Wednesday, February 29, 2012

Polisi Keselamatan Kegiatan Luar Bilik Darjah

Polisi ini harus dibaca bersama:

·         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989
Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

·         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995
Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.

·         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995
Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

·         SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979
Pendidikan Jasmani.

·         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988
Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

·         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998
Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.

·         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995
Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.


 PENGENALAN

Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran.

RASIONAL

·         Pihak Sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
·         Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan.
·         Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.

OBJEKTIF

·         Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
·         Mengelakkan berlakunya kemalangan  semasa kokurikulum dijalankan.
·         Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
·         Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

PERANAN MURID

·         Melapor taraf kesihatan diri kepada guru
·         Mengikut arahan guru / jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.

 PERANAN JURULATIH / GURU

·         Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui:
a.        Poster
b.        Perhimpunan Mingguan
c.        Ceramah
d.        Bengkel
e.        Pengajaran dan Pembelajaran dalam klelas
f.         Edaran
·         Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
·         Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
·         Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
·         Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
·         Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.

PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA.

·         Mengambil tahu aktiviti ko-kurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masing-masing.
·          Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
·         Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
·         Menyediakan bahan keperluan anak / jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Mengenalpasti jurulatih / guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon jurulatih / guru berkenaan dan pihak sekolah.

POLISI

·         Memastikan warga sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum.
·         Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya.
·         Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
·         Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai atau sekolah.
·         Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok ( rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995 )
·         Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga sekolah melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi.
·         Semua warga sekolah adalah tertakluk kepada polisi ini.

  
POLISI KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. SUKAN / PERMAINAN /KELAB / UNIT BERUNIFORM.
    ( Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil: 24/1998 )

Semua warga sekolah yang menjalankan kegiatan sukan, permainan, kelab dan unit beruniform haruslah bertanggungjawab ke atas:

1.1     Tatacara Am
·         Keselamatan diri sama ada kegiatan tersebut dijalankan di dalam atau diluar kawasan sekolah.
·         Keselamatan alatan kelengkapan dan kemudahan.
·         Keselamatan fizikal.
·         Keselamatan emosi.
·         Keselamatan sosial.

1.2     Tatacara Murid.

·         Memastikan keselamatan diri terjamin.
·         Mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa
·         Sentiasa mematuhi arahan jurulatih atau guru penasihat.
·         Mendapat kebenaran jurulatih / guru penasihat sebelum menggunakan alatan.
·         Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
·         Menjalankan aktiviti dengan teratur dan sistematik.
·         Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti bebahaya.
·         Pelajar yang telah dipilih mewakili sekolah/ bahagian/ negeri / negara mesti membuat pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination )
·         Memberitahu guru tentang sejarah kesihatan mereka ( Medical History
·         Memberitahu / melaporkan kepada guru sekiranya mengetahui perilaku rakan-rakan yang tidak sihat,  contohnya: penyalahgunaan dadah, pil khayal dan lain-lain.

1.3     Tatacara Pengurusan / Jurulatih/ Guru.

·         Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar.
·         Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan.
·         Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
·         Membuat pengawasan yang rapi sebelum, semasa dan sesudah digunakan.
·         Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
·         Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang jika didapati cuaca buruk akan berlaku.
·     Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Memastikan hanya jurulatih yang berklayakan / bertauliah contohnya dari Majlis Sukan Negeri serta mengetahui latar belakang mereka.
·         Menyediakan peti pertolongan cemas.
·         Menyediakan pegawai yang bertauliah dalam rawatan kecemasan mengiringi pelajar yang mewakili sekolah.
·         Mempunyai rekod sejarah kesihatan dan maklumat peribadi pelajar yang lengkap.
·         Membuat siasatan rapi atas laporan yang telagh dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan dengan segera.
·     Memberi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah contohnya masalah emosi, pencapaian sukan dan akademik yang menurun dan lain-lain. ( Jika perlu hantar kepada kaunselor bertauliah )
·         Membuat pemeriksaan kesihatan yang lengkap ( Medical Examination ) untuk pelajar yang mewakili sekolah sahaja )
·         Menjaga kebajikan pelajar, contohnya, menyediakan makanan dan minuman, memberi wang saku, menyediakan kenderaan dan lain-lain.
·         Memberitahu ibubapa/ penjaga tentang pemilihan pelajar dalam aktiviti-aktiviti tertentu, tarikh, masa dan tempat latihan.
·        Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan lengkap untuk memudahkan guru menghubungi ibubapa / penjaga semasa kecemasan.
·         Menyediakan Fail Peribadi pelajar-pelajar yang dipilih mewakili sekolah, bahagian, negeri dan negara.
·         Memastikan pemandu bertauliah dan kenderaan yang digunakan untuk menghantar pelajar pergi dan balik semasa mengikuti aktiviti dalam keadaan baik dan selamat.
·         Harus mempunyai insurans kemalangan diri.
·         Menyediakan prosedur khas untuk agensi/badan latihan luar yang menggunakan khidmat pelajar, contohnya, mewakili dalam sukan / permainan.
  
