Menengah bagi
Permainan Bola Baling dan Badminton
Mengikut
Item
|
171
|
4.5
|
Perbandingan
Tahap Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah dalam Permainan Bola Baling dan
Badminton Tingkatan 2
|
174
|
BAB 5
|
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
|
178
|
5.1
|
Perbincangan
|
179
|
|
5.1.1
Pencapaian
Pembelajaran Pelajar bagi Domain Kognitif dalam Permainan Bola Baling dan
Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian
Sekolah Menengah
|
179
|
|
5.1.2
Pencapaian
Pembelajaran Pelajar bagi Domain
Psikomotor dalam Permainan Bola
Baling dan
Badminton Menggunakan Pentaksiran
Komprehensif
dan Penilaian Kendalian Sekolah
Menengah
|
188
|
|
5.1.3
Pencapaian
Pembelajaran Pelajar bagi Domain
Afektif dalam Permainan Bola
Baling dan
Badminton Menggunakan Pentaksiran
Komprehensif
dan Penilaian Kendalian Sekolah
Menengah
|
195
|
|
5.1.4
Persetujuan
Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian
Sekolah Menengah dalam Permainan Tingkatan 2
|
200
|
5.2
|
Kesimpulan
|
207
|
5.3
|
Penghasilan
Model K dalam Pembinaan Pentaksiran bagi
Permainan dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani
|
209
|
5.4
|
Implikasi
Kajian
|
212
|
|
5.4.1 Implikasi kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia
|
213
|
|
5.4.2 Implikasi kepada Pihak Pentadbir Sekolah
|
215
|
|
5.4.3 Implikasi kepada Guru
|
216
|
|
5.4.4 Implikasi kepada Pelajar
|
217
|
5.5
|
Cadangan Kajian
Lanjutan
|
218
|
|
RUJUKAN
|
220
|
|
LAMPIRAN
|
231
|
SENARAI JADUAL
Jadual
|
|
Muka Surat
|
3.1
|
Reka Bentuk
Praeksperimen – Kajian Kes Sekali (the
one-shot case study)
|
96
|
3.2
|
Variabel Kajian
|
100
|
3.3
|
Taburan
Populasi Sekolah Kajian
|
102
|
3.4
|
Taburan Sekolah
Kajian
|
103
|
3.5
|
Komposisi
Sampel Kajian
|
104
|
3.6
|
Taburan Sampel
Pelajar Mengikut Jantina Berdasarkan Sekolah
|
105
|
3.7
|
Kesahan Kandungan
Pentaksiran Komprehensif oleh Panel Pakar
Semasa Kajian Rintis (N = 6)
|
119
|
3.8
|
Kesahan Item Kandungan
Panel Pakar (N = 4)
|
120
|
3.9
|
Pekali dan Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran
Kognitif Bola Baling Menggunakan Pentaksiran Komprehensif (N = 40)
|
122
|
3.10
|
Pekali dan Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran
Kognitif Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif (N = 40)
|
123
|
3.11
|
Indeks Diskriminasi Mengikut Ebel
|
124
|
3.12
|
Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran Psikomotor
Permainan
Bola Baling Menggunakan Pentaksiran Komprehensif
(N = 40)
|
125
|
3.13
|
Nilai
Kebolehpercayaan Pentaksiran Psikomotor Permainan Badminton Menggunakan
Pentaksiran Komprehensif (N = 40)
|
126
|
3.14
|
Nilai
Kebolehpercayaan Pentaksiran Afektif Bola Baling Menggunakan Pentaksiran
Komprehensif (N = 40)
|
127
|
3.15
|
Nilai
Kebolehpercayaan Pentaksiran Afektif Badminton Menggunakan Pentaksiran
Komprehensif (N = 40)
|
127
|
3.16
|
Nilai
Kebolehpercayaan Soal Selidik Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan
Pentaksiran Komprehensif Permainan Bola
Baling dan Badminton (N = 2)
|
128
|
3.17
|
Peratus
Persetujuan Antara Penguji Permainan Bola Baling Menggunakan Pentaksiran
Komprehensif (N = 18)
|
131
|
3.18
|
Peratus
Persetujuan Antara Penguji Permainan Badminton Menggunakan Pentaksiran
Komprehensif (N = 18)
|
132
|
3.19
|
Nilai Kesahan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Negeri Perak (N = 17)
|
133
|
3.20
|
Nilai
Kebolehpercayaan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Negeri Perak (N = 40)
|
135
|
3.21
|
Matrik Penilaian
dan Pengukuran
|
139
|
3.22
|
Skala Tahap
Pencapaian Pembelajaran Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan
Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Pentaksiran Komprehensif
|
140
|
3.23
|
Skala Aras
Pencapaian Pembelajaran Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan
Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Pentaksiran Komprehensif
|
140
|
3.24
|
Skala Aras
Pencapaian Pembelajaran Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan
Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Pentaksiran Komprehensif
|
140
|
3.25
|
Skala Tahap
Pencapaian Pembelajaran Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan
Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
141
|
3.26
|
Skala Tahap
Pencapaian Psikomotor dan Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan
Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
141
|
4.1
|
Tahap Pencapaian Domain Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling
Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif Mengikut Aras Soalan (N = 508)
|
143
|
4.2
|
Aras Pencapaian Domain Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling
Semasa Sesi Latihan dan Permainan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif (N = 508)
|
145
|
4.3
|
Aras Pencapaian Domain Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling
Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif (N
= 508)
|
146
|
4.4
|
Tahap Pencapaian Domain Kognitif Pelajar dalam Permainan Badminton
Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif mengikut Aras (N = 508)
|
147
|
4.5
|
Aras Pencapaian Domain Psikomotor Pelajar dalam Permainan Badminton
Semasa Sesi Latihan dan Permainan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif (N = 508)
|
149
|
4.6
|
Aras Pencapaian Domain Afektif Pelajar dalam Permainan Badminton
Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif (N
= 508)
|
150
|
4.7
|
Tahap Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (N
= 502)
|
151
|
4.8
|
Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling
Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (N = 502)
|
152
|
4.9
|
Pencapaian Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (N = 502)
|
153
|
4.10
|
Tahap Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah mengikut Jantina
|
154
|
4.11
|
Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah mengikut Jantina (N = 502)
|
155
|
4.12
|
Pencapaian Afektif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (N = 502)
|
156
|
4.13
|
Perbandingan
Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan
Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
157
|
4.14
|
Perbandingan
Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan
Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
159
|
4.15
|
Perbandingan
Pencapaian Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan
Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
160
|
4.16
|
Perbandingan
Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran
Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
161
|
4.17
|
Perbandingan
Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan
Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
162
|
4.18
|
Perbandingan
Pencapaian Afektif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran
Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
|
164
|
4.19
|
Peratus
Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif
|
166
|
4.20
|
Peratus Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Penilaian Kendalian Sekolah
Menengah
|
169
|
4.21
|
Komen dan
Pandangan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah
|
172
|
4.22
|
Perbandingan
Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dengan
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah dalam Permainan Tingkatan 2
|
175
|
SENARAI RAJAH
Rajah
|
|
Muka Surat
|
2.1
|
Taksonomi Bloom
et al. (1956)
|
31
|
2.2
|
Taksonomi Dave
(1972)
|
40
|
2.3
|
Taksonomi
Krathwohl et al. (1964)
|
46
|
2.4
|
Kerangka
Teoretikal Kajian
|
65
|
3.1
|
Kerangka Kajian
|
97
|
3.2
|
Kerangka
Konseptual Kajian
|
99
|
3.3
|
Carta Alir
Pembinaan Instrumen Pentaksiran Komprehensif
|
111
|
5.1
|
Model K dalam Pentaksiran Pendidikan Jasmani
|
209
|
SENARAI LAMPIRAN
|
Lampiran
|
|
Muka Surat
|
A
|
Ujian Kognitif
Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
|
231
|
B
|
Ujian Kognitif
Badminton Pentaksiran Komprehensif
|
236
|
C
|
Jadual Analisa
Item Kognitif Bola Baling Pentaksiran Komprehensif Tingkatan 2
|
241
|
D
|
Jadual Analisa
Item Kognitif Badminton Pentaksiran Komprehensif Tingkatan 2
|
242
|
E
|
Jadual Spesifik
Ujian Penilaian Kognitif Bola Baling Pentaksiran Komprehensif Tingkatan 2
|
243
|
F
|
Jadual Spesifik
Ujian Penilaian Kognitif Badminton Pentaksiran Komprehensif Tingkatan 2
|
244
|
G
|
Borang
Psikomotor Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
|
245
|
H
|
Borang
Psikomotor Badminton Pentaksiran Komprehensif
|
246
|
I
|
Borang Afektif
Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
|
247
|
J
|
Borang Afektif Badminton Pentaksiran Komprehensif
|
248
|
K
|
Peperiksaan
Pertengahan Tahun Penilaian Kendalian Sekolah Menegah
|
249
|
L
|
Peperiksaan
Akhir Tahun Penilaian Kendalian Sekolah Menegah
|
254
|
M
|
Borang
Penilaian Psikomotor Bola Baling Penilaian Kendalian Sekolah Menegah
|
260
|
N
|
Borang
Penilaian Psikomotor Badminton Penilaian Kendalian Sekolah Menegah
|
261
|
O
|
Borang
Penilaian Afektif Penilaian Kendalian Sekolah Menegah
|
262
|
P
|
Soal Selidik
Tahap Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Permainan Bola Baling
dan Badminton
|
263
|
Q
|
Borang
Penilaian Penentu Item Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
|
265
|
R
|
Borang
Penilaian Penentu Item Badminton Pentaksiran Komprehensif
|
266
|
S
|
Borang
Penilaian Psikomotor Guru Permainan Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
|
267
|
T
|
Borang
Penilaian Psikomotor Guru Permainan Badmnton Pentaksiran Komprehensif
|
268
|
U
|
Borang Kesahan
Kandungan Pentaksiran Komprehensif Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
|
269
|
V
|
Laporan Pakar
Penilaian Penentu Item Permainan Bola Baling
|
270
|
W
|
Laporan Pakar
Penilaian Penentu Item Permainan Badminton
|
272
|
X
|
Borang Kesahan
Kandungan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Negeri Perak Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
|
274
|
Y
|
Panduan Guru –
Permainan Bola Baling Tingkatan 2
|
275
|
Z
|
Panduan Guru –
Permainan Badminton Tingkatan 2
|
283
|
AA
|
Surat Kelulusan
Menjalankan Kajian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
|
292
|
AB
|
Surat Kebenaran
Menjalankan Kajian Jabatan Pelajaran Negeri Perak
|
293
|
AC
|
Surat
Pengesahan Cadangan Penyelidikan Ijazah Doktor Falsafah
|
294
|
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan Jasmani (PJ) adalah mata pelajaran
teras dan wajib diajar dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
berdasarkan Akta Pendidikan 1996 melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 25/1998, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998), Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1990, Kementerian Pendidikan Malaysia (1990),
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia
(1988) dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1979, Kementerian Pelajaran
Malaysia (1979). Mata pelajaran PJ mempunyai peranan yang sangat besar dalam
menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara menyeluruh
melalui pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan domain kognitif,
psikomotor dan afektif (Abdullah Sani, 2003; Darst & Pangrazi, 2006; Daeur
& Pangrazi, 1995; dan Freeman, 2001).
