Monday, April 4, 2011

Rakyat Sihat Negara Makmur


Bersenam atau aktiviti kecergasan fizikal merupakan satu amalan yang baik kerana ia dapat meningkatkan tahap kesihatan individu. Kemerosotan kecergasan fizikal seseorang akan mempengaruhi keadaan mental dan aspek sosial individu tersebut. Secara tidak langsung apabila kecergasan fizikal individu merosot ianya berpotensi untuk menjejaskan fungsi mental dan kemampuan individu itu untuk bertindak balas dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan hariannya (Wee Eng Hoe, 2002).

Kerajaan pula menyokong aktiviti fizikal ini dengan menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Sokongan kerajaan ini dapat dilihat dengan adanya kempen-kempen dan penganjuran sukan yang melibatkan semua golongan masyarakat seperti Sukan Untuk Semua dan Malaysia Cergas. Untuk merealisasikan kempen gaya hidup sihat ini aktiviti bersenam, bersukan dan beriadah merupakan satu amalan dan gaya hidup yang baik kerana ia dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu khususnya kecergasan fizikal. Kemerosotan tahap kecergasan fizikal mungkin disebabkan oleh kekangan masa atau sibuk dengan tugasan harian seperti sibuk dengan kerja, menjaga anak-anak, terlalu letih setelah seharian bekerja dan lain-lain lagi. Kemerosotan kecergasan fizikal mungkin akan mempengaruhi mental dan perkembangan sosial dan emosi seseorang individu.

Suatu ketika dahulu, kebanyakan masyarakat kita tidak mengambil berat tentang aktiviti fizikal yang sihat untuk tujuan kesihatan mahupun untuk tujuan berekreasi. Tetapi kempen-kempen dan langkah-langkah yang telah diambil oleh agensi-agensi kerajaan telah membuka mata masyarakat dan menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya kecergasan fizikal ini. Apa yang menariknya, orang ramai telah mula menunjukkan minat yang mendalam dengan melibatkan diri secara serius dalam aktiviti rekreasi bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka (Sheikh Kamaruddin, 1987). Apabila kemakmuran negara bertambah pesat, amalan aktiviti fizikal ini semakin terpinggir. Kanak-kanak dan remaja semakin mahir dan meluangkan lebih banyak masa di dalam bidang komputer. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak dan remaja semakin hilang sifat ‘kekampungan’. Amalan ’main’ dan ’main-main’ semakinl lama semakin pudar.

Cogankata ‘Rakyat Sihat Negara Makmur’ merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan anggota masyarakat sentiasa menitik beratkan aspek kesihatan terutamanya dari segi kecergasan fizikal. Seseorang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik biasanya dikaitkan dengan kemampuan mereka melakukan sesuatu aktiviti dengan baik tanpa merasa lesu atau kepenatan yang keterlaluan. Di samping itu juga mereka yang mempunyai tahap kecergasan yang baik dikatakan dapat menghindarkan diri dari mengalami penyakit hipokinetik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit belakang atau berat badan yang berlebihan (Wee Eng Hoe, 1998).

Terdapat segelintir masyarakat beranggapan bahawa pelajar yang aktif dalam bidang sukan tidak akan mendapat apa-apa ganjaran dalam bidang akademik. Malah jika mereka mendapat gred yang rendah atau gagal dalam sesuatu peperiksaan, pingat kejayaan mereka dalam bidang sukan ini tidak dapat membantunya melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi. Golongan ini berpendapat bahawa penentuan masa depan hanyalah bergantung kepada kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja. Justeru itu ramai pelajar lebih menumpukan pada bidang akademik dengan mengabaikan tahap kecergasan untuk meneruskan pelajaran di institusi pendidikan tinggi.

Para ibu bapa juga bersikap sedemikian sehingga ada segelintir daripada mereka inginkan anak-anak mereka memberi sepenuh tumpuan terhadap bidang akademik sahaja tanpa mengambil kira tentang aspek kesihatan. Oleh itu, kita dapati para ibu bapa dewasa ini cenderung menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen di luar waktu persekolahan manakala aktiviti fizikal diketepikan sama sekali (Zainun Ishak, 1995).

Antara faktor utama yang menyebabkan ramai yang mementingkan soal imbangan ini ialah corak aktiviti yang disajikan di sekolah-sekolah. Oleh kerana kuatnya pengaruh ‘sanjungan sijil’ (paper chase) yang menular di sekolah-sekolah di negara kita, bermula dari sekolah rendah lagi, kandungan dan pendekatan pendidikan masyarakat Malaysia terlalu menjurus kepada unsur-unsur akademik sahaja (Dr. Yusoff Ismail, 1998).

Disebabkan sikap ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah yang lebih mementingkan pencapaian akademik, ini menyebabkan pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik sering tidak diberi peluang untuk bergiat aktif dengan aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal, lebih malang lagi jika ada yang beranggapan bahawa para pelajar yang memiliki tahap pencapaian akademik cemerlang ini tidak perlu mempunyai prestasi yang tinggi dalam bidang sukan seiring dengan kemampuan mental mereka.

Kehebatan pelajar hanya dikaitkan dengan pencapaian akademik sahaja dan jarang dikaitkan dengan kehebatan mereka dalam bidang sukan dan rekreasi (Zainun Ishak, 1995). Masyarakat hari ini beranggapan bahawa sukan dan permainan akan memberi kesan yang negatif terhadap pendidikan. Tanggapan ini bukan sahaja melibatkan masyarakat dan ibu bapa, malah melibatkan juga sebahagian pelajar dan guru. Mereka menyalahkan faktor penglibatan dalam sukan dan permainan sebagai penyebab terhadap kemerosotan dalam pencapaian akademik. Tanggapan ini haruslah dikikis dan perlulah dibuktikan kepada masyarakat bahawa sukan dan permainan tidak memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian pencapaian akademik pelajar (Khoo, 1989).

Saturday, April 2, 2011

Kajian berkaitan daya tahan kardiovaskular


Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain seperti sistem respiratori, sistem endokrina dan sebagainya berfungsi dengan berkesan. Sistem kardiovaskular memainkan peranan yang penting untuk mengangkut oksigen kepada sel dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel ke bahagian lain tubuh.

Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, darah dan pembuluh darah. Powers dan Howley (2004), menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam menjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan, badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular supaya dapat menghasilkan kerja dengan menggunakan jumlah oksigen yang maksimum. Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar dapat membenarkan sistem kardiovaskular menghantar jumlah oksigen yang maksimum ke anggota tubuh yang bekerja dan meningkatkan penggunaan oksigen.

