ARAS | KATEGORI | HURAIAN PERLAKUAN | CONTOH AKTIVITI | KATA KUNCI |
1 | Menerima nilai (receive) | Menpunyai sifat kesediaan menerima sesuatu yang ditimbulkan. Berusaha mendengar | 3 jenis penerimaan : 1. sedar (berbentuk kognitif) 2. kesediaan menerima 3. pengambilan bahagian secara terkawal Mendengar arahan guru, memberi tumpuan, mengambil nota tetapi penyertaan pasif | Bertanya, memilih, menghuraikan memberi, menamakan, memegang, mengikut, menunjukkan, mengenalpasti, mengunakan |
2 | Memberi maklumbalas (respond) | Mempunyai motif dan minat sendiri bagi mengaitkan dirinya secara berkesan dengan sesuatu penggerak. Bertindakbalas dan penyertaan aktif | 3 jenis tindak balas 1. tindakbalas mengikut arahan 2. bertindakbalas dengan sendiri. 3. bertindakbalas yang menghasilkan kepuasan Aktif dalam perbincangan / aktiviti, mencadangkan idea | Membantu, menjawab, mematuhi, menolong, melaksanakan, mengamalkan, melaporkan, akur |
3 | Menghargai nilai (value) | Tiap-tiap perkara seperti benda, kejadian dan interaksi mempunyai nilai dan diamalkan sehingga menjadi nilai persendirian. | 3 jenis nilaian: 1. penerimaan nilai 2. pemilihan sesuatu nilai 3. komitmen | Menunjukcara, mengajuk, melapor, menyertai, membezakan, mempelawa, mencadangkan, berkongsi |
4 | Mengorganisasi nilai ( organize or conceptualize value) | Menyusun nilai yang banyak kepada keutamaan satu system yang praktikal | 2 jenis pengelolaan nilai: 1. mengkonsepsulisasikan nilai 2. pengelolaan sesuatu nilai (susun) | Setia, mencantum, menyelesaikan, mempertahankan, merumus, membuat kesimpulan, mengubahsuai, menghubungkait, membuat sintesis |
5 | Menghayati nilai (internalize or characterize values) | Mengamali cara-cara hidup mengikut suatu system nilai tertentu. Menukar tingkahlaku kepada satu bentuk berasaskan nilai. | 2 jenis perwatakan 1. miripan kepada nilai tertentu 2. perwatakan yang membawa maksud individu itu mempunyai suatu sistem tersendiri. | Mendiskriminasi, mempamerkan, memahami, mempengaruhi, mencadangkan, menyemak, melatan, mengesahkan |
Perbincangan akademik, artikel dan maklumat berkaitan Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Sains Sukan.
Monday, July 18, 2011
DOMAIN AFEKTIF TAKSONOMI BLOOM, KRATHWHOL & MASIA -1964
Monday, July 4, 2011
PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF BAGI PERMAINAN BOLA BALING DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Jasmani 2011 'Pendidikan Jasmani dan Sukan: Ke Arah Paradigma Baharu' pada 27-29 Jun 2011 di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu
PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF BAGI PERMAINAN BOLA BALING DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Norkhalid bin Salimin, MeD.¹ dan Julismah Jani Ph.D²
¹Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. alittsalimin@yahoo.com
²Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. julismah@fsskj.upsi.edu.my
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh pencapaian pembelajaran pelajar berdasarkan kognitif, psikomotor dan afektif menggunakan Pentaksiran Komprehensif (PK) bagi permainan bola baling dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Reka bentuk kajian ini berupa kaedah pra-eksperimen - kajian kes sekali. Kajian dijalankan di sekolah-sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam Negeri Perak dengan sampel terdiri daripada 17 orang guru dan 508 orang pelajar Tingkatan 2 yang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani. Instrumen kajian ini mengandungi pentaksiran berupa skoran rubrik aras kognitif (r=.78), psikomotor (r=.93) dan afektif (r=.83) serta soal selidik tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK bagi permainan bola baling (r=.82). Peratus persetujuan antara penguji (interobserver agreement) dalam penggunaan instrumen ini adalah 73.61%, SD=0.54. Keputusan kajian menunjukkan pencapaian pembelajaran kognitif pelajar M=67.35, SD=11.75 berada pada tahap baik. Pencapaian pembelajaran bagi pentaksiran psikomotor semasa sesi latihan adalah pada aras ketepatan perlakuan M=2.71, SD=0.45 dan semasa sesi permainan pula berada pada aras tindakan semulajadi M=4.11, SD=0.77 manakala pencapaian pembelajaran pentaksiran afektif adalah pada aras membina perwatakan M=4.35, SD=0.77. Kajian juga mendapati 91.62% guru bersetuju bahawa penggunaan PK mampu meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar, 88.24% membantu dalam pengurusan pengajaran guru, 96.40% bersetuju pentaksiran mencapai objektif pengajaran, 82.96% bersetuju bahawa pentaksiran menepati ciri-ciri perlaksanaan dan 56.44% setuju bahawa PK menepati aspek akauntabiliti. Berdasarkan dapatan, instrumen PK ini sesuai digunakan sebagai instrumen yang piawai bagi menilai pencapaian pembelajaran pelajar dalam tajuk permainan bola baling bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Kata kunci. Pendidikan Jasmani, Pentaksiran Komprehensif, Bola Baling, Kognitif, Psikomotor, Afektif.
