Monday, March 21, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Comprehensive Assessment Base on Taxonomies Levels

PE plays an important role in the growth and overall development of students through the learning outcomes in cognitive, psychomotor and affective domains (Darst & Pangrazi, 2006). In 1989, a formal summative assessment of the PE subject was introduced for the first time and the assessment comprises two parts, namely examination and national physical fitness standard test (SEGAK). However, this assessment is not comprehensive enough as students are evaluated only by means of an examination (cognitive domain) and the SEGAK test (psychomotor domain) focuses only on the aspect of physical fitness. As such, the existing assessment method for PE subjects is neither complete and holistic nor balanced and comprehensive owing to the unavailability of a standard instrument for use by teachers to assess students, particularly those involving skills in sports. This study introduces a Comprehensive Assessment (CA) to assess the learning outcome levels of students in badminton (Figure 1).The CA is developed based on the taxonomies of learning by Bloom (1956) for the cognitive domain, Dave (1970) for the psychomotor domain and Krathwohl et al. (1964) for the affective domain. 

Sunday, March 20, 2011

VALIDITY AND RELIABILITY OF COMPREHENSIVE ASSESSMENTS FOR HAND BALL AND BADMINTON GAMES IN PHYSICAL EDUCATION


Norkhalid bin Salimin
Jani Julismah

Abstract
This study was undertaken to assess the validity and reliability of a comprehensive assessment instrument for playing handball and badminton in the subject Physical Education. This study used six different instruments in a comprehensive assessment of cognitive assessment handball game, the assessment of psychomotor handball game, the assessment of affective play handball, badminton cognitive assessment, evaluation and assessment of psychomotor affective badminton badminton game. Measurement tools developed in this study based on the level of Bloom's taxonomy (1956) for the cognitive domain, taxonomic Dave (1970) taxonomy of psychomotor domain and Krathwohl et al. (1964) for the affective domain. The findings showed that a comprehensive assessment of the validity of the handball game was r =. 82, and a comprehensive assessment of badminton is r =. 80. While the reliability of cognitive assessment handball r =. 78 (N = 36), psychomotor assessment handball α =. 93 (N = 31), affective assessment handball α =. 83 (N = 39), cognitive assessment badminton r = .75 (N = 40), assessment of psychomotor badminton α =. 81 (N = 40), assessment of affective badminton α =. 81 (N = 40). The percentage agreement between examiners (interobserver agreement) a comprehensive assessment of handball was 70.11% (SD = 0.57) while the percentage agreement between examiners (interobserver agreement) a comprehensive assessment of badminton is 70.03% (SD = 0.68). Based on the findings, a comprehensive assessment is suitable as a standard instrument for assessing student achievement in the title game of handball and badminton for the subject of Physical Education on School-Based Assessment.

Key words. Physical Education, Comprehensive Assessment, Badminton, Handball, cognitive, psychomotor, affective.

COMPREHENSIVE ASSESSMENT FOR BADMINTON IN PHYSICAL EDUCATION

Norkhalid bin Salimin, Med.¹ and Julismah Jani PhD²
¹Physical Education and Health Department, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Malaysia. alittsalimin@yahoo.com
²Sports Science and Coaching Faculty, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia julismah@fsskj.upsi.edu.my

ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the extent of student learning outcome within the cognitive, psychomotor and affective domains through the use of the Comprehensive Assessment (CA) for badminton in Physical Education. The study is based on a pre-experimental the one shot case study design. The study was conducted in secondary schools in the district of Larut, Matang and Selama in Perak. Samplings taken consisted of 15 teachers and 444 form 2 students in Physical Education class. The instruments used in the study comprised an assessment scoring rubric in the cognitive domain (r=.75), psychomotor domain (r=.81) and affective domain (r=.81) and teacher agreement level questionnaire on the use of CA for badminton (r=.92), with inter-observer agreement percentage for badminton of 70.03% (SD=0.68). The findings showed that the level of students' cognitive achievement (N=432, M=30.35, 75.87%) was good. The learning outcome from psychomotor assessment during training showed a manipulation level of (N=441, M=2.17), and during game sessions, the articulation level was at (N=444, M=3.75). The learning outcome from affective assessment showed at characterize level of (N=444, M=4.29). The study also found that 90.53% of teachers agreed that the use of CA helps to increase the academic performance of students, 88.00% of teachers agreed that it aids in teaching, 95.94% of teachers agreed that the assessment helps to achieve teaching objectives, 79.46% of teachers agreed that the CA meets the features of an assessment, and 58.67% of teachers agreed that the CA is easy to implement. Based on the findings, the CA is suitable as a standard tool for assessing students’ achievement in badminton in the subject of Physical Education.

