Tuesday, December 13, 2011

HUBUNGAN ANTARA PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KECERGASAN FIZIKAL



Oleh: LeaAnn Tyson Martin & Gordon R Chalmers

Manfaat yang diperolehi daripada Pendidikan Jasmani adalah saling berkait dengan pencapaian akademik (Almond & McGeorge, 1998; Black, 1995). Sesetengah berpendapat bahawa bukan sahaja Pendidikan Jasmani tetapi juga aktiviti fizikal dan kecergasan adalah berkait rapat dengan prestasi dan  pencapaian kognitif. (Dustman, Emmerson & Shearer, 1994; Etnier etal., 1997).
Kajian berkenaan hubungan di antara pencapaian akademik dan kecergasan fizikal menghasilkan keputusan yang pelbagai.  Weber (1953), menghubungkaitkan kecergasan dengan skor ujian kemasukan dan nilai gred purata menggunakan Iowa Physical Proficiency Profile (termasuk bangkit tubi, tekan tubi dan larian) ke atas 246 orang pelajar kolej lelaki. Kecergasan menunjukkan signifikan yang positif terhadap gred nilai purata (r = .41), tetapi tidak kepada skor ujian kemasukan. Hart dan Shay (1964) mengkaji skor matematik dan ujian lisan SAT dengan Indeks Kecergasan Fizikal terhadap 60 orang pelajar kolej wanita. Apabila ujikaji dijalankan terhadap skor lisan dan skor matematik dan indeks kecergasan, nilai r adalah .068 dan .146, yang mana tidak member signifikan pada paras .05. Satu bateri ujian dijalankan (seperti fixed arm hang, curl-ups, dan step test) ke atas 827 mahasiswa wanita tahun pertama dan subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan kecergasan: tinggi, sederhana dan rendah (Arnett, Arnett 1968).  Arnett (1968) menemui perbezaan terhadap purata nilai gred di antara setiap kumpulan, peserta dari kumpulan berkecergasan tinggi memperolehi nilai GPA yang tinggi.
Kajian yang dijalankan di sekolah rendah menggunakan pelbagai ujian akademik dan kecergasan juga menunjukkan keputusan yang tidak konsisten. Kajian yang dijalankan oleh Clerks dan Jarman (1961), terhadap 217 kanak-kanak lelaki (berumur 9, 12 dan 15 tahun) menunjukkan bahawa terdapat konsistensi terhadap beberapa ujian kecergasan, iaitu terdapat kecenderungan terhadap pelajar dari kumpulan bekecergasan tinggi untuk mendapat min yang tinggi dalam purata nilai gred.
Kajian-kajian yang terbaru yang dijalankan menggunakan ujian kecergasan yang standard sebagai alat ukuran.  Satu kajian yang melibatkan 1767 orang pelajar gred dua, empat dan enam untuk mengkaji hubungan antara pencapaian dalam Georgia Criterion Referenced Test for Reading, Mathematics and Career Education dengan pencapaian dalam pelbagai ujian kecergasan fizikal daripada Minnesota Performance Test, American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance (AAHPERD) Health Related Physical Fitness Test dan Texas Physical Fitness-Motor Ability Test (Harris & Jones, 1982).  Hasilnya, pelbagai analisis regresi menunjukkan keputusan yang rendah, tetapi mempunyai hubungan yang signifikan antara kebolehan membaca dan mengira dengan kombinasi lapan kecergasan motor yang dikaji, lima daripadanya adalah untuk mengukur kecergasan.
Winn (1993) mengkaji 302 orang pelajar gred empat dan gred lima bagi menguji hubungan antara skor California Test of Basic Skills (membaca, matematik) dan prestasi dalam AAHPERD President’s Challange. Dengan menggunakan norma kebangsaan, skor pencapaian akademik dan kecergasan  dapat ditentukan. Kolerasi secara keseluruhan adalah .213. Apabila setiap item ujian dihubungkan dengan skor membaca, matematik dan bahasa, kolerasinya adalah di antara .043 hingga .462, walaubagaimanapun tiada satu pun kolerasi yang signifikan dengan .05.