Abstract
The purpose of this study was to identify how the achievement of student learning based on cognitive, psychomotor and affective through a Comprehensive Assessment (CA) of handball in the subject Physical Education. The design of this study as a pre-experimental – one shot case studies. The study was conducted in secondary schools district of Larut, Matang and Selama in Perak and during the sample consisted of 17 teachers and 508 Form 2 students, which follows the Physical Education class. This instrument contains the assessment used scoring rubrics of cognitive level (r=.78), psychomotor (r=.93) and affective (r=.83) and the consent of the teacher questionnaire on the use of a CA of the game of handball (r=.82). The percentage inter observer agreement in the use of this instrument was at 73.61%, SD=0.54. Results showed that students' cognitive achievement M=67.35, SD=11.75 are at good level. Achievement of psychomotor assessment during the training session are at develop precision level M=2.71, SD=0.45 and during game session are at naturalization level M=4.11, SD=0.77 while the CA of affective are at characterize level M=4.35, SD=0.77. The study also found that 91.62% of teachers agree that the use of CA to improve student achievement, 88.24% to assist in the teaching, 96.40% agreed assessment objectives in teaching, 82.96% agreed that the assessment meets performance characteristics and 56.44% agreed that a CA meet the accountability aspect.Based on the findings, a comprehensive assessment of these instruments can be used as a standard tool for assessing student achievement in the title game of handball for Physical Education subjects.
The purpose of this study was to identify how the achievement of student learning based on cognitive, psychomotor and affective through a Comprehensive Assessment (CA) of handball in the subject Physical Education. The design of this study as a pre-experimental – one shot case studies. The study was conducted in secondary schools district of Larut, Matang and Selama in Perak and during the sample consisted of 17 teachers and 508 Form 2 students, which follows the Physical Education class. This instrument contains the assessment used scoring rubrics of cognitive level (r=.78), psychomotor (r=.93) and affective (r=.83) and the consent of the teacher questionnaire on the use of a CA of the game of handball (r=.82). The percentage inter observer agreement in the use of this instrument was at 73.61%, SD=0.54. Results showed that students' cognitive achievement M=67.35, SD=11.75 are at good level. Achievement of psychomotor assessment during the training session are at develop precision level M=2.71, SD=0.45 and during game session are at naturalization level M=4.11, SD=0.77 while the CA of affective are at characterize level M=4.35, SD=0.77. The study also found that 91.62% of teachers agree that the use of CA to improve student achievement, 88.24% to assist in the teaching, 96.40% agreed assessment objectives in teaching, 82.96% agreed that the assessment meets performance characteristics and 56.44% agreed that a CA meet the accountability aspect.Based on the findings, a comprehensive assessment of these instruments can be used as a standard tool for assessing student achievement in the title game of handball for Physical Education subjects.
Key words. Physical Education, Comprehensive Assessment, Handball, Cognitive, Psychomotor, Affective.
PENGENALAN
Pendidikan Jasmani (PJ) adalah mata pelajaran teras dan wajib diajar dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berdasarkan Akta Pendidikan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 25/1998 (Kementerian Pelajaran Malaysia,1998). Mata pelajaran PJ mempunyai peranan yang sangat besar dalam menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pengalaman pembelajaran yang berteraskan domain kognitif, psikomotor dan afektif (Darst & Pangrazi, 2006). Bagi mengenal pasti pencapaian pembelajaran tersebut, satu bentuk pentaksiran yang konkrit perlu dijalankan dalam proses pengajaran guru.
Kajian ini memperkenalkan bentuk Pentaksiran Komprehensif (PK) bagi menilai aras pencapaian pembelajaran pelajar dalam permainan bola baling. Instrumen PK ini dibina berdasarkan aras pembelajaran taksonomi Bloom et al. (1956) bagi domain kognitif, taksonomi Dave (1970) bagi domain psikomotor dan taksonomi Krathwohl et al. (1964) bagi domain afektif.
Terdapat enam aras pembelajaran kognitif berdasarkan taksonomi Bloom (1956) iaitu (i) Pengetahuan; (ii) Kefahaman; (iii) Aplikasi; (iv) Analisis; (v) Sintesis dan (vi) Penilaian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJ, domain psikomotor adalah sangat signifikan dan berdasarkan hierarki taksonomi Dave (1970), terdapat lima aras iaitu (i) meniru; (ii) manipulasi; (iii) ketepatan perlakuan; (iv) menghubungkait dan (v) tindakbalas semula jadi. Manakala Krathwohl et al. (1964) mengklasifikasikan domain afektif kepada lima aras taksonomi iaitu (i) penerimaan; (ii) memberi maklum balas; (iii) menghargai (iv) mengorganisasi dan (v) menghayati.
Mulai tahun 1989, dalam KBSM penilaian formal berbentuk sumatif telah diperkenalkan bagi mata pelajaran PJ dan buat pertama kalinya markah atau gred PJ berdasarkan keputusan penilaian dimasukkan dalam buku laporan pelajar. Penilaian yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu kaedah peperiksaan dan ujian standard kecergasan fizikal kebangsaan (SEGAK) berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Penilaian ini sebenarnya masih tidak menyeluruh di mana pelajar dinilai hanya melalui kaedah peperiksaan (domain kognitif) dan ujian SEGAK (domain psikomotor) dengan tumpuan kepada aspek kecergasan. Oleh itu penilaian mata pelajaran PJ yang dilaksanakan sekarang ini adalah tidak lengkap dan holistik, tidak seimbang dan menyeluruh disebabkan tidak ada satu instrumen yang standard dan piawai untuk diguna pakai oleh guru bagi menilai pelajar dalam mata pelajaran PJ terutamanya berkaitan dengan tajuk kemahiran permainan (Abdul Manan & Jumalanizon, 2009). Justeru itu, PK ini dijalankan bagi mengenal pasti prestasi pencapaian pembelajaran pelajar semasa kelas PJ. Kajian ini mengesyorkan PK meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif terhadap aras pembelajaran pelajar bagi permainan bola baling dalam mata pelajaran PJ.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti aras pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif pelajar berdasarkan Pentaksiran Komprehensif bagi permainan bola baling.