Corbin dan Lindsey (2005), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti. Daya tahan kardiovaskular memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang sihat dan salur darah yang baik untuk membekalkan sel badan dengan oksigen. Bagi mengukur tahap keupayaan daya tahan kardiovaskular atau kecergasan aerobik seseorang atlet, banyak ujian-ujian telah dibina yang mana masing-masing mempunyai batasan atau limitasi tertentu seperti kesahan yang rendah. Antara jenisjenis ujian yang telah dibina untuk menguji daya tahan kardiovaskular adalah ujian Bleep (20m shuttle run test, Pacer), ujian Aero, ujian Protokol Bruce, ujian Treadmill Balke, ujian Yo-Yo, ujian berjalan satu batu, ujian berlari 1.5, 2, dan 3 batu, ujian berlari 15 minit Balke, ujian Cooper, ujian berjalan Rockpot, ujian berjalan 2 batu, ujian VO2max, dan pelbagai variasi ujian menapak.

Kajian demi kajian terus dijalankan oleh para pengkaji untuk memajukan bidang ini supaya hasilannya dapat digunakan untuk pengukuran yang lebih berkesan dan efisen yang dapat membantu guru pendidikan jasmani dan jurulatih melaksanakan program pengukuran keupayaan daya tahan kardiovaskular. Ia juga dapat membantu individu yang ingin meningkatkan daya tahan kardiovaskular.  Ujian kecergasan terutama daya tahan kardiovaskular menjadi sangat penting dan sering dijalankan untuk mengukur tahap kecergasan seseorang. Beberapa pengkaji berpendapat, latihan akan dapat meningkatkan kecergasan terutamanya daya tahan kardiovaskular.

Dr. Iakata et. al (1996) telah mengkaji kesan latihan terhadap kecergasan kardiovaskular di kalangan orang tua. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang lelaki sedentari dan 8 orang atlit terlatih berusia 58 tahun hingga 62 tahun. Lelaki sedentari berlatih selama 32 minggu, manakala atlet menghentikan latihan mereka selama 12 minggu. Pengkaji menguji kapasiti aerobik dan keupayaan kardiovaskular subjek semasa permulaan dan pada akhir kajian dengan menggunakan Treadmill. Kajian mendapati bahawa keupayaan kardiovaskular subjek meningkat semasa menjalani latihan. Melalui latihan, lelaki sedentari dapat meningkatkan fungsi manakala atlet yang menghentikan latihan akan menurun.

Pada tahun yang sama, Melanson, Freedson dan Jugbluth (1996) pula telah menjalankan kajian ke atas pelari ( N = 16 ), peluncur ‘ in-line skating ’ ( N = 19 ) dan individu yang tidak mendapat latihan sistematik ( N = 7 ). Kajian ini adalah untuk menguji hipotesis latihan larian dan latihan ‘ in-line skating ‘ dalam peningkatan kardiorespiratori. Kajian yang dijalankan adalah ujian pra dan post VO2max dan ujian treadmill ( maximal treadmill ). Selepas sembilan minggu, didapati peningkatan VO2max boleh dicapai melalui intensiti latihan.

Mc Ardle dan Katch & Katch (1996) pula telah menjalankan kajian tentang perbezaan keupayaan VO2max di antara lelaki dan wanita. Hasil kajian mendapati bahawa 15% -30% VO2max wanita lebih rendah berbanding VO2max lelaki dalam kumpulan yang sama. Perbezaan VO2max di antara lelaki dan wanita dipengaruhi oleh perbezaan komposisi tubuh dan kepekatan hemoglobin. Walaubagaimanapun, kapasiti aerobik wanita yang aktif secara amnya lebih tinggi berbanding lelaki sedentari.

Carroll, Cooke dan Butterly (2000), pula telah menjalankan kajian melihat perkaitan antara laporan aktiviti fizikal kesenggangan kendiri (LTPA) dan VO2max dengan ‘viscosity plasma‘ dan konsentrik hemtokrit (Hct). Kajian ini dijalankan ke atas subjek lelaki pertengahan umur . Hasil kajian menunjukkan pertalian antara LTPA dan VO2max dengan ‘ viscosity plasma ’ dan konsentrik Hct di kalangan subjek tidak merokok dan kumpulan sosio-ekonomi tinggi.

Penggunaan ujian daya tahan kardiovaskular juga digunakan bagi melihat keberkesanan sesuatu latihan. Millet , Jaouen , Borrani dan Candau (2002), telah menjalankan kajian latihan daya tahan yang mempengaruhi ekonomi larian dan pengambilan oksigen (VO2) dalam latihan berat dengan berlandaskan fasa primari dan komponen VO2. Kajian yang dijalankan ke atas lima belas atlet selama empat belas minggu menggunakan ujian larian padang, larian 300 meter, ujian lompatan dan pengukuran kekuatan konsentrik ‘ lower-limb ‘ bertujuan menilai pengaruh kombinasi latihan bebanan dan latihan daya tahan ke atas ekonomi larian dan kinetik VO2 bagi atlet jarak jauh. Hasilan kajian mendapati latihan beban membantu meningkatkan kekuatan maksimum dan ekonomi larian dengan tiada pengaruh secara langsung ke atas VO2 kinetic dalam latihan berintensiti tinggi.

Carter, Banister dan Blaber (2003), pula telah menjalankan kajian tentang kesan umur dan jantina ke atas perubahan kadar nadi selepas latihan daya tahan. Kajian tersebut telah dijalankan selama dua belas minggu ke atas dua puluh empat subjek pelari jarak jauh yang dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan umur dan jantina iaitu subjek berumur 19 – 21 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan. Manakala dua lagi kumpulan adalah subjek berumur 40 – 45 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan. Hasil kajian mendapati berlaku pengurangan yang jelas kadar denyutan jantung pada keadaan rehat pada empat kumpulan umur tersebut. Walau bagaimanapun kumpulan subjek berumur 19 – 21 tahun menunjukkan pertambahan yang banyak dalam jumlah kuasa selepas program tamat.
Perkembangan ujian menapak selepas ujian menapak Harvard diperkenalkan sangat pesat. Pelbagai variasi daripada ujian ini muncul dengan dapatan-dapatan kajian yang meyakinkan. Sykes (1998), telah membina ujian menapak Chester yang digunakan di United Kingdom. Ketinggian bangku yang digunakan adalah pelbagai berdasarkan umur dan sejarah aktiviti fizikal subjek. Ketinggian bangku adalah antara 0.15m hingga 0.30m. Subjek perlu menapak sebanyak 15 kali seminit dan tempo akan meningkat kepada 20 kali seminit selepas dua minit. Apabila subjek mencapai 80% kadar nadi maksimum, ujian akan dihentikan. Pengukuran adalah berdasarkan skala yang telah disediakan.

Buckley et al (2004), menjalankan ujian untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan Chester Step Test (CST) dalam mengukur VO2max dan sebagai latihan aerobik. Ujian CST dijalankan sebanyak dua kali pada hari yang berlainan. Subjek kajian adalah 7 lelaki dan 6 perempuan dengan purata umur 22.4 tahun. Kadar nadi, VO2max dan kadar penggunaan tenaga diukur dalam setiap fasa CST. Hasil dapatan kajian menunjukkan, kesahan CST untuk mengukur VO2max dipersoalkan tetapi mempunyai kebolehpercayaan berasaskan uji-ulanguji.

