Tuesday, March 15, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: ujian tindak balas pilihan nelson


Tujuan :                        Mengukur keupayaan bertindak dan bergerak pantas dan tepat berdasarkan rangsangan yang diberikan.
Peringkat Umur:            Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan :                     r = 0.98 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan :      r = 0.89 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti :                   r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian :           Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang mencukupi    (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan :                         Jam randek, pita pengukur dan  pita penanda .
Prosedur :        
i.    Satu garisan lurus ditandakan 14 meter panjang dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kiri (7 meter) dan kanan (7 meter) serta ditandakan satu garisan melintang di atas garisan lurus tempat subjek memulakan ujian.
ii.    Subjek berdiri mengadap penguji di tempat yang disediakan.
iii.   Penguji memegang jam randek dan mengangkat tangan ke atas supaya mudah dilihat oleh subjek.
iv.   Subjek akan bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh penguji dengan menurunkan tangan ke arah kiri atau kanan. Dalam masa yang sama penguji akan mengambil masa.
v.   Subjek dikehendaki membuat tindak balas segera kepada isyarat tangan penguji dengan berlari sepantas yang mungkin hingga ke garisan penamat      (7 meter).
vi.   Jam akan diberhentikan apabila subjek berjaya melintas garisan tepi yang betul, jika subjek memulakan pergerakan ke arah yang berlainan, masa akan dikira sehinggalah subjek berpatah balik dan berlari ke arah garisan tepi yang betul.
vii.  Sepuluh percubaan diberi secara rawak dengan masing-masing lima percubaan ke kanan dan ke kiri. Rehat 20 saat antara percubaan diberikan kepada subjek.
Kiraan Skor:
i.    Masa setiap percubaan dicatatkan kepada 0.1 saat.
ii.    Purata masa (dalam saat) keseluruhan daripada sepuluh percubaan diambil sebagai skor ujian.

Norm Skor Mentah bagi Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson pelajar berumur 14 tahun

Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson
Lelaki
(dalam saat )
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
1.18 – ke bawah
1.89 – 1.19
2.62 – 1.90
3.34 – 2.63
3.35 – ke atas
Perempuan
(dalam saat )
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
1.27 – ke bawah
2.07 – 1.28
2.89 – 2.08
3.70 -.2.90
3.71 – ke atas

Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: ujian lompat jauh berdiri


Tujuan :                        Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor lompatan ke hadapan.
Peringkat Umur:            Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan :                     r = 0.81 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan :      r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti :                   r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian :           Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang mencukupi   (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan :                         Pita pengukur, pita penanda dan kapur penanda.
Prosedur :                    
i.    Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
ii.    Persediaan melompat, subjek menghayunkan kedua-dua belah tangan ke belakang dan lutut bengkok.
iii.   Melakukan lompatan dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke hadapan dan lutut diluruskan. Lompat ke hadapan seberapa jauh yang mungkin dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.
iv.   DUA percubaan di beri. Lompatan paling jauh adalah dikira sebagai skor ujian.
 Kiraan Skor:
i.    Ukuran dibuat dari garisan permulaan kepada mana-mana bahagian anggota badan yang mendarat paling hampir dengan garisan permulaan.
ii.    Ukuran dalam kiraan sentimeter yang terhampir.

Norm Skor Mentah Ujian Lompat Jauh Berdiri bagi

pelajar  berumur 14 tahun


Ujian Lompat Jauh Berdiri
Lelaki
(dalam sentimeter )
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
226.00  ke atas
201.90 – 225.90
201.80 – 177.60
177.50 – 153.50
153.40 ke bawah
Perempuan
(dalam sentimeter )
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
184.60 ke atas
160.00 – 184.50
159.90 – 135.30
135.20 – 110.70
110.60 ke bawah

Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: ujian lari ulang alik 30 kaki