2. Mengenal pasti peratus persetujuan guru terhadap penggunaan instrumen Pentaksiran Komprehensif bagi permainan bola baling dalam mata pelajaran PJ.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah pra-eksperimen - kajian kes sekali. Reka bentuk ini melibatkan satu kumpulan kajian dan didedahkan kepada rawatan (X) dan ujian pasca (O). Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam Negeri Perak. Sampel terdiri daripada 17 orang guru PJ dan 508 orang pelajar Tingkatan 2 yang mengikuti kelas PJ dalam permainan bola baling. Pemilihan subjek guru dalam kajian ini menggunakan kaedah rawak berlapis manakala pemilihan subjek pelajar pula dijalankan secara ’intact’ di mana subjek guru memilih satu kelas mata pelajaran PJ Tingkatan 2 dan kesemua pelajar dalam kelas tersebut dijadikan subjek kajian.
Instrumen kajian merupakan pentaksiran dalam bentuk skoran rubrik mengikut aras pembelajaran kognitif (r=.78), psikomotor (r=.93) dan afektif (r=.83) manakala peratus persetujuan antara penguji (interobserver agreement) dalam penggunaan instrumen ini adalah 73.61% (SD=0.54) serta soal selidik tentang persetujuan guru terhadap penggunaan PK bagi permainan bola baling (r=.82).
Pentaksiran pembelajaran kognitif bagi permainan bola baling mengandungi 40 soalan dengan pemberatan soalan mengikut aras taksonomi iaitu 10 soalan aras kefahaman (25%), empat soalan aras kefahaman (10%), 14 soalan aras aplikasi (35%), lapan soalan aras analisis (20%), dua soalan aras sintesis (5%) dan dua soalan aras penilaian (5%). Manakala jadual spesifikasi ujian dan wajaran soalan adalah berdasarkan Hastad & Lacy (2002) di mana dua soalan item sejarah (5%), 10 soalan item undang-undang dan peraturan (25%), dua soalan item peralatan (5%), empat soalan bagi item nilai dan etika (10%), 14 soalan item kemahiran dan teknik (35%) dan lapan soalan bagi item strategi (20%). Pentaksiran ini adalah berdasarkan kepada taksonomi Bloom (1956) melalui kaedah ujian bertulis dengan menggunakan skor skala tahap pencapaian kognitif seperti Jadual 1.
JADUAL 1. Skala Tahap Pentaksiran Kognitif Permainan Bola Baling
Skala | Tahap |
80 dan ke atas | Cemerlang |
60 hingga 79 | Baik |
40 hingga 59 | Sederhana |
20 hingga 39 | Lemah |
19 dan ke bawah | Sangat Lemah |
Pentaksiran pembelajaran psikomotor bagi permainan bola baling dibahagikan kepada sembilan sub kemahiran semasa sesi latihan dan lima sub kemahiran semasa sesi permainan. Antaranya kemahiran semasa sesi latihan adalah kemahiran hantaran atas kepala, hantaran lantun, hantaran lompat, hantaran aras dada, menangkap dua belah tangan, mengelecek dengan bola, mengadang, jaringan lompat dan jaringan junam. Manakala sesi permainan pula melibatkan kemahiran hantaran, menangkap, mengelecek, mengadang dan menjaring. Pentaksiran ini adalah berdasarkan kepada taksonomi Dave (1970) melalui kaedah pemerhatian guru dengan menggunakan skor pemeringkatan dengan pecahan rubrik seperti Jadual 2.
JADUAL 2. Skoran Rubrik Pentaksiran Psikomotor Permainan Bola Baling
Skala Aras | Kriteria Pentaksiran |
5 Tindakan Semulajadi | Menguasai kemahiran secara tindakan semulajadi Menghubung kait kemahiran dengan situasi permainan Ketepatan perlakuan kemahiran asas Manipulasi kemahiran asas Meniru kemahiran asas |
4 Menghubungkait | Menghubungkait kemahiran dengan situasi permainan Ketepatan perlakuan kemahiran asas Manipulasi kemahiran asas Meniru kemahiran asas |
3 Ketepatan Perlakuan | Ketepatan perlakuan kemahiran asas Manipulasi kemahiran asas Meniru kemahiran asas |
2 Manipulasi | Manipulasi kemahiran asas Meniru kemahiran asas |
1 Meniru | Meniru kemahiran asas |
Pentaksiran pembelajaran afektif bagi permainan bola baling pula melibatkan nilai permainan bersih terdiri daripada dua sub nilai iaitu mematuhi peraturan dan mematuhi undang-undang. Kaedah pemerhatian guru digunakan berdasarkan taksonomi Krathwohl et al. (1964) dengan menggunakan skor pemeringkatan dengan pecahan rubrik seperti Jadual 3.
