Sunday, July 29, 2012

PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF BERBANDING PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH MENENGAH DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2


PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF BERBANDING PENILAIAN       KENDALIAN  SEKOLAH  MENENGAH  DALAM  MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2









NORKHALID BIN SALIMIN









UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2012







PENTAKSIRAN   KOMPREHENSIF   BERBANDING  PENILAIAN   KENDALIAN   SEKOLAH   MENENGAH   DALAM   MATA  
PELAJARAN  PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2









NORKHALID BIN SALIMIN









TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK
MEMPEROLEHI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH










FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2012

 

 

 

 

 

PENGAKUAN

 


Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

 

 

 

 

Julai 2012                                                                                           

NORKHALID BIN SALIMIN
                                                                                                     P20082000468

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 
 

 

 







PENGHARGAAN

Saya berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka terhasillah tesis bertajuk “Pentaksiran Komprehensif Berbanding Penilaian   Kendalian Sekolah Menengah Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2” sebagai memenuhi syarat memperoleh ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Sains Sukan.

Jutaan terima kasih ditujukan khas buat pensyarah penyelia yang sangat saya kagumi dan hormati, Profesor Madya Dr. Hajah Julismah Jani di atas kesediaan untuk meluangkan masa serta tidak pernah jemu dalam memberikan teguran, panduan, bimbingan, tunjuk ajar, motivasi serta cadangan yang membina kepada saya sepanjang proses penulisan tesis ini. Jasamu dikenang.

Ucapan terima kasih juga kepada Bahagian Tajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana menganugerahkan saya Hadiah Latihan Persekutuan bagi membolehkan saya mendapat cuti belajar dan menjalankan kajian ini dengan lebih efektif dan bermotivasi.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah terpilih kerana sudi mengambil bahagian dalam kajian ini. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Ucapan terima kasih juga kepada semua pengetua di sekolah menengah yang dikaji kerana memberikan kerjasama serta membenarkan kajian ini dijalankan di sekolah mereka. Kepada Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, saya juga mengucapkan terima kasih kerana meluluskan permohonan menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada keluarga yang tercinta serta individu-individu yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses pelaksanaan kajian ini, saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua. Doa restu kepada semua yang terlibat dalam kajian ini semoga diberkati Allah yang maha Esa.


Wassallam.








ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap dan aras pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar bagi permainan bola baling dan badminton dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2 melalui Pentaksiran Komprehensif (PK). Analisis perbandingan antara PK dengan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) terhadap pencapaian pembelajaran pelajar turut dikaji. Sehubungan itu, penggunaan PK dan PKSM ditentukan keberkesanannya melalui soal selidik persetujuan guru. Reka bentuk kajian berupa deskriptif dan praeksperimen - kajian kes sekali. Tempat kajian adalah di sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam negeri Perak. Sampel terdiri daripada 17 orang guru Pendidikan Jasmani dan 1010 orang pelajar Tingkatan 2. Nilai kesahan kandungan instrumen PK bagi bola baling adalah r = .82 dan kebolehpercayaan berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif adalah r = .78, r = .90 dan r = .83. Nilai kesahan kandungan instrumen PK bagi badminton adalah r = .79 dan kebolehpercayaan berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif adalah r = .75, r = .83 dan r = .81. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik persetujuan guru terhadap penggunaan PK dan PKSM adalah α = .87. Keputusan kajian melalui PK mendapati pembelajaran kognitif pelajar bagi bola baling dan badminton adalah pada tahap baik (M = 67.35, SD = 11.75) dan (M = 73.90, SD = 14.15). Pembelajaran psikomotor semasa sesi latihan adalah pada aras manipulasi (M = 2.22, SD = .47); (M = 2.23, SD = .43), dan semasa sesi permainan pada aras menghubung kait (M = 3.48, SD = .77); (M = 3.43, SD = .78). Pencapaian pembelajaran afektif bagi bola baling adalah pada aras membina perwatakan (M = 4.35, SD = .77) dan bagi badminton adalah aras mengorganisasi (M = 4.11, SD = .76). Hasil kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p = .001) di antara PK dengan PKSM terhadap pencapaian pembelajaran domain kognitif dan psikomotor pelajar tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = .57) bagi domain afektif dalam bola baling manakala bagi permainan badminton pula, terdapat perbezaan yang signifikan (p = .001) terhadap kesemua domain pembelajaran pelajar. Terdapat juga perbezaan yang signifikan (p = .001) tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK dengan PKSM yang mana 100 peratus guru bersetuju bahawa penggunaan PK berada dalam sela sangat baik dan baik. Dengan ini disimpulkan bahawa PK lebih sesuai sebagai instrumen yang standard untuk menentukan aras domain pembelajaran pelajar bagi permainan bola baling dan badminton dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2.









A COMPARATIVE ANALYSIS BETWEEN COMPREHENSIVE ASSESSMENT AND SECONDARY SCHOOL BASED EVALUATION FOR  FORM 2 PHYSICAL EDUCATION SUBJECT


ABSTRACT

 

The purpose of this study is to identify students’ learning level in the cognitive, psychomotor and affective domains in handball and badminton in the Form 2 Physical Education subject through Comprehensive Assessment (CA). A comparative analysis between CA and Secondary School Based Evaluation (SSBE) of the students’ learning achievement was also studied. The efficacy of the used of CA and SSBE was determined through a survey of teachers’ agreement. The research methodology is descriptive and pre-experimental – one-shot case study. The study was carried out in secondary schools in the Larut, Matang and Selama district in the state of Perak. The sampling consisted of 17 Physical Education teachers and 1010 Form 2 students. The content validity of the CA instrument for handball was r = .82 and reliability based on the cognitive, psychomotor and affective domains, was r = .78, r = .90 and r = .83 respectively. The content validity of the CA instrument for badminton was r = .79 and reliability based on cognitive, psychomotor and affective domains is r = .75, r = .83 and r = .81 respectively. The reliability of the teachers’ agreement questionnaire on the use of CA and SSBE was α = .87. The study of CA found that students’ cognitive learning for handball and badminton was at a good level (M = 67.35, SD = 11.75) and (M = 73.90, SD = 14.15). Psychomotor learning during training was at manipulation level (M = 2.22, SD = .47); (M = 2.23, SD = .43) and during game session it was at articulation level (M = 3.48, SD = .77); (M = 3.43, SD = .78). The performance for affective learning for handball was at characterisation level (M = 4.35, SD = .77) and for badminton it was at organisation level (M = 4.11, SD = .76). The result of the study also suggested that was a significant difference (p = .001) between CA and SSBE in students’ performance in the cognitive and psychomotor domains, but no significant difference (p = .57) in the affective domain in handball whereas in badminton, there was a significant difference (p = .001) in all the students’ learning domains. A significant difference (p = .001) was also found between the level of teachers’ agreement to the use of CA and SSBE where 100 percents of them agreed that the CA was very good and good. Therefore, it is concluded that CA is more suitable as standard measuring instrument to determine the level of students’ learning domain for handball and badminton in the subject of Form 2 Physical Education.