1.4     Tatacara Ibubapa / Penjaga.

·         Menandatangani Surat Kebenaran Ibubapa/ Penjaga.
·         Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
·         Memakulumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
·         Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai aktiviti.
·         Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti.
·         Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti.
·         Memastikan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak jagaan menjalankan aktiviti.
·         Mengambil tahu tempat dimana aktiviti dijalankan.
·         Mendapat maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.

2. Penyelengaraan Peralatan Sukan  ( Stor Sukan )
    ( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 )

Semua warga sekolah yang menggunakan peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:

2.1     Tatacara Am.

·         Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.
·         Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan
·         Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.
·         Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.
·         Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan.
·         Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.
·         Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.
·         Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

2.2     Tatacara Murid.

·         Pelajar dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.

2.3     Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
·         Merekod semua alat sukan yang digunakan.
·         Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.
·         Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
·         Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.
·         Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
·         Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.

3.  Peralatan Sukan.
     ( Rujuk Saurat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :

3.1     Tatacara Am.
·         Peralatan sukan
·         Peralatan sukan mestilah selamat dan sesuai digunakan.
·         Peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
·         Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

3.2     Tatacara Murid.

·         Melaporkan kepada guru jika terdapat  sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan.
·         Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.

3.3     Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
·         Memastikan peralatan sukan selamat dan sesuai digunakan.
·         Memastikan peralatan sukan mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan  sukan.
·         Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan harus dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
·         Mengambil tindakan segera atas lsporan kerosakan peralatan.

4. Kawasan Sukan / Permainan / Tempat Latihan
    ( Rujuk Surat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :


4.1        Tatacara Am.
·         Kawasan latihan, permainan atau sukan dalam keadaan baik dan terurus.

4.2     Tatacara Murid.
·         Mematuhi peraturan dan arahan guru.
·         Dilarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·         Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
·         Menjaga kebersihan.
·         Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
·         Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti berada di kawasan latihan.

4.3     Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
·         Memastikan tempat latihan dan alatan yang terdapat di situ dalam keadaan baik, terurus dan selamat.
·         Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada gurtu.
·         Mengambil tindakan segera terhadap laporan kerosakan yang berlaku.
·         Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
·         Memastikan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di tempat latihan.

5. Kawasan Larangan
    ( Rujuk Surat Pekeliling Bil. 9/2000 )
Pihak pentadbir, jurulaih dan guru penasihat bertanggungjawab ke atas:

5.1 Tatacara Am.
·         Kawasan larangan dan berbahaya seperti gynasium, angkat berat,, padang hoki/bola sepak, gelanggang bola tampar/ sepak takraw, lapangan latihan memanah, kawasan balapan dan stor sukan.

5.2 Tatacara Murid.
·         Dilarang berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·         Memastikan keselamatan dan peralatan yang terdapat disitu adalah terjamin.
·         Mematuhi peraturan dan arahan guru.
·         Menjaga kebersihan.
·         Membuat laporan tentang kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru.
·         Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di kawasan larangan dengan pengawasan rapi guru.

5.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.