JADUAL 3. Skoran Rubrik Pentaksiran Afektif Permainan Bola Baling
Skala Aras | Kriteria Pentaksiran |
5 Membina Perwatakan | Membina perwatakan nilai Mengorganisasikan nilai Menghargai nilai Bertindakbalas terhadap nilai Menerima nilai |
4 Mengorganisasi | Mengorganisasikan nilai Menghargai nilai Bertindakbalas terhadap nilai Menerima nilai |
3 Menghargai | Menghargai nilai Bertindakbalas terhadap nilai Menerima nilai |
2 Bertindak balas | Bertindakbalas terhadap nilai Menerima nilai |
1 Menerima | Menerima nilai |
Tempoh masa kajian ini melibatkan empat kali sesi pengajaran dan setiap sesi melibatkan dua waktu (80 minit) dalam semester dua sesi persekolahan. Pentaksiran kognitif mengandungi empat set ujian dan digunakan bagi empat kali sesi pengajaran. Pentaksiran psikomotor pula dibahagikan kepada dua sesi iaitu semasa sesi latihan dan sesi permainan manakala pentaksiran afektif dilaksanakan di sepanjang proses pengajaran berlangsung. Satu set soal selidik tahap persetujuan guru terhadap penggunan PK permainan bola baling diberikan kepada 17 orang guru PJ setelah menamatkan keseluruhan proses pengajaran bagi kemahiran permainan badminton.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Pentaksiran pembelajaran kognitif berbentuk penilaian sumatif terdiri daripada 40 soalan dibahagikan kepada empat set ujian, setiap set ujian mengandungi 10 soalan dan dilaksanakan pada akhir sesi pengajaran dengan masa menjawab selama lapan minit.
JADUAL 4. Tahap Pencapaian Domain Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif mengikut Hieraki dan Jantina
Aras Soalan | % Tahap Pencapaian Keseluruhan | ||||
C | B | S | L | SL | |
Lelaki (n=245) | |||||
Pengetahuan | 44.50 | 37.60 | 15.10 | 2.90 | - |
Kefahaman | 34.70 | 42.90 | 18.00 | 4.10 | 0.40 |
Aplikasi | 12.70 | 49.40 | 35.10 | 2.90 | - |
Analisis | 15.10 | 47.80 | 17.60 | 18.40 | 1.20 |
Sintesis | 50.20 | - | 45.30 | - | 4.50 |
Penilaian | 54.30 | - | 41.60 | - | 4.10 |
Perempuan (n=263) | |||||
Pengetahuan | 41.40 | 38.40 | 17.50 | 2.70 | - |
Kefahaman | 53.60 | 30.40 | 12.50 | 3.40 | - |
Aplikasi | 4.20 | 45.60 | 41.40 | 8.70 | - |
Analisis | 9.90 | 41.40 | 24.30 | 22.80 | 1.50 |
Sintesis | 69.20 | - | 28.90 | - | 1.90 |
Penilaian | 68.80 | - | 28.50 | - | 2.70 |
Keseluruhan (N=508) | |||||
M= 67.35, SD=11.75 (Baik) |
C-Cemerlang; B-Baik; S-Sederhana; L-Lemah; SL; Sangat Lemah
Berdasarkan Jadual 4, tahap pencapaian keseluruhan kognitif berada pada tahap baik M=67.35, SD=11.75. Menurut Bloom (1956), tahap kognitif pelajar dalam sesuatu pembelajaran kemahiran harus meliputi keupayaan pelajar dalam enam aras yang berbeza mengikut hierarki. Menurut Fitts dan Posner (1967) dalam model perolehan kemahiran tiga peringkat (peringkat kognitif, perkaitan dan automatik) mencadangkan bahawa individu novis menggunakan proses kognitif pada peringkat awal pembelajaran kemahiran. Sehubungan itu adalah perlu bagi pelajar yang ingin mendalami kemahiran bola baling mempelajari dahulu ciri-ciri kemahiran secara teori, manakala PK digunakan oleh guru untuk menilai sejauh mana tahap pencapaian kognitif pelajar dalam mempelajari kemahiran tersebut secara teoretikal.
Hasil kajian menunjukkan pelajar lelaki lebih menguasai aras kognitif peringkat pengetahuan, aplikasi dan analisis disebabkan mereka lebih akitf dalam aspek melakukan kemahiran berbentuk ‘hands on’ maka dengan pengetahuan yang diperolehi secara teori secara tidak langsung dapat diaplikasi dan dianalisis kepada bentuk amali perlakuan. Manakala pelajar perempuan pula dilihat lebih menguasai kemahiran berbentuk teori (Mynard, 2008) tetapi masih lemah dan tidak kreatif dalam menterjemahkan pengetahuan tersebut dalam bentuk amali perlakuan. Dapatan ini disokong oleh Teori Gender bahawa pelajar lelaki dan perempuan melibatkan diri dalam sistem pendidikan dengan corak tingkah laku, sikap dan nilai yang berbeza serta berkait rapat dengan faktor maskulinism dan feminism (Weaver-Hightower, 2003). Begitu juga dari aspek biologi, dikatakan pelajar lelaki dan perempuan memiliki struktur dan fungsi otak yang berbeza (Cahill, 2006) manakala penyebaran kandungan hormon testosteron bagi lelaki dan hormon oestrogen bagi perempuan mempunyai hubungkait dengan tahap prestasi dalam ujian kebolehan kognitif (Kimura & Hamson, 1994).