Keywords. Physical Education, Comprehensive Assessment, Badminton, Cognitive, Psychomotor, Affective

Saturday, March 19, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: standard kualiti pengajaran dan pengurusan dari perspektif kenaziran

ENCIK MOHAMED RADZI BIN SAAD 
JEMAAH NAZIR SEKOLAH PERSEKUTUAN

1.   Pendahuluan

Pada dasarnya, Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menitikberatkan proses pendidikan yang bersifat ‘menyeluruh’ dan ‘seimbang’  dalam semua aspek perkembangan diri individu yang meliputi perkembangan jasmani ,intelek, rohani, emosi dan sosial. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, PJK kini menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif , psikomotor dan afektif selaras dengan penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam masyarakat yang dinamis dan progresif.
·         Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979:  “Adalah ditegaskan bahawa Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang diwajibkan. Waktu yang diperuntukkan bagi Pendidikan Jasmani tidak harus digunakan bagi mata pelajaran lain”
·         Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998: “dengan tujuan memaklumkan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, berkuatkuasa sesi persekolahan tahun 1999, adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.                
2.   Objektif
·         Bagi memastikan Standard Kualiti Pengajaran - Pembelajaran dan Pengurusan PJK yang memuaskan dilaksana dan dikekalkan di sekolah.
·         Perubahan dalam proses pendidikan yang dijangka dan perlu dilaksanakan oleh sekolah secara menyeluruh dan bersepadu.
·         Gambaran sebenar untuk membolehkan sekolah diberi pentarafan secara tepat dan adil.
3.   Rasional
·         Memastikan taraf pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dilaksana dan dikekalkan di institusi pendidikan.
·         Menentukan kualiti pengurusan PJK dirancang dan diuruskan dengan baik dan dapat menyelaraskan semua aktiviti dengan seberapa efisien yang mungkin.
·         Produk sekolah yang berkualiti serta bentuk manusia yang kita hasratkan haruslah mampu mencipta Wawasan 2020 dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.   Konsep Kualiti
·         Kualiti sebagai memenuhi sesuatu keperluan/kehendak dan bukan sebagai kebaikan semata-mata. (Croby 1984)
·         Kualiti merupakan satu penambahbaikan yang berterusan dalam semua aspek operasi. (Conway 1991)
·         Kualiti adalah sesuatu keadaan yang cemerlang atau amat baik tetapi kebaikan itu tidak terhad atau tetap pada sesuatu tahap. Ia tidak statik malahan bergerak sepanjang masa. (Dato’Seri Dr.Mahathir Mohamad – 1996)
Pada umumnya, kualiti bermaksud memenuhi dan menepati kehendak serta keperluan pelanggan sama ada secara individu atau menyeluruh dan boleh diperolehi daripada produk, perkhidmatan, manusia, proses dan persekitaran.
5.   Standard Kualiti
·         Bagi menentukan kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan itu, maka beberapa kriteria tertentu perlu diambil kira. Kriteria-kriteria yang telah ditentukan (ditetapkan) yang digabungkan secara sempurna itu dinamakan ‘standard’ .
·         Standard merupakan sebahagian ciri yang amat penting yang akan menentukan kualiti sesuatu barang/produk atau perkhidmatan.
6.   Pendidikan Berkualiti
·         Sekolah adalah merupakan institusi masyarakat di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. Tugas teras (core business) sesebuah sekolah adalah mengajarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada murid/pelajar, maka Guru Besar / Pengetua dan Guru-Guru berperanan dan bertanggungjawab menyedia dan memberikan pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan bakat seseorang murid/pelajar bersesuaian dengan tahap pendidikan yang ditentukan iaitu sama ada di peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, menengah atau menengah atas.
·         Pendidikan berkualiti ditafsirkan sebagai proses kependidikan yang menyeluruh, sistemik, dan bersepadu untuk menghasilkan murid/pelajar yang terbentuk sepenuhnya serta berwatak sebagai insan yang mempunyai jati diri, kerohanian yang tinggi serta berguna untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat dan negara.
7.   Peranan Guru Besar/Pengetua dan Guru
·         Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan optimal untuk menggalakkan proses pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan bangsa Malaysia yang ‘self-actualised’ mengikut kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020 dan Rukun Negara.
·         Salah satu peranan dan tanggungjawab utama Guru Besar/Pengetua dan Guru-guru adalah merekabentuk (sebagai Akitek) pengalamian pembelajaran murid / pelajar agar murid/pelajar yang dihasilkan melalui proses pendidikan itu dapat memenuhi kehendak masyarakat dan negara.
Sekolah perlu menghasilkan murid/pelajar yang berkualiti agar dapat diterima  serta menepati kualiti yang dihasratkan oleh kerajaan, masyarakat dan negara.
8.   Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkualiti
·         Di peringkat pelaksanaan  pengajaran yang berkualiti, guru perlu mahir dalam ilmu pedagogi dan pandragogi. Guru-guru hendaklah mempunyai kemahiran yang kukuh untuk menyampaikan pelajaran dengan berkesan.
·         Strategi pengajaran pengalamian yang digunakan oleh guru hendaklah mencerminkan proses ‘Guru membimbing dan murid berbuat’ untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai ilmu yang bermanfaat yang dapat membentuk ‘world view’ sesuai untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
9.   Aspek-Aspek Penting Dalam Pengajaran  dan Pembelajaran PJ/PK
·         Penjadualan dan peruntukan masa waktu PJ dan PK
SPI Bil 25/1998 :  Peruntukan masa bagi Pendidikan Jasmani dan
                                   Pendidikan  Kesihatan adalah seperti berikut:
                                    Sekolah Rendah Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
                                         P. Jasmani    :     84 waktu setahun x 30 minit
                                         P. Kesihatan :     42 waktu setahun x 30 minit