Pramanik (2001), pula menjalankan ujian kecergasan fizikal ke atas pelajar perubatan di Kathmandu, Nepal dengan menggunakan ujian menapak. Subjek teridiri daripada 62 lelaki dan 44 perempuan berumur antara 18-19 tahun. Ketinggian bangku yang digunakan ialah 10 inci dengan ritma 20 tapakan seminit. Ujian dijalankan selama 3 minit. Kadar nadi selama 30 saat selepas tamat ujian iaitu antara 1-1.5 minit, 2-2.5 minit dan 3-3.5 minit. Indeks Kecergasan Fizikal (PFI) dikira menggunakan formula berikut:

                        Jangkamasa Latihan
PFI = ------------------------------------------- x 100
                 2 x (3 kadar nadi pemulihan)

Norma bagi kecergasan fizikal yang digunakan adalah < 40 (sangat lemah), 41-50 (lemah), 61-70 (sederhana), 71-80 (cergas) dan 81-90 (sangat cergas). Dapatan kajian menunjukkan, kecergasan 10.4% pelajar di kolej tersebut lemah, 23.6% sederhana, 39.6% cergas, dan 17.9% sangat cergas.

Tidak ketinggalan Chiasson dan Tremblay (2002), menggunakan ujian menapak Canadian Home Fitness Test sebagai salah satu ujian dalam bateri ujiannya untuk menguji kecergasan fizikal pelajar kolej. Subjek kajian adalah pelajar kolej lelaki (423) dan perempuan (427) yang berumur antara 17-20 tahun. Hasil dapatan kajian menunjukkan, ujian menapak merupakan ujian yang dapat mengesan perbezaan yang nyata terhadap adipositi.

Ujian menapak Queen College pula digunakan oleh Satipati Chatterjee, Pratima Chatterjee dan Amit Bandyopadhyay (2003), untuk menguji kesahan dalam mengukur VO2max di kalangan pelajar perempuan. Subjek kajian adalah 40 pelajar perempuan yang tidak aktif dan mempunyai sosioekonomi yang sama dari universiti Calcutta, Kolkata. Scholander micro-gas analyzer digunakan untuk menganalisis VO2max secara langsung selepas subjek menjalani latihan berbasikal. Pengukuran secara tidak langsung menggunakalan protokol ujian menapak Queen College. Dapatan kajian menunjukkan, ujian ini dalam bentuk asal tidak boleh digunakan untuk mengukur VO2max secara terus tetapi boleh diubahsuai untuk digunakan terutama jika ketiadaan peralatan ujian makmal.

Sementara itu Stanley Sai-chuen Hui dan Peggy Pui-Yee Cheung (2004), telah menjalankan ujian menapak 3 minit yang berbeza ritma ( 22, 26 dan 30 tapakan seminit) untuk menilai ujian menapak 3 minit dengan kadar tapakan yang manakah mempunyai kesahan yang tinggi. Subjek kajian merupakan 50 kanak-kanak berbangsa Cina dengan purata umur 8.92 tahun. Ketinggian bangku yang digunakan ialah 30.5cm. Kadar nadi direkodkan selama 15 saat setelah subjek menamatkan setiap ujian. VO2max subjek diuji dan diukur menggunakan protokol ujian treadmill. Ujian anthropometric juga dilakukan ke atas subjek. Setiap ujian menapak 3 minit yang dijalankan dikorelasikan dengan ujian treadmill dan anthropometric. Hasil dapatan kajian menunjukkan, ujian menapak 3 minit dengan 26 minit tapakan seminit mempunyai kesahan yang paling tinggi dan merupakan ujian yang sesuai untuk menguji daya tahan kardiovaskular kanak-kanak berbangsa Cina.

Selain ujian menapak, ujian Bleep juga merupakan ujian yang sangat popular dan dilihat lebih dominan bagi menguji daya tahan kardiovaskular. Ujian Bleep semakin berkembang dengan pelbagai nama digunakan seperti 20m multi stage fitness, Leger Shuttle Run dan Pacer. M.K. Stickland (2003), menjalankan kajian untuk menguji ketepatan ujian 20m Multi Stage Run Test bagi menganggar VO2 submax di kalangan remaja. Sampel kajian terdiri daripada 60 lelaki dan 62 wanita (umur 25.3 – 25.1).

Persamaan secara regressi oleh Leger et al (1988), dan Leger dan Goudry (1989), diuji secara sistematik untuk kedua-dua jantina sampel secara berasingan. Hasil kajian mendapati ujian secara berasingan antara gender menunjukkan ketepatan yang lebih tinggi dalam menganggar VO2submax mengunakan ujian 20m Multi Stage Run Test. Tomkinson et al (2003), pula telah menjalankan analisis penurunan prestasi aerobik berdasarkan 55 kajian yang dijalankan di 11 negara menggunakan 20m Shuttle Run Test. Data dikumpul dari tahun 1981-2000. Jumlah subjek yang terlibat dalam kajian dan analisis ini adalah 129882 orang kanak-kanak dan remaja. Hasil analisis tersebut menunjukkan prestasi kecergasan kanak-kanak dan remaja semakin menurun dari tahun 1981 hingga 2000 pada kadar 0.43% setahun kerana trend gaya hidup sekular yang semakin berkembang.

Eider Onate et al (2006), turut menjalankan kajian untuk menguji kesahan ujian 20m Multi Stage Run Test dalam mengesan penyakit asma yang digunakan dalam Program Pendidikan Jasmani di Sepanyol. Sampel kajian terdiri daripada 826 orang pelajar (460 lelaki dan 366 perempuan) berumur antara 6 hingga 12 tahun. Ujian dijalankan menggunakan kaedah silang antara ujian 20m Multi Stage Run Test, Larian secara bebas dan item soalan International Asthma and Allergies in Childhood (ISAAC). Kajian mendapati bahawa ujian 20m Multi Stage Run Test tidak sah untuk mengenal pasti kanak-kanak yang menghidap penyakit asma.

Aziz A.R. et al (2004), menjalankan kajian perbandingan prestasi pemain bola sepak berdasarkan posisi antara ujian 20m Multi Stage Shuttle Run Test, Yo-yo Intermitten Test dan Treadmill . Subjek terdiri daripada 21 orang pemain bola sepak remaja kebangsaan Singapura. Hasil kajian mendapati Yo-yo Intermitten Test tidak signifikan dengan VO2max daripada ujian yang dijalankan menggunakan 20m Multi Stage Run Test dan treadmill. Namun begitu, bagi menguji daya tahan kardiovaskular pemain bola sepak Yo-yo Intermitten Test lebih sesuai digunakan berbanding 20m Multi Stage Run Test.

Selepas kajian perbandingan prestasi pemain bola sepak berdasarkan posisi antara ujian 20m Multi Stage Shuttle Run Test, Yo-yo Intermitten Test dan Treadmill, Aziz A.R. et al. (2005), menjalankan pula kajian perbandingan Maximal Oxygen Uptake (MOuptake) dalam ujian 20m Multi Stage Run Test dengan ujian treadmill. Subjek terdiri daripada 8 atlet yang terlibat dalam sukan daya tahan dan 8 atlet yang terlibat dalam sukan berpasukan. Hasil kajian mendapati MOuptake dalam 20m Multi Stage Run Test lebih rendah berbanding dalam ujian treadmill bagi atlet daya tahan tetapi sama bagi atlet berpasukan. Hasil kajian, penyelidik membuat kesimpulan, jenis sukan khusus merupakan faktor penting dalam menguji VO2submax terutama bagi atlet daya tahan.