KANDUNGAN


Muka Surat

PENGAKUAN
ii

PENGHARGAAN    
iii

ABSTRAK    

iv
ABSTRACT  

v
KANDUNGAN        

vi
SENARAI JADUAL

xii
SENARAI RAJAH   

xvi
SENARAI LAMPIRAN

xvii



BAB 1
PENGENALAN      
    1

   1.1 
Pendahuluan  

    1
1.2 
Latar Belakang Masalah

  12
  
1.2.1        Penyataan Masalah

  18
1.3 
Objektif Kajian          

  19
1.4 
Persoalan Kajian        

  20
1.5 
Kepentingan Kajian   

  21
1.6 
Limitasi Kajian
           
  23
1.7
Definisi Operasional  

  25

1.7.1        Pentaksiran Komprehensif

         25

1.7.2        Pendidikan Jasmani Tingkatan 2

         26

1.7.3        Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Negeri  
            Perak
         27
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
  29

2.1 
Teori Kajian
  29


2.1.1  Domain Kognitif          
  30


2.1.2  Domain Psikomotor       
  39


2.1.3  Domain Afektif            
  45

2.2 
Pentaksiran dan Penilaian       
  54

2.3 
Kerangka Teoretikal Kajian   
  59

2.4 
Kajian-Kajian Berkaitan        
  69


2.4.1     Kajian Berkaitan Isu dan Masalah Pendidikan             Jasmani
 
  69


2.4.2  Kajian Berkaitan Kepentingan Pentaksiran dan  
          Penilaian
 
  73


2.4.3  Kajian Berkaitan Penilaian Kognitif
  76


2.4.4  Kajian Berkaitan Penilaian Psikomotor
  82


2.4.5  Kajian Berkaitan Penilaian Afektif       
  89


Ulasan
  92

BAB 3
METODOLOGI        
  94

3.1 
Reka Bentuk Kajian   
  94

3.2
Kerangka Konseptual Kajian 
  97

3.3 
Tempat Kajian
100

3.4
Populasi dan Sampel Kajian
101

3.5 
Instrumentasi Kajian  
106

3.6 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen               
117

3.7
Prosedur Pengumpulan Data 
135
3.8
Penganalisisan Data Statistik
138

BAB 4
DAPATAN KAJIAN          
142

4.1
Aras dan Tahap Pencapaian  Pembelajaran Pelajar dalam Domain Kognitif, Psikomotor dan Afektif  bagi Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif
 

143


4.1.1     Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam Kognitif bagi Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif
 

143


4.1.2  Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam
          Psikomotor bagi Permainan Bola Baling Berdasarkan
          Pentaksiran Komprehensif


144


4.1.3 Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam Afektif  
         bagi Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran  
         Komprehensif


146


4.1.4  Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam Kognitif
          bagi Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran
          Komprehensif
 

147


4.1.5  Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar  dalam
          Psikomotor bagi Permainan Badminton  
          Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif


148


4.1.6   Aras dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam Afektif 
          bagi Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran
          Komprehensif


150

4.2
Tahap Pencapaian Pelajar dalam Kognitif, Psikomotor dan
Afektif bagi Permainan Bola Baling dan Badminton
Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


151


4.2.1   Tahap Pencapaian Pelajar dalam Kognitif bagi
   Permainan Bola Baling Berdasarkan Penilaian    
          Kendalian Sekolah Menengah


151


4.2.2   Tahap Pencapaian Pelajar dalam Psikomotor bagi
           Permainan Bola Baling Berdasarkan Penilaian
           Kendalian Sekolah Menengah


152



4.2.3   Tahap Pencapaian Pelajar dalam Afektif bagi
    Permainan Bola Baling Berdasarkan Penilaian
    Kendalian Sekolah Menengah


153


4.2.4     Tahap Pencapaian Pelajar dalam Kognitif bagi
   Permainan Badminton Berdasarkan Penilaian   
   Kendalian Sekolah Menengah


154


4.2.5  Tahap Pencapaian Pelajar dalam Psikomotor bagi Permainan Badminton Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah 
 

154


4.2.6  Tahap Pencapaian Pelajar dalam Afektif bagi
   Permainan Badminton Berdasarkan Penilaian  
   Kendalian Sekolah Menengah


155

4.3
Perbandingan Tahap Pencapaian Kognitif, Psikomotor dan Afektif Pelajar dalam Kumpulan Pentaksiran Komprehensif  dengan Kumpulan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah  bagi Permainan Bola Baling dan Badminton



156


4.3.1  Perbandingan Tahap Pencapaian Kognitif Pelajar
   Kumpulan Pentaksiran  Komprehensif  dengan
   Pelajar dalam Kumpulan Penilaian Kendalian 
   Sekolah Menengah bagi Permainan Bola  Baling



157


4.3.2  Perbandingan Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar
          Kumpulan Pentaksiran  Komprehensif dengan Pelajar
          dalam Kumpulan Penilaian Kendalian Sekolah
          Menengah bagi Permainan Bola Baling



158


4.3.3  Perbandingan Tahap Pencapaian Afektif Pelajar
   Kumpulan Pentaksiran  Komprehensif  dengan
   Pelajar dalam Kumpulan Penilaian Kendalian
   Sekolah Menengah bagi Permainan Bola  Baling



160


4.3.4  Perbandingan Tahap Pencapaian Kognitif Pelajar
   Kumpulan Pentaksiran Komprehensif dengan 
   Pelajar dalam Kumpulan Penilaian Kendalian
   Sekolah Menengah  bagi Permainan Badminton



