Sunday, November 20, 2011

Comprehensive Assessment for Badminton in Physical Education (Best Poster Award 2011 in International Confrence in Teaching and Learning 2011 14-16 Nov 2011

Wednesday, November 2, 2011

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF PERMAINAN BADMINTON DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


Kertas kerja ini telah dibentang dalam International Conference on Measurement and Evaluation in Education (ICMEE 4th) pada 9-12 Oktober 2011 di Universiti Sains Malaysia

Norkhalid bin Salimin¹
Profesor Madya Dr Julismah Jani²

¹Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,Perak.
²Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.


 ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Pentaksiran Komprehensif dalam permainan badminton bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pentaksiran Komprehensif dalam konteks kajian ini merujuk kepada penilaian pembelajaran pelajar dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Instrumen Pentaksiran Komprehensif dibina berdasarkan taksonomi Bloom, Engelhart, Furst, Hill, & Krathwohl, (1956) bagi domain kognitif, taksonomi Dave (1970) bagi domain psikomotor dan taksonomi Krathwohl, Bloom, & Masia, (1964) bagi domain afektif. Hasil kajian ini mendapati nilai kesahan kandungan instrumen Pentaksiran Komprehensif adalah r=.80. Kebolehpercayaan instrumen dalam menilai pembelajaran kognitif pelajar adalah r=.75 (N=40), psikomotor r=.83 (N=40), dan afektif r=.81 (N=40). Kebolehpercayaan antara pemerhatii menggunakan instrumen ini turut dikaji dan didapati peratus persetujuan (interobserver agreement) adalah 70.00% (SD=0.65). Berdasarkan dapatan kajian ini, Pentaksiran Komprehensif  sesuai digunakan sebagai instrumen yang piawai bagi menilai pencapaian pembelajaran pelajar dalam permainan badminton bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2.
Kata Kunci: Pentaksiran Komprehensif, Kognitif, Psikomotor, Afektif

Pengenalan
Pendidikan Jasmani (PJ) adalah mata pelajaran teras dan wajib diajar dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berdasarkan Akta Pendidikan 1996 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 25/1998 (Kementerian Pelajaran Malaysia,1998). Mata pelajaran PJ mempunyai peranan yang sangat besar dalam menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pengalaman pembelajaran yang berteraskan domain kognitif, psikomotor dan afektif (Darst & Pangrazi, 2006).
Guru dikehendaki menjalankan penilaian bagi menentukan pencapaian matlamat dan objektif mata pelajaran PJ. Dalam konteks ini, penilaian merupakan satu proses yang meliputi penentuan objektif, pengumpulan maklumat, pemprosesan maklumat dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan memenuhi tujuan keputusan penilaian (Abu Bakar & Bhasah, 2008).

Mulai tahun 1989, dalam KBSM penilaian formal berbentuk sumatif telah diperkenalkan bagi mata pelajaran PJ (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988) dan buat pertama kalinya markah atau gred PJ berdasarkan keputusan penilaian dimasukkan  dalam buku laporan pelajar. Penilaian yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu kaedah peperiksaan  dan  ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Penilaian ini sebenarnya masih tidak lengkap di mana pelajar hanya dinilai melalui domain kognitif dan domain psikomotor dengan tumpuan kepada aspek kecergasan.

Oleh itu penilaian mata pelajaran PJ yang dilaksanakan sekarang tidak lengkap dan holistik, tidak seimbang dan menyeluruh disebabkan tidak ada satu instrumen yang standard dan piawai untuk diguna pakai oleh guru bagi menilai pelajar dalam mata pelajaran PJ terutamanya berkaitan dengan tajuk kemahiran permainan (Abdul Manan & Jumalanizon, 2009). Bagi mendapatkan penilaian yang berkesan, guru perlu melakukan proses pentaksiran yang standard. Kajian ini mengesyorkan Pentaksiran Komprehensif (PK) yang berkesan merangkumi penilaian secara menyeluruh meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif terhadap pembelajaran pelajar.

Objektif Kajian

1.     Mengenal pasti nilai kesahan instrumen Pentaksiran Komprehensif permainan badminton.
2.     Mengenal pasti nilai kebolehpercayaan instrumen Pentaksiran Komprehensif permainan badminton.
3.     Mengenal pasti nilai kebolehpercayaan antara pemerhati (interobserver agreement)  instrumen Pentaksiran Komprehensif permainan badminton.

Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah pra eksperimen - kajian kes sekali (the one-shot case study). Sampel terdiri daripada 17 orang guru dan 508 pelajar Tingkatan 2 di sekolah dalam daerah Larut, Matang dan Selama, Perak serta lapan orang panel pakar terlibat dalam kajian ini. Pemilihan subjek guru dalam kajian ini menggunakan kaedah rawak berlapis manakala pemilihan subjek pelajar pula dijalankan secara ’intact’ di mana guru memilih satu kelas untuk mengajar mata pelajaran PJ Tingkatan 2 dan kesemua pelajar dalam kelas tersebut dijadikan subjek kajian.

Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu pentaksiran kognitif, psikomotor dan afektif. PK dalam kajian ini adalah instrumen yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Morrow, Jackson, Disch, & Mood, (2005). Rajah 2 menunjukkan carta alir pembinaan instrumen PK bagi permainan badminton Tingkatan 2.

Dapatan dan Perbincangan

Kesahan
Kesahan kandungan telah dijalankan pada peringkat kajian rintis, pengkaji telah menemui beberapa orang pakar untuk dibuat semakan. Pada peringkat ini,  PK telah dirujuk kepada enam orang panel pakar. Pengkaji telah menggunakan soal selidik kesahan kandungan yang diperkenalkan oleh Sidek & Jamaludin (2005). Soal selidik ini sesuai dijadikan bahan penyelidikan khusus untuk menguji kesahan kandungan instrumen dengan menggunakan rujukan pakar. Beberapa item telah disemak dan diperbetulkan berdasarkan maklum balas dan nasihat pakar yang dirujuk.
Jadual 1
Kesahan Kandungan Panel Pakar Kajian Rintis

Pakar 1
kandungan
Pakar 2
kandungan
Pakar 3
bahasa
Pakar 4
bahasa
Pakar 5
laksana
Pakar 6
laksana
M
9
9
8
9
10
8


10
10
8
10
8
9


9
9
8
10
9
5


10
9
8
10
10
10


9
10
8
9
10
10


47
47
40
48
47
42
271
9.0
.94
.94
.80
.96
.94
.84
5.42
.90

Berdasarkan Jadual 1, nilai kesahan PK semasa kajian rintis adalah r=.90 (N=6). Menurut Abu Bakar (1985), Sidek & Jamaludin (2005) dan  Tuckman & Waheed (1981) nilai 0.70 dianggap telah menguasai atau mencapai tahap tinggi.

Pada peringkat membentuk PK yang lengkap pengkaji sekali lagi telah menemui beberapa orang panel pakar bagi menilai item kandungan PK bagi permainan badminton. Dua orang panel pakar telah dirujuk bagi menilai kesahan item kandungan PK.

Jadual 2
Kesahan Item Kandungan Panel Pakar

Item Kandungan
Nilai Kesahan
M
Pentaksiran Komprehensif Badminton
Pakar 1  r=.80
Pakar 2  r=.80
.80
Berdasarkan Jadual 2, dapatan menunjukkan min nilai kesahan item pakar 1 dan pakar 2 bagi PK badminton adalah r=.80  (N=2). Menurut Abu Bakar (1995), Sidek & Jamaludin (2005) dan  Tuckman & Waheed (1981) nilai .70 dianggap telah menguasai tahap tinggi. Terdapat ulasan, komen dan  pandangan panel pakar berkaitan penilaian kesahan item bagi PK permainan badminton. Dengan mengambil kira semua aspek ulasan, pandang dan komen yang diberikan daripada panel pakar, maka pengkaji telah melakukan beberapa pengubahsuaian kecil agar PK permainan badminton yang dibina pengkaji benar-benar dapat memenuhi kehendak kurikulum bagi mata pelajaran PJ Tingkatan 2.

Kebolehpercayaan
Menurut Miller (2006), kebolehpercayaan sesuatu ujian dapat memberi keputusan yang konsistan setelah diuji berulang kali. Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan akan menghasilkan data yang stabil dan tepat.

PK-kognitif menggunakan kaedah formula Kudder Richadson 20 berdasarkan penskoran yang dibuat secara dikotomi (betul-salah) manakala PK-psikomotor dan PK-afektif menggunakan kaedah korelasi pearson product moment. Kajian dijalankan terhadap 20 orang pelajar lelaki, 20 orang pelajar perempuan (N=40) dan dua orang guru PJ di sekolah terpilih. Jadual 3 menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan PK kognitif permainan badminton.