Sementara itu, Flouris A.D. et al (2005), telah menjalankan kajian meningkatkan keberkesanan ujian 20m Multi Stage Shuttle Run Test menggunakan algorithma. Subjek kajian terdiri daripada 110 lelaki remaja. Portable gaz analyzer digunakan dalam ujian treadmill untuk menentukan tahap VO2max daripada 70 subjek untuk mendapatkan kesahan silang. Hasil kajian mendapati algorithma untuk VO2CR menggunakan 20m Multi Stage Shuttle Run Test dapat meningkatkan kecekapan ujian ini dalam menentukan aspek kesihatan dan kecergasan.

Jantine D. Slinger et al (2006), telah mengkaji perhubungan antara ujian prestasi aerobik dengan bentuk tubuh. Subjek terdiri daripada 502 orang kanakkanak berumur antara 10 – 15 tahun. Subjek kajian terdiri daripada 53% subjek lelaki dan 47% perempuan. Subjek menjalani menjalani ujian basikal ergometer dan Shuttle Run untuk menguji prestasi aerobik. Body Mass Index (BMI) dan peratus lemak (menggunakan skin fold) diukur untuk mengira Fat Free Mass Normalised to the stature (FFMI) dan Fat Mass Normalised to Stature (FMI). Hasil kajian mendapati terdapat perhubungan antara bentuk tubuh dan prestasi dalam ujian aerobik.

Ash et al (2007), telah mengkaji persamaan dalam menganggarkan VO2 peak menggunakan Leger 20m Shuttle Run (LST) dan tindak balas denyutan nadinya. Sampel terdiri daripada 17 wanita berumur antara 11 hingga 20 tahun dan 17 lelaki berumur antara 23 hingga 25 tahun. Subjek menjalani ujian treadmill dan LST. Hasil kajian mendapati keputusan LST berada di bawah atau di atas anggaran VO2max berbanding treadmill. Hasil kajian mencadangkan Body Mass Index (BMI) dan kadar nadi submaximal boleh digunakan untuk menganggarkan VO2max .

John Cairney (2007), menjalankan kajian kesan motivasi ke atas pengukuran kecergasan  aerobik yang menggunakan ujian lapangan. Subjek kajian terdiri daripada 2245 orang pelajar berumur 9 tahun dripada 75 buah sekolah di Kanada. Penyelidik menggunakan ujian Children Self-perception for Physical Activity Scale (SSAPPA) untuk menentukan tahap motivasi subjek terhadap aktiviti fizikal dan Leger Shuttle Run Test untuk menentukan kapasiti aerobik. Hasil kajian mendapati terdapat perhubungan yang signifkan antara tahap motivasi dan kapasiti aerobik. Penyelidik menjelaskan, penghargaan kendiri mempunyai perhubungan yang sangat kompleks dengan ujian prestasi.

Daya Tahan Kardiovaskular

Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain seperti sistem respiratori, sistem endokrina dan sebagainya untuk berfungsi dengan berkesan. Sistem kardiovaskular memainkan peranan yang penting untuk mengangkut oksigen kepada sel dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel ke bahagian lain tubuh. Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, darah dan pembuluh darah.

Daya tahan kardiovaskular merupakan satu komponen asas dalam kecergasan fizikal yang merangkumi penguncupan kumpulan otot besar yang memerlukan penyesuaian sistem peredaran respirasi. Pengukuran dan penilaian kecergasan atau daya tahan kardiovaskular menjadi satu aspek penting dalam ujian kecergasan fizikal. Heyward (1991), menyatakan satu daripada komponen yang terpenting bagi kecergasan fizikal adalah daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan melakukan latihan dinamik yang melibatkan kumpulan otot besar bagi tempoh masa panjang.

Daya tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Ia boleh didefinisikan sebagai keupayaan jantung, salur darah dan paru-paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal. Ini menjelaskan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah berkaitan dengan efisiensi dan keupayaan sistem kardiovaskular mengepam dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh tubuh secara berterusan bagi membolehkan seluruh anggota tubuh bekerja dalam tempoh masa yang panjang.

Individu dikatakan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik. Kapasiti aerobik adalah konsep yang digunakan untuk menggambarkan status fungsi sistem kardiovaskular. Ia juga dikenali sebagai VO2 max. VO2 max didefinisikan sebagai kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh tubuh badan semasa melakukan aktiviti fizikal. Apabila melakukan aktiviti fizikal, keperluan tenaga akan meningkat sejajar dengan peningkatan kadar kerja sehingga sampai ke penggunaan oksigen yang maksimum. Oleh itu, semakin tinggi tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular, semakin banyak jumlah darah beroksigen yang boleh di hantar ke otot-otot. Tempoh masa bekerja akan menjadi lebih lama sebelum mencapai tahap kelesuan. Keperluan kepada meningkatkan kecergasan daya tahan kardiovaskular adalah sangat signifikan disebabkan komponen ini penting dalam semua jenis pertandingan sukan dan permainan dan juga aktiviti seharian.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung dan salur darah. Jantung adalah organ yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan manakala salur darah menyalurkan darah ke setiap sel di dalam badan.







 






Pengekal
 
 



Rajah 2.3  Fungsi Sistem Kardiovaskular

Howley dan Franks (1997), pula menyatakan kecergasan merupakan pengukuran keupayaan jantung mengepam darah yang kaya dengan oksigen kepada tubuh dan keupayaan mengawal serta pulih semasa aktiviti fizikal. Miller (1998), memberikan definisi kecergasan adalah keupayaan tubuh melaksanakan aktiviti berintensiti tinggi bagi tempoh masa yang panjang. Ia meliputi fungsi jantung, paru-paru, darah dan kapasitinya mengangkut oksigen ke semua bahagian tubuh dan sel otot yang menggunakan oksigen bagi membekalkan tenaga yang diperlukan untuk latihan dan aktiviti daya tahan.

Berbeza dengan Miller, Robergs dan Roberts (2000), memberikan definisi yang lebih luas berkaitan kecergasan. Kecergasan meliputi banyak komponen termasuk daya tahan kardiorespiratori, daya tahan otot, fleksibiliti, komposisi tubuh badan, kekuatan otot dan kualiti emosi serta psikologi. Istilah kecergasan digunakan untuk menjelaskan komponen kardiorespiratori dan fungsi otot dari aspek daya tahan, kekuatan dan kuasa. Namun begitu, aspek fizikal adalah aspek yang sering diberikan penekanan bagi menjamin satu tahap kecergasan yang memuaskan di kalangan para atlet. Powers dan Howley (2004), pula menghuraikan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam menjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan, badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular supaya dapat menghasilkan kerja dengan menggunakan jumlah oksigen yang maksimum.

Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar dapat membenarkan sistem kardiovaskular menghantar jumlah oksigen yang maksimum ke anggota tubuh yang bekerja dan meningkatkan penggunaan oksigen. Pendapat ini disokong oleh Marieb (2004), iaitu daya tahan kardiovaskular dapat mempertingkatkan kecekapan mekanisme fisiologi jantung. Corbin dan Lindsey (2005), memberikan definisi yang hampir sama dengan pernyataan Miller iaitu daya tahan kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti.

Daya tahan kardiovaskular memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang sihat dan salur
darah yang baik untuk membekalkan sel badan dengan oksigen. Kebolehan kita melakukan kerja-kerja seharian tanpa rasa lesu adalah satu indikator kepada tahap kecergasan fizikal. Kebanyakkan manusia yang cergas tidak hanya mempunyai tenaga untuk menyelesaikan kerja setiap hari, tetapi juga boleh melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan tidak dirancang di luar rumah atau di tempat-tempat lain.

Daya tahan fizikal memainkan peranan yang sangat penting untuk mengelakkan kelesuan dan mengekalkan prestasi serta kesediaan melakukan aktiviti. Kecekapan menyesuaikan aktiviti dapat dilaksanakan dengan adanya hubungan antara daya tahan fizikal seseorang. Individu yang mempunyai tahap daya tahan fizikal yang tinggi dapat menambahkan kualiti dan kuantiti hasil daripada pekerjaan atau aktiviti yang dilakukannya. Seseorang yang mampu melakukan siri latihan fizikal dan kurang mengalami kelesuan mempunyai daya tahan kardiovaskular.

Untuk mendapatkan daya tahan kardiovaskular ini, seseorang itu harus menjalani satu siri latihan berterusan dan sistematik dalam jangka masa tertentu oleh seseorang individu yang mahir dalam bidang sukan. Individu yang berjaya mencapai tahap daya tahan kardiovaskular yang baik, mempunyai banyak kelebihan antaranya dapat memperbaiki peredaran darah dan respiratori, mengurangkan risiko serangan jantung, memperbaiki kadar metabolisma lemak serta mengubah personaliti, konsep kendiri dan kestabilan emosi seseorang.

Dari sudut kecekapan, daya tahan dan keupayaan maksimum, daya tahan kardiovaskular merupakan pengukuran fungsi kardiorespiratori (Safrit, 1981). Tahap kecergasan kardiovaskular seseorang diukur dengan kapasiti aerobik VO max dari senaman maksimum dan submaksimum yang digunakan. Kapasiti pengambilan oksigen maksimum sebagai petunjuk kebiasaan bagi kecergasan kardiorespiratori seseorang.

 Antara ujian yang kerap kali digunakan bagi mengukur tahap daya tahan kardiovaskuar adalah Ujian menapak Harvard yang diperkenalkan oleh Brouha pada tahun 1943, ujian menapak Queen College yang diubahsuai daripada ujian menapak Harvard dan ujian Bleep.

Ujian menapak Harvard dan Queen College berfungsi dalam menentukan kemampuan kadar pemulihan selepas melakukan aktiviti pada jangka masa yang lama. Ujian ini dilakukan berdasarkan keadaan daya tahan jantung dalam menghasilkan kadar denyutan manakala ujian Bleep menggunakan pencapaian pada tahap larian dan VO2max sebagai indikator kecergasan kardiovaskular.

Friday, April 1, 2011

Kajian Berkaitan Perkembangan Kemahiran Motor dalam Pendidikan Jasmani


 Pada awal tahun 1931, Shirley (petikan Isaacs & Pyne, 2002) telah membuat kajian terhadap bayi seramai 25 orang mengenai obesiti yang mempengaruhi penglibatan perkembangan motor. Hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai obesiti menyebabkan mereka lambat melakukan pergerakan untuk berjalan. Ini disebabkan oleh bebanan yang ditanggung oleh mereka dalam melakukan pergerakan. Bukti ini dapat diperkukuhkan lagi apabila Jaffe dan Kosakov (1982) membuat kajian yang sama dan hasil yang diperoleh juga sama seperti kajian yang dibuat oleh Shirley.

Umur, jantina dan komposisi badan juga mempengaruhi kanak-kanak dalam melaksanakan kebolehan asas motor. Ini terbukti apabila pada tahun 1983, penyelidik Pissanos, Moore dan Reeve (petikan Isaacs & Payne, 2002) membuat kajian terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia 6 hingga 10 tahun dengan menggunakan “Skinfold Fat Test”. Kajian ini juga disokong oleh Isaac dan Pohlman’s (2000) di mana mereka menyatakan bahawa peningkatan berat badan akan mempengaruhi pencapaian keupayaan kemahiran asas motor sepertimana penyelidik membuat ujian lompat berdiri (vertical jump) terhadap murid sekolah rendah yang berumur 7 hingga 11 tahun.

Miller (1978) menyatakan bahawa proses pembelajaran kemahiran pergerakan asas berlaku ketika kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun. Beliau telah menjalankan kajian mengenai program pengajaran yang berkaitan dengan arahan yang boleh meningkatkan kemahiran asas pergerakan, apabila mereka mencapai tahap kematangannya. Pembinaan motor kanak-kanak juga berlaku ketika usia mereka 2 hingga 6 tahun. Kajian ini dilakukan pada tahun 1973 oleh Sinclair (petikan Gallahue, 2002), apabila keputusan daripada analisis ‘longitudinal film’ yang dibuat menyatakan bahawa 25 pergerakan dalam andaian permulaan untuk memberi galakan ianya maju adalah dalam jarak masa 6 bulan. Oleh itu, kemahiran pergerakan boleh diperolehi ketika awal kanak-kanak lagi. Manakala William’s (1970), membuat kesimpulan bahawa keupayaan pergerakan kanak-kanak berlaku ketika berusia antara 3 hingga 6 tahun lagi dan pergerakannya lebih meningkat seiring dengan peningkatan umur mereka.

Johnson (1962) menyatakan bahawa umur dan ‘motor performance’ mempunyai hubungkait. Beliau membuat kajian terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada tahun 1 hingga tahun 6 dan di dapati skor variasi motor yang diperolehinya dapat menunjukkan dengan jelas ketika mereka pada tahap yang ke-5. Pada tahun 1969 Cratty dan Martin (petikan Gallahue, 2002) juga menyatakan bahawa umur dan ‘motor performance’ mempunyai hubungkait. Kajian ini dilakukan terhadap kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun dan didapati ianya mengikut urutan dalam hasil kajian yang diperolehinya dari segi variasi lokomotor, manipulatif dan persepsi abiliti (keupayaan).

Kajian tentang hubungan antara umur, ketinggian dan berat badan dengan ujian yang melibatkan larian, lompatan dan balingan dilakukan oleh Espenchade (1963). Kajian yang dijalankan melibatkan 7600 orang pelajar yang berumur 10 hingga 18 tahun. Berdasarkan kajian tersebut didapati kolerasi antara ujian prestasi dengan ketinggian, berat badan untuk setiap peringkat umur adalah rendah. Angkubah jarak balingan dan ketinggian bagi lelaki berumur 13 tahun menunjukkan kolerasi yang tinggi. Di samping itu, norma prestasi berdasarkan faktor umur turut dibentuk.