161


4.3.5  Perbandingan Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar
   Kumpulan Pentaksiran Komprehensif dengan 
   Pelajar dalam Kumpulan Penilaian Kendalian
   Sekolah Menengah  bagi Permainan Badminton



162

4.3.6  Perbandingan Tahap Pencapaian Afektif Pelajar
   Kumpulan Pentaksiran Komprehensif dengan 
   Pelajar dalam Kumpulan Penilaian Kendalian
   Sekolah Menengah  bagi Permainan Badminton



 164

4.4
Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah bagi Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2


 165


4.4.1  Peratus Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan  
          Pentaksiran Komprehensif  bagi  Permainan Bola
          Baling dan Badminton Tingkatan 2


 167


4.4.2  Peratus Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan  
          Penilaian Kendalian Sekolah Menengah  bagi 
          Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2


 168


4.4.3  Analisis Soalan Komen Terbuka Persetujuan Guru
          Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan
          Penilaian Kendalian Sekolah Menengah bagi
          Permainan Bola Baling dan Badminton Mengikut
          Item




 171

4.5
Perbandingan Tahap Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah dalam Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2



174

BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN           
178

5.1 
Perbincangan
179


5.1.1        Pencapaian Pembelajaran Pelajar bagi Domain Kognitif dalam Permainan Bola Baling dan Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah



179


5.1.2        Pencapaian Pembelajaran Pelajar bagi Domain
            Psikomotor dalam Permainan Bola Baling dan                     
            Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif  
            dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah



188





5.1.3        Pencapaian Pembelajaran Pelajar bagi Domain
            Afektif dalam Permainan Bola Baling dan                          
            Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif  
            dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah



195


5.1.4        Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah dalam Permainan Tingkatan 2


200

5.2
Kesimpulan
207

5.3
Penghasilan Model K dalam Pembinaan Pentaksiran bagi  Permainan dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani

209

5.4
Implikasi Kajian
212


5.4.1    Implikasi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
213


5.4.2    Implikasi kepada Pihak Pentadbir Sekolah
215


5.4.3    Implikasi kepada Guru
216


5.4.4    Implikasi kepada Pelajar
217

5.5
Cadangan Kajian Lanjutan
218


RUJUKAN
220


LAMPIRAN
231
















SENARAI JADUAL

Jadual

Muka Surat

3.1
Reka Bentuk Praeksperimen – Kajian Kes Sekali (the one-shot case study)

   96
3.2
Variabel Kajian          
100

3.3
Taburan Populasi Sekolah Kajian
102

3.4
Taburan Sekolah Kajian
103

3.5
Komposisi Sampel Kajian
104

3.6
Taburan Sampel Pelajar Mengikut Jantina Berdasarkan Sekolah

105

3.7
Kesahan Kandungan Pentaksiran Komprehensif  oleh Panel Pakar Semasa Kajian Rintis (N = 6)

119

3.8
Kesahan Item Kandungan Panel Pakar (N = 4)
120

3.9
Pekali dan Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran Kognitif Bola Baling Menggunakan Pentaksiran Komprehensif (N = 40)

122

3.10
Pekali dan Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran Kognitif Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif (N = 40)

123

3.11
Indeks Diskriminasi Mengikut Ebel
124

3.12
Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran Psikomotor Permainan
Bola Baling Menggunakan Pentaksiran Komprehensif (N = 40)

125

3.13
Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran Psikomotor Permainan Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif  (N = 40)

126

3.14
Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran Afektif Bola Baling Menggunakan Pentaksiran Komprehensif  (N = 40)

127

3.15
Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran Afektif Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif  (N = 40)

127



3.16
Nilai Kebolehpercayaan Soal Selidik Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif  Permainan Bola Baling dan Badminton (N = 2)


128

3.17
Peratus Persetujuan Antara Penguji Permainan Bola Baling Menggunakan Pentaksiran Komprehensif  (N = 18)

131

3.18
Peratus Persetujuan Antara Penguji Permainan Badminton Menggunakan Pentaksiran Komprehensif (N = 18)

132

3.19
Nilai Kesahan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Negeri Perak (N = 17)

133

3.20
Nilai Kebolehpercayaan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Negeri Perak (N = 40)

135

3.21
Matrik Penilaian dan Pengukuran
139

3.22
Skala Tahap Pencapaian Pembelajaran Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Pentaksiran Komprehensif


140

3.23
Skala Aras Pencapaian Pembelajaran Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Pentaksiran Komprehensif


140

3.24
Skala Aras Pencapaian Pembelajaran Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Pentaksiran Komprehensif


140

3.25
Skala Tahap Pencapaian Pembelajaran Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


141

3.26
Skala Tahap Pencapaian Psikomotor dan Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling dan Badminton Tingkatan 2 Menggunakan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


141

4.1
Tahap Pencapaian Domain Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif Mengikut Aras Soalan (N = 508)


143

4.2
Aras Pencapaian Domain Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling Semasa Sesi Latihan dan Permainan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif (N = 508)


145
4.3
Aras Pencapaian Domain Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif (N = 508)

146

4.4
Tahap Pencapaian Domain Kognitif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif mengikut Aras (N = 508)


147

4.5
Aras Pencapaian Domain Psikomotor Pelajar dalam Permainan Badminton Semasa Sesi Latihan dan Permainan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif (N = 508)


149

4.6
Aras Pencapaian Domain Afektif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif (N = 508)

150

4.7
Tahap Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (N = 502)


151

4.8
Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (N = 502)


152

4.9
Pencapaian Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah             (N = 502)


 153

 4.10
Tahap Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah mengikut Jantina


     154

4.11
Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah mengikut Jantina (N = 502)


     155

4.12
Pencapaian Afektif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah             (N = 502)


156

4.13
Perbandingan Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


157

4.14
Perbandingan Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


159
4.15
Perbandingan Pencapaian Afektif Pelajar dalam Permainan Bola Baling Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


160

4.16
Perbandingan Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


161

4.17
Perbandingan Tahap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


162

4.18
Perbandingan Pencapaian Afektif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


164

4.19
Peratus Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif

166

4.20
Peratus Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah

169

4.21
Komen dan Pandangan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


172

4.22
Perbandingan Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Komprehensif dengan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah dalam Permainan Tingkatan 2