Unsur
kesepaduan dalam mata pelajaran PJ melibatkan tiga domain pembelajaran utama
iaitu kognitif, psikomotor dan afektif (Capel, 2000; Colfer, Hamilton, Magill
& Hamilton, 1986; Daeuer & Pangrazi, 1995; Freeman, 2001; Gallahue,
1996; Pangrazi, 2001; dan Pettifor, 1999) dan berupaya membangunkan pelajar
dari pelbagai aspek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Asiah, 1993; Tajul Ariffin, 1993; Teng, 2001; dan Vasudevan, 1986).
Menurut
Wee (2009), mata pelajaran PJ memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan
serta kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan
psikologi. Mata pelajaran PJ merupakan satu proses yang bertujuan untuk
meningkatkan kemampuan individu melalui pendekatan aktiviti fizikal seperti
berlari, melompat dan membaling. Seharusnya tumpuan adalah terhadap pembangunan
pelajar melalui proses pendidikan yang menyeluruh dan berkaitan dengan hal
seumur hidup setiap individu (Barrow, 1983; Mawer, 1995; dan Teng, 2001).
Mata
pelajaran PJ adalah suatu proses pendidikan terancang dan menyeluruh dengan
matlamat yang jelas iaitu bertujuan membantu pelajar menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Bagi mencapai matlamat di
atas, terdapat tujuh objektif am yang perlu dikuasai oleh pelajar sekolah
menengah Tingkatan 2 berdasarkan huraian sukatan pelajaran iaitu (i) mengetahui
maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya
tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa dan kelajuan; (ii) melibatkan diri dan
mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan
kecergasan fizikal; (iii) mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan,
olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan
pergerakan kreatif dengan betul dan selamat; (iv) memahami dan mematuhi arahan
serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan; (v) melibatkan
diri dan mengamalkan etika sukan yang baik; (vi) menguruskan stor alatan sukan
serta dapat mengklasifikasikan jenis-jenis alatan sukan; dan (vii) berinteraksi
dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan
menggembirakan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Guru dikehendaki menjalankan
penilaian bagi menentukan pencapaian matlamat dan objektif mata pelajaran PJ.
Menurut Bhasah (2007), penilaian bertujuan menentukan status sesuatu objek yang
dinilai dan membanding status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria
untuk membuat keputusan. Dalam konteks ini, penilaian merupakan satu proses
yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat berkaitan, pemprosesan
maklumat dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan
sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan
memenuhi kehendak tujuan keputusan penilaian (Abu Bakar & Bhasah, 2008).
Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001) telah memperkenalkan Penilaian Kendalian Sekolah
(PKS). Melalui PKS, guru
memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian pelajar. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen, melaksana, merekod hasil, menganalisis
maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian,
guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Penilaian
di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan
terhadap perkembangan bagi kesemua aspek Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penilaian
Kendalian Sekolah lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap
pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan
perkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Hal ini memberi peluang kepada guru
untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan pelajar serta-merta
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu, guru dapat mengenal
pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi pelajar. Oleh
yang demikian, penyelidik berpendapat penilaian dalam mata pelajaran PJ
hendaklah berteraskan kepada PKS. Guru PJ hendaklah diberikan ruang yang
seluas-luasnya di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian pelajar.
Menurut Wee
(2009) dan Miller (2006), aspek penilaian pelajar dalam mata pelajaran PJ yang
sepatutnya dilakukan oleh guru mestilah merangkumi aspek kognitif, psikomotor
dan afektif. Berdasarkan Ahmad (2004) dan Miller (2006), pemberatan dalam
menentukan gred PJ adalah tiga nisbah satu di mana aspek psikomotor mempunyai
pemberatan tiga kali lebih besar berbanding dengan aspek kognitif dan afektif.
Namun, perkara yang diamalkan di sekolah sekarang adalah penilaian terhadap aspek
kognitif melalui peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun sahaja
dengan pemberatan 100 peratus.
Penilaian bagi aspek psikomotor
hanyalah melalui komponen kecergasan fizikal iaitu Ujian Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) sedangkan dalam kandungan sukatan pelajaran PJ,
tunjang kecergasan dan tunjang kemahiran merupakan tajuk yang menekankan domain
psikomotor dan banyak melibatkan penguasaan aspek kemahiran terutamanya dalam
tajuk permainan. Namun guru tidak melaksanakan penilaian yang sepatutnya bagi
menilai aspek psikomotor dan selain itu penilaian bagi aspek afektif langsung
tidak dinilai secara formal atau eksplisit dalam kelas PJ.