Jadual 3
Nilai Kebolehpercayaan Pentaksiran Komprehensif bagi Permainan Badminton N=40

Instrumen
Teknik Analisis
Kebolehpercayaan
Pentaksiran Kognitif
Ujian Kognitif 1
KR20
r=.75, p=.61, D=.20
Ujian Kognitif 2
KR20
r=.70, p=.62, D=.62
Ujian Kognitif 3
KR20
r=.80, p=.65, D=.65
Ujian Kognitif 4
KR20
r=.76, p=.69, D=.24

Min
r=.75, p=.65, D=.43
Pentaksiran Psikomotor
Kemahiran servis tinggi (latihan)
Pearson product moment
.91**
Kemahiran servis rendah (latihan)
Pearson product moment
.69**
Kemahiran servis kilas (latihan)
Pearson product moment
.95**
Kemahiran servis (permainan)
Pearson product moment
.78**
Kemahiran pukulan hadapan (latihan)
Pearson product moment
.83**
Kemahiran pukulan kilas (latihan)
Pearson product moment
.65**
Kemahiran pukulan lob (latihan)
Pearson product moment
.75**
Kemahiran pukulan (permainan)
Pearson product moment
.89**
Kemahiran smesy (latihan)
Pearson product moment
.90**
Kemahiran smesy (permainan)
Pearson product moment
.87**
Kemahiran asas gerak kaki (latihan)
Pearson product moment
.95**
Kemahiran gerak kaki ke belakang (latihan)
Pearson product moment
.85**
Kemahiran gerak kaki ke hadapan (latihan)
Pearson product moment
.90**
Kemahiran gerak kaki ke sisi (latihan)
Pearson product moment
.79**
Kemahiran gerak kai (permainan)
Pearson product moment
.77**

Min
r =.83
Pentaksiran Afektif
Semangat kesukanan– menerima kekalahan
Pearson product moment
.83**
Semangat kesukanan– menghormati pihak lawan
Pearson product moment
.78**


Min
r =.81
** Signifikan pada aras 0.01
         
Berdasarkan Jadual 3, nilai min keseluruhan kebolehpercayaan bagi PK-kognitif  adalah r=.75, p=.65 dan D=.43, nilai min pekali korelasi pearson product moment PK-psikomotor adalah r=.83 manakala nilai min pekali korelasi pearson product moment PK-afektif adalah r=.81. Valette (1977) mencadangkan nilai pekali kebolehpercayaan instrumen, paling minimum yang boleh diterima pakai ialah .50 manakala Mohd. Majid (2000) menyatakan nilai pekali kebolehpercayaan mestilah sekurang-kurangnya .60 dan Fraenkel & Wallen (1996) menyatakan sekurang-kurangnya .70. Oleh itu, nilai kebolehpercayaan PK adalah tinggi dan boleh diterima pakai.

Indeks kesukaran (p) adalah satu indeks pengukuran tentang kesukaran item bagi kumpulan yang diuji. Abu Bakar & Bhasah (2008), Bhasah (2007) dan Morrow, Jackson, Disch, & Mood (2005) mencadangkan min kesukaran item bagi sesuatu ujian adalah pada .50. Berdasarkan Jadual 3, nilai indeks kesukaran bagi PK-kognitif  badminton adalah p=.61-.69 (M=.65) adalah sesuai dan boleh diterima pakai.
         
Indeks diskriminasi (D) adalah satu indeks pengukuran yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan perbezaan individu. Ebel (1983) mentafsirkan indeks diskriminasi sesuai digunakan untuk menghuraikan peranan item dalam kebolehpercayaan ujian. Berdasarkan Jadual 3, indeks diskriminasi  bagi PK-kognitif  badminton adalah di antara D=.20-.65 (M=.43) adalah sesuai dan boleh diterima pakai.

Kebolehpercayaan antara pemerhati
Satu ujian penilaian dijalankan terhadap subjek guru (N=18) iaitu ujian penilaian psikomotor guru bagi permainan badminton bertujuan untuk mendapatkan nilai persetujuan antara pemerhati atau ’interobserver reliability’. Penilaian bagi permainan badminton adalah berdasarkan 30 rakaman video yang menunjukkan pelajar melakukan aksi permainan badminton mengikut kemahiran. Berdasarkan rakaman video, subjek guru dikehendaki memberikan markah berpandukan rubrik pentaksiran menggunakan borang disediakan. Dapatan menunjukkan peratus persetujuan antara pemerhati bagi PK badminton adalah diantara 44.40%-89.90% (M=70.37%, SD=0.57). Menurut Rink (2002), nilai kebolehpercayaan diterima pakai adalah sekurang-kurangnya 70% (0.70).