Tujuan :                        Mengukur prestasi ketangkasan berlari dan menukar arah.
Peringkat Umur:            Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan :                     r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan :      r = 0.97 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti :                   r = 0.99 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian :           Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang mencukupi   (sekurang-kurangnya 40 kaki panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan :                       Jam randek, pita pengukur,  pita penanda dan dua blok kayu masing-masing berukuran 2 inci x 2 inci x 4 inci.
Prosedur :                    
i.    Dua blok kayu yang masing-masing berukuran 2 inci x 2 inci x 4 inci di letakkan secara bersebelahan di atas garisan penamat 30 kaki dari garisan permulaan.
ii.    Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
iii.   Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada subjek untuk berlari ke hadapan bagi mendapatkan salah satu blok kayu dan balik ke garisan permulaan dengan meletakkan blok kayu tersebut di belakang garisan permulaan.
iv.   Selepas meletakkan blok kayu pertama di belakang garisan permulaan, subjek teruskan larian untuk mendapatkan blok kayu yang kedua dan balik ke garisan permulaan dengan meletakkan blok tersebut di belakang garisan permulaan.
vi.   DUA percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan.
Kiraan Skor:
i.    Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat.
ii.    Satu percubaan yang terbaik dikira sebagai skor ujian.

Norm Skor Mentah Ujian Lari Ulang Alik 30 Kaki bagi pelajar berumur 14 tahun


Ujian Lari Ulang Alik 30 Kaki
Lelaki
(dalam saat)
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
7.03 ke bawah
9.04 – 7.04
11.07 – 9.05
13.08 – 11.08
13.09 ke atas
Perempuan
(dalam saat)
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
7.72 ke bawah
9.99 – 7.73
12.27 – 10.00
14.54 – 12.28
14.55 ke atas

Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: ujian kayu bass melintang


Ujian Kayu Bass Melintang

Tujuan :                        Mengukur keupayaan keseimbangan badan dalam
keadaan statik dengan sokongan bebola kaki di atas permukaan sempit.
Peringkat Umur:            Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan :                     r = 0.85 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan :      r = 0.98 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti :                   r = 0.95 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian :           Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang mencukupi    (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan :                         Jam randek, beberapa batang kayu berukuran 1 inci (lebar), 1 inci (tinggi) dan 12 inci (panjang) serta pita penanda.
Prosedur :                    
i.    Batang kayu ujian berukuran 1 inci x 1 inci x 12 inci di letakkan di atas permukaan simen secara melintang dan diletakkan dengan pita supaya tidak mudah bergerak.
ii.    Subjek berdiri dalam satu garisan; pembantu penguji berdiri di garisan yang bertentangan dengan subjek.
iii.   Subjek meletakkan bebola kaki yang dominan di atas permukaan kayu tersebut secara melintang.
iv.   Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada subjek untuk subjek memulakan ujian dengan  mengangkat sebelah  lagi kaki supaya tidak menyentuh permukaan lantai simen.
v.   Subjek dikehendaki mengekalkan keadaan keseimbangan tersebut selama yang mungkin sehingga tempoh maksimum 60 saat. Dikira gagal setelah mana-mana bahagian kaki menyentuh lantai.
vi.   Subjek diberikan sebanyak EMPAT kali percubaan; DUA dengan kaki kanan dan DUA dengan kaki kiri.
Kiraan Skor:
i.         Jumlah masa dalam saat diambil untuk keempat-empat percubaan.
ii.       Skor ujian dikira berdasarkan hasil jumlah masa dalam saat untuk
keempat-empat percubaan.

