Sunday, February 26, 2012

AKTA DAN SURAT PEKELILING BERKAITAN PJPK



i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979

v     PJ adalah mata pelajaran wajib.
v     Jadual waktu pengajaran 2 waktu seminggu.
v     Jadual seboleh-bolehnya sebelum waktu rehat bagi sesi pagi dan selepas pukul 4.00 petang bagi sesi petang.
v     Mematuhi peruntukan masa seperti yang ditetapkan.
v     Guru PJ mendapat latihan khas atau berkaitan.
v     Guru PJ hendaklah memakai pakaian yang sesuai.
v     Mengadakan Ujian Daya Tenaga Asas.


ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985

v     Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah – Termasuk Guru PJ dan Sukan Lelaki dan Perempuan.
v     ‘Track suit’ , seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru lelaki sahaja), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-laian pakaian yang sesuai yang tidak mengahalangkecergasan gerakgeri dalam gerakerja tersebut.yang mengganggu kecergasan gerakgeri, sarung ketat atau
v     Kasut tumit tinggi atau kasut kulit, seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain jarang da menjolok mata, adalah tidak sesuai dipakai.





iii.        Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986

v     Panduan penubuhan Panitia mata pelajaran, struktur dan organisasi, tujuan dan peranan Panitia mata pelajaran.

iv. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Jadual Subseksyen
    18(2)

v     PJPK – Mata Pelajaran Teras Dalam Kurikulum Kebangsaan

v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 bertarikh 18
    Nov.1998
                                                                                                      
v     Pelaksanaan Mata Pelajaran PJ dan PK.
v     Peruntukan masa  Sekolah Rendah Tahap 1 dan Tahap 2, dan Sekolah Menengah.
v     Guru yang sama mengajar PJ dan PK.
v     Pakaian guru adalah seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979 dan Bil.6/1985
v     Pakaian Murid adalah seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 dan Bil. 8/1985.
v     Cadangan agihan Jadual Waktu PJ dan PK.

vi.        Surat Pekeliling PPK : KP(PPK)018/5 Jld.3 (63)  
     bertarikh 2 November 1998

v     Mata pelajaran PJPK telah diubah menjadi dua mata pelajaran baru iaitu Pendidikan Jasmani (PJ) dan Pendidikan Kesihatan (PK)




vii. Surat KPPM bertarikh 23 November 1998

v     Taraf Kecergasan Murid-Murid Sekolah.
v     Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti Sukantara dan Merentas Desa secara teratur, serta menentukan semua murid dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
v     Ujian Daya Tenaga Asas hendaklah juga dijalankan dua kali setahun.
     
viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999

v     Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.
v     Rekod P&P hendaklah mengandungi 2 unsur sahaja, iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian.

ix. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000

v     Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran PJPK serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.
v     Pihak sekolah dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan murid terjamin dengan mengawal kemalangan ketika pengajaran PJ, kegiatan kokurikulum atau sukan.
v     Panduan / langkah-langkah keselamatan dinyatakan.

x.         Surat Pekeliling Kewangan Bil.5/2002

v     Pemberian Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran Kepada Sekolah.








0 comments:

Post a Comment