Tahap Pencapaian Pelajar Menggunakan Pentaksiran Komprehensif

Berikut adalah laporan mengenai hasil kajian pencapaian pelajar Tingkatan 2 dalam permainan badminton mengikut pecahan kategori pencapaian aras dan tahap domain kognitif, psikomotor dan afektif menggunakan PK. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif  seperti peratusan, min, sisihan piawai  dan dijelaskan dalam Jadual 4 hingga Jadual 7.

Pencapaian Kognitif
Pelajar dikehendaki menjawab soalan ujian kognitif selama lapan minit sebelum tamat sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Jadual 4, keputusan kajian menunjukkan pencapaian kognitif pelajar menggunakan PK adalah M=73.90, SD=14.15 berada pada tahap baik. Hasil dapatan juga menunjukkan  pencapaian tahap cemerlang bagi pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam semua aras soalan. Ini menunjukkan bahawa kemampuan kognitif pelajar lelaki lebih baik dalam aspek ‘knowledge’ yang berkaitan dengan aktiviti psikomotor berbanding pelajar perempuan.

Jadual 4
Tahap Pencapaian Domain Kognitif Pelajar dalam Permainan Badminton Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif Mengikut Aras dan Jantina

Aras Soalan
% Tahap Pencapaian
C
B
S
L
SL

Lelaki (n=245)
Pengetahuan
72.80
22.20
  4.60
0.40
-
Kefahaman
34.20
35.40
22.90
7.10
  0.40
Aplikasi
38.10
41.40
19.20
0.80
  0.40
Analisis
41.00
38.90
15.10
5.00
-
Sintesis
33.90
-
51.00
-
15.10
Penilaian
85.50
-
12.90
-
   1.70

Perempuan (n=263)
Pengetahuan
56.00
37.70
  5.60
  0.80
-
Kefahaman
25.70
47.00
24.50
  2.80
-
Aplikasi
24.90
49.40
24.10
  1.60
-
Analisis
26.90
45.10
17.00
11.10
-
Sintesis
31.00
-
53.70
-
15.30
Penilaian
68.20
-
30.20
-
  1.60
Keseluruhan (N=508)
M=73.90, SD=14.15, Tahap=Baik
C-Cemerlang; B-Baik; S-Sederhana; L-Lemah; SL; Sangat Lemah
Pencapaian Psikomotor
Pencapaian domain psikomotor pelajar menggunakan PK dibahagikan kepada dua iaitu semasa sesi latihan dan semasa sesi permainan. PK-psikomotor dibahagikan kepada 11 sub kemahiran semasa sesi latihan berdasarkan tiga aras domain psikomotor iaitu aras ketepatan perlakuan, manipulasi dan meniru.

Berdasarkan Jadual 5, dapatan keseluruhan pencapaian psikomotor pelajar semasa sesi latihan menggunakan PK adalah M=2.23, SD=0.43 berada pada aras manipulasi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelajar lelaki menguasai aras ketepatan perlakuan dalam kemahiran servis kilas (36.00%), pukulan kilas (33.50%), smesy (36.40%), asas gerak kaki (33.90%), gerak kaki ke belakang (36.40%) dan gerak kaki ke sisi (37.60%). Sebaliknya pelajar perempuan pula menguasai aras ketepatan perlakuan dalam kemahiran servis tinggi (59.20%), servis rendah (46.60%), pukulan hadapan (50.40%), pukulan lob (48.10%) dan gerak kaki ke hadapan (49.80%). Dapatan ini menunjukkan pelajar lelaki berjaya menguasai kemahiran yang memerlukan aksi perlakuan berkemahiran tinggi serta teknik yang lebih sukar manakala pelajar perempuan pula dilihat lebih berjaya menguasai kemahiran yang memerlukan perlakuan aksi perlakuan yang mudah dalam mempelajari kemahiran asas dalam permainan badminton semasa sesi latihan.