Norm Skor Mentah bagi Ujian Kayu Bass Melintang pelajar berumur 14 tahun

Ujian Kayu Bass Melintang
Lelaki
(dalam saat)
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
135.26 ke atas
79.37 – 135.25
79.38 – 23.52
23.51 ke bawah
Perempuan
(dalam saat)
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
68.44 ke atas
41.73 – 68.43
41.72 – 15.01
15.00 ke bawah

Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: ujian melontar bola keranjang


Ujian Melontar Bola Keranjang
Tujuan :                        Mengukur prestasi koordinasi lengan dan pergelangan bahu.
Peringkat Umur:            Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan :                     r = 0.81 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan :      r = 0.89 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti :                   r = 0.98 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian :           Padang permainan bola sepak yang berkeluasan 10 meter lebar x 50 meter panjang. Jarak dari garisan permulaan balingan ditandakan setiap 3 meter.
Alatan :                         Jam randek, bola keranjang, kun, pita pengukur dan pita penanda.
Prosedur :        
  1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
ii.    Subjek dikehendaki membuat balingan sejauh mungkin dari kedudukan berdiri tanpa melompat.
iii.   Subjek dibenarkan menggunakan kedua-dua belah tangan dan membuat balingan dari atas bahu dengan tidak memijak garisan balingan semasa membuat balingan.
iv.   Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada subjek untuk melakukan ujian.
v.   DUA  percubaan diberikan kepada subjek.
Kiraan Skor:
  1. Skor dikira dalam unit meter yang hampir berdasarkan jarak dari garisan permulaan kepada tempat jatuh bola keranjang yang dibaling.
ii.    Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan yang diberi rekod sebagai skor ujian.

Jadual 3.2

Norm Skor Mentah bagi Ujian Melontar Bola Keranjang pelajar 

berumur 14 tahun


Ujian Melontar Bola Keranjang
Lelaki
(dalam meter )
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
16.21 ke atas
13.50 – 16.20
13.49 – 10.79
10.78 – 8.08
8.07 ke bawah
Perempuan
(dalam meter )
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
10.89 ke atas
9.28 – 10.88
9.27 – 7.66
7.65 – 6.04
6.03 ke bawah

Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Ujian lari pecut 50 ela


Tujuan :                        Mengukur prestasi kepantasan berlari.
Peringkat Umur:            Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan :                     r = 0.80 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan :      r = 0.94 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti :                   r = 0.98 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian :           Padang permainan bola sepak yang mempunyai keluasan yang mencukupi.
Alatan :                         Jam randek, pita pengukur dan pita penanda.
Prosedur :                    
  1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
ii.    Subjek mulakan larian dari kedudukan berdiri.
iii.   Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ apabila pembantu pelepas menjatuhkan tangan dan dalam masa yang sama penguji mencatatkan masa permulaan.
iv.   Masa dikira dari mula sehingga subjek tiba di garisan penamat. Subjek dikehendaki berlari sepantas yang mungkin.
  1. SATU  percubaan sahaja dibenarkan.



Kiraan Skor:
  1. Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat apabila subjek tiba ke garisan penamat.
ii.    Skor dikira berdasarkan masa yang terpantas diperolehi daripada satu percubaan.

Jadual 3.1

Norm Skor Mentah Ujian Lari Pecut 50 Ela bagi pelajar berumur 14 tahun

Ujian Lari Pecut 50 ela
Lelaki
(dalam saat)
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
5.15 – ke bawah
7.23 – 5.16
9.32 – 7.24
11.40 – 9.33
11.41 – ke atas
Perempuan
(dalam saat)
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
6.16 – ke bawah
8.55 – 6.16
10.95 – 8.56
13.34 – 10.96
13.35 – ke atas

Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Kajian Berkaitan Kecergasan Lakuan Motor 2