Penilaian yang dilaksanakan sekarang
ini adalah tidak lengkap dan holistik. Oleh itu, bagi mendapatkan penilaian
yang berkesan guru sepatutnya melaksanakan pentaksiran. Pentaksiran
komprehensif yang berkesan merangkumi penilaian secara menyeluruh meliputi aspek
kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.
Di Amerika Syarikat, pentaksiran
telah begitu meluas dilaksanakan dengan mengambil contoh New Jersey Comprehensive Health Education and Physical Education
Curriculum Framework (1999). Pentaksiran yang digunakan adalah seperti item
aneka pilihan (response/forced choice
items), penulisan esei (essay),
tugasan prestasi (performance tasks),
penulisan portfolio, pemerhatian guru (teacher
observation), pentaksiran kendiri (student
self-assessment) dan persidangan berkaitan pentaksiran (assessment conferences).
Pentaksiran bagi pelajar peringkat
menengah berdasarkan South Carolina
Physical Education Assessment Program [SCPEAP] (2004) pula lebih lengkap
dan menyeluruh. Pelajar dinilai berdasarkan kepada empat indikator pencapaian (Performance Indicator). Indikator
pencapaian pertama, menilai pelajar dalam aspek psikomotor bagi kemahiran
permainan. Perlakuan pelajar dirakam menggunakan video dan dinilai berdasarkan
rubrik yang disediakan. Pemberatan penilaian ini adalah sebanyak 60.00 peratus.
Indikator pencapaian kedua, adalah
ujian kognitif yang merangkumi lima komponen kecergasan dan prinsip frequency, intensity dan time berbentuk ujian bertulis.
Pemberatan penilaian ini adalah sebanyak 15.00 peratus. Indikator pencapaian
ketiga, adalah penilaian penyertaan pelajar melalui penglibatan mereka dalam
aktiviti fizikal dan kesihatan di luar waktu PJ. Pelajar dikehendaki menulis laporan
dalam buku log dan pemberatan penilaian ini adalah 10.00 peratus. Indikator
pencapaian keempat pula, adalah penilaian berkaitan perbincangan kepentingan
kesihatan dan aktiviti fizikal berdasarkan Fitnessgram.
Pemberatan bahagian ini adalah 15.00 peratus. Pentaksiran ini adalah
berteraskan kepada kandungan National
Standards for Physical Education, National Association for Sport and Physical
Education [NASPE] (1995).
Berdasarkan
Curriculum Development Council and the
Hong Kong Examinations and Assessment Authority (2007), pentaksiran di Hong
Kong melibatkan penilaian formatif dan sumatif. Pelajar diwajibkan menduduki
peperiksaan awam (kertas 1, 50.00% dan kertas 2, 20.00%) dan pentaksiran
berasaskan sekolah (school-based
assessment) berdasarkan penglibatan dua aktiviti fizikal (20.00%) dan
kecergasan fizikal (10.00%). Manakala di Singapura (Bedok South Secondary School – Physical Education, 2009),
pentaksiran yang digunakan adalah kecergasan fizikal (30.00%), kemahiran
fizikal (praktikal, 30.00% dan teori, 20.00%) dan sikap (20.00%). Penilaian
bagi kemahiran fizikal adalah berdasarkan kepada amali bagi dua jenis
permainan.
Peranan guru PJ adalah mengembang dan
meningkatkan prestasi pelajar bagi mencapai objektif PJ dalam domain
psikomotor, kognitif dan afektif (Hastad & Lacy, 2002). Oleh itu, bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran terutamanya
pada hasil pembelajaran pelajar maka seseorang guru haruslah melaksanakan
pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Payne (2003),
pentaksiran merupakan integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi
maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas
maklumat. Oleh itu, pentaksiran adalah gabungan proses pengukuran dan penilaian.
Kebanyakan ujian yang dijalankan
dalam dunia pendidikan adalah berbentuk pentaksiran prestasi (Abu Bakar &
Bhashah, 2008; dan Bhasah, 2007). Menurut Stringgin (1987), pentaksiran
perlakuan merupakan satu bentuk pentaksiran yang berdasarkan kepada pemerhatian
dan pengadilan terhadap sesuatu proses atau produk serta hasil daripada
pelaksanaan sesuatu tugasan. Pentaksiran meliputi kaedah pengujian yang begitu
luas dan memerlukan pelajar menunjukkan kecekapan atau pengetahuannya dengan
memberikan jawapan yang tepat dan menghasilkan sesuatu kemahiran yang baik.
Guru perlu membuat pertimbangan terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri
kognitif, psikomotor dan afektif pelajar. Peranan pelajar pula adalah
memberikan tindak balas terhadap maklumat atau kemahiran yang diperoleh serta
dapat menggunakan maklumat atau kemahiran tersebut pada peringkat tertinggi.
Menurut Linn dan Gronlund (1992),
pentaksiran perlakuan kadangkala disebut sebagai pentaksiran autentik atau
pentaksiran alternatif. Pentaksiran alternatif kurang memberi penekanan kepada
ujian kertas dan pensil manakala pentaksiran autentik lebih kepada penilaian
aplikasi dan amali terhadap sesuatu tugasan yang dilakukan di dalam keadaan
sebenar. Oleh itu, dalam mata pelajaran PJ pentaksiran perlakuan adalah sangat
sesuai dan signifikan bagi menilai pencapaian pelajar bagi aspek kognitif,
psikomotor dan afektif.