175















SENARAI RAJAH


Rajah

Muka Surat

2.1
Taksonomi Bloom et al. (1956)          
 31

2.2
Taksonomi Dave (1972)
 40

2.3
Taksonomi Krathwohl et al. (1964)
 46

2.4
Kerangka Teoretikal Kajian
 65

3.1
Kerangka Kajian
    97

3.2
Kerangka Konseptual Kajian
    99

3.3
Carta Alir Pembinaan Instrumen Pentaksiran Komprehensif
  111

5.1
Model K dalam Pentaksiran Pendidikan Jasmani
  209



























 
SENARAI LAMPIRAN


Lampiran

Muka Surat

A
Ujian Kognitif Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
231

B
Ujian Kognitif Badminton Pentaksiran Komprehensif
236

C
Jadual Analisa Item Kognitif Bola Baling Pentaksiran Komprehensif Tingkatan 2

241

D
Jadual Analisa Item Kognitif Badminton Pentaksiran Komprehensif Tingkatan 2

242

E
Jadual Spesifik Ujian Penilaian Kognitif Bola Baling Pentaksiran Komprehensif Tingkatan 2

243

F
Jadual Spesifik Ujian Penilaian Kognitif Badminton Pentaksiran Komprehensif Tingkatan 2

244

G
Borang Psikomotor Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
245

H
Borang Psikomotor Badminton Pentaksiran Komprehensif
246

I
Borang Afektif Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
247

J
Borang Afektif Badminton Pentaksiran Komprehensif
248

K
Peperiksaan Pertengahan Tahun Penilaian Kendalian Sekolah Menegah
249

L
Peperiksaan Akhir Tahun Penilaian Kendalian Sekolah Menegah
254

M
Borang Penilaian Psikomotor Bola Baling Penilaian Kendalian Sekolah Menegah

260

N
Borang Penilaian Psikomotor Badminton Penilaian Kendalian Sekolah Menegah

261

O
Borang Penilaian Afektif Penilaian Kendalian Sekolah Menegah
262

P
Soal Selidik Tahap Persetujuan Guru Terhadap Penggunaan Pentaksiran Permainan Bola Baling dan Badminton

263

Q
Borang Penilaian Penentu Item Bola Baling Pentaksiran Komprehensif
265

R
Borang Penilaian Penentu Item Badminton Pentaksiran Komprehensif
266

S
Borang Penilaian Psikomotor Guru Permainan Bola Baling Pentaksiran Komprehensif

267

T
Borang Penilaian Psikomotor Guru Permainan Badmnton Pentaksiran Komprehensif

268

U
Borang Kesahan Kandungan Pentaksiran Komprehensif Pendidikan Jasmani Tingkatan 2

269

V
Laporan Pakar Penilaian Penentu Item Permainan Bola Baling
270

W
Laporan Pakar Penilaian Penentu Item Permainan Badminton
272

X
Borang Kesahan Kandungan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Negeri Perak  Pendidikan Jasmani Tingkatan 2

274

Y
Panduan Guru – Permainan Bola Baling Tingkatan 2
275

Z
Panduan Guru – Permainan Badminton Tingkatan 2
283

AA
Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

 292

AB
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pelajaran Negeri Perak
293

AC
Surat Pengesahan Cadangan Penyelidikan Ijazah Doktor Falsafah
294








BAB 1




PENGENALAN




1.1       Pendahuluan
Pendidikan Jasmani (PJ) adalah mata pelajaran teras dan wajib diajar dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berdasarkan Akta Pendidikan 1996 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 25/1998, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998), Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1990, Kementerian Pendidikan Malaysia (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1979, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979). Mata pelajaran PJ mempunyai peranan yang sangat besar dalam menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif (Abdullah Sani, 2003; Darst & Pangrazi, 2006; Daeur & Pangrazi, 1995; dan Freeman, 2001).
            Unsur kesepaduan dalam mata pelajaran PJ melibatkan tiga domain pembelajaran utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif (Capel, 2000; Colfer, Hamilton, Magill & Hamilton, 1986; Daeuer & Pangrazi, 1995; Freeman, 2001; Gallahue, 1996; Pangrazi, 2001; dan Pettifor, 1999) dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Asiah, 1993; Tajul Ariffin, 1993; Teng, 2001; dan Vasudevan, 1986).
           
            Menurut Wee (2009), mata pelajaran PJ memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan serta kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Mata pelajaran PJ merupakan satu proses yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan individu melalui pendekatan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan membaling. Seharusnya tumpuan adalah terhadap pembangunan pelajar melalui proses pendidikan yang menyeluruh dan berkaitan dengan hal seumur hidup setiap individu (Barrow, 1983; Mawer, 1995; dan Teng, 2001).
           
            Mata pelajaran PJ adalah suatu proses pendidikan terancang dan menyeluruh dengan matlamat yang jelas iaitu bertujuan membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Bagi mencapai matlamat di atas, terdapat tujuh objektif am yang perlu dikuasai oleh pelajar sekolah menengah Tingkatan 2 berdasarkan huraian sukatan pelajaran iaitu (i) mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa dan kelajuan; (ii) melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal; (iii) mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat; (iv) memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan; (v) melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik; (vi) menguruskan stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasikan jenis-jenis alatan sukan; dan (vii) berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
           
            Guru dikehendaki menjalankan penilaian bagi menentukan pencapaian matlamat dan objektif mata pelajaran PJ. Menurut Bhasah (2007), penilaian bertujuan menentukan status sesuatu objek yang dinilai dan membanding status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria untuk membuat keputusan. Dalam konteks ini, penilaian merupakan satu proses yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat berkaitan, pemprosesan maklumat dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan memenuhi kehendak tujuan keputusan penilaian (Abu Bakar & Bhasah, 2008).
           
            Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah memperkenalkan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS). Melalui PKS, guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen, melaksana, merekod hasil, menganalisis maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
            Penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penilaian Kendalian Sekolah lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Hal ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan pelajar serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu, guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi pelajar. Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat penilaian dalam mata pelajaran PJ hendaklah berteraskan kepada PKS. Guru PJ hendaklah diberikan ruang yang seluas-luasnya di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar. 
           
             Menurut Wee (2009) dan Miller (2006), aspek penilaian pelajar dalam mata pelajaran PJ yang sepatutnya dilakukan oleh guru mestilah merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Berdasarkan Ahmad (2004) dan Miller (2006), pemberatan dalam menentukan gred PJ adalah tiga nisbah satu di mana aspek psikomotor mempunyai pemberatan tiga kali lebih besar berbanding dengan aspek kognitif dan afektif. Namun, perkara yang diamalkan di sekolah sekarang adalah penilaian terhadap aspek kognitif melalui peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun sahaja dengan pemberatan 100 peratus.