·         Memastikan tiada pelajar berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·         Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan
·         Memastikan kawasan dalam keadaan baik, terurus dan selamat digunakan.
·         Memastikan peralatan yang terdapat disitu dalam keadaan selamat.
·         Mengambil tindakan segera atas segala laporan yang disampaikan oleh pelajar dan merekodkannya.
·         Menyediakan seorang pegawai yang bertauliah dalam pertolongan cemas sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.
·         Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.
·         Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti / latihan dijalankan.

6. Cuaca / Musim
    ( Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 )
Semua warga sekolah bertanggungjawab ke atas:

6.1 Tatacara Am.
·         Tidak menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk seperti hujan, kilat dan petir.
·         Memberhentikan aktiviti apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

6.2 Tatacara Murid.
·         Tidak berada di tempat lapang atau kawasan yang terdedah kepada bahaya semasa cuaca buruk.
·         Berhenti serta merta setelah mendapat arahan daripada guru supaya berbuat demikian.
·         Mematuhi arahan dan peraturan.

7. Laporan Kemalangan Atau  Kecederaan.
    ( Rujuk Suat Pekeliling Bil. 9/2000 )
Jurulatih dan guru penasihat bertangunggjawab ke atas :

7.1 Tatacara Am.
·         Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru.
·         Membuat siasatan ke atas kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
·         Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

7.2 Tatacara Murid.
·         Melaporkan semua jenis kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa menyertai aktiviti kepada pihak pengurusan / guru.
·         Pelajar mesti memberitahu sejarah kesihatan mereka.
·         Melaporkan aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Contohnya, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

7.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.
·         Mengambil tindakan segera ke atas laporan yang dibuat oleh pelajar.
·         Membuat siasatan ke atas kemalangan atau kecedraan yang berlaku.
·         Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

8. Laporan Aktiviti ( Penilaian dan Pemantauan )
    ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 )

8.1 Tatacara Am.
·         Jumlah dan guru penasihat bertanggungjawab membuat penilaian dan laporan bertulis kepada pihak sekolah bagi setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai pelajar.
·         Jawatankuasa Keselamatan Ko-kurikulum membuat penilaian dan pemantauan keatas semua aktiviti ko-kurikulum sepanjang tahun.

8.2 Tatacara Murid.
·         Membuat laporan bertulis ( jika perlu ).

8.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/guru.
·         Menyemak laporan bertulis oleh pelajar.
·         Membuat laporan bertulis setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai sama ada di dalam atau di luar sekolah.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM.

1.1     Tatacara Am.
·         Taklimat keselamatan oleh jurulatih atau guru penasihat sebelum aktiviti dijalankan.
·         Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan sama ada di kawasan latihan, padang, gelanggang dan stor sukan.
·         Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
·         Pengawasan rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Memastikan semua peralatan adalah selamat untuk digunakan dan dipulangkan dengan sempurna selepas digunakan.
·         Sebarang aktiviti mesti dijalankan di tempat yang ditetapkan.
·         Tidak menjalankan sebarang aktiviti di tempat lapang apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

1.2     Tatacara Murid.
·         Memakai pakaian sukan atau seragam yang lengkap.
·         Mendengar talklimat keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan, operaturan dan tatacarta penggunaan peralatan yang betul.
·         Membuat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga dengan mengisi Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa/ Penjaga untuk pembedahan.
·         Mengetahui cara penggunaan peralatan sukan dengan betul.
·         Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti yang berbahaya.
·         Memberikan kepada guru maklumat peribadi dan sejarah kesihatan yang lengkap dan betul.
·         Mematuhi peraturan dan arahan guru.

1.3     Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.
·         Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.
·         Memastikan hanya juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta mempunyai latar belakang dan reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan menjalankan latihan.
·         Membuat laporan rapi atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan seterusnya.
·         Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungjawab dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan maklumat lengkap bagi memudahkan menghubungi ibubapa semasa kecemasan.
·         Menyediakan Fail Peribadi dan pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination ) yang lengkap bagi pelajar yang mewakili Sekolah, Bahagian, Negeri dan Negara.
·         Menyediakan prosedur khas bagi agensi atau badan-badan luar yang memerlukan khidmat pelajar contohnya , mewakili dalam permainan / sukan..
·         Menyediakan seorang pegawai bantuan kecemasan yang bertauliah.
·         Menjaga kebajikan pelajar.
·         Mempunyai rekod maklumat peribadi dan sejarah kesihatan pelajar yang lengkap.
·         Mengada aktiviti di tempat yang ditetapkan.
·         Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang atau terdedah kepada bahaya jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.
·         Memberi taklimat keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan yang betul.
·         Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
·         Membuat pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Mempastikan pengeluaran dan pengembalian barang adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
·         Menyediakan laporan yang lengkap tentang aktiviti yang dijalankan dan disertai.
·         Menyediakan peti pertolongan cemas.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TEMPAT LATIHAN.