Lund dan Kirk (2002) mencadangkan
beberapa pentaksiran perlakuan dalam mata pelajaran PJ antaranya pemerhatian
(guru, rakan dan kendiri), permainan dan ubah suai permainan, tugasan, prestasi
pelajar, penulisan esei, penulisan jurnal, penghasilan projek dan penulisan
buku log. American Federation of
Teachers, National Council on Measurement of Student, National Education
Association [AFTNC] (1990), menggariskan tujuh perkara yang perlu diberikan
perhatian dalam pentaksiran perlakuan iaitu (i) pilih kaedah pentaksiran yang
sesuai berdasarkan tujuan pengajaran; (ii) hasilkan keadaan pentaksiran
bersesuaian dengan tujuan pengajaran yang hendak dibuat; (iii) tadbir, skor dan
terjemahkan keputusan pentaksiran; (iv) gunakan keputusan pentaksiran tersebut apabila
membuat keputusan; (v) bina prosedur penggredan yang sah; (vi) berkomunikasi
tentang keputusan pentaksiran kepada pelajar dan lain-lain; dan (vii) mengenal
pasti penggunaan dan kaedah pentaksiran yang tidak sesuai, tidak beretika atau
menyalahi peraturan pentaksiran.
Menurut Baumgartner, Jackson, Mahar
dan Rowe (2007); Hastad dan Lacy (2002); Johnson dan Nelson (1986), Miller
(2006); dan Morrow, Jackson, Disch dan Mood (2005), penilaian bagi aspek
kognitif yang boleh digunakan adalah berbentuk ujian seperti objektif,
betul-salah, objektif aneka pilihan, isi tempat kosong dan juga penulisan esei.
Menurut Hastad dan Lacy (2002), ujian kognitif yang dibina oleh guru adalah
berdasarkan kepada taksonomi Bloom, Engelhart, Furst, Hill dan Krathwohl (1956)
dengan pecahan wajaran pemberatan bagi aras pengetahuan (25.00%), kefahaman (10.00%),
aplikasi (35.00%), analisis (20.00%), sintesis (5.00%) dan aras penilaian (5.00%).
Manakala kandungan soalan kemahiran permainan hendaklah mengandungi soalan
berdasarkan item sejarah (5.00%), undang-undang dan peraturan (25.00%),
peralatan (5.00%), etika (10.00%), kemahiran dan teknik (35.00%) serta strategi
(20.00%).
Dalam mata pelajaran PJ, pentaksiran seharusnya meliputi
tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Pentaksiran
Komprehensif (PK) adalah satu pentaksiran yang dapat menilai pelajar bagi
ketiga-tiga aspek tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Melalui penggunaan PK, guru dikehendaki menilai pencapaian setiap
individu pelajar secara serta-merta terhadap kemahiran yang diajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilaian ini adalah mengikut
kehendak objektif pembelajaran berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran PJ
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) yang telah dirancang tanpa menunggu
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun seperti yang
diamalkan sekarang.
Oleh
itu, penilaian pencapaian pelajar dalam mata pelajaran PJ perlu direfomasikan
dengan mengubah cara guru menilai pencapaian pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran sesuai dengan perkembangan dan kehendak dunia pendidikan
melalui perubahan dan transformasi kepada aspek PK. Perubahan daripada memberi
penekanan kepada peperiksaan yang berasaskan kandungan (content based)
kepada pentaksiran prestasi yang lebih berasaskan kemahiran (skill based)
bagi domain psikomotor dan afektif manakala daripada yang bersifat ujian
pencapaian (achievement test) kepada yang bersifat ujian kebolehan am (general
ability test) bagi domain kognitif.
Menurut Jamil (2008), bagi
mendapatkan maklumat yang lengkap dan holistik berkaitan dengan perkembangan
dan peningkatan potensi individu seorang insan maka pentaksiran adalah
penyelesaiannya. Payne (2003), mencadangkan agar guru perlu menilai kembali
proses penilaian dalam mata pelajaran PJ dengan secara mendalam dan berkesan
bagi memantapkan mata pelajaran PJ di sekolah.
Penyelidik berpendapat bahawa segala
permasalahan yang wujud dalam pelaksanaan kurikulum PJ ini dapat diselesaikan
sekiranya kaedah pentaksiran yang digunakan oleh guru sekarang ini dinilai
kembali dan diubah suai supaya menjadi lebih berkesan. Situasi ini telah
menimbulkan keinginan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian bagi membina
satu instrumen yang dikenali sebagai PK yang boleh digunakan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJ bagi tunjang kemahiran
permainan bola baling dan badminton. Pentaksiran Komprehensif yang dibina dalam
kajian ini adalah bertujuan membantu guru mencapai objektif am mata pelajaran
PJ Tingkatan 2 khususnya objektif pada para (iii) dan (v) iaitu (iii) mengaplikasikan
kemahiran asas dalam permainan dengan betul dan selamat; dan (v) melibatkan
diri dan mengamalkan etika sukan yang baik (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2001).