Satu kajian juga telah dijalankan ke atas 7961 kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 15 tahun di Australia oleh Dwyer, Sallis Blizzard, Lazarus dan Dean (2001). Pancapaian akademik dibanding dengan pencapaian dalam pelbagai ujian kecergasan seperti tekan tubi, bangkit tubi dan larian 1.6 kilometer. Dalam kumpulan tersebut, menunjukkan keputusan yang signifikan tetapi hubungan yang lemah (kedudukan dari .1 hingga .27)antara kecergasan (daya tahan kardivaskular, kekuatan otot dan kuasa) dan pencapaian akademik.
Kajian yang paling terbaru oleh Kementerian Pelajaran California (2002; 2005) menunjukkan keputusan hasil dua kajian yang mengkaji hubungan antara skor ujian pencapaian dan Fittnessgram. Kajian pertama yang dijalankan adalah pencapaian dalam Stanford Achievement Test dan skor dari Fitnessgram dikaji ke atas 884,715 pelajar gred 5, 7 ,dan 9. Untuk kecergasan fizikal skor komposit dari sifar hingga enam,di mana seorang pelajar mendapat satu mata untuk setiap daripada enam item ujian yang mana membolehkan pelajar berada “di zon sihat”. Hasilnya, tahap kecergasan yang tinggi mempunyai hubung kait dengan pencapaian akademik yang tinggi. Terdapat hubungan yang kuat bagi pencapaian matematik dengan kecergasan, terutamanya pada tahap kecergasan yang tinggi. Tidak terdapat ukuran statistik kerana kajian ini tidak diterbitkan. Walaubagaimanapun, keputusan kajian telah dipetik oleh professional seperti National Association for Sport and Physical Education (tiada tarikh) dan laman sesawang PE Central (tiada tarikh) sebagai bahan bukti yang menunjukkan terdapat hubungan secara langsung di antara tahap kecergasan fizikal dengan pencapaian akademik.
Dalam kajian yang terbaru (Kementerian Pelajaran California, 2005), pencapaian dalam California Standard Tests dan Fitnessgram bagi 1,036,386 orang pelajar gred 5, 7, dan 9 dibandingkan. Sekali lagi hasilnya adalah skor komposit, item bateri ujian menunjukkan mereka berada dalam “zon sihat”. Keputusannya adalah serupa dengan kajian pada tahun 2002, kecergasan yang tinggi mempunyai  dengan dalam bahasa Inggeris dan matematik (p < .05). Bagaimanapun dalam kajian ini (Kementerian Pelajaran California, 2005), hanya min sahaja yang dilaporkan, tiada sisihan piawai yang dilapor dalam kumpulan yang dibandingkan, meskipun ia mempengaruhi saiz ukuran bagi mengesahkan kepentingan pelaksanaan dalam mencari perbezaan antara kumpulan.  
Kesimpulannya, hubungan antara pencapaian akademik dengan kecergasan menghasilkan keputusan yang pelbagai. Satu kajian telah diterbitkan tetapi tiada analisis statistik dilaporkan. Kajian yang kedua mengandungi laporan statistik tidak lengkap (Kementerian Pendidikan California,2002;2005). Kajian-kajian lain hanya mengeluarkan keputusan berfokus sama ada hasil signifikansistatistik telah diperhatikan. Bagaimanapun, beberapa penyelidik statistik, menegaskan bahawa cara tepat menterjemahkan keputusan kajian memerlukan bukan sahaja signifikansi data statistik diambilkira, tetapi juga hasil signifikansi secara amali. (e.g., Speed, 1998; Sterne & Smith, 2001; Thomas, Salazar & Landers, 1991; Vincent, 1999). Ini adalah sangat penting dalam kajian seperti yang ada dan yang dibincangkan di atas, yang mana menggunakan saiz sampel yang besar sehingga beratus-ratus dan beratus ribu subjek. Disebabkan oleh saiz sampel mampu mempengaruhi pengiraan statistik yang signifikan, sampel yang besar hanya boleh mengira kesignifikasi statistik terhadap keputusan yang tiada kesignifikasi secara amali (Vincent, 1999).
Bukti dari kajian lepas, kepentingan memahami hubungan antara kecergasan fizikal dan pencapaian akademik bagi kanak-kanak dan remaja adalah relevan dan penambahan dapatan-dapatan terkini dari kajian yang dijalankan ke atas haiwan dan orang dewasa menemui bahawa aktiviti fizikal dapat meningkatkan fungsi kognitif. (Colcombe et al., 2004; McAuley, Kramer, & Colcombe, 2004; Rhodes et al.,2003). Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji antara prestasi akademik dan kecergasan fizikal, menggunakan Iowa Test of Basic Skills dan President’s Challenge. Selain itu, sumbangan kajian terkini terhadap literatur sedia ada yang memberi pengaruh terhadap hasil kajian adalah dibincangkan. Jadi, data bukan sahaja dipersembahkan hanya berdasarkan signifikansi statistik semata-mata.