Nelson, Thomas & Nelson (1991) telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur kira-kira sembilan tahun untuk melihat perubahan longtitudinal dalam lakuan balingan. Subjek tersebut merupakan sampel asas yang pernah diuji dalam aspek yang sama pada tahuan 1985. hasil dapatan menunjukkan bahawa selepas tiga tahun, kanak-kanak lelaki menunjukkan purata peningkatan sebanyak 23.9 cm dalam ketinggian, 9.1 kg dalam berat badan dan tiada perubahan yang ketara dalam indeks jisim badan. Kanak-kanak perempuan pula menunjukkan purata peningkatan sebanyak 22.4 cm dalam ketinggian, 11.4 kg dalam berat badan dan 1.1 unit dalam indeks jisim badan. Dalam lakuan balingan, kanak-kanak lelaki menunjukkan kemajuan sebanyak 11 meter sedangkan kanak-kanak perempuan hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 4.6 meter sahaja.
Selain itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mempunyai otot lengan yang lebih kuat (aspek biologi) dan yang merupakan ‘ male adult in the home’ ciri-ciri persekitaran menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang lain. Namun demikian, prestasi kanak-kanak perempuan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor biologikal yang lain seperti berat badan, komposisi badan dan diameter sendi.
  Loko, Aule, Sikkut, Ereline & Viru (2003) telah membuat kajian terhadap perbezaan umur dalam pembesaran dan keupayaan motor terhadap pelajar berumur 10 hingga 17 tahun yang terlatih dan tidak terlatih. Ujian keupayaan fizikal yang digunakan adalah 30 meter pecut, lompat jauh berdiri, melontar bola medicine dan standing quintuplet jump, isometrick strength of back extensor muscles dan one minute ergocycling.
Dapatan kajian berkaitan tumbesaran menunjukkan semua tahap umur memperolehi pencapaian yang tinggi   (p<0.05-0.0001) kecuali yang berumur 17 tahun  bila mana saiz tubuh badan mereka meningkat (p>0.05). Dapatan berkaitan keupayaan fizikal pula  menunjukkan pelajar perempuan yang terlatih mempunyai keupayaan fizikal yang baik dalam semua tahap umur dan terdapat perbezaan yang signifikan dalam prestasi (p<0.05-0.0001). Perbezaan skor min yang kecil atau penurunan yang signifikan dari segi keupayaan motor terhadap pelajar perempuan yang tidak aktif  berumur 13 hingga 14 tahun tetapi lebih signifikan terhadap pelajar perempuan yang aktif. Kesimpulan daripada dapatan di atas menunujukkan bahawa pelajar perempuan yang terlatih mempunyai keupayaan motor yang lebih tinggi berbanding yang tidak terlatih.

Thursday, March 10, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Kajian Berkaitan Kecergasan Lakuan Motor


Broadhead & Bruininks (1982) telah membuat penyelidikan untuk melihat kesesuaian The Short Form Bruninks Oseretsky Test ( BOT-S ) dalam mengenalpasti ciri-ciri lakuan motor kanak-kanak. Mereka telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan subjek yang terdiri daripada kanak-kanak normal berumur 5 – 14 tahun. Kanak-kanak tersebut dikehendaki melalui 14 jenis ujian yang merangkumi komponen kemahiran motor kasar dan halus.
Data-data tentang kemahiran lakuan motor tersebut kemudiannya dianalisis mengikut umur kronologi dan jantina. Hasil dapatan menunjukkan bahawa purata prestasi kemahiran motor bagi kesemua jenis ujian itu adalah berkadar terus dengan umur kronologi  iaitu prestasi lakuan motor adalah meningkat mengikut umur kronologi seseorang. Sementara itu, min prestasi bagi 11 daripada 14 jenis ujian adalah berbeza mengikut jantina. Terdapat enam jenis ujian yang menunjukkan perbezaan prestasi yang paling ketara iaitu kanak-kanak lelaki memperlihatkan prestasi yang lebih baik dalam kepantasan, ketangkasan, lompat menegak, menangkap bola dan membaling bola. Kanak-kanak perempuan pula menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kedua-dua ujian ‘card sorting’ dan ‘dots in circles’. Analisis korelasi  pula menunjukkan bahawa jenis-jenis ujian itu adalah tidak bergantung antara satu sama lain dan BOT-S adalah peka dalam mengukur kemajuan kemahiran motor.
Kajian yang dilakukan oleh Hayes (1988) bertujuan menentukan samada kemahiran asas motor dan kecergasan fizikal boleh dijadikan  objektif utama dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani serta kesan Pendidikan Jasmani sekolah rendah ke atas prestasi kemahiran motor asas dan kecergasan fizikal pelajar. Kajian tersebut menguji komponen yang berkaitan dengan kelembutan, daya tahan otot statik, kuasa eksplosif, kekuatan, daya tahan otot dinamik dan daya tahan kardiovaskular. Komponen kemahiran asas motor yang diuji ialah koordinasi mata dan tangan, ketangkasan, kemahiran lokomotor dan kemahiran manipulatif.
Hasil daripada kajian tersebut dapat memberi pengetahuan kepada guru-guru mengenai ujian kemahiran asas motor dan kecergasan fizikal yang boleh digunakan untuk menguji prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Data ujian digunakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Seterusnya  keputusan kajian dapat digunakan oleh guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Menurut McCullagh, Stieht & Neiss (1990), pelajar yang lebih tua di sekolah rendah dapat melakukan aktiviti kemahiran motor dengan lebih baik berbanding dengan pelajar yang lebih muda. Pangrazi & Corbin (1990) pula menjelaskan bahawa kumpulan pelajar sekolah rendah yang lebih tua mempunyai prestasi perlakuan motor dan kecergasan fizikal yang lebih baik. Pelajar tersebut didapati mempunyai kelebihan tisu-tisu otot, kepanjangan ruas tulang, kecekapan koordinasi, kuasa otot dan kekuatan otot. Selain itu, pelajar yang mengalami perkembangan fizikal yang lebih awal menunjukkan kelebihan dalam  aktiviti larian pecut, membaling dan memukul bola.