Justeru, dalam konteks penilaian
terhadap pencapaian pelajar, instrumen PK ini direka bentuk bagi menyediakan
kaedah penilaian yang bersifat komprehensif merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif bagi mendapatkan gambaran pencapaian aras pembelajaran
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran PJ. Oleh
yang demikian, mata pelajaran PJ memerlukan satu transformasi dalam bidang
pentaksiran. Pentaksiran Komprehensif yang holistik
haruslah dibina agar pelajar benar-benar dinilai mengikut keupayaan sebenar
mereka.
Berdasarkan tunjang kemahiran dalam
sukatan pelajaran PJ bagi Tingkatan 2, terdapat dua permainan iaitu bola baling
dan badminton (Amin, Anuar & Enson, 2003). Dalam permainan bola baling
terdapat lapan kemahiran asas yang perlu diperkenalkan kepada pelajar iaitu (i)
kemahiran hantaran; (ii) kemahiran menangkap; (iii) kemahiran mengelecek dengan
bola; (iv) kemahiran mengacah; (v) kemahiran mengadang; (vi) kemahiran
menjaring; (vii) kemahiran menjaga gol; (viii) undang-undang dan peraturan.
Manakala bagi permainan badminton pula terdapat enam kemahiran asas iaitu (i)
kemahiran memegang raket; (ii) kemahiran servis; (iii) kemahiran pukulan; (iv)
kemahiran smesy; (v) kemahiran gerak kaki; dan (vi) undang-undang dan
peraturan.
Oleh
yang demikian, instrumen PK yang dicadangkan adalah melalui ujian bertulis bagi
aspek kognitif, kaedah pemerhatian guru dalam menilai prestasi pelajar semasa
latihan dan juga permainan kecil bagi aspek psikomotor dan afektif. Kriteria
menilai pencapaian pelajar melalui ujian bertulis dibina bagi mengetahui tahap
penguasaan pelajar dalam aspek domain kognitif adalah berteraskan kepada taksonomi
Bloom et al. (1956). Dalam aspek
penguasaan psikomotor pula, pelajar akan dinilai oleh guru melalui pemerhatian
semasa melaksanakan tugasan kemahiran semasa sesi latihan dan sesi permainan.
Kriteria menilai pencapaian pelajar melalui domain psikomotor ini adalah
berdasarkan taksonomi Dave (1970). Manakala bagi aspek afektif pula, pelajar
akan dinilai oleh guru melalui pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Kriteria menilai pencapaian pelajar melalui domain
afektif ini adalah berdasarkan taksonomi Krathwohl, Bloom dan Masia (1964).
Pentaksiran
Komprehensif ini boleh dijadikan sebagai instrumen pentaksiran alternatif dalam
menilai pencapaian pelajar bagi setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Oleh itu, instrumen PK kemahiran bola baling dan badminton dalam
mata pelajaran PJ di sekolah menengah Tingkatan 2 sangat diperlukan bagi
mengenal pasti tahap dan aras pembelajaran pelajar dalam aspek kognitif,
psikomotor dan afektif.
1.2
Latar Belakang Masalah
Pada tahun 1988,
penilaian formal berbentuk sumatif telah diperkenalkan bagi mata
pelajaran PJ melalui KBSM dan buat pertama kalinya markah atau gred PJ
berdasarkan keputusan penilaian dimasukkan dalam buku laporan pelajar
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988). Penilaian yang dijalankan terbahagi
kepada dua iaitu kaedah peperiksaan dan Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). Melalui
kaedah peperiksaan, pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan sebanyak dua kali
setahun iaitu peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Selain
itu, pelajar juga diwajibkan menjalani ujian kecergasan fizikal melalui UDTA
berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1988, Kementerian
Pelajaran Malaysia (1988) namun keputusan ujian ini tidak perlu dimasukkan ke
dalam buku laporan pelajar.
Mulai tahun 2008, pelajar
diwajibkan menjalani ujian Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 4/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) bagi menggantikan
UDTA. Penilaian yang dilaksanakan ini sebenarnya masih tidak lengkap di mana
pelajar dinilai berdasarkan peperiksaan yang berbentuk sumatif dan ujian SEGAK
dengan tumpuan kepada aspek kecergasan.
Berdasarkan
kaedah penilaian yang dijalankan oleh guru sekarang, ia sebenarnya tidak
seimbang dan menyeluruh di mana banyak tajuk kemahiran yang diajar tidak
dinilai oleh guru (Abdul Manan & Jumalanizon, komunikasi personal, 30 Julai,
2009). Penilaian melalui kaedah peperiksaan hanya menumpukan kepada pencapaian
dari aspek kognitif manakala aspek psikomotor yang sepatutnya diberikan tumpuan
khusus tidak dinilai dengan menyeluruh walaupun ujian SEGAK dijalankan tetapi
ia masih tidak mencukupi di mana banyak kemahiran lain seperti pergerakan asas,
permainan, olahraga, gimnastik dan pergerakan kreatif langsung tidak dinilai
(Wan Zamri, 2004). Hal ini menunjukkan bahawa guru hanya mengajar tajuk
berkenaan tanpa melakukan penilaian khususnya bagi aspek psikomotor dan
afektif. Walaupun kurikulum PJ telah dilaksanakan secara meluas namun aspek
penilaian pelajar masih belum begitu menyeluruh dan seimbang. Keadaan ini
sebenarnya bertentangan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada tahun 2001,
Pusat Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan PKS. Melalui PKS, guru
memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian pelajar. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen, melaksanakan, merekod hasil, menganalisis
maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan.