            Penilaian bagi aspek psikomotor hanyalah melalui komponen kecergasan fizikal iaitu Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) sedangkan dalam kandungan sukatan pelajaran PJ, tunjang kecergasan dan tunjang kemahiran merupakan tajuk yang menekankan domain psikomotor dan banyak melibatkan penguasaan aspek kemahiran terutamanya dalam tajuk permainan. Namun guru tidak melaksanakan penilaian yang sepatutnya bagi menilai aspek psikomotor dan selain itu penilaian bagi aspek afektif langsung tidak dinilai secara formal atau eksplisit dalam kelas PJ.

            Penilaian yang dilaksanakan sekarang ini adalah tidak lengkap dan holistik. Oleh itu, bagi mendapatkan penilaian yang berkesan guru sepatutnya melaksanakan pentaksiran. Pentaksiran komprehensif yang berkesan merangkumi penilaian secara menyeluruh meliputi aspek kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.

            Di Amerika Syarikat, pentaksiran telah begitu meluas dilaksanakan dengan mengambil contoh New Jersey Comprehensive Health Education and Physical Education Curriculum Framework (1999). Pentaksiran yang digunakan adalah seperti item aneka pilihan (response/forced choice items), penulisan esei (essay), tugasan prestasi (performance tasks), penulisan portfolio, pemerhatian guru (teacher observation), pentaksiran kendiri (student self-assessment) dan persidangan berkaitan pentaksiran (assessment conferences).
           
            Pentaksiran bagi pelajar peringkat menengah berdasarkan South Carolina Physical Education Assessment Program [SCPEAP] (2004) pula lebih lengkap dan menyeluruh. Pelajar dinilai berdasarkan kepada empat indikator pencapaian (Performance Indicator). Indikator pencapaian pertama, menilai pelajar dalam aspek psikomotor bagi kemahiran permainan. Perlakuan pelajar dirakam menggunakan video dan dinilai berdasarkan rubrik yang disediakan. Pemberatan penilaian ini adalah sebanyak 60.00 peratus.

            Indikator pencapaian kedua, adalah ujian kognitif yang merangkumi lima komponen kecergasan dan prinsip frequency, intensity dan time berbentuk ujian bertulis. Pemberatan penilaian ini adalah sebanyak 15.00 peratus. Indikator pencapaian ketiga, adalah penilaian penyertaan pelajar melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan kesihatan di luar waktu PJ. Pelajar dikehendaki menulis laporan dalam buku log dan pemberatan penilaian ini adalah 10.00 peratus. Indikator pencapaian keempat pula, adalah penilaian berkaitan perbincangan kepentingan kesihatan dan aktiviti fizikal berdasarkan Fitnessgram. Pemberatan bahagian ini adalah 15.00 peratus. Pentaksiran ini adalah berteraskan kepada kandungan National Standards for Physical Education, National Association for Sport and Physical Education [NASPE] (1995).

            Berdasarkan Curriculum Development Council and the Hong Kong Examinations and Assessment Authority (2007), pentaksiran di Hong Kong melibatkan penilaian formatif dan sumatif. Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan awam (kertas 1, 50.00% dan kertas 2, 20.00%) dan pentaksiran berasaskan sekolah (school-based assessment) berdasarkan penglibatan dua aktiviti fizikal (20.00%) dan kecergasan fizikal (10.00%). Manakala di Singapura (Bedok South Secondary School – Physical Education, 2009), pentaksiran yang digunakan adalah kecergasan fizikal (30.00%), kemahiran fizikal (praktikal, 30.00% dan teori, 20.00%) dan sikap (20.00%). Penilaian bagi kemahiran fizikal adalah berdasarkan kepada amali bagi dua jenis permainan.
            Peranan guru PJ adalah mengembang dan meningkatkan prestasi pelajar bagi mencapai objektif PJ dalam domain psikomotor, kognitif dan afektif (Hastad & Lacy, 2002). Oleh itu, bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran terutamanya pada hasil pembelajaran pelajar maka seseorang guru haruslah melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Payne (2003), pentaksiran merupakan integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Oleh itu, pentaksiran adalah gabungan proses pengukuran  dan penilaian.

            Kebanyakan ujian yang dijalankan dalam dunia pendidikan adalah berbentuk pentaksiran prestasi (Abu Bakar & Bhashah, 2008; dan Bhasah, 2007). Menurut Stringgin (1987), pentaksiran perlakuan merupakan satu bentuk pentaksiran yang berdasarkan kepada pemerhatian dan pengadilan terhadap sesuatu proses atau produk serta hasil daripada pelaksanaan sesuatu tugasan. Pentaksiran meliputi kaedah pengujian yang begitu luas dan memerlukan pelajar menunjukkan kecekapan atau pengetahuannya dengan memberikan jawapan yang tepat dan menghasilkan sesuatu kemahiran yang baik. Guru perlu membuat pertimbangan terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri kognitif, psikomotor dan afektif pelajar. Peranan pelajar pula adalah memberikan tindak balas terhadap maklumat atau kemahiran yang diperoleh serta dapat menggunakan maklumat atau kemahiran tersebut pada peringkat tertinggi.
           
            Menurut Linn dan Gronlund (1992), pentaksiran perlakuan kadangkala disebut sebagai pentaksiran autentik atau pentaksiran alternatif. Pentaksiran alternatif kurang memberi penekanan kepada ujian kertas dan pensil manakala pentaksiran autentik lebih kepada penilaian aplikasi dan amali terhadap sesuatu tugasan yang dilakukan di dalam keadaan sebenar. Oleh itu, dalam mata pelajaran PJ pentaksiran perlakuan adalah sangat sesuai dan signifikan bagi menilai pencapaian pelajar bagi aspek kognitif, psikomotor dan afektif.