                                         Sekolah Rendah Tahap II (Tahun 4,5 dan 6)
                                         P. Jasmani    :     60 waktu setahun x 30 minit
                                         P. Kesihatan :     24 waktu setahun x 30 minit  
                                         Sekolah Menengah  (Tingkatan 1,2,3,4 dan 5)
                                         P. Jasmani    :    60 waktu setahun x 40 minit
                                         P. Kesihatan :    24 waktu setahun x 40 minit

·         Persediaan Rancangan Tahunan dan Harian PJ dan PK
i.         Berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran PJ dan PK 1998
ii.        Persediaan Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian
 -  berpandukan Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran PJ dan PK
                       yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
·         Perancangan pengajaran dan pembelajaran PJ dan PK
(i)     Perancangan yang berkesan perlu menggambarkan situasi pelaksanaan sukatan pelajaran yang sebenarnya, iaitu apa yang ditulis/dirancang dalam rancangan adalah apa yang akan dilaksanakan walaupun pihak sekolah/guru menghadapi kekangan-kekangan yang tertentu.
(ii)   Sebelum membuat perancangan pengajaran guru perlu:
·         Memahami kurikulum
·         Memiliki sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan alatan/kemudahan yang ada di sekolah
·         Mengetahui, memahami dan menghayati sukatan pelajaran dari segi matlamat, objektif dan isi kandungannya.
·         Mengenalpasti murid/pelajar yang menjadi kumpulan sasaran berasaskan kemahiran dan pengalaman mereka. Kelemahan serta kekuatan mereka perlu diambilkira.
·         Perkembangan pelajaran yang berperingkat
·         Kesinambungan tahap kemahiran
·         Perkembangan kecergasan, kesihatan dan daya kreativiti pelajar.
·         Penggunaan dan penyesuaian ABM/APD dan kemudahan yang ada
·         Mengaitkan aktiviti/amalan di dalam dan di luar kelas/sekolah.
       
(iii) Strategi Pengajaran dan Pembelajaran PJ / PK
Perlu diingatkan bahawa tidak  ada satu kaedah yang paling baik dan sesuai untuk semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Berbagai kaedah dan teknik boleh digunakan tetapi mesti disesuaikan dengan situasi semasa.
Antara kaedah yang digunakan dalam pengajaran PJ / PK ialah:
a.        Kaedah syarahan
b.       Penerangan secara lisan
c.        Demonstrasi (guru sebagai pelaku,perancang dan pengulas)
d.       Latihtubi kemahiran
e.        Tugasan individu
f.        Berpasangan / kumpulan kecil
g.       Kaedah setesen / Ikut kumpulan
h.       Penyelesaian masalah
i.         Penemuan terbimbing
j.         Soaljawab – lisan atau bertulis
k.       Penerokaan

(iv) Matlamat dan Objektif PJ dan PK
a.     Matlamat PJ :    
        Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui  
        pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan  kecergasan.

b.    Objektif  PJ :     
-          Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
-          Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan   mengikut kemampuan diri.
-          Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin  harian.                          
-          Mengaplikasikan  pengetahuan  kesihatan  dan  keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
-          Membentuk sahsiah dan disiplin diri.
-          Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

c.    Matlamat PK
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid  meningkatkan pengetahuan  kesihatan , memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan  mengamalkan gaya hidup  sihat.

d.   Objektif PK :                           
-          Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, dan alam sekitar.
-          Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.
-          Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
-          Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
-          Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan  masyarakat secara keseluruhan.