Unit
Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Perak (2006) telah mengambil inisiatif
dengan membina Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) negeri Perak
berdasarkan PKS.
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah adalah bertujuan menilai tahap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dari
segi praktikal, teori, afektif, sosial dan nilai murni. Kandungan modul
penilaian ini terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu olahraga, permainan, UDTA,
folio, ujian teori, laporan berbentuk sijil dan dipecahkan mengikut Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5.
Penilaian
kognitif PKSM adalah berbentuk ujian sumatif terdiri daripada dua set soalan
yang mengandungi 40 soalan objektif. Set soalan ini digunakan dalam peperiksaan
pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun di mana masa menjawab yang
diperuntukkan adalah selama satu jam. Menurut Abu Bakar dan Bhasah (2008),
penilaian sumatif adalah satu bentuk ujian yang memberi gambaran menyeluruh
tentang pencapaian terhadap objektif yang luas serta meliputi sebahagian besar
daripada perkara-perkara yang dipelajari sepanjang satu semester pembelajaran.
Apabila guru ingin memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud dari
aspek pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran, maka guru seharusnya menggunakan penilaian formatif.
Menurut
Bhasah (2007), penilaian formatif adalah penilaian yang dijalankan secara
berterusan dan penggunaannya dapat menentukan pencapaian objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan oleh guru. Oleh itu, penggunaan penilaian formatif adalah
lebih sesuai berbanding penilaian sumatif dalam konteks pentaksiran mata
pelajaran PJ. Penggunaan penilaian formatif dapat membantu guru menilai proses
pencapaian aras kognitif pelajar bagi sesuatu tajuk pembelajaran serta
memberikan maklum balas terhadap kelemahan pelajar serta memahami tentang
pengajaran yang sedang berlaku. Ini menunjukkan bahawa penilaian kognitif PKSM
tidak dapat memenuhi kehendak penilaian formatif seperti yang sepatutnya
dinilai ke atas pelajar dalam mata pelajaran PJ.
Penilaian
psikomotor PKSM bagi kemahiran bola baling dan badminton menggunakan skor 1
(sangat lemah) bagi skor yang paling rendah dan skor 5 (cemerlang) bagi
menunjukkan skor pencapaian yang paling tinggi. Selain itu, hanya tiga
kemahiran yang dinilai dalam permainan bola baling iaitu kemahiran menerima
bola, mengelecek dengan bola dan menjaring manakala permainan badminton pula
terdapat tiga kemahiran asas yang dinilai iaitu kemahiran servis tinggi, servis
rendah dan pukulan lob.
Berdasarkan
huraian sukatan pelajaran mata pelajaran PJ Tingkatan 2 bagi tunjang 2 iaitu
kemahiran permainan bola baling (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001), terdapat
lapan kemahiran asas yang perlu diajar oleh guru PJ iaitu kemahiran hantaran
(hantaran atas kepala, hantaran lantun, hantaran lompat dan hantaran aras
dada), kemahiran menangkap dengan dua belah tangan, kemahiran mengelecek dengan
bola, kemahiran mengacah, kemahiran menjaring (jaringan lompat dan jaringan
junam), kemahiran menjaga gol, kemahiran mengadang serta undang-undang dan
peraturan. Manakala bagi permainan badminton pula, terdapat enam kemahiran asas
iaitu kemahiran memegang raket (pegangan kilas dan pegangan depan), kemahiran
servis (servis tinggi, servis rendah dan servis kilas), kemahiran pukulan
(pukulan hadapan, pukulan kilas dan pukulan lob), kemahiran smesy, kemahiran
gerak kaki (asas gerak kaki, gerak kaki ke belakang, bergerak ke hadapan dan
bergerak ke sisi) serta undang-undang dan peraturan.
Hasil
pembelajaran bagi kemahiran permainan bola baling adalah menghendaki pelajar
dapat melakukan sekurang-kurangnya enam kemahiran asas dalam permainan bola baling
dengan teknik yang betul dan selamat manakala pelajar dapat melakukan
sekurang-kurangnya lima kemahiran asas dalam permainan badminton dengan teknik
yang betul dan selamat (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001). Ini menunjukkan, kandungan penilaian PKSM bagi
menilai pelajar terhadap penguasaan kemahiran permainan bola baling dan
badminton adalah tidak mengikut kehendak hasil pembelajaran seperti yang telah
digariskan dalam huraian sukatan pelajaran mata pelajaran PJ Tingkatan 2.
Penilaian
afektif PKSM pula mengandungi 19 nilai murni iaitu baik hati, berdikari, peka
pada arahan, kasih sayang, hormat menghormati, kejujuran, keinginan mencuba,
keberanian, kerjasama, semangat kesukanan, rasional, kebersihan, tanggungjawab,
kesyukuran, kerajinan, permainan bersih, hemah diri, kesederhanaan dan
kebebasan. Sukatan pelajaran rendah dan menengah mata pelajaran PJ (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1999) telah menetapkan lapan nilai yang
perlu diterapkan dan diamalkan iaitu semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi,
semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan.