Kajian mengenai perbezaan umur dan jantina terhadap kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun telah dilakukan oleh Morris, William, Atwater & Willmore (1982). Dari segi faktor jantina, murid lelaki dalam kumpulan umur yang sama, mempunyai skor ujian yang lebih baik berbanding dengan murid perempuan dalam ujian membaling, lari pecut dan lompat berdiri. Perbezaan di antara jantina dalam prestasi kemahiran motor telah berlaku lebih awal lagi, iaitu semasa murid di peringkat prasekolah lagi (Morris et al.,1982). Perbezaan ini lebih ketara lagi apabila murid perempuan sedang meningkat umur. Rubin, Fein & Vandenburg (1983) dan Rogers & Sawyers (1988) dalam satu kajian telah dilakukan ke atas murid-murid prasekolah berkaitan kemahiran motor melalui bermain. Beliau berpendapat bahawa bermain, bergerak dan melakukan aktiviti fizikal adalah sangat penting dalam perkembangan sosial mereka. Beliau juga berpendapat bahawa Pendidikan Kemahiran Motor adalah satu tanggungjawab untuk menyediakan maklumat kepada kanak-kanak tersebut berkaitan dengan kebolehan dirinya dan juga prestasinya.

Setiap kajian yang dijalankan turut melibatkan lakuan motor ke atas kanak-kanak berkeperluan khas dan tidak hanya tertumpu kepada lelaki dan perempuan dewasa sahaja. Kajian lakuan motor di antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak terencat akal (educable mentally retarderal) telah dijalankan oleh Dobbins (1981). Berdasarkan Johnson dan Nelson (1986), didapati bahawa kekerapan latihan dan pembelajaran membolehkan kanak-kanak terencat akal mengatasi kanak-kanak normal dalam beberapa aktiviti lakuan motor.

Ujian lakuan motor ‘ Barrow Motor Ability Test’ oleh Barrow (1954), menggunakan subjek daripada pelajar lelaki kolej. Hasil daripada kajian, dua set bateri ujian diperkenalkan oleh Barrow. Bateri ujian pertama terdiri daripada enam item iaitu lompat jauh berdiri (kuasa), lontar softball (koordinasi lengan bahu), larian zig zag (ketangkasan), lontar bola segar (kekuatan), lantun bola ke dinding (koordinasi mata – tangan), dan lari pecut 60 ela (kepantasan). Bateri ujian kedua terdiri daripada tiga item iaitu lompat jauh berdiri, lontar bola segar dan larian zig zag. Pada asalnya ujian ini, mempunyai lapan item ujian iaitu termasuk keseimbangan dan kelembutan tetapi enam sahaja digunakan (seperti di atas). Ini kerana enam ujian ini yang dipilih dapat menjangkakan sebanyak 70% varian keupayaan pelajar.

Hasil kajian Revie dan Larkin (1993) menunjukkan bahawa guru Pendidikan Jasmani tidak berupaya mengenal pasti murid yang mempunyai masalah perkembangan motor. Perkara tersebut berlaku kerana didapati guru kurang latihan profesional dalam aspek lakuan motor kanak-kanak.

Pada tahun 2001, Achuldheisz dan Mars telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti perhubungan antara penyeliaan aktif guru dengan tahap aktiviti pelajar. Oleh itu, beliau telah melakukan kajian ke atas lapan orang pelajar dari sekolah menengah rendah yang dipilih secara rawak menjalani ujian selama dua minggu. Aktiviti yang dipilih adalah kemahiran dalam permainan bola keranjang. Kajian mendapati, peningkatan tahap aktif daripada 60% kepada 76% pada hari ke empat dan ke lima penyeliaan aktif guru. Manakala pada hari ke enam, penurunan tahap aktif berlaku daripada 76% kepada 46% apabila guru melakukan penyeliaan yang pasif. Hasil daripada kajian tersebut, Achuldheisz dan Mars telah membuat rumusan bahawa penyeliaan aktif berupaya meningkatkan penguasaan dalam kemahiran berkaitan dengan aktiviti fizikal.

Kajian awal tentang ujian kemahiran asas motor dan kecergasan fizikal telah dilakukan oleh AAHPER (Amerika Alliance For Health, Physical Education and Recreation 1958 & 1965). Kajian ini telah menggunakan tujuh item ujian iaitu mendagu, bangkit tubi, kaki lurus, lari ulang alik (4 x 30 kaki), lompat berdiri, lari landas 50ela, membaling bola sofball dan lari atau berjalan 600 ela. Tetapi pada tahun 1976, AAHPERD telah memperkenalkan “Youth Fitness Test” untuk mengenal pasti beberapa ujian yang terdahulu yang perlu dibaiki atau dihapuskan. Pada tahun 1976, AAHPERD telah menjalankan satu kajian dan telah menghasilkan norma ujian kemahiran asas motor dan kecergasan fizikal untuk murid 10-17 tahun. Menurut Ross, Pate dan Corbin (1987), ujian ini adalah ujian yang pertama bagi menguji prestasi lakuan motor murid.

Lanjutan daripada item ujian yang diperkenalkan oleh AAHPERD (1976), ramai penyelidik telah menjalankan kajian perbandingan mengenai item yang sama dan mengubahsuai item yang sedia ada. Pada tahun 1976 juga, Milne, Seefeldt dan Reuschlein telah membuat kajian tentang perhubungan antara jantina dan gred ke atas prestasi motor murid tadika gred satu dan gred dua. Hasil daripada kajian itu menunjukkan semua murid dari peringkat gred ini memperoleh keputusan yang signifikan bagi ujian yang berkaitan dengan kelajuan, kuasa dan daya tahan. Dalam ujian ini, murid lelaki mempunyai prestasi yang lebih baik dalam ujian ketangkasan, kelajuan dan kuasa tapi tidak pada ujian kelembutan dikuasai oleh murid perempuan. Manakala prestasi murid tadika gred dua lebih baik berbanding dengan murid tadika gred satu. Secara keseluruhannya, prestasi murid lelaki adalah lebih baik berbanding murid perempuan bagi setiap gred dalam ujian perlakuan motor.

Menurut Mc Cullagh, Stient dan Neiss (1990), pelajar yang lebih tua di sekolah rendah dapat melakukan aktiviti kemahiran motor yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang lebih muda. Branta (1982), juga memperoleh dapatan yang sama di mana beliau mendapati bahawa kumpulan pelajar sekolah rendah yang lebih tua mempunyai prestasi lakukan kemahiran asas motor yang baik. Perkara ini berlaku kerana pelajar tersebut mempunyai kelebihan tisu-tisu otot, kepanjangan ruas tulang, kecekapan koordinasi, kuasa otot dan kekuatan otot yang meningkat baik. Selain itu, pelajar yang mengalami perkembangan fizikal yang lebih awal menunjukkan kelebihan dalam aktiviti larian pecut, membaling dan memukul bola. Ini jelas menggambarkan bahawa faktor umur memberi pengaruh terhadap prestasi kemahiran asas motor.