·         Penilaian Secara Berterusan

(i)     Penilaian dalam pembelajaran PJK bertujuan untuk memberi maklum balas kepada guru dan murid/pelajar tentang pencapaian dalam sesuatu aktiviti. Maklum balas ini boleh digunakan oleh guru untuk menyusun strategi pengajarannya. Bagi  murid/pelajar pula, maklum balas ini boleh dijadikan rangsangan untuk meningkatkan lagi prestasinya sendiri.
(ii)   Dalam program PJK , pemeliharaan dan peningkatan kecergasan fizikal adalah perkara yang hendak diamalkan setiap hari sepanjang hayat. Oleh yang demikian, penilaian harus dijadikan sebahagian daripada proses pembelajaran. Proses penilaian patut difahami dan dilakukan oleh murid/pelajar supaya ia berupaya menyusun program latihan kecergasan yang sesuai bagi diri sendiri.

(iii)  Guru perlulah merujuk kepada Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) yang dirancang oleh Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan semasa menjalankan penilaian.

(iv) Penilaian secara berterusan kian bertambah penting sekarang. Beberapa bentuk berterusan perlu diusahakan:
-          Semasa pengajaran dijalankan , melalui pemerhatian untuk mendapatkan maklum balas dengan serta merta supaya pembetulan lakuan pergerakan boleh dilakukan dengan serta merta juga. Perlu ingat, pembetulan yang betul dapat menghasilkan perlakuan yang tepat (perfect).
-          Untuk menentukan pencapaian murid/pelajar pada akhir satu siri latihan. Sesi  perbincangan atau pembetulan dilakukan secara individu / kumpulan. Maklum balas ini boleh digunakan untuk merancang tahap kesukaran bagi siri latihan yang berikut.
-          Untuk menilai dari segi kefahaman atau mengetahui kecekapan kognitif  murid/ pelajar, boleh dilakukan melalui soal jawab dan kerja bertulis/ buku latihan.
-          Ujian / Peperiksaan berkala boleh dijalankan bagi mengetahui serta  menggalakkan murid/pelajar meminati mata pelajaran PJK.
-          Penilaian Kendalian Sekolah Menengah /Rendah (PKSM/PKSR) adalah untuk   menilai perkembangan fizikal dan pontensi murid/pelajar dalam sesuatu kemahiran / perlakuan.
-          Tugasan menyediakan Folio / Buku Skrap bagi menggalakkan murid/pelajar       mencari maklumat perkembangan semasa sama ada dari aspek PJ atau PK yang boleh memberi motivasi dalam kehidupan harian.

10.  Aspek-Aspek Penting Dalam Pengurusan PJK
·         Tenaga Pengajar
Guru beropsyen PJ/PK
      Kursus Dalaman / Perkembangan Staf
·         Peranan Panitia PJK
            Rujuk SPI Bil. 4 / 1986
            Penubuhan Jawatankuasa Panitia
            Mesyuarat /Minit mesyuarat
            Program Tahunan PJK
            Sistem fail

·         Kemudahan padang/gelanggang
            Menetapkan tempat / kawasan bagi sesuatu kelas / kumpulan
            Pengawasan padang / gelanggang dalam keadaan bersih dan selamat.
·         Peruntukan kewangan kerajaan.
-          penggunaan wang peruntukan
-          sediakan anggaran perbelanjaan tahunan
-          pembelian alatan / sediakan senarai alatan.
-          bilangan alatan yang mencukupi sekurang-kurang nisbah 1 : 4  murid.
·         Penyelenggaraan stor / alatan PJK
-          sistem penyelengaraan stor
-          penjagaan alatan / BBM
-          penggunaan alatan / BBM
-          keselamatan stor / alatan

11.    Matlamat
·         Hasil pemeriksaan Nazir Sekolah dapat memberi gambaran sebaik mungkin untuk membolehkan   sekolah   diberi   pentarafan   sama   ada   meningkat   atau   menurun         (upturn / downturn).
·         Dapat membantu sekolah merancang dan menyediakan pelan tindakan yang berkesan untuk tahun-tahun  berikut.
·         Semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing bagi membantu sekolah mengatasi sebarang kelemahan atau berusaha untuk mempertingkatkan lagi tahap pencapaian  PJ dan PK.

Tuesday, March 15, 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Satu Definisi


         Pettifor (1999)- PJ menyediakan kanak-kanak mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Ia membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara seluruhnya dari aspek afektif, kognitif dan psikomotor.

         Dauer (1995) – PJ adalah sebahagian daripada program pendidikan menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalaman pergerakan.