1.1     Tatacara Am.
·         Tempat latihan haruslah berada dalam keadaan bersih.
·         Memastikan tempat latihan selamat digunakan.
·         Mempunyai pelan keselamatan.
·         Mempunyai jadual penggunaan tempat latihan.
·         Pelajar adalah dilarang sama sekali berada di tempat latihan tanpa pengawasan jurulatih atau guru penasihat.
·         Mempunyai peti pertolongan cemas.
·         Memastikan semua peralatan yang terdapat di tempat latihan adalah selamat untuk digunakan.
·         Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
·         Membuat laporan tentang peralatan sukan yang telah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

1.2     Tatacara Murid.
·         Mematuhi peraturan dan arahan guru.
·         Melarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi guru.
·         Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
·         Menjaga keselamatan.
·         Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
·         Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja berada di kawasan latihan.

1.3     Tatacara Pengurusan/ Jurulatih/Guru.
·         Memastikan peralatan sukan dan tempat latihan berada dalam keadaan terurus dan selamat.
·         Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi dan selamat.
·         Mengambil tindakan segera keatas segala laporan kerosakan yang dibuat.
·         Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
·         Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja boleh berada di tempat latihan.
·         Memberi taklimat tentang pelan keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan peralatan yang betul.
·         Membuat laporan dan merekodkan sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku serta menmberitahu pihak pengurusan dan ibu bapa.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.

1.1     Tatacara Am.
·         Sentiasa menjaga kebersihan stor.
·         Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan.
·         Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.
·         Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
·         Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
·         Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat sukan.
·         Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.
·         Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.
·         Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
·         Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.


1.2     Tatacara Murid.
·         Dilarang masuk ke dalam stor sukan.

1.3     Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.
·         Menjaga kebersihan stor sukan.
·         Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.
·         Memadamkan suis apabila keluar dari stor.
·         Mempunyai pelan keselamatan.
·         Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
·         Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
·         Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN.

1.1     Tatacara Am
·         Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan ( Warranty )
·         Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
·         Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

1.2     Tatacara Murid.
·         Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan yang digunakan.
·         Sentiasa berwaspada meenggnakan peratan.
·         Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.

1.3     Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.
·         Memastikan peralatan sukan mempunyai jaminan ( Warranty ).
·         Memastikan peralatan yang sudah tamat tarikh luput dihapuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
·         Mengambil tindakan segera atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku.
·         Memberi taklimat tatacara penggunaan peralatan yang betul.


KEGIATAN LUAR.

1.1           PENDAHULUAN.

Kegiatan luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah dan/atau  melibatkan agensi luar untuk mengadakan lawatan atau perkhemahan.

 1.2      RASIONAL

·         Kegiatan luar adalah perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik darjah kepada murid.
·         Mengubah sausana pembelajaran supaya murid lebih berminat untuk terus belajar.

1.3           OBJEKTIF

                ·         Mengadakan lawatan yang berfaedah untuk murid.
·         Mengikut tatacara keselamatan yang disediakan apabila menjalankan aktiviti luar.
·         Mengelakkan berlakunya kemalangan apabila menjalankan aktiviti luar dengan mengambil kira aspek keselamatan.

1.4           PERANAN MURID.

·         Murid mendapatkan kebenaran ibubapa.
·         Memberitahu taraf kesihatan kepada guru/pihak pengurusan.
·         Membawa peralatan yang diperlukan dengan lengkap.
·         Mendengar dengan teliti arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan oleh guru.
·         Sentiasa berada dalam kumpulan yang ditetapkan.