JADUAL 5. Hieraki dan Tahap Pencapaian Domain Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling Semasa Sesi Latihan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif mengikut Jantina
Kemahiran | Aras (%) | Min (%) Keseluruhan | SP | Tahap | ||
KP | Mp | M | ||||
Lelaki (n=245) | ||||||
Hantaran Atas Kepala | 56.70 | 31.00 | 12.20 | 81.30 | 0.70 | Cemerlang |
Hantaran Lantun | 52.20 | 34.70 | 13.10 | 79.67 | 0.71 | Baik |
Hantaran Lompat | 59.20 | 28.20 | 12.70 | 82.33 | 0.71 | Cemerlang |
Hantaran Aras Dada | 58.40 | 31.80 | 9.80 | 83.00 | 0.67 | Cemerlang |
Menangkap Dua Belah Tangan | 55.50 | 33.50 | 11.00 | 81.33 | 0.69 | Cemerlang |
Mengelecek Dengan Bola | 49.80 | 36.30 | 13.90 | 78.67 | 0.71 | Baik |
Mengadang | 53.90 | 31.80 | 14.30 | 80.00 | 0.73 | Cemerlang |
Jaringan Lompat | 48.20 | 34.30 | 17.60 | 77.00 | 0.75 | Baik |
Jaringan Junam | 40.80 | 40.00 | 19.20 | 74.00 | 0.75 | Baik |
Perempuan (n=263) | ||||||
Hantaran Atas Kepala | 42.50 | 39.80 | 17.60 | 75.00 | 0.74 | Baik |
Hantaran Lantun | 31.30 | 38.20 | 30.50 | 66.67 | 0.79 | Baik |
Hantaran Lompat | 15.60 | 49.60 | 34.70 | 60.33 | 0.68 | Baik |
Hantaran Aras Dada | 46.60 | 40.10 | 13.40 | 77.67 | 0.70 | Baik |
Menangkap Dua Belah Tangan | 48.50 | 48.90 | 2.70 | 82.00 | 0.55 | Cemerlang |
Mengelecek Dengan Bola | 18.60 | 62.70 | 18.60 | 66.67 | 0.61 | Baik |
Mengadang | 40.20 | 48.70 | 11.10 | 76.33 | 0.66 | Baik |
Jaringan Lompat | 22.10 | 42.20 | 35.70 | 62.00 | 0.75 | Baik |
Jaringan Junam | 5.70 | 33.10 | 61.20 | 48.00 | 0.60 | Sederhana |
Keseluruhan (N=508) | ||||||
M=2.71, SD=0.45 |
KP-Ketepatan Perlakuan; Mp-Manipulasi; M-Meniru; SP-Sisihan Piawai
Berdasarkan Jadual 5, hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki menguasai aras ketepatan perlakuan pada tahap cemerlang dalam kemahiran hantaran atas kepala, hantaran lompat, hantaran aras dada, menangkap dua belah tangan dan mengadang manakala mendapat tahap baik dalam kemahiran hantaran lantun, mengelecek dengan bola, jaringan lompat dan jaringan junam semasa sesi latihan. Sebaliknya pelajar perempuan pula menguasai aras ketepatan perlakuan pada tahap cemerlang dalam kemahiran menangkap dua belah tangan semasa sesi latihan tetapi mendapat tahap baik dalam kemahiran hantaran atas kepala, hantaran lantun, hantaran lompat, hantaran aras dada, mengelecek dengan bola, mengadang dan jaringan lompat dan mendapat tahap sederhana dalam kemahiran jaringan junam.
JADUAL 6. Hieraki dan Tahap Pencapaian Domain Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling Semasa Sesi Permainan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif mengikut Jantina
Kemahiran | Aras (%) | Min (%) Keseluruhan | SP | Tahap | ||||
TS | Mk | KP | Mp | M | ||||
Lelaki (n=245) | ||||||||
Hantaran | 16.70 | 34.70 | 34.30 | 11.00 | 3.30 | 70.20 | 1.00 | Baik |
Menangkap | 18.80 | 37.10 | 32.70 | 5.30 | 6.10 | 71.40 | 1.05 | Baik |
Mengelecek | 18.40 | 37.60 | 31.80 | 7.30 | 4.90 | 71.40 | 1.03 | Baik |
Mengadang | 23.70 | 33.30 | 30.20 | 8.20 | 4.90 | 72.40 | 1.08 | Baik |
Menjaring | 17.10 | 35.90 | 33.10 | 9.40 | 4.50 | 70.40 | 1.03 | Baik |
Perempuan (n=263) | ||||||||
Hantaran | 16.00 | 37.40 | 42.70 | 3.80 | - | 73.20 | 0.79 | Baik |
Menangkap | 24.00 | 41.10 | 29.70 | 4.90 | 0.40 | 76.60 | 0.86 | Baik |
Mengelecek | 2.30 | 34.20 | 51.00 | 8.70 | 3.80 | 64.40 | 0.79 | Baik |
Mengadang | 17.90 | 28.10 | 41.10 | 10.30 | 2.70 | 69.60 | 0.99 | Baik |
Menjaring | 6.80 | 24.00 | 23.60 | 35.70 | 9.90 | 56.40 | 1.11 | Baik |
Keseluruhan (N=508) | ||||||||
M=4.11, SD=0.77 |
TS-Tindakan Semulajadi; Mk-Menghubungkait; KP-Ketepatan Perlakuan; Mp-Manipulasi; M-Meniru; SP-Sisihan Piawai
Berdasarkan Jadual 6, hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki menguasai aras tindakan semulajadi pada tahap baik dalam kemahiran mengelecek, mengadang dan menjaring semasa sesi permainan. Sebaliknya pelajar perempuan menguasai aras tindakan semulajadi pada tahap baik dalam kemahiran hantaran dan menangkap.