            Lund dan Kirk (2002) mencadangkan beberapa pentaksiran perlakuan dalam mata pelajaran PJ antaranya pemerhatian (guru, rakan dan kendiri), permainan dan ubah suai permainan, tugasan, prestasi pelajar, penulisan esei, penulisan jurnal, penghasilan projek dan penulisan buku log. American Federation of Teachers, National Council on Measurement of Student, National Education Association [AFTNC] (1990), menggariskan tujuh perkara yang perlu diberikan perhatian dalam pentaksiran perlakuan iaitu (i) pilih kaedah pentaksiran yang sesuai berdasarkan tujuan pengajaran; (ii) hasilkan keadaan pentaksiran bersesuaian dengan tujuan pengajaran yang hendak dibuat; (iii) tadbir, skor dan terjemahkan keputusan pentaksiran; (iv) gunakan keputusan pentaksiran tersebut apabila membuat keputusan; (v) bina prosedur penggredan yang sah; (vi) berkomunikasi tentang keputusan pentaksiran kepada pelajar dan lain-lain; dan (vii) mengenal pasti penggunaan dan kaedah pentaksiran yang tidak sesuai, tidak beretika atau menyalahi peraturan pentaksiran.

            Menurut Baumgartner, Jackson, Mahar dan Rowe (2007); Hastad dan Lacy (2002); Johnson dan Nelson (1986), Miller (2006); dan Morrow, Jackson, Disch dan Mood (2005), penilaian bagi aspek kognitif yang boleh digunakan adalah berbentuk ujian seperti objektif, betul-salah, objektif aneka pilihan, isi tempat kosong dan juga penulisan esei. Menurut Hastad dan Lacy (2002), ujian kognitif yang dibina oleh guru adalah berdasarkan kepada taksonomi Bloom, Engelhart, Furst, Hill dan Krathwohl (1956) dengan pecahan wajaran pemberatan bagi aras pengetahuan (25.00%), kefahaman (10.00%), aplikasi (35.00%), analisis (20.00%), sintesis (5.00%) dan aras penilaian (5.00%). Manakala kandungan soalan kemahiran permainan hendaklah mengandungi soalan berdasarkan item sejarah (5.00%), undang-undang dan peraturan (25.00%), peralatan (5.00%), etika (10.00%), kemahiran dan teknik (35.00%) serta strategi (20.00%).

            Dalam mata pelajaran PJ, pentaksiran seharusnya meliputi tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Pentaksiran Komprehensif (PK) adalah satu pentaksiran yang dapat menilai pelajar bagi ketiga-tiga aspek tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui penggunaan PK, guru dikehendaki menilai pencapaian setiap individu pelajar secara serta-merta terhadap kemahiran yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilaian ini adalah mengikut kehendak objektif pembelajaran berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran PJ (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) yang telah dirancang tanpa menunggu peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun seperti yang diamalkan sekarang.

            Oleh itu, penilaian pencapaian pelajar dalam mata pelajaran PJ perlu direfomasikan dengan mengubah cara guru menilai pencapaian pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan perkembangan dan kehendak dunia pendidikan melalui perubahan dan transformasi kepada aspek PK. Perubahan daripada memberi penekanan kepada peperiksaan yang berasaskan kandungan (content based) kepada pentaksiran prestasi yang lebih berasaskan kemahiran (skill based) bagi domain psikomotor dan afektif manakala daripada yang bersifat ujian pencapaian (achievement test) kepada yang bersifat ujian kebolehan am (general ability test) bagi domain kognitif.

            Menurut Jamil (2008), bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan maka pentaksiran adalah penyelesaiannya. Payne (2003), mencadangkan agar guru perlu menilai kembali proses penilaian dalam mata pelajaran PJ dengan secara mendalam dan berkesan bagi memantapkan mata pelajaran PJ di sekolah.

            Penyelidik berpendapat bahawa segala permasalahan yang wujud dalam pelaksanaan kurikulum PJ ini dapat diselesaikan sekiranya kaedah pentaksiran yang digunakan oleh guru sekarang ini dinilai kembali dan diubah suai supaya menjadi lebih berkesan. Situasi ini telah menimbulkan keinginan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian bagi membina satu instrumen yang dikenali sebagai PK yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJ bagi tunjang kemahiran permainan bola baling dan badminton. Pentaksiran Komprehensif yang dibina dalam kajian ini adalah bertujuan membantu guru mencapai objektif am mata pelajaran PJ Tingkatan 2 khususnya objektif pada para (iii) dan (v) iaitu (iii) mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan dengan betul dan selamat; dan (v) melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

            Justeru, dalam konteks penilaian terhadap pencapaian pelajar, instrumen PK ini direka bentuk bagi menyediakan kaedah penilaian yang bersifat komprehensif merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif bagi mendapatkan gambaran pencapaian aras pembelajaran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran PJ. Oleh yang demikian, mata pelajaran PJ memerlukan satu transformasi dalam bidang pentaksiran. Pentaksiran Komprehensif yang holistik haruslah dibina agar pelajar benar-benar dinilai mengikut keupayaan sebenar mereka.

            Berdasarkan tunjang kemahiran dalam sukatan pelajaran PJ bagi Tingkatan 2, terdapat dua permainan iaitu bola baling dan badminton (Amin, Anuar & Enson, 2003). Dalam permainan bola baling terdapat lapan kemahiran asas yang perlu diperkenalkan kepada pelajar iaitu (i) kemahiran hantaran; (ii) kemahiran menangkap; (iii) kemahiran mengelecek dengan bola; (iv) kemahiran mengacah; (v) kemahiran mengadang; (vi) kemahiran menjaring; (vii) kemahiran menjaga gol; (viii) undang-undang dan peraturan. Manakala bagi permainan badminton pula terdapat enam kemahiran asas iaitu (i) kemahiran memegang raket; (ii) kemahiran servis; (iii) kemahiran pukulan; (iv) kemahiran smesy; (v) kemahiran gerak kaki; dan (vi) undang-undang dan peraturan.

            Oleh yang demikian, instrumen PK yang dicadangkan adalah melalui ujian bertulis bagi aspek kognitif, kaedah pemerhatian guru dalam menilai prestasi pelajar semasa latihan dan juga permainan kecil bagi aspek psikomotor dan afektif. Kriteria menilai pencapaian pelajar melalui ujian bertulis dibina bagi mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam aspek domain kognitif adalah berteraskan kepada taksonomi Bloom et al. (1956). Dalam aspek penguasaan psikomotor pula, pelajar akan dinilai oleh guru melalui pemerhatian semasa melaksanakan tugasan kemahiran semasa sesi latihan dan sesi permainan. Kriteria menilai pencapaian pelajar melalui domain psikomotor ini adalah berdasarkan taksonomi Dave (1970). Manakala bagi aspek afektif pula, pelajar akan dinilai oleh guru melalui pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kriteria menilai pencapaian pelajar melalui domain afektif ini adalah berdasarkan taksonomi Krathwohl, Bloom dan Masia (1964).