Kaedah
Subjek
            Subjek bagi kajian ini adalah pelajar gred tiga, lima, enam dan lapan dari 46 sekolah rendah, 9  sekolah menengah rendah, dan 5 “alternatif” sekolah K-8 atau K-12 di Seattle School District bagi sesi akademik 2000-2001. Subjek telah menjalani ujian bateri kecergasan dan ujian pencapaian akdemik sepanjang persekolahan. Hanya pelajar yang memenuhi skor set untuk kedua-dua ujian sahaja dipilih sebagai subjek.  
The President’s Challenge Youth Physical Fitness Program
            Ujian President’s Challenge Youth Fitness adalah satu penilaian rujukan norma. Walaupun President Challenge mengandungi 11 ujian yang berasingan, sesetengah ujian individu hanya terdapat satu atau dua atau tiga pilihan sahaja. Contohnya, kekuatan abdomen dan daya tahan boleh diukur dengan “curl-ups” atau “partial curl-ups”.  Para peserta dalam kajian ini hanya perlu melakukan “curl-ups”, larian/berjalan satu batu, V-sit reach, lari ulang-alik, pull-up atau flexed arm hang. Item ujian dan perlaksanaan diselaraskan dan tatacara untuk menjalankan setiap item ujian boleh didapati dari President’s Council-Kecergasan Fizikal dan Sukan (http://www.fitness.gov). Setiap skor yang Berjaya dikutip oleh pelajar diterjemahkan kepada peratus prestasi mengikut norma yang sedia ada dalam President Council-Kecergasan Fizikal dan Sukan (1992). Guru Pendidikan Jasmani di setiap sekolah menjalankan ujian tersebut secara sukarela, penglibatan pelajar secara sukarela, guru menghantar skor ujian kepada pihak pengurusan secara sukarela. Guru menjalankan ujian pada bila-bila masa sahaja sepanjang sesi persekolahan bagi menyesuaikan dengan program akademik dan kurikulum.
Iowa Test of Basic Skills
            Iowa Test of Basic Skills (ITBS) digunakan untuk mengukur pencapaian akademik. Ia selalu digunakan sebagai ujian pencapaian dan disahkan oleh pembangun ujian tersebut (Riverside Publishing, Houghton Mifflin Company, lihat www.river/pub.com). Ujian ITBS adalah satu rujukan norma dan terdiri daripada pelbagai bentuk (A, K, L dan M), pentadbiran ujian untuk subjek adalah dalam bentuk M. Gred tiga hingga enam diuji dengan versi “kemahiran asas”, manakala gred lima hingga lapan diuji dengan versi “penulisan”. Bateri ujian dan cara pentadbirannya adalah diselaraskan. Ujian tersebut ditadbir oleh guru kelas kepada semua pelajar dalam tempoh tiga minggu pertama bulan Mac selama sesi persekolahan.
Pengutipan Data
            Skor ujian ITBS dan President’s Challange akan diterima oleh Pejabat Penyelidikan, Pengukuran dan Penilaian, Seattle School District. Skor-skor tersebut dibandingkan berdasarkan bilangan pelajar, dan bilangan pelajar akan digantikan dengan nombor kod. Kebenaran untuk mengguna dan mengakses, set data ini dibenarkan oleh Pejabat Penyelidikan, Pengukuran dan Penilaian Seattle School District, dan data ini digunakan mengikut garis panduan yang diterbitkan Western Washington University.
Analisis Statistik
            Setiap subjek peratusan skor untuk setiap tiga ujian akademik (membaca, kesusasteraan, dan matematik) diselaraskan untuk mendapat peratus skor purata akademik. Bagitu juga dengan peratus skor lima ujian kecergasan diselaraskan untuk mendapatkan skor peratus purata fizikal. Hubungan antara peratus skor purata akademik dan skor purata fizikal diplot menggunakan pekali kolerasi Pearson, signifikan kolerasi dikira (Vincent, 1999). Analisis statistik dipersembahkan menggunakan Excel 2002(Microsoft Corp., Redmond, Washington) dan nilai p adalah <.05 menunjukkan hubungan adalah signifikan.