Hasil kajian pentaksiran psikomotor mendapati majoriti pencapaian pembelajaran pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan bagi perminan bola baling menggunakan PK. Perbezaan ini disebabkan secara purata, rangka lelaki adalah 10 peratus lebih tinggi daripada wanita. Tubuh pelajar lelaki 11 kg lebih berat memberikan perbezaan struktur tulang yang lebih besar, otot yang lebih serta mempunyai tangan yang lebih lurus serta mempunyi fungsi tuas yang lebih cekap manakala Morris (1981) dan Thomas & French (1985) berpendapat faktor biologikal seperti berat badan, komposisi badan dan diameter sendi mempengaruhi prestasi pelajar perempuan. Olah itu, faktor-faktor ini memberikan kelebihan kepada pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan dalam penguasaan kemahiran (Weaver-Hightower, 2003).
Dapatan juga menunjukkan pelajar lelaki berjaya menguasai kemahiran yang memerlukan aksi perlakuan berkemahiran tinggi serta teknik yang lebih sukar. Sebaliknya pelajar perempuan pula dilihat lebih berjaya menguasai kemahiran yang memerlukan perlakuan aksi perlakuan yang mudah dalam mempelajari kemahiran asas dalam permainan bola baling semasa sesi latihan. Subjek pelajar dalam kajian ini melibatkan remaja berumur 14 tahun, menurut Suppiah et al. (2009) perbezaan dari aspek perkembangan psikomotor remaja perempuan akan lebih aktif dan pesat pada peringkat umur 13 hingga 14 tahun. Selepas daripada umur ini, kemahiran pergerakan remaja perempuan semakin berkurangan dan mereka lebih menunjukkan sifat kewanitaan yang lebih. Namun begitu, pelajar perempuan didapati menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran yang berkemahiran tinggi dan memerlukan penguasaan aspek teknikal seperti kemahiran mengelecek, mengadang dan menjaring bagi permainan bola baling berbanding dengan pelajar lelaki. Ini menunjukkan kajian Adam et al. (1999) adalah bertepatan dengan hasil kajian ini, di mana pelajar lelaki berkemampuan menggunakan strategi dalam permainan yang lebih kompleks berbanding perempuan.
Mynard (2008) pula menyatakan pelajar perempuan adalah lebih baik dalam aspek kognitif tetapi masih lemah dan tidak kreatif dalam menterjemahkan teori pengetahuan kepada bentuk perlakuan kemahiran. Pelajar lelaki pula dilihat lebih kepada aspek kesedaran ruang dan visual dan aktiviti balingan dan menangkap. Ini adalah disebabkan keupayaan pelajar lelaki lebih baik dari aspek manipulasi imej (visual) dan memberikan kelebihan dalam menyelesaikan masalah, mereka bentuk dan membina kemahiran. Perkembangan fizikal pula memberikan kelebihan kepada pelajar lelaki dalam aktiviti motor kasar. Hormon testosteron menyebabkan perkembangan otak kiri menjadi perlahan dan ini menyebabkan perkembangan otak kanan menjadi lebih dominan. Otak kanan melibatkan fungsi aspek kesedaran ruang yang melibatkan aktiviti psikomotor seseoang individu.
JADUAL 7. Hieraki dan Tahap Pencapaian Domain Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Semasa Sesi Permainan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif mengikut Jantina
Nilai Permainan Bersih | Aras (%) | Min (%) Keseluruhan | SP | Tahap | ||||
MP | Mo | Mg | BB | Mn | ||||
Lelaki (n=245) | ||||||||
Mematuhi Peraturan | 22.40 | 38.80 | 32.70 | 4.50 | 1.60 | 75.20 | 0.91 | Baik |
Mematuhi Undang-Undang | 31.00 | 35.90 | 28.60 | 4.10 | 0.40 | 78.60 | 0.89 | Baik |
Perempuan (n=263) | ||||||||
Mematuhi Peraturan | 30.00 | 26.60 | 32.30 | 11.00 | - | 75.20 | 1.00 | Baik |
Mematuhi Undang-Undang | 29.70 | 20.50 | 34.60 | 8.70 | 6.50 | 71.60 | 1.19 | Baik |
Keseluruhan (N=508) | ||||||||
M=4.35, SD=0.77 |
MP- Membina Perwatakan; Mo-Mengorganisasi; Mg-Menghargai; BB-Bertindak Balas; Mn-Menerima; SP-Sisihan Piawai
Berdasarkan Jadual 7, pencapaian keseluruhan pentaksiran afektif berada pada aras membina perwatakan (M=4.35, SD=0.77). Dapatan kajian menunjukkan, pelajar perempuan menguasai pencapaian aras membina perwatakan bagi sub nilai mematuhi peraturan (30.00%) pada tahap baik. Sebaliknya pelajar lelaki pula lebih menguasai aras membina perwatakan bagi sub nilai mematuhi undang-undang (31.00%) pada tahap baik.
Adalah dirumuskan bahawa domain afektif adalah domain penting dan harus diberi perhatian dalam kemahiran permainan. Namun, kebanyakan pendidik sering mengabaikan domain afektif kerana faktor kesukaran dalam membuat penilaian afektif (McLeod, 1991; Romiszowski, 1989; Tittle & Hecht, 1989). Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional dikatakan sering menitikberatkan domain kognitif berbanding afektif (Peterson & Augustine, 2000). Menurut Williams (2003); dan Thompson & Mintz (2002), guru yang menolak hasil pembelajaran afektif boleh mengurangkan motivasi pelajar untuk terus belajar terutama dalam pembelajaran kemahiran. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam topik kemahiran PJ hendaklah mengambil berat tentang penilaian afektif yang diperoleh sebagai hasil pembelajaran.