Prestasi lakuan motor boleh dipengaruhi oleh perubahan biologi yang berbeza pada murid. Perkara ini telah dirumuskan oleh Thomas dan French pada tahun 1985. pengaruh persekitaran yang berbeza di antara murid lelaki dan perempuan juga boleh mempengaruhi prestasi dalam perlakuan motor mereka. Bentuk alatan, jenis permainan dan kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat juga boleh membezakan perlakuan motor di antara murid lelaki dan perempuan (Morris, 1981). Di sini kita dapat lihat, bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai otot lengan yang lebih kuat berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Faktor-faktor biologikal seperti berat badan, komposisi badan dan diameter sendi mempengaruhi prestasi kanakkanak perempuan. Dalam balingan pula, kanak-kanak perempuan tidak dapat membuat balingan sejauh kanak-kanak lelaki kerana tahap perkembangan dan corak pergerakan mereka kurang diberi galakan dalam latihan.

Dalam mengenal pasti faktor imbangan, Whelan telah melaporkan tentang faktor yang berhubung dengan kajian Bass iaitu tindak balas kinestetik am, fungsi vertikal semi circular canal, ampurlar sensiviti dan juga pemusatan mata. Wlelan mendapati tahap imbangan orang buta dan orang yang normal penglihatan adalah berbeza. Bagi orang buta mereka masih boleh mencapai imbangan melalui deria dengar dan juga sentuhan (di petik daripada Johnson dan Nelson, 1988).

Cratty (1966), pula mendapati bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur bawah enam tahun tidak mempunyai kemahiran imbangan yang baik lagi. Di mana melalui kajian beliau mendapati bahawa kanak-kanak lelaki ini tidak dapat melakukan dirian dengan menggunakan satu kaki ketika sebelah mata ditutup dengan baik. Oleh itu mereka akan mempertingkatkan lagi kebolehan mereka ini dari masa ke semasa. Oleh itu, umur didapati mempunyai perkaitan dengan kebolehan mengimbangkan badan. E.J. Spamer (1985), dalam kajiannya telah mendapati bahawa latihan yang spesifik mempunyai perkaitan dalam pembelajaran motor. Hasil dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kemampuan di kalangan kumpulan eksperimen yang berbeza dan menerima pelbagai jenis latihan. Perbezaan didapati pada semua kumpulan peringkat umur.

Penguasaan kemahiran motor boleh dicapai dengan sempurna melalui latihan yang dibuat samada secara formal atau tidak formal. Ini telah dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh Paul Dunham, Jr., Trey Dunham dan Timothy Andrew Dunham (1988). Dalam kajian ini pengkaji telah memilih seramai 51 orang sampel gred 1 di Kinona Primary School, Papua New Guinea. Hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan latihan yang tersusun dan spesifik dapat memberikan kesan yang signifikan dalam membentuk sistem kemahiran di kalangan pelajar.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Jerry R.Thomas dan Karen E.French (1985), mereka telah mendapati terdapat perbezaan dalam pelakuan motor antara lelaki dan perempuan mengikut umur. Dalam hasil kajian yang mereka lakukan, mereka tidak bersetuju bahawa wanita tidak boleh mempunyai kemahiran yang tinggi dalam beberapa jenis sukan, apa yang penting ialah pemilihan mereka dalam jenis sukan yang hendak disertai yang mana ianya melibatkan perbezaan dari segi faktor biologi.

Rowe dan Evans (1994), mendapati peserta yang mempunyai mata (retina) yang gelap (coklat dan hitam) mempunyai prestasi yang tinggi terhadap aktiviti yang memerlukan reaksi yang tinggi (memukul bola yang dibaling atau di lantun) berbanding dengan peserta yang mempunyai retina mata yang cerah (biru, hijau dan hazel). Mereka turut memperolehi bahawa prestasi peserta lelaki lebih baik jika dibandingkan dengan prestasi peserta perempuan muda dalam aktiviti memukul bola ke hadapan. Pukulan mereka juga turut dipengaruhi oleh warna bola yang hendak dipukul iaitu bola biru lebih baik berbanding dengan bola berwarna kuning atau hijau.

Manakala Morris (1976) pula melaporkan bahawa warna yang kontra (contrasts) antara bola dan latar belakang mungkin mempengaruhi tindak balas bagi persepsi motor. Bola warna biru dan latar belakang putih merupakan padanan kontra yang baik. Pissanos, Moore dan Reeve (1983), menjalankan kajian keatas 80 orang peserta untuk melihat kesan umur, jantina dan komposisi badan ke atas prestasi kemahiran motor. Beliau mendapati umur memainkan peranan penting dalam keupayaan prestasi perlakuan kemahiran motor ke atas ujian kemahiran asas motor (Pate, ross, Dotson dan Gilbert, 1985).

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Morris, William Atwater dan Wilmore (1982) berkaitan dengan kesan umur dan jantina ke atas prestasi kemahiran asas motor. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mempunyai umur yang sama. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan tersebut memperolehi skor yang hampir sama dalam ujian membaling. Manakala didapati bahawa pengaruh umur juga signifikan dalam kemahiran menangkap dan keseimbangan. Menurut pendapat Eaton dan Erns (1986), faktor biologi memainkan peranan dalam perbezaan jantina semasa mlakukan aktiviti lakuan motor. Mereka mendapati lelaki lebih aktif jika hendak dibandingkan dengan perempuan.

Perkembangan Kemahiran Asas Motor


 Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum, memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani mendidik seseorang melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. prestasi kemahiran asas motor ialah kemahiran menguasai pergerakan asas seperti berlari, melompat, membaling dan menangkap bola. Ini menunjukkan bahawa kemahiran merupakan suatu tindakan, tugasan atau corak tindak balas yang tertentu dalam melakukan sesuatu pergerakan. Keupayaan pergerakan asas merupakan asas pergerakan permulaan semasa kanak-kanak bergerak dan berjalan serta melakukan pergerakan yang melibatkan persekitaran.

Menurut Singer, dalam Vasudevan (1989), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau gerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Bayi yang baru lahir sudah boleh menghasilkan beberapa refleks primitif seperti menghisap, menggenggam dan menoleh melalui sentuhan pipi. Pergerakan tersebut terjadi secara involuntari iaitu hasil daripada tindak balas terhadap ransangan dari persekitaran dan keperluan hidup seperti perasaan lapar dan ingin dilindungi (Seifert dan Hoffnung, 2000). Apabila otak bayi berkembang sedikit demi sedikit, pergerakan involuntari kanak-kanak akan hilang sedikit demi sedikit maka kemahiran motor bayi akan menjadi lebih baik. Oleh itu, kemahiran motor kasar bayi juga akan meningkat dengan cepat. Sepanjang dua tahun pertama bayi akan memahirkan diri mereka dengan kemahiran asas motor seperti duduk, berdiri, berjalan dan berlari (Praagh,1998).