Monday, March 7, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Kajian Berkaitan Kecergasan Motor


Dobbins, Garron &  Rarick (1981), telah membuat kajian untuk melihat perbezaan prestasi lakuan  motor antara kanak-kanak lelaki yang cacat mental dengan kanak-kanak lelaki normal. Mereka dikehendaki menjalankan ujian antropometrik iaitu ketinggian, berat badan, komposisi badan dan kelebaran badan. 12 jenis ujian lakuan motor iaitu lari pecut 30 ela, lari pecut 150 ela, Tire run, scramble, lompat jauh berdiri, knee flexion strenght, grip strengh right and left, knee strenght dan bangkit tubi.
Dengan ketinggian dan berat badan yang kurang serta lapisan lemak yang tinggi maka kanak-kanak yang cacat mental adalah kurang kuat dan tidak cekap dalam melakukan aktiviti yang memerlukan kekuatan dan kuasa.
Hensley, East & Stillwell (1979) telah menjalankan kajian ke atas ke atas kumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan sekolah rendah untuk mengenalpasti hubungan antara ujian prestasi fizikal dengan kandungan lemak badan. Aspek umur, ketinggian, berat badan dan komposisi badan diambilkira dalam ujian ini. Ujian fizikal yang dijalankan meliputi ujian lompat menegak, ujian lompat jauh berdiri, ujian mendagu yang diubahsuai, ujian lari pecut 40 ela dan ujian lari 400 ela.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam kesemua jenis ujian fizikal yang telah dijalankan. Kanak-kanak lelaki  adalah lebih tinggi, lebih berat dan menunjukkan prestasi fizikal yang lebih baik berbanding perempuan. Akan tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam komposisi badan di mana ia merupakan alasan yang baik bagi menerangkan perbezaan prestasi lakuan motor antara lelaki atau perempuan.
AAHPERD (1976), telah memperkenalkan ‘Youth Fitness Test‘ untuk mengenalpasti beberapa ujian terdahulu yang perlu diperbaiki atau digugurkan. Dalam kajian tersebut, ujian asas membaling bola softball telah digugurkan. Ujian bangkit tubi digantikan dengan ujian bangkit tubi lutut bengkok manakala ujian gayut siku bengkok diperkenalkan untuk pelajar perempuan dan cara pegangan palang diubah dari kedudukan supinasi kepada pronasi. Pilihan diberi bagi ujian lari / berjalan 600 ela samada berlari satu batu atau (9 minit) bagi pelajar berumur 10 hingga 12 tahun atau lari / berjalan 1.5 batu bagi pelajar berumur 13 tahun ke atas. Penyelidikan yang dilakukan oleh AAHPERD ini telah menghasilkan norma ujian kemahiran motor dan kecergasan fizikal bagi pelajar-pelajar berumur 10 hingga 17 tahun. Item ujian yang diperkenalkan ini  mendorong penyelidik lain membuat kajian perbandingan tentang item yang sama atau mengubahsuai item tersebut