Pengkaji turut menganalisis tahap persetujuan guru terhadap penggunaan instrumen PK terhadap lima item iaitu pencapaian prestasi pelajar, pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pencapaian objektif pembelajaran, ciri-ciri perlaksanaan dan aspek akauntabiliti menggunakan soal selidik tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK permainan bola baling. Keputusan kajian ditunjukkan dalam Jadual 8.
JADUAL 8. Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif
Item | | Skala Persetujuan | ||||
| Sangat setuju | Setuju | Agak Setuju | Tidak Setuju | Sangat Tidak Setuju | |
N | f | f | f | f | f | |
84 | 47.72 | 43.90 | 8.40 | - | - | |
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran | 85 | 44.70 | 43.54 | 4.70 | 3.52 | 3.52 |
Pencapaian objektif pengajaran | 84 | 44.20 | 52.20 | 2.44 | 1.18 | - |
Ciri-ciri perlaksanaan | 83 | 36.04 | 46.92 | 13.32 | 3.68 | 1.26 |
Aspek akauntabiliti | 85 | 18.82 | 37.62 | 25.88 | 9.42 | 7.06 |
Analisis keputusan dalam Jadual 8 mendapati 91.62% guru bersetuju penggunaan PK mampu meningkatkan pencapaian pelajar, pelajar lebih bersungguh-sungguh, bermotivasi, berusaha memberikan yang terbaik dan penyertaan pelajar amat menggalakkan bagi item pencapaian prestasi pelajar. Hasil kajian ini bertepatan dengan kriteria pentaksiran berdasarkan Ryan & Miyasaka (1995) dan Wiggins (1989) di mana pentaksiran yang direka bentuk perlu berdasarkan kepada situasi sebenar dan mengikut keupayaan pelajar. Selain itu, dapatan ini juga menunjukkan senario permasalahan pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran PJ (Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti, 2009) boleh diatasi.
Dapatan kajian juga menunjukkan 88.24% guru bersetuju bahawa penggunaan PK mampu membantu guru menilai prestasi pelajar dan mengenal pasti kelemahan, membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta berjalan lancar dan tidak membebankan tugas guru bagi item pengurusan pengajaran guru. Sehubungan itu, PK mampu menyediakan cara yang sistematik untuk menilai kemahiran berfikir dan menaakul serta mampu menilai hasil yang tidak dapat diukur oleh ujian objektif dan esei biasa (Bhasah, 2007) dan selaras dengan teori pembelajaran yang menyarankan pengunaan penilaian prestasi terbuka sebagai asas kepada peningkatan pembelajaran. Kaedah pemerhatian yang dijalankan adalah selari dengan kaedah yang dicadangkan oleh Lund & Kirk (2002) dan Feur & Fulton (1993) dan bertepatan dengan kehendak Noraini (2001), Mohnsen (2003) dan Marsh & Willis (2007) di mana teknik penilaian yang digunakan mampu melihat sejauh mana berjaya dan berkesan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat 96.40% guru bersetuju bahawa penggunaan PK mampu mencapai matlamat dan objektif mata pelajaran PJ, kriteria pemarkahan mudah, jelas serta sesuai dengan tajuk dan menepati hasil pembelajaran bagi item pencapaian objektif pembelajaran. Ini menunjukkan ciri-ciri PK yang dibina adalah berasaskan prestasi, tumpuan yang lebih tinggi, kemahiran yang kompleks, aplikasi strategi khusus, penyelesaian masalah, berdasarkan individu, kebebasan memilih (Baker et al., 1993) dan juga berasaskan standard (Marzano et al., 1993). Kandungan item penilaian dalam PK adalah selaras dengan kehendak matlamat dan objektif seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran PJ Tingkatan 2.
Sebanyak 82.96% guru bersetuju bahawa penggunaan PK mampu memudahkan proses penilaian pelajar, mesra pengguna, tidak mengambil masa lama, rubrik menepati skor penilaian dan prosedur yang mudah dipatuhi bagi item ciri-ciri perlaksanaan. Manakala 56.44% guru bersetuju bahawa penilaian kognitif, afektif dan psikomotor mudah dilaksanakan, kandungan penilaian tidak terlalu banyak dan masa pengajaran tidak membataskan proses penilaian bagi item aspek akauntabiliti.
Kriteria pemarkahan juga mudah dan selaras dengan aras taksonomi mengikut domain pembelajaran. Skala rubrik yang digunakan dalam kajian ini mampu dijadikan sebagai rujukan penilaian berdasarkan kemahiran dan senarai semak bagi menghuraikan prestasi setiap tahap dan sebagai satu panduan atau format (Bhasah, 2007). Pembinaan skala rubrik mempunyai ciri-ciri yang digariskan oleh Popham (1997) iaitu kriteria pemilihan, huraian yang berkualiti dan strategi pemarkahan serta dihuraikan secara spesifik mengenai apa yang hendak diukur (Quellmalz, 1991). Oleh itu, PK yang dibina ini didapati mesra pengguna, memudahkan guru dan prosedur perlaksanaan mudah dipatuhi.
