Wednesday, June 22, 2011

COMPREHENSIVE ASSESSMENT IN FORM 2 PHYSICAL EDUCATION OF SECONDARY SCHOOLS IN PERAK STATE


COMPREHENSIVE ASSESSMENT IN FORM 2 PHYSICAL EDUCATION
OF SECONDARY SCHOOLS IN PERAK STATE

The purpose of this study is to identify students’ learning level in the cognitive, psychomotor and affective domains in handball and badminton in the Form 2 Physical Education subject through Comprehensive Assessment (CA). A comparative analysis between PK and Secondary School Based Education (SSBE) of the students’ learning achievement was also studied. The efficacy of the applications of CA and SSBE was determined through a survey of teachers’ agreement. The research methodology is descriptive and pre-experimental – one-shot case study. The study was carried out in secondary schools in the Larut, Matang and Selama district in the state of Perak. The sampling consisted of 17 Physical Education teachers and 1010 Form 2 students. The validity value of the CA instrument content for handball was r=.82 and reliability based on the cognitive psychomotor and affective domains, was r=.78, r=.90 and r=.83 respectively. The validity value of CA instrument content for badminton was r=.80 and reliability based on cognitive domain, psychomotor and affective is r=.75, r=.83 and r=.81 respectively. For the SSBE instrument, the content validity was r=.71, reliability value for handball in the cognitive domain (r=.30), psychomotor  domain (r=.44) and affective domain (r=.60) and for badminton it was (r=.43), (r=.40) and (r=.53) respectively. The survey instrument on teachers’ agreement to the use of CA and SSBE had a validity value of α=.87. The study of CA found that students’ cognitive learning for handball and badminton was at a good level (M=67.35, SD=11.75) and (M=73.90, SD=14.15). Psychomotor learning during training was at manipulation level (M=2.22, SD=.47);   (M=2.23, SD=.43), and during game session it was at articulation level (M=3.48, SD=.77); (M=3.43,   SD=.78). The performance for affective learning for handball was at characterisation level (M=4.35, SD=.77) and for badminton it was at organisation level (M=4.11, SD=.76). The result of the study also suggested that there was a significant difference (p=.00) between CA and SSBE in students’ performance in the cognitive and psychomotor domains, but no significant difference (p=.57) in the affective domain in handball whereas in badminton, there was a significant difference (p=.00) in all the students’ learning domains. A significant difference (p=.00) was also found between the level of teachers’ agreement to the use of the CA and SSBE where 100% of them agreed that the CA was very good and good. Therefore, it is concluded that CA is more suitable as a standard measuring instrument to determine the level of students’ learning domain for handball and badminton in the subject of Form 2 Physical Education.

Teori Self Efficacy Bandura dan teori motivasi kecekapan Harter


Motivasi pencapaian bermaksud sejauh mana seseorang pelajar mendekati atau mengelak dari situasi kompetitif dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Manusia sentiasa menangani masalah, meningkatkan daya usaha, dan berjuang untuk melakukan perkara yang sukar dengan sebaik mungkin dan sepantas yang boleh bagi mencapai sesuatu matlamat.