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Latar belakang Ujian Kecergasan Motor


Di Amerika Syarikat, sejajar dengan perkembangan  pengukuran dalam Pendidikan Jasmani berkembangan selari dengan pertumbuhan dan kemajuan dalam kajian yang berkaitan serta peningkatan ke taraf yang lebih dihormati serta penerimaan masyarakat terhadap bidang ini dari segi spektrum pendidikan. Berbagai ujian lakuan motor diperkenalkan bagi mengukur keupayaan atlet am, keupayaan motor am, kapisiti motor, keupayaan pembelajaran  motor dan kecergasan motor yang melibatkan komponen kuasa, ketangkasan, kepantasan dan imbangan  (Johnson & Nelson, 1986).
Pada tahun 1889, Dudley Alen telah menjadi perintis pengukuran dalam aspek keupayaan motor umum. Beliau mengakui kepentingan keupayaan pencapaian berbanding dengan bidang pengukuran saiz dan simetrik. Disebabkan perkembangan yang mendadak dalam  bidang sukan dan permainan, pada tahun 1913, Sargent  mengalihkan penekanan daripada antropometrik kepada kekuatan dan seterusnya kepada ujian keupayaan fizikal. Sargent telah membuat ujian dengan dinamometer dan mereka satu ujian kekuatan yang meliputi pengukuran kaki, belakang, genggaman tangan dan bahu.
Ujian yang dibina hanya tertumpu kepada lelaki. Walau bagaimanapun ujian keupayaan motor untuk wanita bermula pada tahun 1923. Ujian tersebut telah dibina oleh Garfiel. Pada tahun 1927, teknik McCall T-Scoring telah digunakan buat kali pertama dan ujian saintifik ini telah dibina oleh McCloy. Sebelum ini kerja-kerja pengukuran adalah tidak saintifik dan tidak berdasarkan bukti empirikal. Teknik statistik yang baru disediakan untuk ujian yang lebih saintifik. Kesahan dan kebolehpercayaan ujian dipertingkatkan dengan penghasilan data permarkahan yang lebih baik.
Pada tahun 1927, Brace telah membentuk ‘Ujian Keupayaan Motor Brace’ bagi mengklasifikasikan dan mengukur pencapaian. Ujian tersebut mengkaji mengenai kebolehan motor, keupayaan motor dan pembelajaran motor, tetapi McCloy mengesyorkan ujian tersebut adalah untuk ujian pembelajaran motor sahaja. McCloy  telah menyemak semula Ujian Brace dengan tujuan meningkatkan kesahannya sebagai satu pengukuran bagi pembelajaran motor. Semakan tersebut dikenali sebagai ‘Lowa Brace Test’. Ia mengandungi ujian pencapaian, ujian keupayaan motor, ujian kapisiti motor dan ujian keupayaan pembelajaran motor.
Pada tahun 1960, Henry & Rogers telah membuat kajian berkaitan Memory-drum Theory of Neuromotor Reaction, di mana aktiviti khusus untuk sesuatu kemahiran tidak boleh digunakan untuk menguji kemahiran  motor yang lain. Beliau menganggap pelajar yang memperolehi skor yang tertinggi dalam ujian lakuan motor am mempunyai bakat semulajadi dalam lakuan motor spesifik, manakala pelajar yang mempunyai skor yang rendah mempunyai corak koordinasi neuromotor yang terhad dalam Memory-drum.