            Pentaksiran Komprehensif ini boleh dijadikan sebagai instrumen pentaksiran alternatif dalam menilai pencapaian pelajar bagi setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, instrumen PK kemahiran bola baling dan badminton dalam mata pelajaran PJ di sekolah menengah Tingkatan 2 sangat diperlukan bagi mengenal pasti tahap dan aras pembelajaran pelajar dalam aspek kognitif, psikomotor dan afektif.


1.2              Latar Belakang Masalah
Pada tahun 1988,  penilaian formal berbentuk sumatif telah diperkenalkan bagi mata pelajaran PJ melalui KBSM dan buat pertama kalinya markah atau gred PJ berdasarkan keputusan penilaian dimasukkan dalam buku laporan pelajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988). Penilaian yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu kaedah peperiksaan dan Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). Melalui kaedah peperiksaan, pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan sebanyak dua kali setahun iaitu peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Selain itu, pelajar juga diwajibkan menjalani ujian kecergasan fizikal melalui UDTA berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979)  dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1988, Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) namun keputusan ujian ini tidak perlu dimasukkan ke dalam buku laporan pelajar.

            Mulai tahun 2008, pelajar diwajibkan menjalani ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) bagi menggantikan UDTA. Penilaian yang dilaksanakan ini sebenarnya masih tidak lengkap di mana pelajar dinilai berdasarkan peperiksaan yang berbentuk sumatif dan ujian SEGAK dengan tumpuan kepada aspek kecergasan.

            Berdasarkan kaedah penilaian yang dijalankan oleh guru sekarang, ia sebenarnya tidak seimbang dan menyeluruh di mana banyak tajuk kemahiran yang diajar tidak dinilai oleh guru (Abdul Manan & Jumalanizon, komunikasi personal, 30 Julai, 2009). Penilaian melalui kaedah peperiksaan hanya menumpukan kepada pencapaian dari aspek kognitif manakala aspek psikomotor yang sepatutnya diberikan tumpuan khusus tidak dinilai dengan menyeluruh walaupun ujian SEGAK dijalankan tetapi ia masih tidak mencukupi di mana banyak kemahiran lain seperti pergerakan asas, permainan, olahraga, gimnastik dan pergerakan kreatif langsung tidak dinilai (Wan Zamri, 2004). Hal ini menunjukkan bahawa guru hanya mengajar tajuk berkenaan tanpa melakukan penilaian khususnya bagi aspek psikomotor dan afektif. Walaupun kurikulum PJ telah dilaksanakan secara meluas namun aspek penilaian pelajar masih belum begitu menyeluruh dan seimbang. Keadaan ini sebenarnya bertentangan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

            Pada tahun 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan PKS. Melalui PKS, guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen, melaksanakan, merekod hasil, menganalisis maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan.

            Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Perak (2006) telah mengambil inisiatif dengan membina Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) negeri Perak berdasarkan PKS. Penilaian Kendalian Sekolah Menengah adalah bertujuan menilai tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dari segi praktikal, teori, afektif, sosial dan nilai murni. Kandungan modul penilaian ini terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu olahraga, permainan, UDTA, folio, ujian teori, laporan berbentuk sijil dan dipecahkan mengikut Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

            Penilaian kognitif PKSM adalah berbentuk ujian sumatif terdiri daripada dua set soalan yang mengandungi 40 soalan objektif. Set soalan ini digunakan dalam peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun di mana masa menjawab yang diperuntukkan adalah selama satu jam. Menurut Abu Bakar dan Bhasah (2008), penilaian sumatif adalah satu bentuk ujian yang memberi gambaran menyeluruh tentang pencapaian terhadap objektif yang luas serta meliputi sebahagian besar daripada perkara-perkara yang dipelajari sepanjang satu semester pembelajaran. Apabila guru ingin memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud dari aspek pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru seharusnya menggunakan penilaian formatif.

            Menurut Bhasah (2007), penilaian formatif adalah penilaian yang dijalankan secara berterusan dan penggunaannya dapat menentukan pencapaian objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Oleh itu, penggunaan penilaian formatif adalah lebih sesuai berbanding penilaian sumatif dalam konteks pentaksiran mata pelajaran PJ. Penggunaan penilaian formatif dapat membantu guru menilai proses pencapaian aras kognitif pelajar bagi sesuatu tajuk pembelajaran serta memberikan maklum balas terhadap kelemahan pelajar serta memahami tentang pengajaran yang sedang berlaku. Ini menunjukkan bahawa penilaian kognitif PKSM tidak dapat memenuhi kehendak penilaian formatif seperti yang sepatutnya dinilai ke atas pelajar dalam mata pelajaran PJ.

            Penilaian psikomotor PKSM bagi kemahiran bola baling dan badminton menggunakan skor 1 (sangat lemah) bagi skor yang paling rendah dan skor 5 (cemerlang) bagi menunjukkan skor pencapaian yang paling tinggi. Selain itu, hanya tiga kemahiran yang dinilai dalam permainan bola baling iaitu kemahiran menerima bola, mengelecek dengan bola dan menjaring manakala permainan badminton pula terdapat tiga kemahiran asas yang dinilai iaitu kemahiran servis tinggi, servis rendah dan pukulan lob.

            Berdasarkan huraian sukatan pelajaran mata pelajaran PJ Tingkatan 2 bagi tunjang 2 iaitu kemahiran permainan bola baling (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001), terdapat lapan kemahiran asas yang perlu diajar oleh guru PJ iaitu kemahiran hantaran (hantaran atas kepala, hantaran lantun, hantaran lompat dan hantaran aras dada), kemahiran menangkap dengan dua belah tangan, kemahiran mengelecek dengan bola, kemahiran mengacah, kemahiran menjaring (jaringan lompat dan jaringan junam), kemahiran menjaga gol, kemahiran mengadang serta undang-undang dan peraturan. Manakala bagi permainan badminton pula, terdapat enam kemahiran asas iaitu kemahiran memegang raket (pegangan kilas dan pegangan depan), kemahiran servis (servis tinggi, servis rendah dan servis kilas), kemahiran pukulan (pukulan hadapan, pukulan kilas dan pukulan lob), kemahiran smesy, kemahiran gerak kaki (asas gerak kaki, gerak kaki ke belakang, bergerak ke hadapan dan bergerak ke sisi) serta undang-undang dan peraturan.