Keputusan
            Hubungan antara kecergasan fizikal, diukur menggunakan skor purata bateri ujian President’s Challange, dan prestasi akademik, menggunakan Iowa Test of Basic Skills di Seattle telah dikaji. Data 5847 orang pelajar gred tiga (n=2049), lima (n=2169), enam (n=948) dan lapan (n=681) dianalisis. Nilai pekali kolerasi Pearson antara min kecergasan dan peratus skor purata akademik adalah 0.19, p <.05. Pekali kolerasi Pearson dikira dengan menyesuaikan garisan lurus sebaik mungkin terhadap hubungan dua pembolehubah untuk menilai kekuatan hubungan tersebut. Dalam sesetangah kes garisan yang dapat menunjukkan hubungan antara dua pembolehubah bukanlah garisan lurus, dan jika garisan lurus masih digunakan untuk menerangkan mengenai hubungan, ini merendah-rendahkan kekuatan hubungan antara dua pembolehubah. Untuk menentukan jika terdapat hubungan yang renggang antara dua pembolehubah, adalah tidak patut garisan lurus digunakan untuk menerangkan mengenai hubungan antara pembolehubah,pelbagai garisan keluk boleh digunakan (logaritma, eksponen dan pangkat). Setiap garisan keluk tidaklah terlalu padan dengan data seperti mana garisan lurus digunakan. Oleh itu, hubungan tersebut diterangkan menggunakan  pekali kolerasi Pearson.
Perbincangan
Peratus skor yang dikaji untuk mengukur kecergasan dan tahap akademik menunjukkan kecenderungan terhadap lebih banyak skor yang lebih besar daripada yang kelima puluh dan ke bawah. Ini tidak mengejutkan bahawa setiap skor mentah pelajar telah dibandingkan dengan norma kebangsaan untuk mendapatkan peratus skor individu. Dan setiap sekolah biasanya tidak merujuk kepada norma kebangsaan yang telah diedarkan.
Sementera itu, terdapat beberapa orang mempersoalkan mengenai kesahan penilaian kecergasan fizikal, kegunaannya dalam Pendidikan Jasmani dan pengukuran kecergasan selalunya memerlukan sukatan kurikulum tempatan. Penilaian yang sentiasa digunakan di United States adalah bateri ujian President’s Challenge dan Cooper Fitnessgram. Walaupun kedua-dua ujian ini berbeza dari beberapa aspek,ujian-ujian ini adalah jauh lebih baik daripada cara yang digunakan berdekad-dekad yang lalu dalam kajian lepas seperti yang dibincangkan di bahagian pendahuluan. Dalam kajian ini, guru menjalankan ujian dan pelajar-pelajar yang mengambil bahagian secara sukarela. Walaupun ini akan mengecilkan bilangan subjek, namun saiz sampel adalah menghampiri 6000 subjek. Tambahan lagi, pengukuran terhadap subjek merangkumi seluruh skor yang boleh dicapai, menunjukkan bahawa subjek yang berkemungkinan mempunyai gabungan kebolehan akademik dan kecergasan turut dijadikan sebagai sampel.
Begitu juga, Iowa Test of Basic Skills digunakan secara meluas di sekolah-sekolah di United States, menunjukkan ujian-ujian tersebut digunakan oleh banyak sekolah serta menjadi kaedah yang terbaik untuk menilai prestasi akademik. Penyelarasan ujian ke atas matapelajaran akademik untuk menilai prestasi dilakukan selama berdekad-dekad, dan yang terbaru ia menjadi satu kriteria untuk menamatkan persekolahan di sekolah awam di beberapa buah negeri. Jadi, kaedah pengukuran yang digunakan secara keseluruhannya sah dan bermanfaat.