Arkes dan Garske (1982) menjelaskan bahawa kebanyakan penyelidik melihat pengaruh keyakinan diri sebagai faktor yang membezakan individu bermotivasi pencapaian tinggi dengan individu yang bermotivasi pencapaian rendah. Teori Self Efficacy oleh Bandura (1986), menjelaskan keadaan yang berkaitan dengan keyakinan individu tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatu tugasan dengan berkesan. Teori ini menegaskan bahawa self efficacy adalah mekanisme kognitif yang menjadi pengantara motivasi, corak pemikiran, dan tingkah laku. Self efficacy adalah pertimbangan individu terhadap kemampuannya beraksi dalam apa tahap sekalipun, serta merupakan hasil daripada proses pengaruh kendiri yang kompleks berdasarkan kepada sumber maklumat keupayaan diri seperti berikut:
(i) Perlakuan atau prestasi yang berjaya
Maklumat keupayaan diri diperoleh melalui pengalaman masteri individu dalam bidang yang diceburi. Jika individu melihat pengalaman tersebut sebagai berjaya mencapai tahap masteri, maka keupayaan diri akan meningkat. Dalam konteks sukan dan aktiviti fizikal, perlakuan atau prestasi yang berjaya adalah cara yang paling penting dalam proses untuk meningkatkan self efficacy individu (Shaharudin, 2001). Kajian Feltz et al. (1999) mendapati bahawa teknik modeling dalam pembelajaran kemahiran yang melibatkan kedua-dua kaedah demonstrasi oleh model hidup dan penglibatan terbimbing oleh atlet, telah menunjukkan hasil tahap pembelajaran masteri yang lebih tinggi berbanding jika pembelajaran dilakukan menggunakan model hidup sahaja atau model di dalam rakaman video.
(ii) Pengalaman lalu
Maklumat tentang keupayaan juga boleh diperoleh melalui proses perbandingan sosial. Pengaruhnya terhadap keupayaan boleh ditingkatkan jika perbandingan dibuat dengan individu yang mempunyai kebolehan atau pengalaman yang lebih rendah terhadap situasi yang sama.
(iii) Pujukan atau dorongan
Maklumat yang berunsurkan pujukan atau dorongan yang meyakinkan boleh diperoleh secara verbal, percakapan kendiri, imageri serta strategi kognitif yang lain.
(iv) Status fisiologi
Status fisiologi individu juga boleh memberi maklumat mengenai keupayaan seseorang melalui penilaian kognitif yang dilakukan terhadap sesuatu situasi. Sebagai contoh, mengaitkan kebangkitan fisiologi dengan kebimbangan dan keraguan, atau menjadi psyched-up semasa sedang bersedia untuk menghadapi perlawanan.

Berdasarkan teori motivasi kecekapan Harter (1978). Teori ini menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan aspek kecekapan diri pelajar. Pelajar yang merasakan bahawa mereka mempunyai kecekapan yang mencukupi dalam sesuatu tugasan biasanya akan melakukan tugasan tersebut tanpa banyak soal, manakala individu yang merasakan bahawa tahap kecekapannya masih terlalu awal, atau langsung tidak mempunyai kecekapan, akan menarik diri dari tugasan tersebut.  Penilaian kognitif terhadap kejayaan menguasai sesuatu kemahiran akan memberi kesan terhadap motivasi seseorang pelajar. Jika pelajar berjaya dalam sesuatu kemahiran yang ditunjukkan, maka secara tidak langsung motivasi kecekapannya akan meningkat, manakala keinginan untuk terus memahirkan diri dengan kemahiran tersebut juga akan meningkat. Tetapi jika mereka gagal dalam menguasai kemahiran, maka motivasi kecekapan akan menurun dan keinginan untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti kemahiran tersebut juga akan menurun.

Teori Pemprosesan Maklumat Gagne


Teori Pemprosesan Maklumat Gagne (1975) adalah satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Ransangan -ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

(i) Fasa Motivasi- Jangkaan
Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran.
Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan pelajar supaya berusaha belajar.

(ii) Fasa Tanggapan – Perhatian
Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.

(iii) Fasa Penyimpanan- Kod
Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikan  dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.

(iv) Fasa Penahanan- Stor Ingatan
Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhan kod akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.

(v) Fasa Mengingat Kembali- Mencari
Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang pelajar berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.

(vi) Fasa Generalisasi- Pindaan
Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa.

(vii) Fasa Prestasi- Gerak Balas
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, pelajar bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.

(viii) Fasa Maklum Balas-Peneguhan
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang pelajar yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran.
Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.

Motivasi pencapaian bermaksud sejauh mana seseorang pelajar mendekati atau mengelak dari situasi kompetitif dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Manusia sentiasa menangani masalah, meningkatkan daya usaha, dan berjuang untuk melakukan perkara yang sukar dengan sebaik mungkin dan sepantas yang boleh bagi mencapai sesuatu matlamat.