Jadual 5
Aras Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Badminton Semasa Sesi Latihan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif Mengikut Jantina

Kemahiran
Aras (%)
Min (%) Keseluruhan
SP
Tahap
KP
Mp
M

Lelaki (n=245)
Servis Tinggi
44.20
45.00
10.70
77.67
0.66
Baik
Servis Rendah
36.00
47.90
16.10
73.33
0.70
Baik
Servis Kilas
36.00
36.80
27.30
69.67
0.79
Baik
Pukulan Hadapan
41.30
47.90
10.70
77.00
0.65
Baik
Pukulan Kilas
33.50
37.20
29.30
68.00
0.79
Baik
Pukulan Lob
39.70
44.60
15.70
74.67
0.71
Baik
Smesy
36.40
45.50
18.20
72.67
0.72
Baik
Asas Gerak Kaki
33.90
45.50
20.70
71.00
0.73
Baik
Gerak Kaki Ke Belakang
36.40
43.80
19.80
72.33
0.73
Baik
Gerak Kaki Ke Hadapan
40.90
41.30
17.80
74.33
0.73
Baik
Gerak Kaki Ke Sisi
37.60
42.60
19.80
72.67
0.74
Baik

Perempuan (n=263)
Servis Tinggi 
59.20
36.60
  4.20
85.00
0.58
Cemerlang
Servis Rendah
46.60
46.20
  7.30
79.67
0.62
Baik
Servis Kilas
32.30
57.00
10.60
74.00
0.62
Baik
Pukulan Hadapan
50.40
47.70
  1.90
82.67
0.54
Cemerlang
Pukulan Kilas
16.20
71.50
12.30
68.00
0.53
Baik
Pukulan Lob
48.10
45.40
  6.50
80.67
0.61
Cemerlang
Smesy
12.70
50.60
36.70
58.67
0.66
Baik
Asas Gerak Kaki
32.20
53.60
14.20
72.67
0.66
Baik
Gerak Kaki Ke Belakang
26.80
60.50
12.60
71.33
0.61
Baik
Gerak Kaki Ke Hadapan
49.80
49.00
  1.10
83.00
0.52
Cemerlang
Gerak Kaki Ke Sisi
33.70
58.60
  7.70
75.33
0.59
Baik
Keseluruhan (N=508)
M=2.23, SD=0.43, Aras=Manipulasi
KP-Ketepatan Perlakuan; Mp-Manipulasi; M-Meniru; SP-Sisihan Piawai

Jadual 6
Aras Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Permainan Badminton Semasa Sesi Permainan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif Mengikut Jantina

Kemahiran
Aras (%)
Min (%) Keseluruhan
SP
Tahap
TS
Mk
KP
Mp
M

Lelaki (n=245)
Servis
16.90
25.60
38.40
16.10
2.90
67.60
1.04
Baik
Pukulan
16.50
30.60
33.10
16.50
3.30
68.00
1.05
Baik
Smesy
15.70
21.10
40.10
14.90
8.30
64.20
1.13
Baik
Gerak Kaki
15.70
25.60
36.00
12.80
9.90
64.80
1.16
Baik

Perempuan (n=263)
Servis
14.10
49.00
33.80
  3.00
-
74.80
0.73
Baik
Pukulan
18.30
58.80
21.40
  1.50
-
78.80
0.68
Baik
Smesy
  6.10
22.20
44.10
24.90
2.70
60.80
0.91
Baik
Gerak Kaki
  9.60
30.70
54.00
  5.70
-
68.80
0.75
Baik
Keseluruhan (N=508)
M=3.43, SD=0.78, Aras=Menghubungkait
TS-Tindakan Semulajadi; Mk-Menghubungkait; KP-Ketepatan Perlakuan; Mp-Manipulasi; M-Meniru.
         
PK-psikomotor pelajar semasa sesi permainan dibahagikan kepada empat kemahiran asas. Pelajar dinilai menggunakan lima aras domain psikomotor iaitu tindakan semulajadi, menghubungkait, ketepatan perlakuan, manipulasi dan meniru. Berdasarkan Jadual 6, pencapaian psikomotor pelajar semasa sesi permainan adalah M=3.43, SD=0.78 berada pada aras menghubungkait. Hasil kajian juga mendapati, pencapaian aras tindakan semulajadi bagi pelajar lelaki bagi kemahiran servis (16.90%), smesy (15.70%) dan gerak kaki (15.70%) adalah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan semasa sesi permainan. Sebaliknya pencapaian pelajar perempuan pula didapati lebih tinggi dalam kemahiran pukulan (18.30%) berbanding pelajar lelaki pada aras tindakan semulajadi.

Pencapaian Afektif
Pencapaian domain afektif berdasarkan kepada nilai semangat kesukanan dan dipecahkan kepada dua sub nilai iaitu menerima kekalahan dan menghormati pihak lawan menggunakan lima aas domain afektif iaitu aras membina perwatakan, mengorganisasi, menghargai, bertindak balas dan menerima.