            Hasil pembelajaran bagi kemahiran permainan bola baling adalah menghendaki pelajar dapat melakukan sekurang-kurangnya enam kemahiran asas dalam permainan bola baling dengan teknik yang betul dan selamat manakala pelajar dapat melakukan sekurang-kurangnya lima kemahiran asas dalam permainan badminton dengan teknik yang betul dan selamat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Ini menunjukkan, kandungan penilaian PKSM bagi menilai pelajar terhadap penguasaan kemahiran permainan bola baling dan badminton adalah tidak mengikut kehendak hasil pembelajaran seperti yang telah digariskan dalam huraian sukatan pelajaran mata pelajaran PJ Tingkatan 2.

            Penilaian afektif PKSM pula mengandungi 19 nilai murni iaitu baik hati, berdikari, peka pada arahan, kasih sayang, hormat menghormati, kejujuran, keinginan mencuba, keberanian, kerjasama, semangat kesukanan, rasional, kebersihan, tanggungjawab, kesyukuran, kerajinan, permainan bersih, hemah diri, kesederhanaan dan kebebasan. Sukatan pelajaran rendah dan menengah mata pelajaran PJ (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) telah menetapkan lapan nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan iaitu semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan. Berdasarkan penilaian afektif PKSM, hanya terdapat dua aspek nilai sahaja yang dinilai mengikut kehendak sukatan pelajaran rendah dan menengah mata pelajaran PJ iaitu semangat kesukanan dan permainan bersih. Ini menunjukkan penilaian afektif berdasarkan PKSM adalah terlalu banyak dan tidak menepati kehendak sukatan pelajaran PJ.

            Oleh itu, kandungan penilaian dalam PKSM didapati mempunyai beberapa kelemahan. Peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun bagi penilaian kognitif adalah berbentuk penilaian sumatif, penggunaannya tidak dapat membantu guru menilai proses pencapaian aras kognitif pelajar bagi sesuatu tajuk pembelajaran. Selain itu, kandungan penilaian dari aspek psikomotor PKSM hanya menguji beberapa kemahiran asas dan tidak mematuhi kehendak huraian sukatan pelajaran mata pelajaran PJ Tingkatan 2 bagi kemahiran permainan bola baling dan badminton. Manakala penilaian dari aspek afektif adalah tidak spesifik mengikut hasil pembelajaran yang telah digariskan di dalam huraian sukatan pelajaran rendah dan menengah mata pelajaran PJ bagi penilaian afektif. Selain daripada itu, penggunaan skor 1 (sangat lemah) bagi skor yang paling rendah dan skor 5 (cemerlang) bagi menunjukkan skor pencapaian yang paling tinggi hanya memberi tumpuan kepada hasil pencapaian pelajar.



1.2.1        Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan, guru sebenarnya menghadapi masalah untuk menilai aras pembelajaran pelajar dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Masalahnya di sini adalah disebabkan tidak ada satu instrumen yang standard dan piawai untuk digunakan oleh guru bagi menilai aras pembelajaran pelajar terutamanya berkaitan dengan tajuk kemahiran permainan.

            Guru hanya melaksanakan proses penilaian yang digunakan sekarang seperti diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia walaupun ia didapati tidak holistik, lengkap dan menyeluruh berdasarkan kehendak sukatan pelajaran. Oleh itu, instrumen penilaian dalam PJ hendaklah berbentuk komprehensif serta mempunyai nilai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti yang standard. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui transformasi kurikulum kebangsaan yang telah diperkenalkan di sekolah rendah mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2011).

            Instrumen PKSM pula didapati mempunyai beberapa kelemahan. Justeru, fokus kajian ini adalah untuk membina satu instumen pentaksiran dikenali sebagai Pentaksiran Komprehensif yang mempunyai nilai kesahan, kebolehpercayaan serta objektiviti yang piawai dan standard untuk digunakan oleh guru PJ bagi kemahiran permainan bola baling dan badminton Tingkatan 2. Selain itu, penggunaannya diharap dapat membantu guru menilai proses penguasaan pembelajaran melalui aras pencapaian pelajar dalam aspek kognitif, psikomotor dan afektif bagi kemahiran permainan bola baling dan badminton.
            Instrumen PK ini juga perlu lebih realistik, sesuai, selari dengan hasrat transformasi kurikulum kebangsaan serta bertepatan dengan kehendak matlamat dan objektif sukatan pelajaran PJ iaitu (i) melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal; (ii) mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat; (iii) memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan; dan (iv) melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).


1.3              Objektif Kajian
Penyelidikan yang dijalankan dalam kajian ini adalah untuk melihat dengan lebih mendalam hasil pencapaian instrumen dan peratus persetujuan guru PJ bagi tunjang kemahiran permainan bola baling dan badminton Tingkatan 2 dalam mata pelajaran PJ. Berikut adalah objektif kajian:
1.3.1        Mengenal pasti aras dan tahap pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PK.
1.3.2        Mengenal pasti tahap pencapaian pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PKSM.
1.3.3        Membandingkan tahap pencapaian pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif pelajar dalam kumpulan PK dengan pelajar dalam kumpulan PKSM bagi permainan bola baling dan badminton.
1.3.4        Mengenal pasti tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK dan PKSM dalam permainan bola baling dan badminton.
1.3.5        Membandingkan tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK dengan PKSM dalam permainan bola baling dan badminton.


1.4       Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada penyataan masalah dan objektif, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut:
1.4.1        Sejauh manakah aras dan tahap pencapaian pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PK?
1.4.2        Sejauh manakah tahap pencapaian pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PKSM?
1.4.3        Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pencapaian pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar dalam permainan bola baling dan badminton berdasarkan PK dan PKSM?
1.4.4        Sejauh manakah peratus persetujuan guru terhadap penggunaan PK dan PKSM dalam permainan bola baling dan badminton Tingkatan 2?
1.4.5        Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK dengan PKSM dalam permainan bola baling dan badminton Tingkatan 2?