Berdasarkan penilaian afektif PKSM, hanya terdapat dua aspek nilai sahaja yang
dinilai mengikut kehendak sukatan
pelajaran rendah dan menengah mata pelajaran PJ iaitu semangat kesukanan dan
permainan bersih. Ini menunjukkan penilaian afektif berdasarkan PKSM adalah
terlalu banyak dan tidak menepati kehendak sukatan pelajaran PJ.
Oleh
itu, kandungan penilaian dalam PKSM didapati mempunyai beberapa kelemahan.
Peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun bagi penilaian
kognitif adalah berbentuk penilaian sumatif, penggunaannya tidak dapat membantu
guru menilai proses pencapaian aras kognitif pelajar bagi sesuatu tajuk
pembelajaran. Selain itu, kandungan penilaian dari aspek psikomotor PKSM hanya
menguji beberapa kemahiran asas dan tidak mematuhi kehendak huraian sukatan
pelajaran mata pelajaran PJ Tingkatan 2 bagi kemahiran permainan bola baling
dan badminton. Manakala penilaian dari aspek afektif adalah tidak spesifik
mengikut hasil pembelajaran yang telah digariskan di dalam huraian sukatan
pelajaran rendah dan menengah mata pelajaran PJ bagi penilaian afektif. Selain
daripada itu, penggunaan skor 1 (sangat lemah) bagi skor yang paling rendah dan
skor 5 (cemerlang) bagi menunjukkan skor pencapaian yang paling tinggi hanya
memberi tumpuan kepada hasil pencapaian pelajar.
1.2.1
Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah
dihuraikan, guru sebenarnya menghadapi masalah untuk menilai aras pembelajaran
pelajar dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Masalahnya di sini adalah
disebabkan tidak ada satu instrumen yang standard dan piawai untuk digunakan
oleh guru bagi menilai aras pembelajaran pelajar terutamanya berkaitan dengan
tajuk kemahiran permainan.
Guru
hanya melaksanakan proses penilaian yang digunakan sekarang seperti diarahkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia walaupun ia didapati tidak holistik,
lengkap dan menyeluruh berdasarkan kehendak sukatan pelajaran. Oleh itu,
instrumen penilaian dalam PJ hendaklah berbentuk komprehensif serta mempunyai
nilai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti yang standard. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
transformasi kurikulum kebangsaan yang telah diperkenalkan di sekolah rendah
mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2011).
Instrumen
PKSM pula didapati mempunyai beberapa kelemahan. Justeru, fokus kajian ini
adalah untuk membina satu instumen pentaksiran dikenali sebagai Pentaksiran
Komprehensif yang mempunyai nilai kesahan, kebolehpercayaan serta objektiviti
yang piawai dan standard untuk digunakan oleh guru PJ bagi kemahiran permainan
bola baling dan badminton Tingkatan 2. Selain itu, penggunaannya diharap dapat
membantu guru menilai proses penguasaan pembelajaran melalui aras pencapaian
pelajar dalam aspek kognitif, psikomotor dan afektif bagi kemahiran permainan
bola baling dan badminton.
Instrumen
PK ini juga perlu lebih realistik, sesuai, selari dengan hasrat transformasi
kurikulum kebangsaan serta bertepatan dengan kehendak matlamat dan objektif
sukatan pelajaran PJ iaitu (i) melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam
aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal; (ii)
mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik,
gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan
selamat; (iii) memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua
aktiviti bagi menjaga keselamatan; dan (iv) melibatkan diri dan mengamalkan
etika sukan yang baik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
1.3
Objektif Kajian
Penyelidikan yang dijalankan dalam kajian ini
adalah untuk melihat dengan lebih mendalam hasil pencapaian instrumen dan peratus
persetujuan guru PJ bagi tunjang kemahiran permainan bola baling dan badminton
Tingkatan 2 dalam mata pelajaran PJ. Berikut adalah objektif kajian:
1.3.1
Mengenal
pasti aras dan tahap pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif
pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PK.
1.3.2
Mengenal
pasti tahap pencapaian pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif pelajar
dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PKSM.
1.3.3
Membandingkan
tahap pencapaian pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif pelajar dalam
kumpulan PK dengan pelajar dalam kumpulan PKSM bagi permainan bola baling dan
badminton.
1.3.4
Mengenal
pasti tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK dan PKSM dalam permainan
bola baling dan badminton.
1.3.5
Membandingkan
tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK dengan PKSM dalam permainan bola
baling dan badminton.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada penyataan masalah dan
objektif, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan
berikut:
1.4.1
Sejauh
manakah aras dan tahap pencapaian pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan
afektif pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PK?
1.4.2
Sejauh
manakah tahap pencapaian pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif
pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PKSM?
1.4.3
Adakah
terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pencapaian pembelajaran domain kognitif,
psikomotor dan afektif pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan
PK dan PKSM?
1.4.4
Sejauh
manakah peratus persetujuan guru terhadap penggunaan PK dan PKSM dalam
permainan bola baling dan badminton Tingkatan 2?
1.4.5
Adakah
terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap persetujuan guru terhadap
penggunaan PK dengan PKSM dalam permainan bola baling dan badminton Tingkatan
2?
0 comments:
Post a Comment