Sebelum melangkah ke alam persekolahan, kanak-kanak terus mempelajari kemahiran motor secara tidak formal. Pada usia dua hingga empat tahun, kemahiran motor kanak-kanak berada di peringkat generik di mana mereka akan melihat dan meniru pergerakan orang dewasa yang mereka lihat. Bagaimanapun, pergerakan kanak-kanak ini masih terhad dan tidak lancar. Pergerakan ini dikenali sebagai pola pergerakan belum matang. Pola pergerakan kanak-kanak akan menjadi matang apabila mereka melangkah memasuki umur empat hingga enam tahun di mana mereka berada di alam prasekolah. Ketika ini pergerakan kanak-kanak berada di peringkat ordinatif di mana kanak-kanak berupaya membuat pengubahsuaian dan penghalusan pergerakan (Littlewood dan Pridmore, 1997).

Kanak-kanak mula diperkenalkan dengan kemahiran asas motor secara formal apabila mereka berada di alam persekolahan (siedentop, Herkowitz & Rink, 1984). Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Tahap I telah dirancang dengan teliti oleh Pusat Perkembangan Kurikulum agar mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh dijadikan sebagai kaedah asas penguasaan Kemahiran Asas Motor yang lebih kompleks.

Kemahiran asas motor yang diajar di tahap I bersesuaian dengan pendapat Wall (1990), yang menyatakan bahawa pada usia kanak-kanak enam hingga sembilan tahun, tahap koordinasi mata-tangan dan mata-kaki kanak-kanak sedang berkembang pesat. Otot kanak-kanak akan bertambah kuat, kelembutan pergerakan akan bertambah baik dan ketangkasan serta keseimbangan tubuh juga meningkat. Tetapi apabila berada di Tahap II, murid-murid ini tidak lagi diajar dengan kemahiran asas motor. Kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif akan digabungjalinkan ke dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga. Kemahiran tersebut sesuai dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gallahue (1996) di mana kanak-kanak berusia antara sepuluh hingga dua belas tahun seharusnya berupaya untuk melakukan aksi sukan yang memerlukan kepantasan dan kecekapan.

Perkembangan motor kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Setiap tahap perkembangan motor mereka adalah unik dan berkait rapat dengan tumbesaran tulang, otot, saraf dan organ dalaman (Willmore dan Costill, 1996).


Monday, March 21, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Comprehensive Assessment Base on Taxonomies Levels

PE plays an important role in the growth and overall development of students through the learning outcomes in cognitive, psychomotor and affective domains (Darst & Pangrazi, 2006). In 1989, a formal summative assessment of the PE subject was introduced for the first time and the assessment comprises two parts, namely examination and national physical fitness standard test (SEGAK). However, this assessment is not comprehensive enough as students are evaluated only by means of an examination (cognitive domain) and the SEGAK test (psychomotor domain) focuses only on the aspect of physical fitness. As such, the existing assessment method for PE subjects is neither complete and holistic nor balanced and comprehensive owing to the unavailability of a standard instrument for use by teachers to assess students, particularly those involving skills in sports. This study introduces a Comprehensive Assessment (CA) to assess the learning outcome levels of students in badminton (Figure 1).The CA is developed based on the taxonomies of learning by Bloom (1956) for the cognitive domain, Dave (1970) for the psychomotor domain and Krathwohl et al. (1964) for the affective domain. 

Sunday, March 20, 2011

VALIDITY AND RELIABILITY OF COMPREHENSIVE ASSESSMENTS FOR HAND BALL AND BADMINTON GAMES IN PHYSICAL EDUCATION


Norkhalid bin Salimin
Jani Julismah

Abstract
This study was undertaken to assess the validity and reliability of a comprehensive assessment instrument for playing handball and badminton in the subject Physical Education. This study used six different instruments in a comprehensive assessment of cognitive assessment handball game, the assessment of psychomotor handball game, the assessment of affective play handball, badminton cognitive assessment, evaluation and assessment of psychomotor affective badminton badminton game. Measurement tools developed in this study based on the level of Bloom's taxonomy (1956) for the cognitive domain, taxonomic Dave (1970) taxonomy of psychomotor domain and Krathwohl et al. (1964) for the affective domain. The findings showed that a comprehensive assessment of the validity of the handball game was r =. 82, and a comprehensive assessment of badminton is r =. 80. While the reliability of cognitive assessment handball r =. 78 (N = 36), psychomotor assessment handball α =. 93 (N = 31), affective assessment handball α =. 83 (N = 39), cognitive assessment badminton r = .75 (N = 40), assessment of psychomotor badminton α =. 81 (N = 40), assessment of affective badminton α =. 81 (N = 40). The percentage agreement between examiners (interobserver agreement) a comprehensive assessment of handball was 70.11% (SD = 0.57) while the percentage agreement between examiners (interobserver agreement) a comprehensive assessment of badminton is 70.03% (SD = 0.68). Based on the findings, a comprehensive assessment is suitable as a standard instrument for assessing student achievement in the title game of handball and badminton for the subject of Physical Education on School-Based Assessment.

Key words. Physical Education, Comprehensive Assessment, Badminton, Handball, cognitive, psychomotor, affective.

COMPREHENSIVE ASSESSMENT FOR BADMINTON IN PHYSICAL EDUCATION

Norkhalid bin Salimin, Med.¹ and Julismah Jani PhD²
¹Physical Education and Health Department, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Malaysia. alittsalimin@yahoo.com
²Sports Science and Coaching Faculty, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia julismah@fsskj.upsi.edu.my

ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the extent of student learning outcome within the cognitive, psychomotor and affective domains through the use of the Comprehensive Assessment (CA) for badminton in Physical Education. The study is based on a pre-experimental – the one shot case study design. The study was conducted in secondary schools in the district of Larut, Matang and Selama in Perak. Samplings taken consisted of 15 teachers and 444 form 2 students in Physical Education class. The instruments used in the study comprised an assessment scoring rubric in the cognitive domain (r=.75), psychomotor domain (r=.81) and affective domain (r=.81) and teacher agreement level questionnaire on the use of CA for badminton (r=.92), with inter-observer agreement percentage for badminton of 70.03% (SD=0.68). The findings showed that the level of students' cognitive achievement (N=432, M=30.35, 75.87%) was good. The learning outcome from psychomotor assessment during training showed a manipulation level of (N=441, M=2.17), and during game sessions, the articulation level was at (N=444, M=3.75). The learning outcome from affective assessment showed at characterize level of (N=444, M=4.29). The study also found that 90.53% of teachers agreed that the use of CA helps to increase the academic performance of students, 88.00% of teachers agreed that it aids in teaching, 95.94% of teachers agreed that the assessment helps to achieve teaching objectives, 79.46% of teachers agreed that the CA meets the features of an assessment, and 58.67% of teachers agreed that the CA is easy to implement. Based on the findings, the CA is suitable as a standard tool for assessing students’ achievement in badminton in the subject of Physical Education.

Keywords. Physical Education, Comprehensive Assessment, Badminton, Cognitive, Psychomotor, Affective