         Capel (2000) – PJ adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta untuk menggalakkan kecekapan fizikal.

         Freeman (1997) – PJ merupakan aktiviti fizikal bermatlamat pendidikan.

         Jenny, 1961;Lumpkin,1990;William,1964 – PJ bukan sahaja memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal tetapi ia melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal iaitu perkembangan mental dan sosial.

         Wuest & Bucher,2009 – PJ membantu individu menguasai kemahiran kecergasan, pengetahuan, sikap dan kesejahteraan.

         Gallahue,1996;model Thomas, Lee & Thomas (1988) & model Siedentop(1994) – PJ meluangkan sebahagian daripada hari persekolahan untuk aktiviti otot-otot besar yang mendorong dan membangun ‘belajar untuk bergerak’ dan ‘belajar melalui pergerakan’.

         Gaggard, LeBlanc & Lowy (1994) – PJ membantu kanak-kanak membangunkan sepenuhnya (total child) melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang membangun tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

         Teng Boon Tong, 2001 - PJ adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fi zikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi

         Asiah Abu Samah, 1993 - PJ merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor dan afektif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif

         Raddick (1982) - PJ  adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. 

         Ia lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Oleh itu, PJ berbeza dengan bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang PJ memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. 

         Ini adalah selaras dengan FPK yang menegaskan eleman JERIS dalam membangunkan potensi individu.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Penggredan


 Tujuan ujian dijalankan adalah bagi menguji tahap kecergasan murid. Banyak kaedah yang digunakan untuk membuat penilaian bagi tujuan mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-murid. Setiap ujian yang dijalankan akan diberi gred untuk menentukan tahap kecergasan murid. Gred-gred ini akan dinilai berdasarkan kebolehan dan kemampuan seseorang pelajar.
           
            Sistem penggredan diwujudkan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pengajaran dalam PJ perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini bukan saja dapat memberi maklum balas terhadap pembelajaran dan kecergasan murid, tetapi ia juga dapat menentukan keberkesanan pengajaran guru PJ.

            Menurut Borhan et. al., 2008, Gred adalah satu simbol yang melambangkan perkembangan dan kemajuan, di mana ia bertindak sebagai satu rekod kekal bagi menunjukkan pencapaian pelajar. Proses pengukuran dan penilaian akan lebih bermakna jika gred mencapai matlamat yang diingini. Sebagai guru, kita mesti mengaitkan objektif pembelajaran dengan gred yang akan diberi. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menentukan gred, dan pilihan ada di tangan guru itu sendiri. Guru hendaklah konsisten dan adil dalam memberi gred kepada pelajar.

            Dalam Gred bertujuan mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Gred penilaian dapat digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.


  1. Kepentingan Penggredan

Dalam bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberi laporan tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi informasi kepada beberapa kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibu bapa. Selain daripada itu, kepentingan penggredan adalah seperti berikut:

i.                    Pelajar

Gred memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sesetengah pelajar menganggap bahawa melalui gred, mereka akan lebih berusaha dan bekerja keras untuk mencapai markah yang terbaik dan tertinggi. Ini merupakan satu cara untuk memotivasi palajar untuk lebih berdaya saing.

ii.                  Ibubapa

Gred itu sendiri memberi maklumat kepada ibubapa tentang pencapaian anak mereka di sekolah. Dengan ini, masalah pembelajaran anak-anak dapat dipantau oleh ibubapa di rumah. Ibubapa juga dapat mengenalpasti punca kemerosotan anak-anak mereka dalam matapelajaran tersebut. Melalui gred juga, ibubapa dapat membuat rancangan untuk pendidikan anak-anak mereka di masa harapan.

iii.                Guru

Guru haruslah menentukan gred penilaian kepada pelajar. Dengan membuat penilaian, guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan seseorang pelajar itu. Ia juga boleh menilai tahap pengajaran guru itu sendiri, sama ada ianya efektif dan program pembelajaran adalah efisien. Perubahan dapat dilakukan jika terdapat banyak pelajar yang gagal mendapat gred yang baik. Apa yang perlu diingat ialah pemahaman murid dalam satu-satu matapelajaran melambangkan keberkesanan guru mengajar.

iv.                 Pentadbir

Pihak pentadbir menggunakan gred untuk menentukan sama ada pelajar telah memenuhi kehendak objektif pembelajaran yang dibuat. Ia juga dapat digunakan sebagai rujukan untuk melihat rekod pelajar. Dengan ini, penganugerahan dapat diberi kepada pelajar yang telah berjaya mendapat gred yang baik.