1.5       PERANAN GURU PENASIHAT/JURULATIH/ GURU PENGIRING

·         Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti luar melalui:
a.        Poster
b.        Perhimpunan Mingguan
c.        Ceramah
d.        Bengkel
e.        Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.
f.         Tayangan Video.
g.        Ceramah.
h.        Edaran.
·         Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
·         Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
·         Memaklum kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
·         Menganalisis setiap kejadian.
·         Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti luar sekolah.
·         Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.

1.6       PERANAN IBUBAPA

·         Mengambil tahu aktiviti luar yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
·         Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
·         Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
·         Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

1.7                 TATACARA MURID

1.7.1 LAWATAN SAMBIL BELAJAR

·         Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga yang disediakan dan serahkan kepada guru penasihat.
·         Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing ( pakai sentiasa ) pas lawatan sekolah.
·         Bawa peti kecemasan yang lengkap.
·         Catat kedatangan pergi dan balik dan naik/turun daripada kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
·         Setelah tiba di tempat yang ditujui, ikut arahan guru/pemandu pelancong/ peraturan di tempat lawatan.
·         Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
·         Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik. Tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.

1.7.2      LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN HUTAN.

·         Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu bapa dan serahkan kepada guru penasihat
·         Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
·         Pakai pakaian yang sesuai- baju lengan panjang dan kasut sukan.
·         Dirikan khemah di kawasan yang sesuai dan bukan di laluan air atau bawah pokok berdahan reput/di lereng bukit yang boleh berlaku tanah runtuh/berhampiran tebing sungai/tempat curam/tanah lembut/di kawasan lembah dan lain-lain tempat yang berbahaya.
·         Taburkan serbuk belerang/garam di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa seperti ular dan serangga.
·         Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
·         Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana ia mungkin beracun.
·         Ketua kumpulan jalankan aktiviti dalam kumpulan.
·         Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
·         Sekiranya diganggu oleh haiwan liar, jangan panik. Jerit minta pertolongan dan lari untuk menyelamatkan diri.
·         Sekiranya terkena getah beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan serangga atau luka, dapatkan pertolongan kecemasan segera                ( Lampiran 4 )
·         Laporkan kepada guru.
·         Sekiranya sakit berterusan, keluar daripada kawasan perkhemahan dan daptakan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
·         Bawa peralatan lengkap dan peti kecemasan.

1.7.3      LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN BERAIR.

Kawasan berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, loji penapisan air, empangan, bakau dan lain-lain.

·         Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
·         Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
·         Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.
·         Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti.
·         Jika terdapat sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah meminta tolong.
·         Jangan cuba memberi pertolongan cemas kecuali jika anda mempunyai kelayakan menyelamat di air.
·         Laporkan segera kepada guru/pegawai bertugas/penyelamat kecemasan.

1.8                 TATACARA GURU.

·         Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
·         Jika guru tidak mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan.
·         Memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, seperti polis (bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan).
·         Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga.
·         Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa dan kumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
·         Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
·         Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
·         Mengatur program yang sesuai.

1.9                 TATACARA IBUBAPA/PENJAGA.

·         Menandatangani surat kebenaran ibubapa/penjaga.
·         Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
·         Memaklum kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
·         Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai sebarang aktiviti.
·         Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai sebarang aktiviti.
·         Mengetahui masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti.
·         Memastikan peralatan mencukupi untuk anak jagaan menjalankan aktiviti.
·         Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
·         Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.

TATACARA TINDAKAN APABILA BERLAKU KEMALANGAN.

 1.1      DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

·         Apabila berlaku kemalangan, terus laporkan kepada guru-guru yang bertugas. Buat laporan bertulis.
·         Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
·         Sekiranya serius, pihak sekolah akan menghantar pelajar berkenaan ke hospital dan laporkan kejadian tersebut kepada ibubapa murid/pesakit.
·         Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu buat aduan di Balai Polis.
·         Guru segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk tujuan tuntutan insurans.
·         Serahkan kedua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk urusan memohon tuntutan insurans selanjutnya.

1.2       DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.

·         Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
·         Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang berhampiran untuk menghantar ke hospital.
·         Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran / pejabat sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada polis.
·         Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan tuntutan insurans.