Kolerasi .19 antara skor akademik dan kecergasan dalam kajian masa kini adalah setanding dengan titik tengah julat kolerasi dalam kajian yang lepas (Dwyer et al., 2001; Hart&Shay,1964; Winn, 1993). Kekuatan hubungan antara skor akademik dan kecergasan mungkin akan mempunyai nilai yang lebih besar daripada nilai yang ditetapkan dalam kajian terkini, ini disebabkan oleh kesilapan yang timbul semasa mengukur. Pentaksiran kolerasi yang teliti adalah asas dalam menentukan sama ada data yang tersedia menjadi bukti kepada pendapat “...pelajar cerdas apabila mereka cergas” (Kementerian Pelajaran California, 2002). Kolerasi .19 dikatakan nilai yang “kecil” dalam bidang sains gunaan (Hopkins, 2001). Dalam bahan bertulis pendidikan statistik, kolerasi antara 0 dan .4 digambarkan sebagai “kepentingan praktikal yang sedikit dikecualikan dalam keadaan yang luar biasa: kebarangkalian nilai teori” (Fraenkel & Wallen, 2003, p. 259), dan nilai kolerasi .20-.35 menunjukkan “....hanya hubungan yang kecil...mungkin sangat berguna untuk mencari hubungan antara pembolehubah, tetapi nilai yang kecil dalam kajian ramalan” (Creswell, 2002, p.372). Nilai pekali tersebut menunjukkan setiap variability dalam satu pembolehubah boleh diterangkan oleh pembolehubah yang kedua. The coefficient of determination (r2) expresses the proportion of variability in one variable that can be explained by a second variable. Bagi data yang terkini, nilai pekali hanya menunjukkan 3.7% perubahan dalam prestasi akademik yang boleh dijelaskan berdasarkan nilai varian dalam persembahan fizikal. Hampir kesemua (96.3%) bagi nilai varian prestasi akademik tidak dapat dijelaskan oleh kecergasan fizikal.
Semestinya dalam menginterpretasikan mana-mana kajian antara dua ukuran, hakikat yang mesti diterima adalah hubungan sebab dan akibat tidak boleh disimpulkan walau sekuat manapun hubungan tersebut.Dalam mempromosi kesihatan dan pendidikan jasmani, hubungan sebab dan akibat adalah penting dan tanpa ragu-ragu menguatkan kenyataan “kanak-kanak sihat lebih cepat belajar”.bagaimanpun, tiada inferens yang boleh dibuat dengan menggunakan hasil ini atau hasil yang lain (e.g., Kementerian Pendidikan California,2005) bahawa satu keputusan menghasilkan kelainan.
Berdasarkan garis panduan di atas, pembaca boleh menilai jika nilai kolerasi 0.19 antara kecergasan fizikal dan prestasi akademik, menggunakan ukuran pembolehubah-pembolehubah yang diterima secara meluas, menjadi bukti bahawa terdapat hubungan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik terhadap pelajar yang dikaji. Oleh itu, adakah layak untuk menyatakan Pendidikan Jasmani di sekolah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian akademik melalui kecergasan fizikal?  Penulis mempersoalkan mengenai kesimpulan kajian yang lain (contohnya, Kementerian Pendidikan California, 2002; 2005) adakah terdapat bukti kukuh bahawa kanak-kanak sihat cepat belajar. Data kini dan dua set data 20 tahun yang lalu menunjukkan kekuatan hubungan yang hampir serupa (Dwyer et al., 2001; Winn, 1993), tiada bukti yang menunjukkan Pendidikan Jasmani di sekolah meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar, hanya boleh dikatakan memberikan kesan sampingan yang kecil bagi pencapaian akademik.
Program Pendidikan Jasmani di sekolah yang berkualiti mempunyai banyak kesan positif, termasuk kemahiran motor dan peningkatan kecergasan fizikal pelajar (National Association for Sport and Physical Education, 2002). Peningkatan masalah obesiti dan penyakit berangkai seperti diabetis dalam kalangan kanak-kanak (National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion, 2004a, 2004b; Ogden, Flegal, Carrol & Johnson, 2002), adalah sangat penting setiap sekolah menyediakan aktiviti fizikal dan pendidikan kesihatan kepada pelajar. Ironinya, Pendidikan Jasmani di sekolah selalu dianggap tidak penting atau kurangnya matlamat oleh kerana mereka kurang tahu tentang terdapatnya Akta Kanak-Kanak. Peningkatan kualiti program Pendidikan Jasmani untuk pembelajaran kemahiran motor dan kepentingan kesihatan perlu diperkukuhkan lagi. Rasional Pendidikan Jasmani di sekolah adalah selari untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Namun ia tidak berlaku. 

0 comments:

Post a Comment