Jadual 7
Aras Pencapaian Domain Afektif Pelajar dalam Permainan Badminton Semasa Sesi Permainan Berdasarkan Pentaksiran Komprehensif Mengikut Jantina

Nilai Semangat Kesukanan
Aras (%)
Min (%) Keseluruhan
SP
Tahap
MP
Mo
Mg
BB
Mn

Lelaki (n=245)
Menerima Kekalahan
33.90
39.30
19.00
5.80
2.10
79.40
0.97
Baik
Menghormati Pihak Lawan
43.00
36.80
15.70
4.50
-
83.60
0.86
Cemerlang

Perempuan (n=263)
Menerima Kekalahan
28.90
43.30
25.50
2.30
-
79.80
0.80
Baik
Menghormati Pihak Lawan
37.50
55.90
5.70
0.40
0.40
86.00
0.63
Cemerlang
Keseluruhan (N=508)
M=4.11, SD=0.76, Aras=Mengorganisasi
MP-Membina Perwatakan; Mo-Mengorganisasi; Mg-Menghargai; BB-Bertindak Balas; Mn-Menerima.
         
Jadual 7 menunjukkan bahawa, tahap pencapaian afektif pelajar secara keseluruhan menggunakan PK adalah M=4.11, SD=0.76 berada pada aras mengorganisasi. Dapatan juga menunjukkan tahap pencapaian pelajar lelaki pada aras membina perwatakan bagi  sub nilai menerima kekalahan (33.90%) dan menghormati pihak lawan (43.00%) adalah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan pada tahap cemerlang. Namun begitu pencapaian keseluruhan tentang domain afektif bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah berada pada tahap cemerlang.

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan, PK adalah sesuai digunakan oleh guru sebagai instrumen yang piawai bagi menilai pencapaian pembelajaran pelajar bagi tajuk permainan badminton dalam mata pelajaran PJ Tingkatan2. Penggunaan PK ini lebih realistik, holistik dan mampu menilai pelajar secara menyeluruh, seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan secara tidak langsung menunjukkan ‘power of knowledge’ mata pelajaran PJ. PK ini juga bersesuaian  dengan pentaksiran berasaskan sekolah dan penggunannya diharap dapat mengembalikan semula ‘status quo’ mata pelajaran PJ di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Rujukan

Abu Bakar Nordin (1985). Penilaian afektif. Kajang: Masa Enterprise.

Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar (2008). Penaksiran dalam pendidikan &        sains sosial.           Tanjong Malim:Penerbit UPSI.
Abdul Manan Yahi & Jumalanizon Mohamad Rasid (2009). Personal      communication. 30 Julai 2009.

Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd.

Bloom, B.S., Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H., & Krathwohl, D.R. (1956).
          Taxonomy of educational objectives the classification of educational goals    handbook In cognitive domain. New York: David McKay Company, Inc.

Darst, P. W., & Pangrazi, R. P. (2006). Dynamic Physical Education for Secondary School Student (5th ed.). Massachusetts : Allyn & Bacon.

Dave, RH. (1970). Psychomotor levels developing and writing behavioral       objectives. Tuscon, AZ: Educational Innovators Press.

Ebel, R. L. (1983). The practical validation of test of ability. Educational          measurement: Issues and Practice, 2, 7-101.

Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (1996). How to design and evaluate research in          education (3rd ed.). New York: Mc Graw Hill Inc.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Surat pekeliling ikhtisas bil. 2/1988: pendidikan jasmani (Pindaan): Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Surat pekeliling ikhtisas bil. 4/2008:         Standard kecergasan fizikal kebangsaan untuk murid sekolah malaysia      (segak). Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1964). Taxonomy of educational
          objectives the classification of educational goals, handbook II: affective        domain. New York: David McKay Company, Inc.

Miller, D.K. (2006). Measurement by the  physical educator why and how        (5th ed.). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown.

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. KL: DBP.

Morrow, J. R., Jackson, A. W., Disch, J. G., & Mood, D. P. (2005). Measurement and evaluation in human performance 3rd ed. IL: Human Kinetics.

Rink, J. E. (2002). Teaching physical education for learning (4th ed.). New York: McGraw Hill.

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad (2005). Pembinaan modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Selangor: Penerbit UPM.

Tuckman, B.W., & Waheed, M.A. (1981). Evaluation an individualized science           program for           community collage students. Journal of Research in Science       Teaching, 18, 489-495.

Valette, R.M. (1977). Modern language testing: a handbook (2nd ed.). New York: Harcourt Brace Jovanovich.