KESIMPULAN
Berdasarkan hasil kajian, instrumen PK ini sesuai digunakan oleh guru sebagai alat ukur yang piawai bagi menilai pencapaian pembelajaran pelajar dalam tajuk permainan bola baling bagi mata pelajaran PJ. Penggunaan PK ini lebih realistik, holistik dan mampu menilai pelajar secara menyeluruh iaitu dari segi kognitif, psikomotor dan afektif selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PK ini juga bersesuaian dengan pentaksiran berasaskan sekolah dan penggunannya menunjukkan ‘power of knowledge’ dan mengembalikan ‘status quo’ mata pelajaran PJ di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
RUJUKAN
Abdul Manan Yahi & Jumalanizon Mohamad Rasid (2009). Personal communication. 30 Julai 2009.
Adam, J., F. Paas, M. Buekers, I. Wuyts, W. Spijkers and P. Wallmeyer. (1999). Gender differences in choice reaction time: evidence for differential strategies. Ergonomics 42: 327.
Baker, E. L., O’Neil, H. E. Jr., & Linn, R. L. (1993). Policy and validity prospescts for performance-base assessment. American Psychologist, 48, 1210-1218.
Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd.
Bloom, B.S., Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H., & Krathwohl, D.R. (1956). Taxonomy of educational objectives the classification of educational goals handbook I: cognitive domain. New York: David McKay Company, Inc.
Cahill, L. (2006). Why sex matters for neuroscience. Diperoleh Okotober 21,2010 daripada
Darst, P. W. & Pangrazi, R. P. (2006). Dynamic Physical Education for Secondary School Student 5th ed. Massachusetts : Allyn & Bacon.
Dave, RH. (1970). Psychomotor levels developing and writing behavioural objectives. Tuscon , AZ : Educational Innovators Press.
Feuer, M.J & Fulton, K.L. (1993). The manay face of performance assessment. Phi delta-appan:(74), 6:478.
Fitts, P.M., & Posner, M.I. (1967). Human performance. Belmont, CA: Brooks Cole.
Hastad, D. N., & Lacy, A. C. (2002). Measurement and evaluation in physical educaton and exercise science(4th ed.). Needham Height. Massachusetts: Allyn & Bacon.
Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti (2009). Laporan jemaah nazir sekolah dan jaminan kualiti dalam mesyuarat ketua-ketua jabatan pendidikan jasmani IPGM. Mac 2009. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Surat pekeliling ikhtisas bil. 2/1988: pendidikan jasmani (Pindaan): Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Surat pekeliling ikhtisas bil. 4/2008: Standard kecergasan fizikal kebangsaan untuk murid sekolah malaysia (segak). Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah.
Kimura, D., and E. Hampson. (1994). Cognitive pattern in men and women is influenced by fluctuations in sex hormones.Current Directions in Psychological Science. 3(2):57- 61.
Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1964). Taxonomy of educational objectives the classification of educational goals, handbook II: affective domain. NY: David McKay Com, Inc.
Lund, J.L. & Kirk, M.F. (2002). Performance-base assessment for middle and high school physical education. Champaign, IL: Human Kinetics.
Marsh, C.J. & Willis, G. (2007). Curriculum. Alternative approaches, ongoing issues. New Jersey: Pearson.
Marzano, R. J., Pickering, D., & McTighe, J. (1993). Assessing student outcomes. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
McLeod, S. H. (1991). The affective domain and the writing process: Working definitions. JAC, 11(1).
Mohnsen, B.S. (2003). Teaching middle school physical education. A standards-based approach for grades 5-8. United States: Human Kinetics.
Morris, A.M.(1981). Key to successful motor skill performance. Journal of Physical Education, Recreation and Dance. 51 (31), 49 – 50.
Mynard, S. (2008). Gender differences in school: implication for education. Diperoleh 18 Mac 2011 daripada http://www.teachingexpertise.com/articles/gender
Noraini Idris (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Selangor: Utusan Publications.
Peterson, M. W., & Augustine, C. H. (2000). External and internal influences on institutional approaches to student assessment: Accountability or improvement? Research in Higher Education, 14, 443–479.
Popham, W. J. (1997). What’s wrong and what’s right with rubrics. Educational Leadership, 55(2), 72-75.
Quellmalz, E. S. (1991). Developing criteria for performance assessments: The missing link. Applied Measurement in Education, 4(4), 319-331.
Romiszowski, A. J. (1989). Attitudes and affect in learning and instruction. Educational Media International, 26(2), 85–100.
Ryan, J. M., & Miyasaka, J. R. (1995). Current practice in testing and measurement: What is driving the changes? NASSP Bulletin, 79(537), 1-10.
Suppiah, N., Kamarulzaman Kamaruddin, Abd Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Selangor: Oxford Fajar.
Thomas, J.R. & French, K.E.(1985). Gender differences a cross age in performance : A meta-analysis. Psychological Bulletin, 98 (2), 260 – 282.
Thompson, T. L., & Mintzes, J. J. (2002). Cognitive structure and the affective domain: On knowing and feeling in biology. International Journal of Science Education, 24, 645–660.
Tittle, C. K., & Hecht, D. (1989, March). From taxonomy to constructing meaning in context: Revisiting the taxonomy of educational objectives: 2. Affective domain, 25 years later. Paper presented at the annual meeting of the National Council on Measurement in Education, San Francisco.
Weaver-Hightower, M. (2003). The "Boy Turn" in Research on Gender and Education. Review of Educational Research, 73(4), 471-498.
Wiggins, G (1989). Teaching to the (authentic) test. Educational Leadership, 46(7), 41-47.
Williams, L. (2003). Including the affective domain. Teaching Elementary Physical Education, 14, 2–5.
Subscribe to:
Posts (Atom)